Oct 10, 2019

Asri Ahmad Academy | Mengubah Persepsi Yaya Tentang Pelaburan Saham


Hai korang! Pernah tak korang dengar mengenai pelaburan saham? Siapa yang macam Yaya yang selalu dengar tapi tak tahu dan taknak ambil tahu sebab rasa macam eh okay ke pelaburan saham ni? Halal ke? Patut syariah ke? Takut lah! Tak berani woii sebab pernah dengar banyak orang gagal dan ada yang hampir muflis sebab terlibat dengan pelaburan saham. So better takyah ambil tahu dan tak terlibat langsung... OMG betapa polosnya diriku ini. Patutnya kalau kita tak tahu, kita ambil tahu. Bukannya semberono buat assumption yang bukan-bukan.


Percaya tak oleh kerana sifat sombong diri sendiri yang tak mahu cari ilmu dan bersifat skeptikal serta mudah selesa dengan apa yang ada, ramai orang lain yang dah ambil peluang dan telah 10 langkah kehadapan kita. Ala cemburunya! Cemburu okay tapi jangan dengki tau. Sebab percayalah tak ada orang yang berjaya tanpa usaha ;)



Yaya berkesempatan meluangkan masa pada hujung minggu lepas untuk hadir ke Seminar Labur Saham 2019 di Hotel Tenera, Bangi yang dikendalikan oleh Tuan Hj Mohd Asri Ahmad yang merupakan Mentor Pelaburan Saham No #1 di Malaysia. Seminar yang bermula seawal 8.30 pagi ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Bayangkan dari pukul 8.30 pagi sehinggalah hampir 2.30 petang, Tuan Hj Mohd Asri Ahmad rilek je berdiri dan terus menerus memberikan input berguna kepada perserta program. Perserta program langsung tak berganjak okay dalam tempoh tu! (kecuali pergi toilet kejap macam Yaya :p )


Tuan Hj Mohd Asri merupakan pemenang Anugerah Pelajar Terbaik Diploma Analisa Pelaburan UiTM oleh Bursa Malaysia pada 1997. Kemudian melanjutkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari UiTM, Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti Putra Malaysia dan juga merupakan Full Member of The United Kingdom Society of Technical Analysts (MSTA), Certified Financial Technician (CFTe), USA.

Beliau telah diiktiraf sebagai ikon (Social Influencer) BursaMKTPLC (sebahagian daripada Bursa Malaysia) dan telah dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Bursa Marketplace Social Influencer of the Year 2018.

Tuan Hj Mohd Asri turut menjadi pilihan media utama dalam memberi komen-komen tentang pasaran saham seperti TV3, TV1, TV9, Astro Awani, TV Al Hijrah, Bernama, Sinar Harian, Berita Harian, Utusan Malaysia.

Berdasarkan pengalaman beliau yang lebih dari 21 tahun dalam dunia pelaburan saham, menjadikan beliau salah seorang speaker utama dalam pelbagai program anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia.

Pernah tak korang ada dilema macam ni?

  • Tak Tahu Cara Tambah Duit Ekstra Sebab Sibuk Bekerja?

  • Tak Tahu Cara Gandakan Duit Simpanan?

  • Serik, Fobia & Takut Kena Tipu Lagi Dengan Skim Cepat Kaya?

  • Tak Tahu Cara Nak Dapat Pulangan Pelaburan Lebih 7% Setahun?

  • Simpanan Yang Selesa Untuk Bersara Masih Belum Cukup?

  • "Zero" Tak Tahu Apa-Apa Pasal Pelaburan Saham Patuh Syariah?

Yaya rasa kebanyakan orang mesti melalui dilema yang sama macam kat atas ni kan? Tapi dalam masa yang sama rasa nekad sungguh nak ubah hidup ke arah yang lebih baik. Samalah kita! >.< Tapi lepas korang masuk je Seminar Labur Saham dari AAA ni, persepsi korang akan 100% berubah. Korang akan mula rasa bersemangat, nak tahu lebih lanjut dan teruja dengan perkongsian ilmu dari Tuan Hj Mohd Asri.


