Siapa peminat Hello Kitty? Yaya ni dari kecik sampai lah dah jadi mak anak 2 pun still minat sangat kat Hello Kitty! Gambar kat atas ni time pergi Universal Studio Japan ^_^. Untuk pengetahuan korang, 7-Eleven Malaysia telah bekerjasama dengan Sanrio dan mereka telah melancarkan koleksi tin Hello Kitty yang super cute! Seorang Yaya memang excited sangat la untuk jadi antara pengumpul Hello Kitty VISIT MALAYSIA collectible tins™.
Koleksi one-of-a-kind dengan 30 reka bentuk ini menampilkan tempat menarik yang ikonik mewakili semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia seperti Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, i-City di Selangor, Dataran Merdeka di Selangor, Fort Cornwallis di Pulau Pinang, A’ Famosa Fortress di Melaka, Kellie’s Castle di Perak, Langkawi Eagle Tower di Kedah, Pantai Rantau Abang di Terengganu dan lain-lain.
Pelanggan akan diberi pelekat untuk setiap pembelian RM5 dalam satu resit di mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia, mulai sekarang sehingga 2 Mei 2021. Pelekat bonus akan diberi sebagai ganjaran sekiranya pembelian tersebut merangkumi produk rakan kongsi terpilih dari jenama seperti Goodday, Mentos, 100PLUS, P&G, Nestle, Mi Sedaap dan lain-lain.
Dengan jumlah 15 pelekat, Hello Kitty VISIT MALAYSIA collectible tin boleh ditebus secara percuma. Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh membeli Hello Kitty VISIT MALAYSIA collectible tin pada harga RM9.90 bersama 8 pelekat yang telah dikumpul. Tempoh penebusan adalah dari sekarang hingga 9 Mei 2021.
Peminat Hello Kityy juga boleh menyertai contest “Answer & Win” untuk memenangi Hello Kitty VISIT MALAYSIA collectible tin ini. Caranya mudah sahaja! Untuk menyertai peraduan ini, korang hanya perlu menjawab ketiga-tiga soalan di laman rasmi Facebook 7-Eleven dengan betul. Terdapat empat pusingan keseluruhan dan ada 10 pemenang setiap pusingan di mana setiap pemenang akan mendapat 3 buah Hello Kitty VISIT MALAYSIA collectible tin.
7-Eleven Malaysia adalah rangkaian kedai serbaneka terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 2,400 cawangan di seluruh negara. Dengan pelancaran Hello Kitty VISIT MALAYSIA collectible tin ini pastinya pengalaman membeli-belah di 7-Eleven menjadi lebih menarik! Yaya pun suka shopping kat 7-Eleven! Ada banyak makanan best and of course ada makanan ready to eat dengan servis yang disediakan. Rindu pulak nak minum 7-Eleven’s signature Slurpee® hee balik ni nak carilah :p
Selain itu, jangan lupa muat turun aplikasi My7E ™ hari ini untuk membeli barangan keperluan korang dengan harga ahli serta tawaran menarik di aplikasi lain My7E ™. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Hello Kitty VISIT MALAYSIA collectible tin, layari www.7eleven.com.my atau ikuti halaman media sosial 7ElevenMalaysia.
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment