Nov 29, 2019

Pencarian Miss Pink Lady Asia Musim Kedua



Pernah dengar tentang program realiti Miss Pink Lady? Sekarang ni Pencarian Miss Pink Lady Asia dah masuk ke musim ke kedua tau! Kejayaan program pada musim pertama telah berjaya membawa rancangan ini ke peringkat Asia! Miss Pink Lady musim kedua bakal disiarkan di saluran Youtube @plnklady.tv bermula 4 Januari 2020 nanti.


Miss Pinklady Asia (MPLA) Musim ke-2 merupakan rancangan realiti yang menampilkan 12 peserta dari 8 negara Asia iaitu Malaysia, Thailand, Myanmar, India, Korea, China, Filipina, Singapura dan juga Indonesia. Kali ini kesemua peserta akan ditempatkan disebuah lokasi yang dirahsiakan. Mereka akan menjalani rutin harian serta melengkapkan segala tugasan yang diberikan oleh pihak penganjur disamping bersaing antara satu sama lain. Antara tugasan yang bakal dihadapi oleh peserta ialah catwalk, sesi penggambaran dan juga sesi pengiklanan.



Berikut merupakan perserta bagi Miss Pink Lady Asia Musim Kedua :
  1. Haneesya Hanee, 19 tahun, 170cm, Malaysia.
  2. Adeline Lim, 26 tahun, 173cm, Malaysia.
  3. Elysha Arnold, 24 tahun, 172cm, Malaysia.
  4. Suji Park, 18 tahun, 175cm, Korea.
  5. Nadia, 22 tahun, 175 cm, Indonesia.
  6. Pensiputh Tisadoldilok, 22 tahun, 180cm, Thailand.
  7. Oujuleslee Lolam, 19 tahun, 168cm, Thailand.
  8. Wei Hnin, 22 tahun, 173cm, Myanmar.
  9. Kymberlee Street, 21 tahun, 175cm, Philippines.
  10. Maine T, 28 tahun, 171cm, Singapore.
  11. Karyn, 26 tahun, 174cm, China.
  12. Sushmeet Kaur, 21 tahun, 168cm, India.

Untuk musim kedua MPL ASIA kali ini, mereka akan bekerjasama dengan jurugambar terkenal dari Thailand yang pernah terlibat dengan program terkenal iaitu ‘The Face’ dan ‘Next Top Model Asia’. Setiap cabaran dan tugasan yang dilakukan oleh setiap peserta akan diadili oleh panel hakim yang berpengalaman dalam bidang peragaan dan fotografi.


Sementara itu, En Azwan Hj Ismail selaku penerbit pula berkata, "Program ini merupakan satu peluang keemasan kepada para wanita yang meminati bidang peragaan. lanya bukan sahaja program hiburan semata mata sebaliknya ianya turut berkongsi tentang dunia "modelling lifestyle" yg kebanyakan org ramai tidak tahu"


Menurut CEO Heidi Empire Trading iaitu Encik Heidi Shafiq, "Program Miss Pinklady Asia musim kedua pasti lebih hebat kerana ianya telah berkembang ke peringkat Asia & Global. Ini selaras dengan jenama PINKLADY sendiri yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa".


Persembahan dari artis jemputan Bella Astillah


Tapi paling teruja sebab ada Naim Daniel! Terimbau kenangan Naim melutut kat Yaya sambil menyanyi haritu hahaha dahla Yaya memang minat dia sejak jadi penyanyi ni. Suara dia memang power!


Pemenang MPL ASIA Musim ke-2 bakal membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM12,000 (tempat pertama), RM 8000 (tempat kedua) dan RM 5000 untuk tempat ketiga. Siapa agaknya yang akan merangkul gelaran juara sekaligus memegang takhta Miss Pink Lady Asia bagi Musim Kedua? Sama-sama kita nantikan ;)


Miss Pinklady Asia dihoskan oleh Ikon peragawati Malaysia iaitu Sunshine Aileen.

