Oct 20, 2017

Jatuh Cinta Dengan Produk Penjagaan Bayi Tropika


Hai korang! Terutama buat mak mak macam Yaya yang for sure korang juga tengah baca entri ni. Bulan ni baby Dahlia nak masuk 5 bulan dah. Tapi Yaya risau betul keadaan kulit dia yang on off kena eczema. Nak kata pantang makan, memang Yaya jaga oh. Mungkin ada tergelincir sikit yang Yaya tak perasan yela mana nak tahu kot biskut ke, roti cheese ke pau kaya ke ada unsur-unsur yang buat eczema Dahlia trigger. Huhu ampun ye nakk >.<


So far Alhamdulillah keadaan kulit dia bertambah baik lepas Yaya jumpa pakar kulit. Ongkosnya fuhh memang boleh tahan. Tiba-tiba terfikir kenapalah tak cegah dari awal guna produk yang lebih natural dan organik. Kesian dia terpaksa pakai ubat yang agak kuat juga sebab kulit dia jadi berair lepas tu Yaya kena on air cond sentiasa sebab kalau dia panas atau berpeluh nanti dia garu lepas tu bilanya nak sembuh? :(



Bila keadaan kulit Dahlia jadi lebih baik, Yaya terus survey produk penjagaan bayi yang lebih semulajadi dan mesra dengan kulit baby Dahlia yang ada masalah eczema. Kebetulan Yaya nak cuba Baby Herbal Cream dari Tropika sebab baca banyak testimoni yang mostly berpuas hati then Yaya ternampak Natural Bubble Wash dan Baby Hair & Body Oil yang sesuai untuk baby yang ada masalah eczema, terus Yaya grab 3 barang hot ni sambil tawakal semoga kulit Dahlia jadi lebih baik dan lebih sihat dari sebelum ni.


Yaya baru tahu kebanyakan kawan Yaya yang dah ada baby dulu dari Yaya, semua gunakan Baby Herbal Cream untuk baby diorang. Ada tu yang borong sampai 6 terus bila ada sale. Ciss asal aku baru tahu weyy T_T tapi takpe kita ambil tahu slow slow ye nanti next baby kita dah tahu kan :p


Baby Herbal Cream ni menggunakan campuran semulajadi dari minyak kelapa dara, minyak kayu putih, halia dan herba tropika yang berkualiti tinggi tau. Yang penting, ianya tidak menggunakan bahan terlarang dan membantu memberikan ketenangan kepada bayi sepanjang hari dan juga pada waktu malam.

Kebaikan Baby Herbal Cream :
  • Krim tidak panas dan sesuai untuk kulit sensitif
  • Krim mudah meresap dan tidak melekit bila disapu
  • Ramuan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya


Cara penggunaan : Sapu pada telapak kaki, sendi-sendi dan perut mandi selepas mandi sambil membuat urutan lembut. Sebelum tidur malam, sapu pada dada dan belakang bayi. Ulang sekurang-kurangnya 2 kali sepanjang malam. Serius baby akan jadi lebih tenang dan happy lepas kita buat urutan lembut sambil nyanyi lagu zikir kat dia hihi 


Kalau nak tahu, Yaya gunakan Baby Herbal Cream ni dan sapu macam yang disarankan setiap kali lepas mandi. Habis semua sapu siap-siap :p. Mula-mula Dahlia bengang lama sangat nak bersiap sebab banyak sangat stepnya lama-lama dia pun dah biasa haha! 

Review dari Yaya : Setiap baby WAJIB ada Baby Herbal Cream ni. Jujur Yaya kata krim ni bagus sangat patutlah kawan Yaya borong sampai 6 bekas masa sale. Masa Dahlia demam haritu, hingus dia meleleh je. Yaya keep sapu krim ni bagi dada dia tak sejuk. Korang nak tahu tak, lepas minum susu bila time Yaya nak burp-kan dia tu, terus dia muntah dengan kahak lendir semua sekali ya Allah serius lega gila bila tengok. Lepas tu dia pun tidur lena takda bunyi nafas dari hingus dan kahak. Ibu dia pun dapat lena juga :')


