Dec 28, 2020

Resepi Mudah Spaghetti Bolognese | Kimball


Hai korang! Masih ramai ke yang work from home lagi? Bagi kawasan yang dilanjutkan PKPB, mohon semua jaga SOP ya. Kalau boleh terus kekal berada dirumah dan hanya keluar bila perlu sahaja. Putrajaya memang dah tamat PKPB so kita pun dah kena masuk kerja seperti biasa. Kadang-kadang rindu nak seronok-seronok makan kat luar tapi risau pun ada dan tak boleh beramai-ramai macam dulu. So apa nak buat bila teringin nak makan sedap macam kat restoran? Kalau malas, boleh food delivery tapi bila rajin tu datang dan nak makan ramai-ramai dengan family kat rumah, kita masak jelah! Lagi mudah bila ada produk Kimball ;)


Produk Kimball ni memang dah jadi pilihan utama Yaya sekeluarga sejak dari dulu lagi. Senang, cepat dan mudah nak sediakan. Bila mood taknak makan nasi datang, memang dalam kepala masak spaghetti bolognese paling mudah dan yang paling penting mengenyangkan.


Terdapat banyak produk Kimball yang berada dalam pasaran yang selalu menjadi pilihan pengguna. Menariknya, sejak Kimball yang merupakan jenama tempatan ini diperkenalkan pada tahun 1970-an, semakin hari semakin banyak produk menarik yang lahir dari jenama Kimball. Rasanya memang tak perlu nak diperkenalkan lagi sebab korang semua pun dah tahu kan selain pelbagai jenis sos, Kimball juga mempunyai pilihan produk makanan dalam tin dan juga pelbagai jenis pasta.  

So harini Yaya nak share dengan korang cara mudah dan senang untuk masak spaghetti bolognese menggunakan produk Kimball (cara Yaya hihi).


Watak utama of course produk dari Kimball. Yaya gunakan Kimball Sos Spageti Kimball, Kimball tomato puree dan juga Kimball Spaghetti. Yaya memang selalu guna spaghetti Kimball sebab kekenyalan dia just nice sangat bila dimakan bersama sos. Even kalau nak buat laksa Johor pun boleh guna spaghetti Kimball.


Selain dari 3 bahan utama diatas, kita juga memerlukan :

2 keping daging kisar yang telah dilembutkan
1 biji bawang holland 
5 ulas bawang putih 
4 batang sosej 
5 ketul cendawan butang
Lada hitam dan garam secukup rasa



Untuk bawang, Yaya potong dadu dan cincang halus. Untuk sosej dan cendawan, boleh hiris nipis mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing




Kali ni Yaya guna setengah paket spaghetti. Tapi kalau nak makan 5-6 orang, boleh masak sepaket terus.


1. Panaskan minyak dan bila dah panas, boleh masukkan bawang Holland.


2. Masukkan bawang putih dan kacau sehingga naik bau. (api kecil tau)


3. Masukkan daging kisar



4. Kacau daging sehingga empuk sedikit dan sehingga bertukar warna


5. Masukkan cendawan dan kacau rata



6. Masukkan lada hitam. Yaya masukkan banyak lagi sebenarnya hihi



7. Kacau dalam seminit lepas tu dah boleh masukkan setengah tin Kimball Tomato Puree


8. Kemudian masukkan 3/4 Kimball Sos Spageti Tradisional


9. Masukkan garam agak-agak dan kacau sehingga cantik dan nampak sedap hihi


Siap! Yaya memang suka yang simple macam ni. Baru terasa sos spageti yang sebenar hee


Serius sedapppppp sangatttttt bila korang guna sos spageti Kimball ni. Lagi sedap dari jenama lain bagi Yaya hihi yang penting telah diiktiraf Halal oleh Jakim Malaysia dan selamat dimakan. Makan tak boleh berhenti sebab sedap sangat mengalahkan kat restoran :p. Dengan Kimball, Kompem Gaya Malaysia! Selamat mencuba!


Kalau nak dapatkan resepi lain menggunakan produk Kimball, boleh layari website Kimball Malaysia di https://www.kimball.com.my/recipe.html.

