Jan 31, 2015

Baru dari Rasamas & Ayamas : Ayam Panggang Oishii dan peluang ke Jepun!

Assalamualaikum semua 





Buat masa sekarang sebab yaya tak mampu lagi ke Jepun, makan ayam Oishii baru dari Ayamas ni pun jadi lah! Hihi. Mesti tertanya tanya apa maksud "Oishii" ni. Maksudnya "Sedap" dalam bahasa Jepun. Terdapat 17 outlet Rasamas di Semenanjung Malaysia. Kena cuba tau!



OISHII ROASTER ini diperap dengan adunan rahsia sos soya dan madu sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar untuk dipanggang dengan sempurna. Sebelum dihidangkan ianya diperah dengan jus nenas untuk meningkatkan kemanisannya. 

SET OISHII ROASTER


Promosi OISHII ROASTER kali ini mempunyai hidangan set untuk 4 orang . Ianya merangkumi seekor OISHII ROASTER, 4 RasaMas aromatic chicken rice, 4 clear soup, 4 gelas minuman berkarbonat, 1 hot chicken ball soup, 1 sayuran campur, dan 1 RasaMas scrumptious Crispy Fried Tofu dan 2 scoops ice cream untuk dessert. Semuanya hanya RM40.90.

Oishii Roaster
Oishii Roaster diperap dengan kicap Jepun istimewa dan menu lazat yang pastinya memenuhi cita rasa kita rakyat Malaysia dan sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

RasaMas Aromatic Chicken Rice
Hot Chicken Ball Soup
Sayuran Campur
RasaMas scrumptious Crispy Fried Tofu
Manakala set hidangan OISHII ROASTER untuk 2 orang pula bernilai RM28.90. Selain dari itu mereka juga ada menyediakan set OISHII ROASTER Individual meal yang mana menjanjikan 1/4 bahagian OISHII ROASTER untuk korang nikmati yang mana ianya bernilai RM 10.90.



Jemput makan ayam sedap omnomnom semua saya punya! *kata yaya si raksasa pemakan


Untuk lebih maklumat lanjut mengenai kedai Ayamas, sila layari www.kedaiayamas.com.my atau masuk ke laman Facebook Ayamas Roasters dan juga Twitter @AyamasRoasters.


Credit : Mawardi  




Terima kasih sudi baca 

No comments:

Post a Comment