Bagi ibu yang mempunyai bayi yang ada masalah eczema, Yaya suggest korang untuk cuba mandian Natural Bubble Wash ni. Kalau nak tahu, Dahlia ada eczema kat tangan dan juga betis kaki dia tau :( Sedih nak cerita huu semuanya start dari produk mandian baby yang biasa kita dengar. Mungkin tak serasi dengan Dahlia. Start dari muka, tiba-tiba naik kat tangan dan kemudian bahagian kaki. Kesian dia garu sampai berdarah adudu sayu hati kita ni. Yaya memang tawakal je nak guna mandian head to toe ni. Kulit Dahlia makin kering bila tak guna sabun sebab Yaya sendiri tak berani tapi lepas survey betul-betul produk ni Yaya cuba juga untuk kebaikan Dahlia.


Menariknya, Natural Bubble Wash ni bebas dari Parabens dan SLS (sodium lauryl sulfate) yang sangat tidak digalakkan dan kebanyakannya terdapat di dalam ubat gigi atau syampu. Baunya best tau korang lembut je hihi. Lagi best sebab orang dewasa pun boleh guna ;). Ianya sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah eczema, kulit kering dan juga kulit sensitif. Selain melembabkan kulit, ianya juga tidak memedihkan mata dan sesuai digunakan untuk bayi.


Cara penggunaan : Basahkan rambut dan juga badan, picitkan sedikit Natural Bubble Wash dan gosok dengan lembut dibahagian tersebut sehingga berbuih.


Dahlia paling syok bila Yaya syampu rambut dia fuhh dia feeling sampai pejam-pejam mata nak tertidur hahaha macam kat salun ye nakk :p


Lepas syampu, Yaya akan lap kepala Dahlia dahulu sebab taknak kepala dia sejuk. Lepas tu baru masukkan dia dalam bath tub dan mandikan dia dengan Natural Bubble Wash. 

Review dari Yaya : Kulit Dahlia semakin lembut dan yang penting eczema Dahlia tidak terganggu atau merebak. Rambut Dahlia yang dulu berkuping pun dah tak ada tau! Kulit kepala jadi bersih dan rambut pun wangi hee suka suka :D


Sebelum ni Yaya gunakan minyak zaitun untuk kulit dan rambut Dahlia. Tapi agaknya minyak zaitun tu tak serasi dengan dia, bahagian yang ada ruam tu macam jadi makin merah dan rambut dia jadi a bit kasar. So Yaya tak berani nak sapu minyak zaitun kat bahagian ruam atau yang ada eczema dah walaupun orang kata bagus untuk kulit huhu. Baby Hair & Body Oil ini pula diperbuat dari minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi yang langsung tidak dicampur aduk dengan bahan kimia berbahaya atau bahan pengawet. Baby Hair & Body Oil ini berfungsi untuk memberi kelembapan kepada kulit bayi dan juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat bagi bayi.


Cara penggunaan : Sapu pada bahagian kulit yang kering atau bermasalah dan ulang 3 kali sehari. Yaya sapu kat Dahlia selepas mandi termasuk kat bahagian ubun-ubun dan kawasan telinga dia memang kekal wangi sepanjang hari la dia hihi


Apa yang Yaya suka tentang Baby Hair & Body Oil ni ialah, dia bebas dari steroid! Omg tulah benda pertama Yaya nak elak sebab Yaya risau kulit Dahlia makin nipis lepas jumpa doktor pakar sebelumnya. Yaya memang jatuh cinta yang teramat dengan Baby Hair & Body Oil ni. Kenapalah baru jumpa kalau dari awal sebelum ruam dan eczema Dahlia muncul dah pakai ni mesti tak jadi teruk. Orang kata baik mencegah dari mengubati kan :')


See? Gambar ni Yaya ambil pada hari yang berlainan tau. Gambar atas tu masa ruam Dahlia teruk kat perut agaknya sebab pampers tapi jenuh buh ubat tak hilang juga so Yaya cuba letak Baby Hair & Body Oil kat perut dia sambil urut-urut perut. Keesokan harinya Yaya tengok ruam tu dah makin pulih. Terus rasa teruja nak konsisten guna. Gambar bawah kanan tu gambar terbaru dan ruam Dahlia dah pulih sepenuhnya cuma ada merah sikit je lagi :)


