Seiring dengan tempoh pandemik ini, RichWorks nekad menyediakan platform dan program percuma untuk orang ramai termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pandemik untuk kembali bangkit dan menyaksikan perubahan yang lebih baik lagi.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks, Radz Mohd berkata, sebagai sebuah syarikat latihan dan bimbingan terbesar di negara pihaknya percaya sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada negara dan rakyat berdasarkan pengalaman hampir 13 tahun dalam membantu bangsa usahawan bina bisnes yang berjaya.
Katanya, lebih 1.1 juta orang telah dibantu RichWorks yang bukan saja menyaksikan perubahan dalam bisnes malah kehidupan yang lebih baik.
"RichWorks bersama Pengasas dan MenThor, Datuk Wira Dr Azizan Osman ingin membantu dan bimbing lebih ramai orang terutama bangsa usahawan untuk berdepan dengan cabaran dan kesusahan dihadapi ketika pandemik ini.
"Sebab itu, kami akan mengadakan sebuah program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada 26 hingga 28 Mac ini secara percuma yang mana telah bantu ubah malah tambah baik kehidupan ramai orang," katanya kepada Kosmo!/Utusan Malaysia hari ini.
Sepanjang pandemik melanda negara, RichWorks telah membantu lebih 400,000 peserta melalui program-program virtual yang diadakan bagi memberikan sokongan dan bimbingan kepada orang ramai.
Pastinya perjuangan RichWorks ini akan memberikan inspirasi, bimbingan dan menambah nilai kepada orang ramai terutama bangsa usahawan. Program ini juga dapat menjadi platform dan titik tolak untuk orang ramai mendapatkan kembali semangat dan ilmu penting untuk mereka dapat mulakan langkah pertama untuk keluar daripada situasi dihadapi sekarang.
Apa Itu Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (NUH)?
Program Intensif 3 hari bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman. RichWorks dah berjaya bantu lebih 400 ribu peserta walaupun dalam tempoh PKP untuk terus survive!
Di saat ramai orang dibuang kerja dan tak tahu ke mana nak tuju… di saat ramai usahawan lemas dengan cabaran yang tak dijangka pada tahun 2020…
RichWorks tanpa henti membantu usahawan dan bakal usahawan untuk keluar dari kepompong ketakutan.
APA YANG AKAN DIPELAJARI DI NAK UBAH HIDUP?
Tentang RICHWORKS INTERNATIONAL
RichWorks International adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
Sepanjang 12 tahun sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman, yang menarik lebih daripada 650,000 peserta dan pelanggan dalam lebih daripada 1,500 acara dan seminar dan RichWorks berjaya melahirkan lebih 700 Small Medium Enterprises (SMEs) menerusi program mentoring RichWorks - Titanium dan SPIRE.
Antara topik dan pengisian program ini adalah:
1. Pengurusan Bisnes
2. Pemasaran
3. Jualan
4. Pematuhan Undang-Undang
5. Perakaunan dan Percukaian
6. Operasi
7. Kepimpinan
8. Pembangunan Diri
9. Pelaburan
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring yang berimpak, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya hanya dalam tempoh 6 - 24 bulan.
Yaya juga pernah menyertai program NUH anjuran RichWorks pada tahun 2019 dan awal tahun 2020 sebelum bermulanya pandemik. Jujur kata, memang seronok sangat! Rasa semangat terus berkobar-kobar walaupun masa tu Yaya belum menceburkan diri dalam dunia bisnes, tapi setiap input ilmu tetap boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
Teruja pula nak join Bina Bisnes Berjaya Edisi Khas Nak Ubah Hidup 2021 yang akan diadakan pada 26-28 Mac 2021 secara virtual online nanti. Mesti best kan? :D
Untuk keterangan lanjut atau ingin terus Daftar Program Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup secara percuma pada 26 hingga 28 Mac 2021 ini, layari laman web https://binabisnesberjaya.com/yayaflanella .
Terima kasih sudi baca
NUH ni anjuran Richwork ni ramai juga company yang sis tahu join program dia. Kalau group Titan tu kena invest RM100,000 tu.
ReplyDeleteBestnya! Kita patut join. Free je. Confirm dapat ilmu mampat padat. Akak suka Richworks punya event. Tak kedekut ilmu. Jom Yaya, kita gegar NUH tahun 2021 pula. Hehehe.
ReplyDeletesure best sebab semua yang attend orang yang nak berjaya, berada dalam orang2 yang positif kita pun akan jadi positif
ReplyDeleteRichWorks dah byk membantun usahawan yg ingin berjaya, dgn settai program ni dpt membantu mereka membina perniagaan mereka hingga berjaya
ReplyDeleteRichworks ni saya biasa dengar. Selalu sangat lalu lalang dekat feed Facebook cuma jarang nak ambil tahu. Topik program ni pun banyak juga kan. Semuanya menarik.
ReplyDeleteUntuk berjaya dalam sesuatu bidang mmg kita perlukan motivasi. Bagus utk tingktkan semangt kita. Bagus program ni yg dah bantu ramai usahawan.
ReplyDeleteWahhh dah Datuk ye dia. Ramai yang berjaya lepas pergi program dia. Semoga DAO terus dapat memberi manfaat pada semua usahawan
ReplyDeleteSekarang online aje ya? Lama betul tak follow kelas dia, dulu tiap kali ke Johor mesti Sis join..
ReplyDeleteWah. Yaya memang penyokong tegar kan. Seronok pergi acara ilmu sebegini kan - kita turut teruja dan 'terbakar' untuk mengikut jejak langkah kejayaan orang lain kan
ReplyDeleteBagus ni boleh bakar semangat one untuk start berbisnes kan... nak try to start-up something juga la..
ReplyDeleteSemua orang Nak Ubah HIdup , kalau bukan diri sendiri yang ubah siapa lagi , yer dak . Bestnya kalau dapat join , nak jugak dapat input2 yang mungkin sesuai dengan kita untuk kita ubah kehidupan kita menjadi lebih baik dari yang sedia ada.
ReplyDeleteBeruntung nya Yaya dapat join program yang bermnafaat macam ni. Yes nak ubah hidup kena bertindak keluar dari apa kita buat sekarang.
ReplyDeleteSince 2016 kak min mmg join kelas2 Dr Azizan. Memang best! Semangat lain machiammm pas kelas
ReplyDeletemenarik ni, seminar percuma kot.. rugi la kalau tak grab peluang untuk tambah ilmu dan buka minda lebih luas lagi.
ReplyDelete