Oct 9, 2019

Bestnya! Dapat Ganjaran Makan & Minum Percuma Sempena Kempen Taste of Paradigm di Paradigm Mall PJ


Istimewa untuk semua yang tinggal berdekatan di area Paradigm Mall Petaling Jaya, ada berita baik untuk korang lagi-lagi untuk mereka yang selalu berkunjung kesana untuk food hunt atau membeli-belah bersama kawan-kawan dan yang tersayang. Paradigm Mall Petaling Jaya sedang mengadakan Kempen 'Taste of Paradigm - Spend and Be Rewarded' yang telah bermula dari 19 Ogos - 17 November, 2019. Korang berpeluang untuk mendapat ganjaran makanan dan minuman secara PERCUMA dengan mengumpul jumlah setem yang diperuntukkan dalam kad pasport yang korang terima apabila berbelanja di  Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ) dari 19 Ogos - 17 November 2019.



Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif WCT Malls berkata, "Kami sangat teruja untuk menawarkan kepada pelanggan setia kami peluang untuk diberi ganjaran makanan dan minuman percuma di pusat membeli-belah kami. Sebagai pusat kejiranan yang mesra, kami bukan sahaja menawarkan pengalaman membeli-belah dan masa lapang yang tidak dapat ditandingi kepada para pelanggan kami tetapi juga menyediakan mereka dengan pelbagai pilihan makanan yang menjanjikan untuk menggembirakan citarasa mereka. Dengan hampir 100 kedai F&B di Paradigm PJ, pembeli kami diberi pelbagai pilihan sesuai dengan citarasa mereka".


Cara Menyertai Peraduan "Taste of Paradigm - Spend and Be Rewarded"

  • Untuk mengambil bahagian, pelawat perlu mengambil pasport Taste of Paradigm dari kaunter Concierge, Level G. Pertandingan ini mempunyai dua langkah mudah - Spend & Redeem
Langkah 1: 
Spend
Berbelanja minimum RM30 dalam satu resit di restoran pilihan di dalam Paradigm Mall PJ untuk melayakkan anda mendapatkan 1 setem.

Langkah 2:
Redeem
Pembeli boleh menebus F&B percuma dari Sepiring, The Chicken Rice Shop, Waffuru CafĂ©, Seaweed Club, The Energy Club, Fish & Co, Warung Mama, Vanilla Mille Crepe and Papparoti  dari kedai-kedai di Paradigm Mall PJ setelah berjaya melengkapkan bilangan setem pada pasport mereka.







Kempen "Taste of Paradigm - Spend and Be Rewarded" telah berlangsung dari 19 Ogos sehingga 17 November 2019. Dah alang-alang ke Paradigm Mall PJ, jangan lepaskan peluang untuk ambil bahagian apabila berbelanja disana dan makan serta minum secara PERCUMA! (*T&C Applied)


Untuk maklumat lanjut :

Website: 

Facebook: 

Instagram: 

Alamat :
Paradigm Mall,
1, Jalan SS 7/26a, 
SS 7, 47301 Petaling Jaya, 
Selangor




Terima kasih sudi baca

18 comments:

  1. ya ampun yaya, suka menggoda kak lily dengan menu-menu yang sedap ni kan. dah ler tengah lapar ni. bagusjugak Paradigm Mall buat campaign cam ni, kita as pelanggan untung tokeh kedai pun untung gak kan.

    ReplyDelete
  2. Waaa sampai 17nov., sempat lagi lah nak pergi ni. Azni ni dah lah memang food hunter ..

    ReplyDelete
  3. insyAllah next visit nak datang juga paradigm mall ni. nak tengok apa yang ada and nak makan kat situuu. banyak betul recommended food kat sini.

    ReplyDelete
  4. Aah dapat tau mengenai program ini dari bloggers lain. Memang menarik untuk mereka yang suka makan makan

    ReplyDelete
  5. wah menarik, pergi makan dan kumpul mata ganjaran. lepas tu boleh redeem dan makan lagi. semua menu pun sedap sedap. tak menyesal berbelanja

    ReplyDelete
  6. Cendol!! Wah makanan lain pun ada. Memang kena buat food hunting kat sini. Lama tak pi Paradigm Mall. Banyak dah restoran yang yang ada. Sempat lagi kan nak redeem tu?

    ReplyDelete
  7. cendol tu nampak sedap!! dah lama x makan..

    *done follow sini #1382

    ReplyDelete
  8. Wah.. Mmg menggoda abis makanan di sini.. Terliur AM tgk semua gambar yaya nie.. Pelbagai pilihan pula tue.. Leh la AM terjah ke Paradigm Mall PJ nie nnti..

    ReplyDelete
  9. sambil makan sambil kumpul setem.setem dah cukup,boleh tebus dekat kedai terpilih.hebatnyaa marketing depa!salute sangat!nanti nak g paradigm mall la kumpul setem hehee

    ReplyDelete
  10. ala sedapnya gambar makanan yaya amik. terus lapar BBL tengok.. oh paradigm dekat je kawasan office. boleh la ajak officemate datang lunch kat sini ye

    ReplyDelete
  11. makan pun dapat rewards?? ni dah baguih ni. Selalu shopping je dapat rewards kan. Ni la yang dinamakan kenyang perut senang hati.. makan banyak-banyak, cukup setem boleh dapat makan free.. hehe

    ReplyDelete
  12. Tu dia.. bersusun makanan dan minuman.. saya paling suka bahagian desserts.. haha.. lagi menarik bila kita dapat enjoy makan sambil redeem mata ganjaran..

    ReplyDelete
  13. Banyak pilihan makanan menarik dekat sini. Yang untungnya datang shopping kat sini. Kumoul cop dan boleh tebus reward. Sambil belanja dapat pulangan balik

    ReplyDelete
  14. tak pernah lagi ke paradigm mall ni. nak kena plan lah ke sana lepas ni. dulu masa study selalu lalu je dkt kawasan tu. nak masuknya tidak. haha

    ReplyDelete
  15. Nampak banyak orang share ni! Lucky you !Kalau saya ada geng geng~ saya tentu makan banyak!

    ReplyDelete
  16. Best nih, makan dan dapat reward makan lagi... ini memang best!!! Tengok menu tu semua, dah rasa macam nak rasa semua tu dah... Yelah, rasa ni sikit, tu sikit kannnn... Hehehehe... Thanks for sharing ya...

    ReplyDelete
  17. Bagus kempen mcm ni...satu usaha menarik pelanggan dtg ke mall ni...boleh diwar warkan pd kawan kawan

    ReplyDelete
  18. Wah kalau kempen macam ni memang boleh cuba banyak makanan lah kat sini. Okay nak spread the news!

    ReplyDelete