Mar 18, 2021

Betul ke Buah Kurma Boleh Banyakkan Susu Ibu?

Hai semua! Sekejap je dah nak tiba bulan Ramadan kan? Yaya teringat pula kenangan berpuasa ketika masih menyusukan Dahlia Safiya dan juga fasa berpuasa ketika sedang mengandungkan Nuha Jasmine. Kedua-duanya mempunyai cabaran yang tersendiri buat Yaya. Yaya percaya ramai ibu yang struggle tapi masih mahu memberikan yang terbaik buat anak kan? Macam tu juga Yaya. So macam-macam tips Yaya baca supaya kualiti susu Yaya masih sama dan cukup untuk anak tersayang :)

Yaya nak share beberapa tips yang Yaya amalkan dan mungkin berguna untuk mommies terutamanya new mommy yang bakal mengharungi fasa ketika mengandung atau menyusukan anak di bulan puasa nanti. Semoga bermanfaat ;)

7 Tips Banyakkan Susu Ibu :

1. Perlu bertenang jika susu ibu berkurang.

Mommies kena kenalpasti penyebab utama atas tekanan yang dialami yang menyebabkan susu mommies berkurang. Jangan stress selalu sebab ianya tak bagus untuk emosi ibu menyusu tau!

Kalau boleh time sedang susukan anak atau tengah buat stok susu, bayangkan yang indah-indah atau throwback kenangan manis bersama yang tersayang. Selain itu, boleh juga tengok video kelakar hihi Yaya suka tengok video keletah anak-anak. Secara tak langsung susu akan bertambah laju, pekat dan banyak! Selain itu, boleh bertenang dengan mendengar ayat suci Al-Quran sambil berehat santai.

2. Letakkan minda dalam keadaan yang positif.

Sentiasa set kan dalam minda InsyaAllah susu cukup untuk anak. Otak kita mempengaruhi tindakan manusia. Apa sahaja yang keluar dalam fikiran kita, signal itu secara terus akan dihantar ke seluruh tubuh badan. Make sure mommies selalu positif ya! InsyaAllah aura positif itu akan memberikan kebaikan untuk semua tindakan :)

3. Faham maksud 'Supply and Demand'.

Lebih banyak susu dikeluarkan, lebih banyak susu baru akan dihasilkan. Susukan anak sekerap mungkin supaya penghasilan susu sentiasa berjalan. Kalau anak merengek, mungkin dia nak bermanja dan dekat dengan ibu selalu. Anak kecil sentiasa berasa selamat bila sentiasa dekat dengan ibu mereka. 6 bulan pertama adalah fasa yang sangat istimewa bagi bayi dan ibu. 

4. Jangan lupa perah susu badan dan kosongkan payudara.

Ramai ibu suka berikan susu fresh yang diperah (susu yang disejukkan di chiller bawah 4 hari) kepada bayi dibawah 6 bulan. Memang bagus sekali and Yaya pun sokong. So bila baby tidur, curi masa untuk buat stok susu juga untuk persediaan di masa hadapan bila dah kembali berkerja atau perlu meninggalkan anak seketika bilamana memerlukan ibu keluar sebentar. Lagipun penghasilan susu 6 bulan pertama sangat meriah. 

Istilah kosongkan payudara pula bagi memastikan tiada kesan sampingan seperti bengkak payudara (sakit tau!). Lebih merisaukan, bengkak payudara boleh mengakibatkan demam atau masalah lain dan penghasilan susu juga akan semakin berkurangan kerana anggota badan akan menghantar signal kepada otak supaya memperlahan/memberhentikan penghasilan susu.

5. Banyakkan minum air dan kenalpasti milk booster mommies!

Minum air yang banyak juga sangat penting bagi menggalakkan lagi penghasilan susu ibu. Tapi paling penting adalah memastikan susu ibu sentiasa berkualiti. Makan makanan yang berkhasiat bagi menjaga kualiti susu ibu. Kalau ada mommies yang berkerja dan membuat stok susu ketika dipejabat, sentiasa pastikan gap masa mengepam adalah 3 jam sekali. Gap yang panjang akan membuatkan penghasilan susu 'foremilk' atau susu cair yang mempunyai kandungan lemak yang sedikit. Bayi memerlukan susu yang pekat dan berkualiti supaya susu yang diminum dapat membekalkan nutrisi secara optimum.