Yaya paling tertarik dengan Misi Tuan Hj Mohd Asri iaitu , 
"Memartabatkan ekonomi ummah dengan melahirkan "1 Rumah 1 Pelabur" berlandaskan syariah"



Terlalu banyak ilmu yang dikongsi oleh Tuan Hj Mohd Asri ketika seminar yang berlangsung hampir 6 jam ini. Bagi Yaya, kalau kita nak mula buat pelaburan saham, paling penting haruslah mantapkan terlebih dahulu ilmu tentang pelaburan saham di dalam diri. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang terbaik sebelum membuat keputusan dari terus terburu-buru dan menyesal di kemudian hari. Tiada siapa yang mahu rugi betul tak? 


Dengan panduan dan perkongsian ilmu dari Tuan Hj Mohd Asri yang juga merupakan ikon Bursa Malaysia ini, insyaAllah kita takkan tersilap langkah kerana ilmu dan panduan serta nasihat beliau akan berterusan melalui group whatsapp dan telegram. Best kan? Yang penting kita kena betul-betul aplikasikan ilmu yang telah dipelajari dan ambil langkah yang betul sebelum buat tindakan. Yang penting pelaburan yang dibuat adalah SAH dan PATUH SYARIAH. 



Terlepas Seminar Labur Saham tempoh hari? Jangan risau. Jom cepat daftar untuk seminar seterusnya yang akan diadakan pada 27 Oktober 2019 ini di Shah Alam Convention Centre (SACC). KLIK SINI

Untuk matlumat lanjut:

Website : 

Facebook :

Instagram :




Terima kasih sudi baca

13 comments:

  1. setakat ni baca buku je .. nti ada masa nak join juga seminar . hehe asik tk dpt dtg je

    ReplyDelete
  2. Betul la orang cakap, kalau tak oergi mana2 seminar memg takkan tau mcm mne saham tu sebenarnya.. Syukur dapat pergi seminar ni.. Memng banyak input walaupun sehari

    ReplyDelete
  3. tak pernah pi berguru betul2 bab saham ni, tapi memang setuju pentingnya ilmu saham ni kalau betul2 nak terjun ke bidang ni

    ReplyDelete
  4. Rawlins memang berpegang pada prinsip jika ingin membuat apa sahaja, rujuk pada yang pakar agar tidak tersesat. Kita just follow langkah pakar yang betul, jangan ulang kesilapan mereka ye tak.

    ReplyDelete
  5. best dapat join seminar macam ni. At least, terbuka juga minda menerima sesuatu yang baharu kan

    ReplyDelete
  6. Bagus juga belajar ilmu begini kan. Kalau nak melabur saham, memang kena ada ilmu tentangnya, barulah berada di landasan yang benar.

    ReplyDelete
  7. Bagus ada perkongsian macam ni, macam2 ilmu boleh dipelajari. katalah satu hari kita nak main saham..so sekurang kurangnya kita ada ilmu tentang apa yang kita nak buat

    ReplyDelete
  8. Kena ada ilmu dan belajar dari yg pakar. Buka main hentam main saham, atau percaya bulat2 kepada org ug bantu dlm pelaburan.. itu yg jadi kes ditipu

    ReplyDelete
  9. Klu diberi peluang, nad nk juga join seminar nie..bgus untuk mereka yg ingin melabur..untuk jgka panjang, xsalah klu kita ada lebihan wang untuk dilaburrkan dmi masa dpn kita..

    ReplyDelete
  10. Macam seronok je belajar bab saham ni. Banyak jugak yg saya tak tahhu tentang ilmu saham2 ni. Yg saya tahu hanyalah saham akhirat sahaja. Cewahh haha. Thanks share ya.

    ReplyDelete
  11. Saya pernah juga buat remiser work masa lepas degree dulu... quite interesting sebab kita kena ada ilmu macam mana nak kira, nak predict dan sebagainya... memang saya setuju bahawasanya, kita memang kena berguru sekiranya ingin terjun ke dalam bidang ini...

    ReplyDelete
  12. saya susah nak paham saham ni, kene pergi seminar baru faham. kene belaja, then baru boleh melabur ke tempat yang betul

    ReplyDelete
  13. Wow sekarang dah beralih arah lak melabur saham hehehehe bagus kena ada ilmu macam ni sekurang-kurangnya kita kerja sendiri dalam menjadi usahawan dalam diam hehehe kita pun lama nak belajar....

    ReplyDelete