Bermula 4 Januari 2019, akan disiarkan episod pengenalan untuk tontonan umum. Untuk episod mingguan pula akan disiarkan pada setiap hari Sabtu, jam 10 malam. Pink Lady Extra akan bersiaran setiap hari Rabu jam 9 malam dan semua episod akan disiarkan secara langsung di laman web www.pinklady.tv.  Selamat menonton!


Untuk maklumat lanjut :

Website : www.plnklady.tv

Facebook : Miss PinkLady 

Instagram : @misspinklady.tv

YouTube : pinkladytv



Terima kasih sudi baca

Nov 25, 2019

Yoodo & PUBG Mobile Bergabung di PMCC 2019



Hai korang! Haa takut tak tengok kita pegang senapang tu? :p Siapa kat sini suka main PUBG? Dulu masa awal-awal kemunculan PUBG ni Yaya paling tak suka sekali sebab rasa game tu ganas haha tapi bila dah tahu flow permainan dia, Yaya okay je. Lagi-lagi bila suami kesayangan memang pemain tegar PUBG ni. Dia selalu isi masa lapang bila penat berkerja seharian dengan PUBG. Siap tengok live kat Facebook okay dan belajar skill orang lain dari situ. Selalu la nampak dia happy bila dapat Chicken Dinner! 


Yaya berkesempatan meluangkan masa di Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2019 di IOI Mall Puchong dan melihat sendiri pertandingan yang diadakan secara live di depan mata. Selalu tengok pertandingan ni dalam live di laman sosial je. Bila saksikan sendiri kesemua pemain berkumpul memang meriah sangat dengan sorakan dari penonton dan pengunjung yang hadir.


Grand Finals PMCC 2019 kali ini melibatkan 64 pelajar di seluruh Malaysia dan 16 pasukan teratas yang terpilih akan bertarung sesama sendiri untuk merebut hadiah lumayan berjumlah RM60,000. PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2019 ini merupakan yang pertama di Malaysia ketika ini yang dianjurkan oleh Yoodo. Bagi yang belum tahu, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih 100% digital yang pertama di Malaysia.


Kesemua kampus yang terlibat telah ditetapkan oleh PUBG Mobile yang berpusat di Malaysia untuk pertandingan akhir PMCC 2019 ini. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menyerlah dan sekaligus mengangkat nama kampus masing-masing yang mereka wakili.


16 pasukan yang teratas yang mewakili kampus masing-masing di pertandingan akhir yang berentap untuk gelaran juara.


Pemenang teratas juga layak untuk menerima hadiah tajaan dari Yoodo yang merupakan pelan mudah alih selama setahun dan juga Kredit Boost selama setahun. Selain wang tunai RM18,000, Juara PMCC 2019 juga akan menerima jemputan secara ekslusif ke Grand Finals of PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2020.







Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2019 turut diserikan dengan jemputan khas untuk perlawanan persembahan yang diterajui oleh Elizabeth Tan, Luqman Podolski, Master Ramen, dan lain-lain. Paling teruja mestilah suami Yaya sebab dia memang kenal pemain khas yang ada terutama Man Parang! Man Parang ni merupakan wakil dari Malaysia untuk kejohanan luar negara tau haha sanggup ye Yaya panggil Man Parang sekejap suruh bergambar dengan Shawn ^_^


Elizabeth Tan, Master Ramen dan lain-lain selebriti sedang khusyuk bermain ketika perlawanan persembahan. Memang riuh dan meriah dengan sokongan pengunjung yang hadir.


Man Parang dan team beliau.


