Feb 4, 2021

Suu Balm Membantu Melegakan Masalah Eczema

Hai korang! Dah biasakan diri dengan norma baharu? Apa khabar dengan PKP 2.0 yang sedang kita lalui? Semoga semuanya baik-baik sahaja dan Yaya doakan wabak Covid ini segera pulih, urusan kita dipermudahkan dan kita semua sentiasa dalam lindungan rahmat dan kasih sayang Allah. Please stay safe dan jaga SOP sekiranya memerlukan kita berada diluar ya!


Lepas bersalinkan Nuha Jasmine semasa tempoh PKP bulan Julai 2020 tahun lepas, sekali je rasanya Nuha dapat jalan-jalan kat luar selebihnya terus kekal berada di rumah. Kesian juga anak-anak generasi Alpha kini banyak membesar di rumah berbanding zaman kita dahulu. InsyaAllah setiap ibu bapa semestinya mahu yang terbaik untuk anak mereka. Banyak juga aktiviti indoor yang boleh kita pratikkan. So far kakak Dahlia Safiya dah hampir terbiasa berada di rumah. Dia pun tahu ada virus dan bakteria. Kalau keluar rumah kena pakai mask dan bawa hand sanitizer hihi.

My Dahlia Safiya

Kalau ada yang follow Yaya, mesti ada yang tahu Dahlia dari baby juga ada masalah mild eczema. Teringat lagi dulu-dulu macam susah nak terima ada anak eczema sampailah kita bawa anak kita jumpa pakar kulit. Dengan rawatan dan penjagaan yang rapi, Alhamdulillah eczema Dahlia semakin reda bila semakin dewasa sesuai dengan keadaan antibodi dia yang semakin kuat. Sesekali sahaja eczema dia akan flare up bila keadaan sekeliling tak sesuai dengan dia. Contohnya bila dia panas, tersilap makan dan stress menangis haha aduhai. Yes, eczema boleh flare up kalau mereka stress ya. So kena make sure diorang happy la kot? >_<


Yaya rasa ramai ibu-ibu yang ada anak eczema akan terfikir nak salahkann diri agaknya silap makan apalah kan masa pregnant? Yaya pun macam tu tau siap pantang lagi beberapa makanan yang yaya rasa anak akan ada masalah kulit sensitif. Masa pregnant Nuha Jasmine, Yaya memang jaga pemakanan. Tapi kuasa tuhan, Nuha Jasmine pun ada masalah eczema juga :') So Yaya assume kerana ayah diorang ada sejarah resdung. But it's okay I still love all of them! ^_^

Walaupun Nuha Jasmine dah 6 bulan, Yaya terpaksa pakaikan dia mitten dan pakai long suit bagi mengurangkan dia direct garu dengan kulit. Bayangkan even pakai mitten dan long suit pun dia boleh garu sampai kulit dia melecet dan berdarah fuhh kuat betul baby ni garu kan.

Yaya ada masuk kelas cara mengawal anak eczema sebelum ni, so Yaya rasa tips ini juga mungkin berguna untuk parents semua ^_^

Untuk pengetahuan, Atopik ekzema adalah ekzema yang paling lazim. Antara punca dan pencetus ekzema ialah :

  • Peluh
  • Udara kering
  • Hama rumah
  • Bulu haiwan
  • Debunga
  • Bakteria dan virus
  • Pemakanan (telur, gandum, susu lembu, soya, kekacang, makanan laut dan lain-lain)


Dahlia yang dulu

Dahlia yang sekarang

Mommies jangan risau ya, ekzema ini tidak boleh berjangkit, boleh dikawal dengan baik dan juga hampir 60% anak eczema menjalani kehidupan normal selepas meningkat remaja jika mereka mengamalkan gaya hidup yang bersih dan sihat serta dengan penjagaan yang betul dari kecil

Tips Kurangkan Ketidakselesaan Ekzema Pada Anak:

  1. Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman.
  2. Elakkan mandi air panas/suam.
  3. Elakkan memakai baju berlapis-lapis.
  4. Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
  5. Elakkan dari fabrik yang kasar.
  6. Gunakan sabun yang sesuai apabila mandi.
  7. Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda.
  8. Potong kuku jari pendek supaya tidak melukakan kulit jika tergaru.
  9. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.


Produk yang sesuai dengan masalah kulit bayi dan kanak-kanak yang sensitif memainkan peranan penting dalam mengawal masalah eczema yang dihadapi. Yaya memang dah jatuh cinta dengan Suu Balm kids ni! First time guna dah rasa wow sebab teksturnya yang sangat lembut pada kulit bayi. 


Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head to Toe Wash (For Dry, Itchy, Sensitive Skin)

Must have item! Mommies yang tengah mencari sabun yang sesuai untuk anak yang mempunyai kulit sensitif, Yaya sangat recommend untuk mommies try Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head to Toe Wash ni. Yaya sekarang memang sepenuhnya gunakan Suu Balm Kids untuk Nuha Jasmine and surprisingly, eczema Nuha semakin reda and tak senang upset macam selalu. Kulit kering yang dia hadapi pun semakin beransur reda. Yaya memang suka sangat and dah belikan lagi sebotol untuk letak di rumah pengasuh. Bagi Yaya memang jimat sebab kakak dan adik berkongsi mandian yang sama ;)




Tekstur dia so rich dengan pelembap ya. Tiada buih tetapi boleh rasa kulit baby sangat bersih lepas mandi. Walaupun nampak eczema Dahlia kat muka dah bersih, Dahlia masih ada gatal-gatal di badan juga kalau berpeluh. So bila dah pakai Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head to Toe Wash ni, Dahlia pun dah kurang gatal-gatal, kulit makin lembut dan memang serasi sangat dengan dia!


Seronok lepas mandi ajak ambil gambar dengan mandian favourite dia hihi


Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser

Pelembab yang sangat best dan mesra dengan kulit anak-anak Yaya! Bila kulit lembap dalam jangka masa yang lama, mereka pun kurang menggaru dan rasa lebih selesa. Paling penting kandungannya selamat dan bebas dari steroid, bahan pengawet dan ianya sangat sesuai dengan capaian pH untuk kesihatan kulit.




Suu Balm Kids juga telah diiktiraf Halal oleh Jakim Malaysia. So mommies jangan rasa was-was okay? :)



I love the tekstur! Untuk lebih berkesan, sapukan pelembap secara kerap untuk kesan yang lebih optimum.


Paling seronok sebab kulit Nuha pun serasi dengan Suu Balm Kids dan eczema Nuha juga semakin reda. Kids Moisturizer ini sangat membantu dalam melegakan kekeringan dan juga kegatalan pada kulit. Nuha pun semakin kurang menggaru! Untuk pengetahuan mommies, Kids Moisturizer ini mengandungi 3x Ceramides untuk restore atau memulihkan penghadang pada kulit. Resultnya apabila digunakan secara konsisten? Of course healthy skin barrier! ^_^
Yang kiri bila asyik garu sampai berdarah kulit :( dan yang kanan selepas penggunaan selama 2 minggu produk Suu Balm Kids :)


My happy baby ^_^

Kulit sensitif untuk orang dewasa? Yes ada!


Rangkaian Suu Balm facial care untuk mereka yang menghidapi masalah kulit sensitif.

Ada sesetengah dari kita yang kadang-kadang tak sesuai dengan pencuci muka dan juga bahan pelembap yang berada di pasaran. Walaupun jarang pakai makeup, tapi kita tetap perlu bersihkan liang pori dengan lebih efektif terutamanya selepas penggunaan sunscreen. Ada pencuci yang mengeringkan kulit muka. Apatah lagi bila kita kerja dan tidur dalam aircond, senang je kulit muka akan jadi kering dan perit.


So lepas ni tak perlu bimbang okay? Guna je Suu Balm facial care. Haa yang best sebab boleh share suami isteri hihi lelaki dan perempuan pun boleh pakai ;)


Suu Balm Facial Care Gentle Moisturising Facial Cleanser


Pencuci muka tanpa buih, penuh dengan lembapan dan kaya dengan khasiat Shea Butter yang sangat baik untuk kulit terutama bagi kulit yang sensitif.


Tekstur Suu Balm Facial Care Gentle Moisturising Facial Cleanser

Cara penggunaan : Picit sedikit cleanser, urut perlahan pada kulit muka, cuci dengan air dan keringkan dengan tuala bersih. Lebih efektif bila kita gunakan bersama Suu Balm Cooling Itch Relief Facial Moisturiser ;)


Suu Balm Facial Care Cooling Itch Relief Facial Moisturiser

Penggunaan selepas cleanser tadi haa bolehlah pakai Suu Balm Facial Care Cooling Itch Relief Facial Moisturiser ni untuk kesan lembapan yang optimum. Sesuai sangat untuk mereka yang selalu rasa tak selesa dengan kemerahan dan kegatalan pada kulit. 