Untuk maklumat lanjut :

#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia


Terima kasih sudi baca

25 comments:

  1. Thanks for sharing this recipe. Can't believe that there are even more recipes that Kimball have provided in their website. Now I wanna try buying a few Kimball products.

    ReplyDelete
  2. sis pun selalu masak spageti blognese guna kimball punya produk..sebab rasa dia sedap anak2 pun suka

    ReplyDelete
  3. sedapnya..tiba2 terasa nak makan spagetti pula..jenama yg dipercayai..kat rumah pun memang guna jenama kimball ni

    ReplyDelete
  4. Oh yummy!!!!!!! Spaghetti is my favorite food. But I never tried it with kimball before. Maybe I should give it a try one day. Thank you for sharing your recipe.

    ReplyDelete
  5. Spageti memang menu plg senang nak sediakan. Sis kalo malas mmg buat spageti aje. Yg penting memang pakai jenama Kimball. Terbaik!

    ReplyDelete
  6. Sedapnya... favourite saya ni. kalau makan bertambah. boleh try ni nanti. terima kasih kongsi resepi.
    p/s: jemput ke blog saya. kalau sudi boleh join giveaway pertama sy buat.

    ReplyDelete
  7. Eh. Sama style la kita masak spageti bolognaise kita. Nie Rawlins rasa paling senang nak prepare kalau ada tetamu yang datang tiba2 kan

    ReplyDelete
  8. Nak masak spaghetti memang senang bila guna sos spaghetti Kimball. Rasa pun asli tomato.

    ReplyDelete
  9. Arrrhhhhh kita baru sahaja buat resipi Spaghetti Bologness ni hehehe memang mudah dengan ada produk Kimball kita suka jenama ni sedap dan memenuhi nafsu makan kita wakakkaka...

    ReplyDelete
  10. Sis pasti mesti sedap ni, sebab Sis guna juga sos tomato kimball ni, tak pernah try lain, sebab Sis tak makan cili hahahaha.. kimball aje yang rasa tomatonya betul kena dengan tekak Sis..

    ReplyDelete
  11. looks yummy and simple one ya.. will want to try this with kimball too

    ReplyDelete
  12. Lamanya tak makan spaghetti.. terliur pulak tengok.. nak buat la untuk lunch nanti.. nasib ada kedai runcit kat bawah rumah yang jual produk brand ni..:) senang semua under 1 brand, hopefully ada lah semuanya..

    ReplyDelete
  13. what a beautiful homemade pasta dish! i love how you bring together the ingredients and cook them so beautifully together. that sauce looks glorious and so is the spaghetti. saving this recipe for later. thank you for sharing this!

    ReplyDelete
  14. Menarik resepi ni. Tak pernah cuba guna tomato puree. Lepas ni nak try resepi ni plak

    ReplyDelete
  15. Tak pernh cuba tomato puree tu.. Boleh try ni.. Bahan pun sennag je.. Produk kimball macam2 ada.. Semua boleh jadi

    ReplyDelete
  16. Kalau ikut selera saya, saya prefer bolognaise letak krim/susu sikit, biar creamy. So dia bukan original bolognaise sangat la. Sebab saya memang suka creamy sauce. Apa pun, produk kimball ni memang wajib ada di dapur.

    ReplyDelete
  17. resepi gini adalah menu makanan anak2 akak. kena ada stok pasta & kuah pasta kimball kat rumah.. senang nak masak..

    ReplyDelete
  18. fav anak2 ni..nak buat pun x susah..apatah lagi guna produk kimball..semudah ABC heheh

    ReplyDelete
  19. Kimball memang pilihan jenama wajib ada dekat dapur. Rasanya major rakyat Malaysia memilih brand Kimball. Nak buat pasat ker nak sos ker apa ker semua boleh kata akan beli yang Kimball sebab rasa dan harga.

    ReplyDelete
  20. Adudududu.. nampak sedap betul spageti dia heheh..nanti nak buat gak la guna produk kimball

    ReplyDelete
  21. OMG! kita terliur nampak the spaghetti bolognese, jap nak try your recipe coz i memang masak spaghetti

    ReplyDelete
  22. spagheti..sedapnya la.. boleh jadi menu breakfast hari WFH ni :-)

    ReplyDelete
  23. produk kimball memang feveret kak sue,sentiasa ada stok kat rumah

    ReplyDelete