Tahniah diucapkan kepada Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2019 yang telah dijuarai oleh kumpulan Dark Horse dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Mereka memenangi hadiah utama bernilai RM18,000 dari hadiah keseluruhan yang berjumlah RM60,000, hadiah tajaan dari Yoodo yang merupakan pelan mudah alih selama setahun, Kredit Boost selama setahun serta jemputan secara ekslusif ke Grand Finals of PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2020


Kini, dengan Yoodo semua orang boleh jadi pemenang dalam games! Yoodo telah memperkenalkan add-on terbaharu yang membolehkan kita bermain games tanpa had dan kita tak perlu risau tentang caj yang membebankan. Nikmati unlimited Chicken Dinners dengan pembelian data tambahan 20GB PUBG MOBILE eksklusif Yoodo. Lagi best dan khas untuk pemain tegar PUBG, add-on yang ditawarkan adalah percuma bersempena dengan Grand Finals PMCC 2019. Yoodo juga menawarkan tambahan data 20GB Arena of Valor pada hanya kadar RM5 sebulan. Jangan terlepas peluang hebat ini okay! ^_^


Untuk maklumat lanjut :

Website : www.yoodo.com.my
Facebook: yoodoMY
Yoodo PMCC 2019 : www.yoodo.com.my/pmcc2019


Terima kasih sudi baca

Nov 22, 2019

Swiss Image | Bercuti Dengan Riang Bersama Rangkaian Produk Swiss Image



Hai korang! Dah hujung tahun ni mesti ramai dah plan nak pergi bercuti kan? Inilah masanya kita nak rehatkan minda dan berjalan ke tempat orang tak kiralah dalam atau luar negara. Ada juga yang dah merancang percutian dari awal tahun atau dalam tempoh setahun sebelum bercuti. Paling penting, jangan lupa produk penjagaan wajah sepanjang  travel nanti okay! Percutian yang bermakna bukan sahaja bersama dengan tersayang tau, produk dan penjagaan kulit juga merupakan aspek penting yang kena masuk dalam list untuk dibawa! Swiss Image ada untuk membantu korang menjaga kulit agar kekal segar dan terhidrat sepanjang percutian! :D


Swiss Image’s Essential Care mempunyai tiga rangkaian produk yang akan memenuhi rutin penjagaan korang semasa bercuti. Tiga rangkaian produk ni adalah Mattifying Face Wash Gel (Pencuci muka), Refreshing and Mattifying Toner (Penyegar), dan Absolute Hydration Day Cream (Pelembab). Penggunaan ketiga-tiga produk ini menghasilkan rutin lengkap penjagaan harian untuk kulit muka kekal segar dan bermaya. Ini merupakan langkah penting untuk pastikan wajah sentiasa sihat dan berseri.


Produk ni diformulasikan dengan teknologi dari Swiss dan pembuatannya oleh salah satu persekitaran ekologi terbersih di dunia. Tiga produk ni mengandungi Alpine Glacier Water, iaitu sejenis bahan kecantikan yang hanya terdapat di Pergunungan Alpen Swiss. Kandungan ni penting kerana ianya membolehkan pengguna menikmati sifat penghidratannya serta vitamin dan mineral yang terdapat di dalamnya dapat memberikan nutrien yang berharga untuk kecergasan kulit. Ciri-ciri biologi yang aktif juga membolehkan penyerapan mineral yang mudah dan sesuai untuk semua jenis kulit.


Mattifying Face Wash Gel, 200ml – RM38.90
Pencuci muka terlaris Swiss Image memberikan sentuhan lembut dan tahan lama tanpa mengeringkan kulit hanya dalam satu langkah sahaja. Dirumus khas dengan bahan-bahan Hyssop dan Alpine Glacier Water memberikan penghidratan dan nutrien sambil memudahkan penyerapan pembersihan semulajadi dengan khasiat Hyssop yang juga meningkatkan kulit wajah dan mengimbangi paras minyak. So Yaya cadangkan korang yang ada masalah kulit berminyak tu boleh cuba pencuci muka ni. Mesti kulit korang akan rasa lembut dan tak kering atau kesat. 


