Oct 3, 2017

Dashing Pocket Perfume Eau de Toilette | Smell Great, Anytime, Anywhere



Wow excited pula Yaya bila tengok Dashing kini dah ada perfume berbentuk poket! Haa lepas ni tiada alasan lagi untuk tidak berbau wangi okay untuk para lelaki. Bagi perempuan yang minat wangian lelaki, boleh juga cuba hihi. Yaya suka betul dengan perfume poket Dashing EDT baharu ni. Serius comel! Yang bestnya, setiap wangian mempunyai bau yang unik dan berbeza. Jom Yaya bagi gambaran bau untuk setiap Dashing Pocket Perfume EDT ni.


ACTIVE 
Khas untuk si jejaka lasak yang amat menggemari kehidupan serba aktif. Tampil yakin dan bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman FougĂ©re yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender dan Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda. 


COOL
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti dan daya penarik bagi si jejaka. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot dan Galbanum dilapisi dengan wangi Amber dan Kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang “cool” secara semulajadi dari dalam dirimu.


HATTRICK 
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat dan mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran citrus epal diadunkan bersama aroma bunga dan calitan amber. 


ULTIMATE KICK 
Wangian yang dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti dan gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden . Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla dan suntikan haruman kayuan serta rempah.


Wangian yang menjadi pilihan Yaya untuk si jejaka? Haruslah Ultimate Kick! Serius wangi sangat bau lelaki tu! Rasa nak sembur banyak-banyak kat tiyak Shawn walaupun tiyak dia memang selalu wangi je. Hahaha. Antara perfume pocket yang wajib ada bagi lelaki. Hee wanginya Ultimate Kick :p


Harga setiap satu :
RM7.00 (18ml)


Untuk Maklumat lanjut :

Facebook : Dashing
Instagram : @dashing_my



Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment