Oct 5, 2017

Amante Wellness Beauty l Signature Warm Oil Therapy




Hai korang! Ingat tak yang Yaya pernah review servis Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty cawangan USJ Taipan? Haa baru-baru ni Yaya pergi ke Amante Wellness Beauty yang bertempat di Bangsar @ Telawi pula. Cawangan ni agak dekat juga dengan rumah Yaya dari cawangan Taipan tapi korang tahulah kan kawasan disini sangat membangun dan sibuk jadi better korang parking awal-awal dalam Bangsar Village (dekat je dengan Amante Wellness Beauty) atau naik Uber hihi.


Amante Wellness Beauty cawangan Bangsar @ Telawi ini sebaris sahaja dengan Subway. Senang kalau dah tahu landmark nya kan. Terus naik ke tingkat 1 dan dah sampai pun :)


Ruangan menunggu sementara menunggu giliran dipanggil oleh therapist. Time ni Yaya datang pada waktu pagi jadi tak sibuk sangat. Cuma dibahagian rawatan kuku ada beberapa pelanggan yang sedang buat pedicure dan manicure. Tak semua cawangan mempunyai servis yang sama oleh itu better call dan check dulu okay.



Terdapat lebih kurang 6 bilik di sini dan biliknya tak sama macam kat USJ Taipan yang lebih baru fasilitinya. Amante Wellness Beauty di Bangsar ini telah beroperasi selama lebih 6 tahun dan mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri tau.



Yeay dah dapat bilik dan persalinan yang harus dipakai. Macam biasa kita kena tanggalkan semua pakaian kita dan pakai persalinan yang diberikan bagi memudahkan therapist menjalankan tugas mereka.


Mesti tertanya-tanya kan Yaya buat rawatan apa kalini. Haa kalau nak tahu, Yaya buat rawatan Signature Warm Oil Therapy yang mana kita akan diurut selama 90 minit menggunakan batu yang dipanaskan seperti diatas. Tujuan rawatan ini adalah bagi melancarkan peredaran darah di seluruh badan disamping mendapatkan urutan yang sangat melegakan badan kita. Peralatan untuk rawatan ini hanya menggunakan batu yang dipanaskan atau hot stone bersama aromatherapy essential oil. Pakar therapist Yaya kali ini bernama Yem. 

Kebaikan Signature Warm Oil Therapy ialah :
  1. Mengurangkan sakit belakang, leher dan bahu 
  2. Melegakan kesakitan dan ketegangan otot
  3. Menggalakkan penyembuhan
  4. Mengurangkan tekanan
  5. Meningkatkan kualiti tidur
  6. Mengurangkan kemurungan
  7. Membuang toksin
  8. Melancarkan peredaran darah
  9. Menenangkan jiwa dan sistem tubuh badan



Inilah Yem tu hihi. Yem sangat pakar dalam melakukan urutan dan rawatan Signature Warm Oil Therapy kepada para pelanggan. Bonus bagi Yaya, Yem siap bantu naikkan lagi kedudukan peranakan Yaya di tempat yang betul. Selain tu, dia tahu Yaya tak berapa sihat dan selesema masa ni. Terus Yem lakukan urutan di muka bagi melancarkan pernafasan Yaya. Serius memang terbaik sangat servis yang diberikan oleh Yem. Korang kalau nak cuba rawatan ni disini bolehlah request Yem urutkan korang. Beliau berasal dari Sabah dan mempunyai salasilah keluarga yang pandai mengurut tau.


Nak dengar berita baik? Haa sekarang ni Amante Wellness Beauty sedang mengadakan promosi bagi rawatan Signature Warm Oil Therapy. Korang boleh dapatkan rawatan Signature Warm Oil Therapy selama 90 minit dengan harga RM59 sahaja dari harga asal RM296 :O Memang berbaloi-baloi! Khas untuk pelanggan terawal, korang juga boleh dapatkan rawatan Dark Circle Eye Treatment secara percuma tau!


Yaya juga sempat buat rawatan Hand Moisture Treatment di sini setelah dipelawa oleh therapist bernama Joy sebab Yaya tertarik dengan rawatan kuku yang mereka tawarkan disini hihi :p


Kat sini memang terkenal dengan rawatan pedicure dan manicure dan memang ramai pelanggan yang datang kesini membeli servis ini secara pakej. Lebih jimat dan berbaloi tau bila kita beli secara pakej ni.