Refreshing and Mattifying Toner, 200ml - RM38.90
Item kedua yang penting yang korang patut pakai hari-hari sebagai rutin penjagaan harian kulit muka korang ialah Toner! Yaya sendiri akan make sure rutin Toner ni sentiasa ada dalam penjagaan wajah seharian. Swiss Image Refreshing and Mattifying Toner juga membersihkan lebihan kotoran dan menghalang pertumbuhan bakteria asing yang ada di persekitaran tempat percutian korang. Dah namanya berjalan kat tempat orang, kita pun tak tahu bakteria apa yang ada di sekitar kita tu kan :p


Penyegar ini juga diformulasikan dengan ekstrak semulajadi dari Hyssop dan Alpine Glacier Water yang disyorkan untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kombinasi mahupun kulit berminyak. Cara penggunaan pun senang je, titiskan pada kapas muka yang bersih dan sapu pada bahagian muka dan leher yang telah dicuci bersih. Diingatkan supaya tidak disapu pada bahagian mata ye. Hasilnya korang akan rasa kulit wajah akan segar sepanjang hari. Penggunaan penyegar ini akan memberikan kesan kemasan terbaik pada kulit dan menjadikan kita lebih yakin untuk bergambar di sepanjang percutian.

Absolute Hydration Day Cream, 50ml - RM48.90

Langkah terakhir dalam rutin penjagaan kulit harian yang utama adalah memakai pelembab. Swiss Image Absolute Hydration Day Cream diperkaya dengan ekstrak botani semulajadi Edelweiss dan Alpine Glacier Water. Berada di luar sepanjang hari di negara orang boleh memberikan kesan berbeza kepada kulit akan tetapi krim ini memberikan penghidratan dan keselesaan untuk memastikan korang sentiasa kelihatan berseri dalam pengembaraan. Cuaca yang tidak menentu di tempat baru tidak lagi menjadi masalah dengan kualiti penapis SPF yang terdapat dalam krim ni. Ia juga dapat melindungi kulit daripada persekitaran dan akhirnya dapat meningkatkan seri kulit wajah.


Kini kita boleh melancong ke luar negara dan menikmati pelbagai faedah menggunakan bahan-bahan ekslusif dan premium semasa bercuti pada musim cuti ini dengan tiga produk utama dari rangkaian Swiss Image’s Essential Care yang mengutamakan rutin penjagaan kulit asas dengan tiga langkah mudah untuk perlindungan kulit. Barulah bertambah keyakinan dalam diri bila wajah sentiasa berseri walaupun dalam persekitaran berbeza semasa dalam tempoh percutian. 



Yaya memang teruja bila dapat tahu yang produk Swiss Image menggabungkan bahan-bahan premium yang terdapat di Switzerland seperti Alpine Glacier Water yang terkenal dengan vitamin dan mineral serta penghidratan dan ciri-ciri aktif biologi, Salji Algae untuk anti-penuaan dan Ekstrak Botanikal Swiss yang terdiri daripada ekstrak herba terpilih untuk kebaikan pada kulit.




Semua produk yang dikeluarkan oleh Swiss Image bebas dari bahan kimia yang berbahaya seperti Paraben, PEG dan Phthalates. Paling penting sekali Swiss Image juga disahkan HALAL dalam proses pembuatannya so korang tak perlu risau. Harga pun sangat berbaloi-baloi untuk satu set rangkaian penjagaan wajah dengan bahan premium ;) 


Produk rangkaian Swiss Image ini boleh didapati di kedai Watsons terpilih, Watsons E-commerce & Shopee Malaysia.


Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Swiss Image  

#SwissimageMY #DiscoverPureBeauty



Terima kasih sudi baca

Fenomena Matte Lipstick dari Kekasih by The Melvins



Fenomena Kekasih by The Melvins yang diasaskan oleh empat adik-beradik cantik iaitu Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin sejak 1 Mei 2019, jenama yang hadir  menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation dengan harga mampu dimiliki ini mencipta fenomena tersendiri. Mana taknya, sejak awal dikeluarkan  lip matte di bawah nama kombo Zahir Batin dan Jiwa Raga sudah terjual 180,000 unit bagai pisang panas laris di pasaran. 


