Showing posts with label Kimball. Show all posts
Showing posts with label Kimball. Show all posts

Dec 28, 2020

Resepi Mudah Spaghetti Bolognese | Kimball


Hai korang! Masih ramai ke yang work from home lagi? Bagi kawasan yang dilanjutkan PKPB, mohon semua jaga SOP ya. Kalau boleh terus kekal berada dirumah dan hanya keluar bila perlu sahaja. Putrajaya memang dah tamat PKPB so kita pun dah kena masuk kerja seperti biasa. Kadang-kadang rindu nak seronok-seronok makan kat luar tapi risau pun ada dan tak boleh beramai-ramai macam dulu. So apa nak buat bila teringin nak makan sedap macam kat restoran? Kalau malas, boleh food delivery tapi bila rajin tu datang dan nak makan ramai-ramai dengan family kat rumah, kita masak jelah! Lagi mudah bila ada produk Kimball ;)


Produk Kimball ni memang dah jadi pilihan utama Yaya sekeluarga sejak dari dulu lagi. Senang, cepat dan mudah nak sediakan. Bila mood taknak makan nasi datang, memang dalam kepala masak spaghetti bolognese paling mudah dan yang paling penting mengenyangkan.


Terdapat banyak produk Kimball yang berada dalam pasaran yang selalu menjadi pilihan pengguna. Menariknya, sejak Kimball yang merupakan jenama tempatan ini diperkenalkan pada tahun 1970-an, semakin hari semakin banyak produk menarik yang lahir dari jenama Kimball. Rasanya memang tak perlu nak diperkenalkan lagi sebab korang semua pun dah tahu kan selain pelbagai jenis sos, Kimball juga mempunyai pilihan produk makanan dalam tin dan juga pelbagai jenis pasta.  

So harini Yaya nak share dengan korang cara mudah dan senang untuk masak spaghetti bolognese menggunakan produk Kimball (cara Yaya hihi).


Watak utama of course produk dari Kimball. Yaya gunakan Kimball Sos Spageti Kimball, Kimball tomato puree dan juga Kimball Spaghetti. Yaya memang selalu guna spaghetti Kimball sebab kekenyalan dia just nice sangat bila dimakan bersama sos. Even kalau nak buat laksa Johor pun boleh guna spaghetti Kimball.


Selain dari 3 bahan utama diatas, kita juga memerlukan :

2 keping daging kisar yang telah dilembutkan
1 biji bawang holland 
5 ulas bawang putih 
4 batang sosej 
5 ketul cendawan butang
Lada hitam dan garam secukup rasa



Untuk bawang, Yaya potong dadu dan cincang halus. Untuk sosej dan cendawan, boleh hiris nipis mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing




Kali ni Yaya guna setengah paket spaghetti. Tapi kalau nak makan 5-6 orang, boleh masak sepaket terus.


1. Panaskan minyak dan bila dah panas, boleh masukkan bawang Holland.


2. Masukkan bawang putih dan kacau sehingga naik bau. (api kecil tau)


3. Masukkan daging kisar



4. Kacau daging sehingga empuk sedikit dan sehingga bertukar warna


5. Masukkan cendawan dan kacau rata



6. Masukkan lada hitam. Yaya masukkan banyak lagi sebenarnya hihi



7. Kacau dalam seminit lepas tu dah boleh masukkan setengah tin Kimball Tomato Puree


8. Kemudian masukkan 3/4 Kimball Sos Spageti Tradisional


9. Masukkan garam agak-agak dan kacau sehingga cantik dan nampak sedap hihi


Siap! Yaya memang suka yang simple macam ni. Baru terasa sos spageti yang sebenar hee


Serius sedapppppp sangatttttt bila korang guna sos spageti Kimball ni. Lagi sedap dari jenama lain bagi Yaya hihi yang penting telah diiktiraf Halal oleh Jakim Malaysia dan selamat dimakan. Makan tak boleh berhenti sebab sedap sangat mengalahkan kat restoran :p. Dengan Kimball, Kompem Gaya Malaysia! Selamat mencuba!


Kalau nak dapatkan resepi lain menggunakan produk Kimball, boleh layari website Kimball Malaysia di https://www.kimball.com.my/recipe.html.

Untuk maklumat lanjut :

#KompemGayaMalaysia #GayaMalaysia


Terima kasih sudi baca