Hai korang! Haa takut tak tengok kita pegang senapang tu? :p Siapa kat sini suka main PUBG? Dulu masa awal-awal kemunculan PUBG ni Yaya paling tak suka sekali sebab rasa game tu ganas haha tapi bila dah tahu flow permainan dia, Yaya okay je. Lagi-lagi bila suami kesayangan memang pemain tegar PUBG ni. Dia selalu isi masa lapang bila penat berkerja seharian dengan PUBG. Siap tengok live kat Facebook okay dan belajar skill orang lain dari situ. Selalu la nampak dia happy bila dapat Chicken Dinner!
Yaya berkesempatan meluangkan masa di Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2019 di IOI Mall Puchong dan melihat sendiri pertandingan yang diadakan secara live di depan mata. Selalu tengok pertandingan ni dalam live di laman sosial je. Bila saksikan sendiri kesemua pemain berkumpul memang meriah sangat dengan sorakan dari penonton dan pengunjung yang hadir.
Grand Finals PMCC 2019 kali ini melibatkan 64 pelajar di seluruh Malaysia dan 16 pasukan teratas yang terpilih akan bertarung sesama sendiri untuk merebut hadiah lumayan berjumlah RM60,000. PUBG Mobile Campus Championship (PMCC) 2019 ini merupakan yang pertama di Malaysia ketika ini yang dianjurkan oleh Yoodo. Bagi yang belum tahu, Yoodo merupakan perkhidmatan mudah alih 100% digital yang pertama di Malaysia.
Kesemua kampus yang terlibat telah ditetapkan oleh PUBG Mobile yang berpusat di Malaysia untuk pertandingan akhir PMCC 2019 ini. Ini memberi peluang kepada mereka untuk menyerlah dan sekaligus mengangkat nama kampus masing-masing yang mereka wakili.
16 pasukan yang teratas yang mewakili kampus masing-masing di pertandingan akhir yang berentap untuk gelaran juara.
Pemenang teratas juga layak untuk menerima hadiah tajaan dari Yoodo yang merupakan pelan mudah alih selama setahun dan juga Kredit Boost selama setahun. Selain wang tunai RM18,000, Juara PMCC 2019 juga akan menerima jemputan secara ekslusif ke Grand Finals of PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2020.
Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2019 turut diserikan dengan jemputan khas untuk perlawanan persembahan yang diterajui oleh Elizabeth Tan, Luqman Podolski, Master Ramen, dan lain-lain. Paling teruja mestilah suami Yaya sebab dia memang kenal pemain khas yang ada terutama Man Parang! Man Parang ni merupakan wakil dari Malaysia untuk kejohanan luar negara tau haha sanggup ye Yaya panggil Man Parang sekejap suruh bergambar dengan Shawn ^_^
Elizabeth Tan, Master Ramen dan lain-lain selebriti sedang khusyuk bermain ketika perlawanan persembahan. Memang riuh dan meriah dengan sokongan pengunjung yang hadir.
Man Parang dan team beliau.
Tahniah diucapkan kepada Yoodo PUBG Mobile Campus Championship 2019 yang telah dijuarai oleh kumpulan Dark Horse dari Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Mereka memenangi hadiah utama bernilai RM18,000 dari hadiah keseluruhan yang berjumlah RM60,000, hadiah tajaan dari Yoodo yang merupakan pelan mudah alih selama setahun, Kredit Boost selama setahun serta jemputan secara ekslusif ke Grand Finals of PUBG MOBILE National Championship (PMNC) 2020
Kini, dengan Yoodo semua orang boleh jadi pemenang dalam games! Yoodo telah memperkenalkan add-on terbaharu yang membolehkan kita bermain games tanpa had dan kita tak perlu risau tentang caj yang membebankan. Nikmati unlimited Chicken Dinners dengan pembelian data tambahan 20GB PUBG MOBILE eksklusif Yoodo. Lagi best dan khas untuk pemain tegar PUBG, add-on yang ditawarkan adalah percuma bersempena dengan Grand Finals PMCC 2019. Yoodo juga menawarkan tambahan data 20GB Arena of Valor pada hanya kadar RM5 sebulan. Jangan terlepas peluang hebat ini okay! ^_^
Untuk maklumat lanjut :
Website : www.yoodo.com.my
Facebook: yoodoMY
Yoodo PMCC 2019 : www.yoodo.com.my/pmcc2019
Terima kasih sudi baca




