Terbaharu yang Yaya tahu, Kekasih by The Melvins pantas menjadi perhatian semula menerusi promosi terbaharu kombo lip matte Tulus Suci  yang dilancarkan sejak 17 November lalu. Kali ini kombo lip matte Tulus Suci hadir dengan pilihan warna menarik dengan bau strawberi pula. Sebelum ini menerusi kombo terdahulu, mereka tampil dengan bau pisang dan coklat. 


Hadir dengan edisi bermusim, semestinya setiap keluaran adalah terhad. Untuk peminat lip matte dari Kekasih by The Melvins, korang kena dapatkan cepat sebelum kehabisan tau! Ada 4 warna pilihan yang cantik lagi menawan ;)



Kandungan Utama Lip Matte Kekasih by The Melvins :

  • Argan Oil
  • Shea Butter
  • Vitamin E

Selain dari tiada bahan kimia dan bebas Paraben, teksturnya juga sangat ringan seperti tidak langsung dicalit apa-apa. Ianya tidak melekit apabila dipakai. Fungsinya mampu merawat garis halus pada permukaan bibir. Malah ia juga bertindak sebagai perawat dan pelembap bibir kering. Pada masa sama, ia juga tidak memberikan kesan hitam kepada bibir. So jangan risau dan tak perlu apply semula lepas makan dan minum.  ^_^


“Bagi kami produk Lip matte contohnya  memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang ia menjadi satu keperluan buat golongan wanita khususnya. Malah kami sepakat menggunakan nama Kekasih ini kerana kita dilahirkan di dunia ini untuk sentiasa berpasangan. Begitu juga seperti lipmatte Kekasih sendiri yang dipasarkan secara kombo (dua lipmatte) dengan harga RM39. Memang berbaloi baloi dengan harga itu dapat dua.


“Tak dinafikan memang banyak jenama lipmatte lain di pasaran. Tapi Kekasih kami lain macam sedikit. ‘Kekasih’ kerana ‘kekasih’ yang satu ini tiada tandingan.  Malah  berkenaan juga terus menjadi pembakar semangat kepada kami empat adik beradik, pasukan kerja Kekasih by The Melvins serta lebih 1000 agen dan stokis berdaftar di seluruh Malaysia


“Kami turut menggunakan tagline dan  tanda pagar Satukekasihcukupke? juga sebagai simbolik mempromosikan kombo lipmatte yang dijual dengan dua unit. Tapi di alam realiti cukup setia dengan seorang kekasih dan suami saja. Jangan main kayu tiga dalam hubungan sesama manusia. Tapi kalau nak beli produk Kekasih tak apa nak beli lebih pun. Kalau beli banyak buat stok lagi kami suka” kata isteri kepada Shaheizy Sam itu.


Kekasih by The Melvins juga mengamalkan konsep membuka ruang kepada suri rumah atau mereka yang mahu mencari wang tambahan dengan menjadi agen dan stokis. Memang sesuai sangat buat mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Ada diantara agen dan stokis mereka dapat membeli aset sendiri dari hasil keuntungan tau. Kalau korang nak juga, boleh terus contact mereka okay! 





Kombo lipmatte dijual pada harga RM 39
Krim asas pula pada harga RM 49





Untuk maklumat lanjut :

 Instagram: @kekasih_hq
Facebook: @Kekasih_HQ
Talian hotline: 010-9000001



Terima kasih sudi baca

Nov 7, 2019

Rawatan Kesuburan Yang Berlandaskan Syariah di Sophea Fertility




Salam semua. Yaya rasa separuh dari pembaca blog Yaya ialah mereka yang dah mendirikan rumah tangga. Untuk yang masih belum berkahwin dan sedang membaca, mungkin boleh ambil intipati penulisan ini untuk rujukan dimasa akan datang okay ;) . Yaya percaya setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan zuriat. Zuriat sememangnya penyeri rumah tangga. Bagi Yaya sendiri yang memang sukakan kanak-kanak, Yaya memang tak sabar nak dikurniakan zuriat cepat yang mungkin dan selalu berdoa supaya dipermudahkan segala urusan untuk menimang cahaya mata awal. Kebetulan umur Yaya ketika berkahwin ialah 26 tahun. Bagi Yaya agak lewat dari kawan-kawan yang terlebih dahalu mendirikan rumah tangga.