Cara untuk memastikan susu ibu banyak, pekat dan berkualiti?

Yang ini cara Yaya dan Yaya rasa ramai mommies juga mengalami dan mendapat manfaat yang sama bila mengamalkan buah kurma dalam diet pemakanan seharian. Terutama bagi mereka yang berpuasa, ternyata buah kurma dapat membekalkan tenaga sepanjang hari. Paling penting, penghasilan susu juga meriah dan berkualiti.

Ini diantara pilihan buah kurma yang menjadi pilihan ramai ibu. Korang suka yang mana? :p

Kurma Ajwa AlMadinah A

Kurma Safawi AlMadinah AA

Kurma Piarom Mariami AA 


Kurma favourite Yaya? Of course Kurma Mariami! Sejak pertama kali makan kurma jenis ni, memang tak tukar yang lain dah. Dulu kecik-kecik susah betul nak makan kurma tapi once Yaya cuba Kurma Mariami ni memang terus makan yang ni je sampai sekarang. Mommies percaya tak buah kurma sangat baik untuk penghasilan susu ibu yang lebih meriah, pekat dan berkualiti? Mommies kena try tau!


Untuk bulan puasa, meh Yaya share resepi Air Nabeez! Air Nabeez ialah air rendaman buah kurma yang akan buatkan kita semua kekal bertenaga di bulan Ramadan ^_^

Cara-caranya:

1. Ambil kurma dalam bilangan ganjil. Anggaran air dlm 500ml ke 1liter. Ambil 3 biji kurma dan buang bijinya. Carik-carik isi kurma. Ada juga yg guna kismis tapi jangan campur ye. Kalau buat kurma, kurma je. Kalau kismis, kismis je.

2. Rendam isi kurma dalam air masak biasa malam sebelum tidur. Letak di luar sahaja. Tak perlu simpan dalam peti sejuk tau. Tutup bekas air tu jangan biarkan terbuka.

3. Sahur nanti air tu dah boleh diminum. Buah rendaman kurma tu pun boleh dimakan juga.

4. Air ni boleh juga diamalkan sebelum sarapan pagi pada hari-hari lain walaupun bukan di bulan ramadan. Amalkan masa perut kosong.


Khasiat Air Nabeez:

1. Pemberi dan pemulih tenaga (inilah sebab mengapa kita disunahkan untuk memakan buah kurma pada saat berbuka puasa).

2. Tinggi kandungan fiber yang mana ianya mampu menghilangkan kolestrol jahat yang terkumpul di dalam tubuh. Sangat bagus dalam menghilangkan sembelit (atau meredakan dan memulihkan diri dari sembelit).

3. Pemberi zat besi yang sangat bagus.

4. Kaya dengan pottassium bagi menjaga jantung & menstabilkan tekanan darah.

Air Nabeez adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang lebihan asam pada perut dan memulihkan sistem pencernaan tubuh. Ianya juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan-bahan toksin yang berbahaya didalam tubuh. Dalam kata lain berguna sebagai detox. Disebabkan air nabeez tinggi dengan kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.


See? Banyak khasiat bila kita makan buah kurma kan? Selain dari meningkatkan kualiti susu ibu menjadi lebih meriah dan pekat, banyak lagi manfaat lagi yang boleh kita dapat. Jom amalkan buah kurma untuk kebaikan tubuh badan ;)


Kalau korang nak beli buah kurma yang bagus dan berkualiti, boleh try beli di Berkat Madinah. Bila zaman Covid-19 dengan norma baharu ni kita boleh beli dihujung jari je. Tak perlu keluar rumah tahu-tahu dah sampai di pintu rumah. Yaya pun nak restock buah kurma sempena bulan Ramadan nanti. Senang kan? 