Facial Moisturiser Suu Balm ini  khusus diformulasikan untuk mereka yang mengalami ekzema di muka atau rosacea. Suu Balm Facial Moisturiser mengandungi menthol derivative (Menthyl lactate) dan bukannya menthol. Oleh itu, cooling effect atau kesan sejuk facial moisturizer ini akan terasa dimuka tapi tidak menyengat atau memedihkan mata. Ini menjadikan Suu Balm Facial Moisturiser lembut dan selamat jika disapu di kawasan sekitar mata yang juga merupakan kawasan paling lembut. (juga sesuai untuk ekzema dikawasan kelopak mata).


Bila pakai memang rasa kulit lebih lega dan kurang rasa gatal. Sebab apa? Kerana lembapan yang kaya dengan ceramides yang kita apply pada kulit tadi terus restore dan replenish pada skin barrier pada wajah kita. 


Kulit wajah antara kawasan kulit yang paling sensitif kerana selalu terdedah dengan udara dan keadaan sekeliling. Terutama korang yang sentiasa duduk dalam aircond, make sure sentiasa pastikan kulit sentiasa lembap dengan rangkaian Suu Balm Facial Care.





Tekstur Suu Balm Facial Care Cooling Itch Relief Facial Moisturiser yang sangat best! Bila sapu kat muka memang cepat meresap dengan baik dan langsung tak melekit.

Cara penggunaan : Gunakan pada waktu pagi dan malam sebelum tidur Suu Balm Facial Care Cooling Itch Relief Facial Moisturiser selepas penggunaan Suu Balm Facial Care Gentle Moisturising Facial Cleanser. Picitkan moisturiser, sapu dan urut lembut pada permukaan wajah dan leher. Elakkan penggunaan pada kulit yang luka. 


Yaya suka sangat Suu Balm Facial Care Cooling Itch Relief Facial Moisturiser ni! Terutama bila guna sebelum tidur, bila kita bangun pagi kulit muka terasa lembut sangat  kurang berminyak macam selalu walaupun tidur dalam air cond. Korang kena try!


Seronoknya anak-anak Yaya pun serasi dengan Suu Balm Kids ni. Lepas ni dah senang nak beli sebab dah tahu produk yang sesuai untuk kedua-dua anak Yaya and maybe for next baby too? :p Sekian dari Yaya untuk Suu Balm Review / Suu Balm Eczema Baby. Korang juga boleh dapatkan di Watsons ya!


 Yaya dah standby beli Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash yang 840ml (untuk kegunaan dirumah pengasuh) dan juga botol comel isian 210ml untuk senang bawa kemana-mana! I'm already fall in love with Suu Balm! ^_^



Untuk maklumat lanjut :




Instagram : @suubalm_my


Terima kasih sudi baca 

10 comments:

  1. Alahai comelnya Dahlia dan baby! Teruk juga yaa kulit baby dulu, mujur serasi ngan Suu Balm Kids. Rezeki tu.. Kak nina suka warna packaging dia! Tertarik nak cuba

    ReplyDelete
  2. comel packaging dia rasa nak grab satu. ingatkan lotion je rupanya penjagaan dari muka sampai ke kaki. bagus produk ni :)

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat untuk eczema. Facial cleanser pun ada. Sesuai untuk kulit sensitif pula tu.

    ReplyDelete
  4. cantik packaging suu balm ni. kalau anak2 eczema mak2 la paling risau.lani tak perlu risau.suu balm kan ada

    ReplyDelete
  5. Comelnya your two girls! And thank you sbb recommend produk ni. Tentu bermanfaat untuk ibu&anak yg mengalami masalah yg sama.

    ReplyDelete
  6. eczema seems to be a very common health issues among kids, and i am so glad to know that there is n easy-to-apply cream for that!

    ReplyDelete
  7. Alhamdulilah nampak elok dan serasa dengan mereka berdua.. enzema ni kesian kat anak kan, nak pakai dan guna produk, tak boleh sembarangan.. nanti Sis nak rekemen dengan Kawan Sis, anak dia pun enzema juga..

    ReplyDelete
  8. teruk jugak ye nura garu sampai macamtu walaupun dah bagi pakai mitten. Nasib baik dah jumpa produk yang sesuai. Lega banyak bila jumpa produk macam ni

    ReplyDelete
  9. comelnya anak Yaya. Pandai dia posing dan beri kerjasama. Mesti dia suka dengan produk tu kan

    ReplyDelete
  10. Your kids so cute la.. pandai posing depan camera :P btw, it is good to have products that specially curated for the kids, lebih gentle for them compare to guna products for the adults kan..

    ReplyDelete