Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Jan 22, 2015

Lego Star Wars Miniland di Taman Tema Legoland Malaysia

Assalamualaikum semua 


Cerita Legoland tak habis lagi uols. Hakak tak habaq mai lagi pasal Lego Star Wars Miniland yang merupakan salah satu daya penarik di Taman Tema Legoland. Buat peminat Star Wars, korang boleh lihat sendiri watak dari cerita Star Wars yang telah di Lego kan. Comel dan unik sungguh! Tak tahu la orang yang reka model lego tu makan apa. Perlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi tahap langit ketujuh tu.





Masa tu yaya pergi dengan Tya dan Nina. Lepas mandi kat water park, gigih kami dok usung towel sekali haha. Duduk sebilik bertiga. Berjalan pun bertiga. Hee. Bila masuk ke panggung comel Star Wars, kami dipertontonkan dengan animasi Star Wars yang comel dan lucu. Memang sesuai untuk kanak kanak. Yaya yang besar godang ni pun terhibur. Haha. 



Habis sahaja variasi di skrin selama 5 minit, kami pergi ke stage yang seterusnya. Haa masa ni yang best tu. Tengok bermacam macam model Star Wars. Kalau tekan butang hijau yang disediakan, akan keluar bunyi, model bergerak atau bersedia untuk bertempur dengan musuh. Excited gila kateko. ^_^






Watak-watak seperti Yoda, R2-D2, Darth Vader dan legenda Sith Lords, juga turut  di Lego kan. Sokongan dari kesan pencahayaan yang awesome dan juga kesan bunyi dan pergerakan yang mengkagumkan memang membuatkan yaya buntu memikirkan bagaimana diorang buat. Dari terus buntu, yaya fikir lebih baik yaya just tekan butang hijau yang mengeluarkan efek bunyi dan pergerakan tadi and just enjoy the moment. Haha



Di Lego Star Wars Miniland, terdapat 7 bilik model Lego yang telah digubah untuk setiap adegan. Jadi, penonton boleh melihat setiap scene yang dipertontonkan dari filem Star Wars mengikut kronologi. Menarik kan? ^_^





Muka pucat lesi lepas mandi waterpark dan tahan sejuk tapi kami tetap cover macho bergambar depan patung Lego Star Wars. Haha


Bagi yaya, dengan merasai sendiri pengalaman di Lego Star Wars Miniland, memang meninggalkan impak kekaguman atas semua effort mereka yang terlibat dan bertungkus lumus dalam menghasilkannya. So jangan lupa bawa ahli keluarga dan orang tersayang untuk merasai sendiri pengalaman di Taman Tema Legoland. Jangan lupa singgah Lego Star Wars Miniland kalau tak memang rugi. Hihi


Terima kasih sudi baca 

Oct 5, 2014

Lava Grill Burger : Burger Bakar : Sri Serdang

Assalamualaikum semua 


Yaya mengaku yaya bukanlah peminat burger bakar selepas pernah makan sebelum ni adalah dekat area tempat yaya belajar dulu. Tapi persepsi yaya terhadap burger bakar telah berubah setelah mencuba sendiri burger bakar di Lava Grill Burger di Sri Serdang. Ni bukan entri sponsor or bodek ye. Semalam kitorang makan semua bayar sendiri tau. Kena betulkan nanti orang salah faham. Tak pasal pasal orang lain disalahkan nanti. :')


Lepas maghrib, bertolak dengan Uzu dari IUKL tempat dia study. Yaya ni memang jenis tak ingat jalan dan penakut nak drive kalau tempat tak pernah pergi dan sorang pula. So ikut jela belakang montot kereta Uzu sampai ke destinasi. Hikhik






Masa sampai memang kami berdua je sampai dulu. Ciskek je yang lain lain. Diorang taktau ke kami hampir kena halau sebab pekerja dia ingat kami nak conquer 8-9 meja reserved sebaris tu dua orang. Malu tahu. Haha. 





Yeah. Mine is Blackpepper Grilled Lamb Chop camtu la nama dia kot. Sedap gilos. Kuah blackpepper masak sendiri ni bukan yang instant tu.



Omnomnom


Harap kalian cukup terliur dengan keseksian cheese yang dipamerkan.


Seterusnya cuma aktiviti bergambar dari kami. 
Keep calm dan terus bertenang dengan paparan emosi hyper gembira dari kami.



Kabur.


Hai. Lets debabkan gambar. Haha






Hello powerbank kesayangan. Terima kasih. Sangat membantu. Walaupun cuma pinjam. Hikhik



I just love each one of member #KelabBloggerBenAshaari. Kami bukan sekadar blogger. Tapi dah macam family. Senyum dan terus seyum bila orang (...... buat ayat sendiri......) kami. And we still unite Alhamdulillah :'D



Dan. Selfie satu kalayy muka sememeh balik kerja tak mandi and last mandi pagi. Kantoikan diri kepada korang je tau! Shhh 




Selamat Hari Raya Aidil Adha dari saya Yaya Natcumi cumi
Maaf ampun silap dari kita yang tak sempurna ini kepada sesiapa yang mungkin pernah berkecil hati dengan kita. Semoga kita sama sama mendapat keberkatan dan keredhaan Allah

Aamiin ya rabb :')




Terima kasih sudi baca