Bagi peminat buah kering atau dried food, disini juga ada Dried Papaya, Goji Berry, Pitted Piunes, Dry Pineapple, Mango Low Sugar Ginger (Sliced), Dried Lemon Stick, Dried Strawberry, Ginger (cube), Dried Guava, Golden Jumbo Raisins, Fancy Raisin, Natural black raisins, Dried Cranberry, Jumbo Dry Apricot, Aprimax Dried Apricot Size 2, Golden Raisin, Sultana Raisin dan banyak lagi. Suka pulak Yaya cuci mata kat website diorang haha banyak makanan best! :p

Berkat Madinah Sdn Bhd ada 3 cawangan iaitu di Ampang, Kajang dan juga Shah Alam. Kalau nak walk in terus pun boleh :)

1. Ampang: 

17&18-L1, Jalan Ampang Putra 6, Taman Putra Suliman, 68000 Ampang Selangor Malaysia

2. Kajang: 

Ground Floor, Unit No. PA-S-17, PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas, 43000 Kajang, SDE

3. Shah Alam: 

Berkat Madinah, Seksyen U12:

No. 46, Jln Pegaga C U12/C, Desa Alam, Seksyen U12, 40170 Shah Alam, Selangor.


Mereka juga ada menyediakan 2 jenis perkhidmatan untuk penghantaran iaitu :

Express Delivery (Same Day)

Kuala Lumpur and Klang valley 

delivery.madinah.com.my

Boleh login terlebih dahalu untuk pastikan jika area korang available untuk ED

Normal Delivery (within 3-day) seluruh Malaysia

shop.madinah.com.my


Untuk maklumat lanjut :

Website

https://www.madinah.com.my

Facebook

Berkat Madinah

Instagram

@berkatmadinah

Waktu Operasi:

Dibuka setiap hari (10am- 11:30pm)

Telefon:

011-11113442


Terima kasih sudi baca 

10 comments:

  1. saya bukan penggemar kurma, kadang bercinta nak habiskan sebiji kurma. tapi kalau jenis yang sedap tu okay la haha

    ReplyDelete
  2. Sis bab anak kecik2 ni dah lama berlalu. Sis ingat dulu makan sayur sayuran, lobak putih untuk banyakkan susu. Ye kurma pun bagus juga untuk banyakkan susu.

    ReplyDelete
  3. Betul, sangat betul.. nanti time puasa yaya makan kurma dengan susu, lagi banyak susu dan tidak jadi lapar time menyusu..

    ReplyDelete
  4. Good for breastfeeding mums la kan! Rezeki anak—anak la kan jika susu banyak. Dah dipermudakan sebegini takkan tak ambil peluang kan

    ReplyDelete
  5. Ya setuju snagay. Buah kurma memang berkesan membantu menghasilan susu lebih meriah. Kak nina dulu time mengandung dan menyusu anak tak miss amalkan kurma setiap hari. Suka beli kat sini, murah dan kualiti bagus.

    ReplyDelete
  6. Great to know that kurma is so nutritious and packs lots of energy for us right? It is like a superfood that is suitable for almost everyone.

    ReplyDelete
  7. Dan beri tenaga juga. Akak pernah test ambik kurma setiap hari selama 3 hari sebagai selingan bila perut terasa lapar. Tak nak makan berat2 so ambik kurma . Serius turun berat badan tapi dalam masa yang sama masioh bertenaga. Ajwa mestilah yang terbaik sebab kurma nabi kan. NAnti nak carilah kat Berkat Madinah sebab daha ada kat Shah Alam

    ReplyDelete
  8. Dekat ampang dekat.. Nanti nak pergi berkat madinah ni. Memang banyak cara nak banyak susuakn badan. Guna kurma ni pun lagi elok.. Blend sendiri

    ReplyDelete
  9. Mmgbetul boleh byk kan susu.. Za dulu selalu kisar kurma dgn susu buat kurma shake mnum.. Alhamdulillah byk susu

    ReplyDelete
  10. Wahh, betul berkhasiat buah kurma ni.. I memang suka makan kurma time sahur and berbuka time Ramadan, memang energy booster! tapi tak sangka superfood untuk kaum ibu juga ni.. (Y) good to know.

    ReplyDelete