Jan 19, 2015

Promosi Chinese New Year mulai 19 Januari 2015 : Restoran Tung Yuen, Grand BlueWave Hotel, Shah Alam

Assalamualaikum semua 
Yaya bersama Fatin Bella dan bersama media yang lain telah hadir ke Media Food Review dan Press Release di Restoran Cina Tung Yuen di Hotel Grand Bluewaves Shah Alam.


Yang menariknya, terdapat promosi untuk set menu Tahun Baru Cina mulai 19 Januari 2015 hingga 6 Mac 2015.



Bersama Chef Patrick yang comel. Hihi



Teruja nak gaul Yee Sang yang berwarna warni tu. Lagi tinggi kita gaul, lagi Ong tau! Hee
Untuk Yee Sang pula, ada pelbagai jenis pilihan seperti:
  • Yee Sang Tuna and Abalone
  • Yee Sang Salmon Fish and Pacific Clam
  • Yee Sang Salmon
  • Yee Sang Vegetarian
Terdapat juga menu lain seperti Fried Rice, roasted chicken, butter prawn, stewed fried fish, seafood soup dan chilled longan. Kecuq air liur! Teringat masakan Cina masa yaya di Guilin haritu. Lepas rindu sekejap. Hehe


Ada 5 set yang berlainan untuk menjadi pilihan tetamu yang datang di sini. bermula dari RM888++ sehingga RM2888++ . Set ini sesuai untuk makan tengahari dan makan malam bagi 10 orang semeja. 


Senarai Set promosi Golden Prosperity Chinese New Year Set Menu di Restoran Tung Yuen :
Chinese New Year 2015 promotion
Tung Yuen Chinese Restaurant

Jangan risau tentang status Halal kerana Restoran ini telah mendapat sijil Halal yang disahkan oleh pihak JAKIM dan JAIS. Umat Islam juga boleh menikmati hidangan di Hotel Grand Blue Wave Shah Alam ini. Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan, disarankan untuk menempah 5 hari awal di talian 03-55118811 EXT 2619 atau telemarketing ext: 2723, 2724 dan 2725.
Alamat:
Grand BlueWave Shah Alam
Persiaran Perbandaran,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Laman Web : http://www.bluewavehotels.com


Credit picture : www.shakiddo.com

No comments:

Post a Comment