Yaya ingat lagi sebulan pertama kahwin masih belum ada rezeki. Time tu memang sedih sangat (huhu tak patut betul). Tapi lepas tu Yaya bersangka baik dan teruskan berusaha serta banyakkan lagi pembacaan tentang kiraan waktu subur, pengambilan makanan yang berkhasiat dan juga paling penting ialah doa dan tawakal. Alhamdulillah bulan kedua perkahwinan Allah izinkan untuk Yaya mengandung. Masa tu Allah jela yang tahu betapa sebaknya diri ini. Dalam masa yang sama Yaya juga doakan rakan-rakan lain dipermudahkan urusan untuk mendapat rezeki zuriat.


Minggu lalu, Yaya berkesempatan untuk hadir ke majlis pelancaran Sophea Fertility yang bertempat di Petaling Jaya. Majlis yang diadakan serba ringkas tetapi meriah ini diserikan dengan bacaan Yaasin dan juga doa selamat bagi mengambil keberkatan atas pembukaannya. Sophea Fertility yang berlandaskan syariah ini menyediakan rawatan kesuburan kepada semua pasangan yang menginginkan zuriat dan juga menyediakan pakar wanita dan juga perawat wanita sahaja semasa proses rawatan dijalankan untuk keselesaan pesakit.




 Pengasas Pusat Kesuburan Sophea Fertility, Dr Wong Park Seng bersama Pengarah Perubatan Pusat Kesuburan SOPHEA, Dr Norazlin ketika di Majlis Pelancaran Sophea Fertility.


Dalam era serba moden yang canggih ini, selain dari rawatan tradisional untuk mendapat zuriat, terdapat juga rawatan moden seperti IUI dan juga IVF. Dua rawatan ini sangat popular dikalangan pasangan yang ingin menggunakan kaedah moden bagi mendapatkan zuriat. Sebelum itu apa itu IUI dan juga IVF?


IntraUterine Insemination (IUI)
IUI adalah teknik memasukkan sperma (yang lazimnya dicuci dulu) terus ke dalam ruang rahim. Air mani yang dikeluarkan menggunakan masturbasi akan dicuci untuk mengasingkan sperma yang elok. 
IUI meningkatkan peluang kehamilan secara mendekatkan jarak perjalanan sperma yang asalnya dari bahagian hujung faraj (jika secara hubungan seksual dan ejakulasi ke dalam faraj).

Sperma hanya perlu memulakan pergerakan dari ruang dalaman rahim menuju kedua-dua belah tiub falopio untuk sampai ke telur anda (jika berlaku ovulasi dan masuk ke bahagian penghujung tiub terbabit). Lazimnya, sebelum IUI dilakukan, doktor akan meningkatkan peluang tambahan secara merangsang pembesaran sebilangan telur menggunakan ubat kesuburan yang bersesuaian (sama ada pil atau suntikan).

In Vitro (IVF)
IVF menggunakan teknik membiarkan telur yang dicampurkan bersama sperma di dalam bekas khas dan dieram di dalam inkubator makmal, ini bermakna persenyawaan telur dan sperma berlaku di dalam bekas uji, bukannya di dalam tiub falopio.

Telur ini disedut dari ovari menggunakan jarum panjang yang dimasukkan menembusi faraj menggunakan bantuan imbasan ultrabunyi dan secara pembiusan penuh atau sedasi. Bagi menghasilkan telur yang banyak, rangsangan ubat kesuburan lazimnya diberikan mengikut protokol tertentu.

