Dec 2, 2020

Sukanya! Tangan Bersih dan Lembut dengan Plash Foaming Handwash AFY Haniff

 


Hai korang! Yaya harap semua sihat selalu okay! Sejak pandemik Covid-19 melanda di seluruh dunia, Yaya percaya ramai yang mula serasi dengan norma baharu terutamanya kerap mencuci tangan dan juga sentiasa ada hand sanitizer sebagai kawan kan? Yaya sendiri memang gantung hand sanitizer kat beg hihi. Tapi Yaya sedar ada sesetengah hand sanitizer buat tangan kita tak selesa dan cepat kering. Paling puas hati bila dapat basuh tangan dengan sabun juga betul tak?


Kawan Yaya ada suggest produk Plash Foaming Handwash dari jenama AFY Haniff ni. Yaya memang pengguna produk mereka and Yaya amaze sangat dengan packaging mereka yang cantik, menyerlah dengan look yang sungguh so international! Lagi seronok bila tengok Plash Foaming Handwash ni ada dua saiz berbeza iaitu dalam kuantiti 400ml dan juga 200ml. Yang besar boleh letak dirumah dan yang kecil boleh muat masuk beg Yaya untuk dibawa kemana-mana 😘


Hadir dengan dua jenis haruman iaitu Fresh Aloevera dan Sweet Sakura. Dua-dua Yaya suka! Bau dia fresh, tak sakit hidung and sangat soft! 


Menariknya juga, Plash Foaming Handwash AFY Haniff ini selamat digunakan oleh seisi keluarga kerana ianya bebas dari paraben, phathalate, dye dan juga tidak diuji pada haiwan. Kandungan semulajadi yang terkandung pada Plash Foaming AFY Haniff ini juga telah mendapat pengiktirafan dari  ISO, GMP dan juga HCCP.


I'm falling in love! Suka betul bila dia buat dalam botol kecil macam ni. So convenience untuk Yaya yang mak mak ni. Kadang-kadang risau kita tak perasan dah terpegang apa masa kat luar and bila jumpa anak, kita pegang dia pula. So sebelum jumpa anak make sure cuci tangan bersih-bersih dahulu baru rasa yakin. 


Membasuh tangan dengan sabun dapat mencegah penyakit dan juga mengelakkan penyebaran jangkitan kepada orang lain kerana ;

• Kelazimannya kita kerap menyentuh mata, hidung dan mulut tanpa sedar. Tangan yang tercemar akan memindahkan kuman  ke saluran pernafasan melalui mata, hidung dan mulut.

• Kuman dari tangan yang tidak dibasuh boleh berpindah ke objek yang disentuh seperti tombol pintu, telefon bimbit, duit dan juga semasa bersalaman (no salam ok?)
 
Oleh itu, membasuh tangan dengan sabun dan air dapat menyingkirkan kuman dan mencegah pelbagai penyakit termasuk jangkitan COVID-19.


Sebab Yaya suka warna pink, Yaya nak habiskan yang pink dulu. Terasa comel sungguh! Botol pun cute je!


Haruman aloevera ni sangat refreshing! 


Bangganya bila dapat tahu produk AFY Haniff ini merupakan produk 100% milik syarikat bumiputera. Mesti ramai yang tahu mereka juga mengeluarkan produk SWiPEL yang dulu dikenali sebagai Serai Wangi. Kalau pergi supermarket atau hypermarket memang ada je produk mereka dirak jualan. Kemahiran mereka menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dengan bahan semulajadi sebagai kandungan utama memang tidak dapat disangkal lagi 👍


Paling Yaya suka selain warna pink and botol comel, sabun ni seriously best gila! Tekstur jenis foam yang sangat lembut ni langsung tak memberikan kesan kering mahupun kesat pada tangan selepas cucian. Malahan, tangan rasa lebih lembut, wangi dan segar. Terima kasih sebab keluarkan produk pencuci tangan dengan keupayaan membunuh kuman sehingga 99% dan dalam masa yang sama mampu melembapkan tangan kaum wanita seperti kami. Loveeee!


Dari jauh pun boleh tengok betapa lembutnya buih Plash Foaming Handwash AFY Haniff ni hihi


Hello? Beli okay? Janji memang best!


Korang boleh dapatkan Plash Foaming Handwash AFY Haniff ini di pasaraya utama di seluruh Malaysia. Tapi ramai dah jarang keluar rumah sekarang so boleh beli online je lagi senang ya? Boleh dapatkan di marketplace seperti Shopee, Lazada dan Yezza. Stay safe everyone! 🌻


Untuk Matlumat Lanjut :

Facebook : AFYconsumer 

Instagram : @afyhaniff_consumer 

Shopee | Lazada | Yezza


Terima kasih sudi baca

17 comments:

  1. ya akak familiar brand ni yang serai wangi tu, tengok gambar pun dah tau wangi sabun ni haha. bebudakla paling seronok mandi sebab sibuk nak bubble je kerjanya

    ReplyDelete
  2. This handwash looks cute. Will look nice at my sink.so i need to get it soon..haha

    ReplyDelete
  3. Ya ini antara satu produk yang harus ada dalam bag setiap hari apatah lagi perjuangan melawan Covid-19 belum selesai ya.

    ReplyDelete
  4. Kak Nina suka jenis sabun style foaming gini. Sebab lebih jimat. Kalau yang gel tu anak-anak suka tertekan lebih. Geram mak! Hahaa

    ReplyDelete
  5. Dalam situasi sekarang ni, memang sangat penting jaga kebersihan tangan. So kita kena la cari produk yg sesuai supaya dpt membersihkan dgn sempurna tapi tak terlalu mengeringkan kulit.

    ReplyDelete
  6. Tak pernah guna brand ni, nanti boleh beli nampak menarik untuk dicuba... Sebab wangi tu yang best

    ReplyDelete
  7. KIta suka nauu nengok botolnya, comel sangat laaa... mesti bau wangikan sebab tengok reaksi muka Yaya sangat harum menciumnya.. nanti nak cari gak laaaa

    ReplyDelete
  8. First time tengok brand ni, boleh la dapatkan from e-commerce platform nanti... menarik wangian dia.. jarang nampak ada bau aloevera dan sakura ni...

    ReplyDelete
  9. what a lovely product! love that it softens and cares for the hands. Thanks for sharing this! :)

    ReplyDelete
  10. Hand sanitizer tak sesuai gila dengan kulit saya. Sebab nanti akan naik ruam and tangan mengelupas sebab tak tahan asid dia kuat sangat. So sekarang ni guna lotion je. Yang ni dia tak kan buat tangan mengelupas kan?

    ReplyDelete
  11. Wahhh bagus ni kan? Nampak ramai jugak yang review dan semua pun ng review yang bagus so boleh la try..

    ReplyDelete
  12. First time akak dengan jenama Plash ni.
    Nampak menarik and best banyak buih :D
    nanti nak cuba lah :)

    ReplyDelete
  13. Suka tgk packaging doa cantik, baru tau brand plash ni ada mcm2 produk

    ReplyDelete
  14. Nampak menarik produk ni.. sy suka baru yg fresh.. tak pernah nampak lagi brand ni kat tempat saya..

    ReplyDelete
  15. Nnt nak cari la. Mcm menarik sbb ada buih2 tu. Anak2 mesti suka. Dorg rajin benar basuh tgn kan sbb covid ni

    ReplyDelete
  16. mesti wangikan,wat basuh tangan lepas makan sambal belacan best ni hehehe

    ReplyDelete
  17. wangi! tapi susah sikit kan nak bukak untuk picit sabun tuu. heee

    ReplyDelete