Review dari Yaya : Selain ruam Dahlia semakin pulih, rambut Dahlia juga semakin tumbuh dengan lebatnya! Rambut dia lepas cukur haritu lambat betul nak tumbuh lepas tu agak kasar sikit. Lepas pakai Baby Hair & Body Oil ni Alhamdulillah sangat. Ni pun dah nak habis dah sebab memang Yaya bawa je pergi mana-mana pun. Dia pun syok Yaya urut-urut dia pakai baby oil ni. So far memang ianya serasi sangat dengan Dahlia. Very recommended kalau korang nak cuba okay.
Yaya tengah otw nak beli yang travelling set punya sebab yang sekarang ni dah tinggal sikit. Tertarik nak cuba yang bauan aprikot pula. Ni lagi senang dan memudahkan kalau nak pergi mana-mana. Korang pun kalau nak cuba boleh try set travel dulu okay memang berbaloi. So boleh kata 3 produk Tropika ni wajib bagi Dahlia. Dah jumpa yang serasi ni memang mudah sangat sebab kulit Dahlia sensitif payah juga kalau nak asyik try and error semua produk.


Dahlia Safiya pun happy bila dah jumpa produk yang serasi dengan dia. Yaya pun lagilah lega sebab keadaan kulit dia semakin baik dan sihat. Masalah selesema dan hidung tersumbat pun dah berkurangan. Thank you Tropika jagakan baby kita :*


Untuk maklumat lanjut :

Website : http://www.tropikabeauty.com.my
Facebook : Tropika HQ
Instagram : @tropikahq



Terima kasih sudi baca

19 comments:

  1. Salah satu produk yang Bro pakai untuk anak sewaktu mereka masih kecil... Harga boleh tahan, so selalu beli banyak2...

    Tapi dapat dekat dorang, sekejab je dorang habiskan buat main T-T

    ReplyDelete
  2. awwww comelnyaaa gambar dahlia yang last tu. hehe. btw, packaging dia comel. :D

    ReplyDelete
  3. bagusnya produk ni, tapi belum jadi mak mak haha tapi takpe boleh take note siap siap haha. comelnya dahlia!!!

    ReplyDelete
  4. Bila dah dapat produk yang sesuai memang senang hati kan. Comel baby...

    ReplyDelete
  5. Nampak serasi dengan baby. Alhamdulillah nampak ekzema kt perut berkurang

    ReplyDelete
  6. Hilma dulu penah gunakan herbal cream utk anak..tp mcm x jln la..lps tu dgr cite plak tropika ni byk clon..😔 tak tau mana satu yg original dah

    ReplyDelete
  7. Akk pun pakaikan pd Daim...wangiiiii kena gomol je dia hehe

    ReplyDelete
  8. Anonymous6:38 PM

    wahhh. sama produk dengan kakak saya pakai. muka putih glowing hbis lahh.

    ReplyDelete
  9. Baguslah produk ni untuk bayi. Boleh suggest pada kawan-kawan nanti.

    ReplyDelete
  10. dewasa boleh pakai tak? sebab ada ekzema juga ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1:33 PM

      Saya sabun buku dia yg citronella. Alhamdulillah sembuh.

      Delete
  11. Comelnyaaaaaaa dia. Hahahaha. Ketara nampak muka macam Yaya. Produk tropika ni femes tau. Dipercayai oleh ramai ibu ibu.

    ReplyDelete
  12. Tropika ni produk yang bagus. Bukan sahaja ada produk untuk bayi tapi ada juga produk untuk wanita.

    ReplyDelete
  13. Comelnya baby tu ala geram kita tengok heheh boleh ker Yaya angkat tu hehehehe bagus Yaya jaga anak dengan produk berkualiti...

    ReplyDelete
  14. omg! ur baby so cute! even my baby last time pun ada ekzema. good info

    ReplyDelete
  15. Comel nya Dahliaaaaaaa! Focus dekat dahlia lebih dari product. Hehehee..

    ReplyDelete
  16. Anak ekzema ni memang kena lebih prihatin dengan penjagaan kulit sebab mereka sangat sensitif

    ReplyDelete
  17. pernah jugak dgr pasal product ni. tak sangka ada pelbagai flavor

    ReplyDelete
  18. Saya suka guna natural herb shampoo bagi anak saya juga..syarikat tropica guna coconut oil memang khasiat lagi x ade side effect.

    ReplyDelete