Sperma pula diperoleh secara masturbasi (sama seperti untuk prosedur IUI). Embrio yang terbentuk akan dieram untuk beberapa hari sebelum dimasukkan (lazimnya tidak melebihi empat berdasarkan usia anda) ke dalam ruang rahim (sama dialami seperti IUI namun dilakukan di dalam bilik bedah bersebelahan makmal IVF).


Embryologist yang berkhidmat di Sophea Fertility


Makmal untuk persenyawaan



Bilik dimana kaum lelaki akan mengeluarkan sperma sebelum sperma di ambil untuk disenyawakan.




Bilik pesakit yang dirawat. Sungguh tenang dan selesa.



Bilik pembedahan di Sophea Fertility



Surau juga turut disediakan disini bagi memudahkan umat Islam menunaikan solat





Bilik Dr Norazlin dimana pesakit akan berjumpa dengan beliau terlebih dahulu bagi mengenal pasti masalah sebenar pasangan yang sedang mencuba untuk mendapatkan zuriat




5 Sebab Kenapa Pasangan Perlu Mendapatkan Khidmat Kesuburan di Sophea Fertility :
  1. Sophea Fertility ialah pusat kesuburan berlandaskan Syariah yang pertama di Malaysia
  2. Hanya doktor dan perawat perempuan yang bertauliah sahaja yang akan melakukan pemeriksaan dan rawatan keatas pesakit
  3. Aurat pesakit akan sentiasa dipastikan terjaga ketika rawatan dilakukan
  4. Tempat mandi (bagi yang ingin mandi hadas besar selepas rawatan) dan juga ruang solat disediakan disini bagi kemudahan pesakit
  5. Kelengkapan dan suasana pusat kesuburan yang lengkap dan mesra pesakit bagi keselesaan semua yang ingin mendapatkan rawatan disini

Menggunakan tagline 'Melangkah Suci Menuju Impian', Sophea Fertility sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menyampaikan perkhidmatan mereka yang berlandaskan syariah dan hukum syarak.

Rawatan di Sophea Fertility merangkumi dari rawatan IVF sehingga ke hari ujian kehamilan, kos makmal meliputi ‘ICSI’, ‘Laser-Assisted Hatching’ dan ‘Blastocyst Culture (jika diperlukan), kos pembekuan embrio, kejururawatan, bilik pemulihan serta kos konsultasi doktor pakar.


Dr. Norazlin menyarankan pasangan suami isteri yang masih tidak dapat hamil selepas setahun berkahwin menjalani pemeriksaan bagi membolehkan tindakan awal dapat diambil.


Sesi soal jawab bersama media dari luar negara yang turut hadir di Majlis Pelancaran Sophea Fertility. Dr. Norazlin sedang memberi gambaran sebenar tentang proses persenyawaan menggunakan kaedah IUI dan IVF.



Bersama Dr Norazlin Rosli yang merupakan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan di Sophea Fertility. 


Diskaun 10% untuk pelanggan bertuah

Berita baik untuk mereka yang ingin mendapatkan rawatan di Sophea Fertility, korang boleh menggunakan kod SPH01NOV untuk potongan 10% dari harga pakej yang ditawarkan disini. Diskaun ini hanya valid untuk pelanggan yang baru mendaftar sahaja dan bukan pesakit yang sedia ada dan sah sehingga 31 Disember 2019.


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Sophea Fertility
Instagram : @sophea_fertility

Alamat : 106, Jalan Gasing, Seksyen 5
46000 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Careline : +6016 739 5006
Tel : +603 7622 8622

Waktu Operasi :
Isnin - Jumaat : 7.30am to 5.00pm
Sabtu : 7.30am to 1.00pm
Ahad & Cuti Umum : TUTUP



Terima kasih sudi baca