Pilih je nak warna apa dan design macam mana semuanya bisa diurus! ^_^



Bagi Hand Moisture Treatment ini, kita cuma perlu mencelup tangan kita kedalam wax yang telah dicampur dengan aroma therapy dan juga organic oil. Yaya suka sebab bau dia wangi dan bau buah-buahan peach masa ni. Hihi


Tangan kita akan dibalut dengan plastik bagi memudahkan penyerapan wax tadi bagi tujuan melembut dan melembapkan kulit tangan kita.


Selepas 15 minit rawatan. Cuma perlu tanggalkan wax tadi dan hasilnya memang keseluruhan tangan Yaya menjadi lebih lembut dan tak kering dah wee!


Memang sangat selesa fasiliti di bahagian ini. Kalau korang nak adakan party dan juga gathering bersama girlfriend pun boleh tau! Mereka juga mengadakan khidmat seperti itu disni.



Bersama owner Amante Wellness Beauty cawangan Bangsar @ Telawi iaitu Madam Florance. Beliau sangat baik dan lembut je percakapannya. Staff kat sini juga sangat sayang kat beliau hihi


Bersama Yem, Madam Florance dan juga Joy. Memang best korang Amante Wellness Beauty cawangan Bangsar ni sebab staff mereka semuanya sangat baik dan peramah. Terima kasih Joy yang sediakan Ginger Tea yang sangat menyegarkan. Kalau demam memang bagus minum air tu. Kesimpulannya, Yaya memang sangat puas hati dengan rawatan Signature Warm oil Therapy dari Amante Wellness Beauty ni. Korang wajib cuma okay dengan harga promosi RM59 untuk 90 minit yang sedang mereka tawarkan sekarang. Boleh check cawangan Amante Wellness Beauty yang berdekatan dengan tempat tinggal korang! Much love :)


Untuk maklumat lanjut :

Alamat : Amante Wellness Beauty, Bangsar @ Telawi
28A-1, 1st Flr, Jalan Telawi,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 2287 9089
11.00am - 09.00pm


CONTEST GIVEAWAY !!

Yaya akan berikan Baucer rawatan Amante Wellness Beauty bernilai RM236 untuk 10 pembaca bertuah blog Yaya! :D

Macam mana nak menang? Caranya mudah sahaja! Make sure korang follow post Yaya di Facebook tentang Giveaway  ni okay!

Jangan lupa! :

1. LIKE Facebook Amante Wellness Beauty 

2. LIKE Yaya Natsumi FB Page

3. SHARE post di FB berserta hashtag #AmanteYayaNatsumi

4. TAG 2 orang kawan di bahagian komen bersama jawapan bagi soalan :

Amante Signature Warm Oil Therapy adalah kombinasi _______ dan _______ .

    a. rubber, aromatherapy essential oil
    b. hot stone, aromatherapy essential oil
    c. lymphatic tool, aromatherapy essential oil
    d. hot stone, massage oil

Nota tambahan :

*Semua peserta haruslah memastikan Facebook mereka di set secara umum / Public bagi mengesahkan penglibatan mereka
* Semua peserta perlu berusia 21 tahun dan ke atas. 
* Pemenang akan diberitahu melalui Facebook Yaya dalam tempoh 2 minggu 
* Pihak Amante akan memilih secara rawak 10 Pemenang Bertuah yang bakal memenangi baucer rawatan Amante Wellness Beauty bernilai RM236


Jangan lupa join tau! Semoga korang terpilih untuk menang nanti dan reward diri untuk manjakan badan sebab caranya mudah sangat la! Best woo dapat buat rawatan spa secara percuma ;)



Terima kasih sudi baca

31 comments:

  1. lepas bersalin perkara paling bestnya kalau dapat urut ni..

    ReplyDelete
  2. syoknya kalau dapat memanjakan diri di spa ni...nak join contest,tapi jauh la pulak yaya...kalau dekat dah join contest ni.lama rasanya tak memanjakan badan ni dengan therapi macam ni

    ReplyDelete
  3. wow nak urut juga. nak nak. nanti akak join contest fb k. Hahahahaa

    ReplyDelete
  4. Bestnya, sekali-sekala membelai diri dan berehat di Spa, scrub dan manicure. Sukakan ambiance dan aroma di dalam spa, sangat menenangkan.
    Amante Wellness Beauty Spa ini banyak cawangan juga ya, yang agak dekat dengan saya adalah cawangan di Puchong.

