Fenomena Kekasih by The Melvins yang diasaskan oleh empat adik-beradik cantik iaitu Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin sejak 1 Mei 2019, jenama yang hadir menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation dengan harga mampu dimiliki ini mencipta fenomena tersendiri. Mana taknya, sejak awal dikeluarkan lip matte di bawah nama kombo Zahir Batin dan Jiwa Raga sudah terjual 180,000 unit bagai pisang panas laris di pasaran.
Terbaharu yang Yaya tahu, Kekasih by The Melvins pantas menjadi perhatian semula menerusi promosi terbaharu kombo lip matte Tulus Suci yang dilancarkan sejak 17 November lalu. Kali ini kombo lip matte Tulus Suci hadir dengan pilihan warna menarik dengan bau strawberi pula. Sebelum ini menerusi kombo terdahulu, mereka tampil dengan bau pisang dan coklat.
Hadir dengan edisi bermusim, semestinya setiap keluaran adalah terhad. Untuk peminat lip matte dari Kekasih by The Melvins, korang kena dapatkan cepat sebelum kehabisan tau! Ada 4 warna pilihan yang cantik lagi menawan ;)
Kandungan Utama Lip Matte Kekasih by The Melvins :
- Argan Oil
- Shea Butter
- Vitamin E
Selain dari tiada bahan kimia dan bebas Paraben, teksturnya juga sangat ringan seperti tidak langsung dicalit apa-apa. Ianya tidak melekit apabila dipakai. Fungsinya mampu merawat garis halus pada permukaan bibir. Malah ia juga bertindak sebagai perawat dan pelembap bibir kering. Pada masa sama, ia juga tidak memberikan kesan hitam kepada bibir. So jangan risau dan tak perlu apply semula lepas makan dan minum. ^_^
“Bagi kami produk Lip matte contohnya memang tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang ia menjadi satu keperluan buat golongan wanita khususnya. Malah kami sepakat menggunakan nama Kekasih ini kerana kita dilahirkan di dunia ini untuk sentiasa berpasangan. Begitu juga seperti lipmatte Kekasih sendiri yang dipasarkan secara kombo (dua lipmatte) dengan harga RM39. Memang berbaloi baloi dengan harga itu dapat dua.
“Tak dinafikan memang banyak jenama lipmatte lain di pasaran. Tapi Kekasih kami lain macam sedikit. ‘Kekasih’ kerana ‘kekasih’ yang satu ini tiada tandingan. Malah berkenaan juga terus menjadi pembakar semangat kepada kami empat adik beradik, pasukan kerja Kekasih by The Melvins serta lebih 1000 agen dan stokis berdaftar di seluruh Malaysia
“Kami turut menggunakan tagline dan tanda pagar Satukekasihcukupke? juga sebagai simbolik mempromosikan kombo lipmatte yang dijual dengan dua unit. Tapi di alam realiti cukup setia dengan seorang kekasih dan suami saja. Jangan main kayu tiga dalam hubungan sesama manusia. Tapi kalau nak beli produk Kekasih tak apa nak beli lebih pun. Kalau beli banyak buat stok lagi kami suka” kata isteri kepada Shaheizy Sam itu.
Kekasih by The Melvins juga mengamalkan konsep membuka ruang kepada suri rumah atau mereka yang mahu mencari wang tambahan dengan menjadi agen dan stokis. Memang sesuai sangat buat mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Ada diantara agen dan stokis mereka dapat membeli aset sendiri dari hasil keuntungan tau. Kalau korang nak juga, boleh terus contact mereka okay!
Kombo lipmatte dijual pada harga RM 39
Krim asas pula pada harga RM 49
Untuk maklumat lanjut :
Instagram: @kekasih_hq
Facebook: @Kekasih_HQ
Talian hotline: 010-9000001
Terima kasih sudi baca
No comments:
Post a Comment