    ReplyDelete
  5. Sesuai untuk Yaya ibu yang baru melahirkan nak jaga balik tubuh badan agar kembali asal. Saya suka tengok kuku yang banyak tu hehehe cantik2 semuanya..

    ReplyDelete
  6. wah... nasib baik.is wax... ingatkan kulit. tangan mesti dah jadi lembut. Nak try juga!

    Racheal

    ReplyDelete
  7. Ruangan menunggu tu macam dalam rumah jer. Nampak selesa tempat ni. Best nta kalau dapat mengurut satu badan. Last urut masal dalam pantang last year. Murah tu promosi.

    ReplyDelete
  8. best best best, murah lagi tu.. rm59 untuk bulan october, nak pergi lagi la!

    ReplyDelete
  9. Wahh bestnya dapat hilangkan sakit-sakit badan disamping tenangkan diri ehehe. So far Hanis tak pernah pergi spa lagi InshaaAllah ada rezeki teringin nak pergi juga =)

    ReplyDelete
  10. lain dari lain ni. best lah tengok wax tangan tu. Bookmark this post

    ReplyDelete
  11. Wah menariknya. Beginilah kalau nak cantik. Pelbagai benda nak kena jaga. Harga promosi tu sangat menarik! Tambahan, kebaikan rawatan warm oil terapi tu sesuai sangatlah u tuk Bella cuba.

    ReplyDelete
  12. bestnya T.T teringin nak manjakan diri mcm ni. siap ada contest lagi tu haha tapi jauhlah pulak kalau menang nanti 😂

    ReplyDelete
  13. Ambiance dia pun menenangkan..lama nyer x pi spa..tgok yaya wax tangan pun macam menarik je...blom rawatan lain kan...

    ReplyDelete
  14. Bestnya dapat mengurut ni

    ReplyDelete
  15. Masa tgok diaorg buatkan kat model..meleleh aiq mata jeles tgok...sedap je, tapi kita x leh buat. Tak apa...nanti dah sihat kita nak buat jugak

    ReplyDelete
  16. Alamak.. bestnya dapat buat spa kat sini. Tempatnya nampak cantik dan tenang. Tapi laki boleh pergikan?

    ReplyDelete
  17. Menariknya yaya. paling suka hand moisturizer tu. ;)

    ReplyDelete
  18. Shubhada Bhide12:08 AM

    Wow!! I really like the ambiance of this nail spa salon. It looks very calming and relaxing. Would like to visit this some day.

    ReplyDelete
  19. Dah sihat nanti memang nak cuba treatment signature warm oil ni...hari tu x boleh sb belum pulih sakit, jeles je tengok uoll buat...ehehe

    ReplyDelete
  20. memang nampak klasik tempatnya, kalau dah 6 tahun tu mesti pelanggan lama yang selalu datang and still guna khidmat diorang. bagus2.

    yang wax tangan tu terkejut, ingat terlerai kulit ke apa tadi. nasib baik baca . hahaha

    ReplyDelete
  21. Memang sesuai sangat untuk Yaya kan. Rawatan sebegini memang elok untuk semua orang.

    ReplyDelete
  22. sekali sekala ada ME TIME untuk mak mak ni memang best sangat tauuu.. bahagia rasanya dapat special treatment dari staff kat spa kan??

    ReplyDelete
  23. Wat!
    ONLY RM59 !!!!
    I GOING TO HAVE A SPA PARTY WITH THIS PRICE!!!
    SO GOOD DEAL!!

    ReplyDelete
  24. Anonymous11:30 AM

    bestnya giveaways ni :)

    ReplyDelete
  25. The Buy 1 Free 1 offer is so worth it! We really should take some time off for ourselves, especially for women. Good luck to all who are joining the giveaway.

    ReplyDelete
  26. Sis mmg Suka pg spa ni blh relax kan bdn n minda

    ReplyDelete
  27. Menariknya siap ada giveaway untuk pembaca bertuah. Good luck semua

    ReplyDelete
  28. Haven't been to Amante in a very long time! Probably should go for one massage session soon :D

    ReplyDelete
  29. the deal is good, the treatment is just blissful... we should have a little spa party with friends...

    ReplyDelete
  30. I like Amante's services and the spa salon too, so in need to go for a massage today.

    ReplyDelete