Hai korang! Ingat tak yang Yaya pernah review servis Tummy or Thigh Shaper Firming Treatment di Amante Wellness Beauty cawangan USJ Taipan? Haa baru-baru ni Yaya pergi ke Amante Wellness Beauty yang bertempat di Bangsar @ Telawi pula. Cawangan ni agak dekat juga dengan rumah Yaya dari cawangan Taipan tapi korang tahulah kan kawasan disini sangat membangun dan sibuk jadi better korang parking awal-awal dalam Bangsar Village (dekat je dengan Amante Wellness Beauty) atau naik Uber hihi.
Amante Wellness Beauty cawangan Bangsar @ Telawi ini sebaris sahaja dengan Subway. Senang kalau dah tahu landmark nya kan. Terus naik ke tingkat 1 dan dah sampai pun :)
Ruangan menunggu sementara menunggu giliran dipanggil oleh therapist. Time ni Yaya datang pada waktu pagi jadi tak sibuk sangat. Cuma dibahagian rawatan kuku ada beberapa pelanggan yang sedang buat pedicure dan manicure. Tak semua cawangan mempunyai servis yang sama oleh itu better call dan check dulu okay.
Terdapat lebih kurang 6 bilik di sini dan biliknya tak sama macam kat USJ Taipan yang lebih baru fasilitinya. Amante Wellness Beauty di Bangsar ini telah beroperasi selama lebih 6 tahun dan mempunyai pelanggan tetap mereka sendiri tau.
Yeay dah dapat bilik dan persalinan yang harus dipakai. Macam biasa kita kena tanggalkan semua pakaian kita dan pakai persalinan yang diberikan bagi memudahkan therapist menjalankan tugas mereka.
Mesti tertanya-tanya kan Yaya buat rawatan apa kalini. Haa kalau nak tahu, Yaya buat rawatan Signature Warm Oil Therapy yang mana kita akan diurut selama 90 minit menggunakan batu yang dipanaskan seperti diatas. Tujuan rawatan ini adalah bagi melancarkan peredaran darah di seluruh badan disamping mendapatkan urutan yang sangat melegakan badan kita. Peralatan untuk rawatan ini hanya menggunakan batu yang dipanaskan atau hot stone bersama aromatherapy essential oil. Pakar therapist Yaya kali ini bernama Yem.
Kebaikan Signature Warm Oil Therapy ialah :
- Mengurangkan sakit belakang, leher dan bahu
- Melegakan kesakitan dan ketegangan otot
- Menggalakkan penyembuhan
- Mengurangkan tekanan
- Meningkatkan kualiti tidur
- Mengurangkan kemurungan
- Membuang toksin
- Melancarkan peredaran darah
- Menenangkan jiwa dan sistem tubuh badan
Inilah Yem tu hihi. Yem sangat pakar dalam melakukan urutan dan rawatan Signature Warm Oil Therapy kepada para pelanggan. Bonus bagi Yaya, Yem siap bantu naikkan lagi kedudukan peranakan Yaya di tempat yang betul. Selain tu, dia tahu Yaya tak berapa sihat dan selesema masa ni. Terus Yem lakukan urutan di muka bagi melancarkan pernafasan Yaya. Serius memang terbaik sangat servis yang diberikan oleh Yem. Korang kalau nak cuba rawatan ni disini bolehlah request Yem urutkan korang. Beliau berasal dari Sabah dan mempunyai salasilah keluarga yang pandai mengurut tau.
Nak dengar berita baik? Haa sekarang ni Amante Wellness Beauty sedang mengadakan promosi bagi rawatan Signature Warm Oil Therapy. Korang boleh dapatkan rawatan Signature Warm Oil Therapy selama 90 minit dengan harga RM59 sahaja dari harga asal RM296 :O Memang berbaloi-baloi! Khas untuk pelanggan terawal, korang juga boleh dapatkan rawatan Dark Circle Eye Treatment secara percuma tau!
Yaya juga sempat buat rawatan Hand Moisture Treatment di sini setelah dipelawa oleh therapist bernama Joy sebab Yaya tertarik dengan rawatan kuku yang mereka tawarkan disini hihi :p
Kat sini memang terkenal dengan rawatan pedicure dan manicure dan memang ramai pelanggan yang datang kesini membeli servis ini secara pakej. Lebih jimat dan berbaloi tau bila kita beli secara pakej ni.
Pilih je nak warna apa dan design macam mana semuanya bisa diurus! ^_^
Bagi Hand Moisture Treatment ini, kita cuma perlu mencelup tangan kita kedalam wax yang telah dicampur dengan aroma therapy dan juga organic oil. Yaya suka sebab bau dia wangi dan bau buah-buahan peach masa ni. Hihi
Tangan kita akan dibalut dengan plastik bagi memudahkan penyerapan wax tadi bagi tujuan melembut dan melembapkan kulit tangan kita.
Selepas 15 minit rawatan. Cuma perlu tanggalkan wax tadi dan hasilnya memang keseluruhan tangan Yaya menjadi lebih lembut dan tak kering dah wee!
Memang sangat selesa fasiliti di bahagian ini. Kalau korang nak adakan party dan juga gathering bersama girlfriend pun boleh tau! Mereka juga mengadakan khidmat seperti itu disni.
Bersama owner Amante Wellness Beauty cawangan Bangsar @ Telawi iaitu Madam Florance. Beliau sangat baik dan lembut je percakapannya. Staff kat sini juga sangat sayang kat beliau hihi
Bersama Yem, Madam Florance dan juga Joy. Memang best korang Amante Wellness Beauty cawangan Bangsar ni sebab staff mereka semuanya sangat baik dan peramah. Terima kasih Joy yang sediakan Ginger Tea yang sangat menyegarkan. Kalau demam memang bagus minum air tu. Kesimpulannya, Yaya memang sangat puas hati dengan rawatan Signature Warm oil Therapy dari Amante Wellness Beauty ni. Korang wajib cuma okay dengan harga promosi RM59 untuk 90 minit yang sedang mereka tawarkan sekarang. Boleh check cawangan Amante Wellness Beauty yang berdekatan dengan tempat tinggal korang! Much love :)
Untuk maklumat lanjut :
Website : https://www.amante.my/
Facebook : Amante Wellness Beauty
Instagram : @amantewellnessbeauty
Alamat : Amante Wellness Beauty, Bangsar @ Telawi
28A-1, 1st Flr, Jalan Telawi,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel No: 03 - 2287 9089
11.00am - 09.00pm
CONTEST GIVEAWAY !!
Yaya akan berikan Baucer rawatan Amante Wellness Beauty bernilai RM236 untuk 10 pembaca bertuah blog Yaya! :D
Macam mana nak menang? Caranya mudah sahaja! Make sure korang follow post Yaya di Facebook tentang Giveaway ni okay!
Jangan lupa! :
1. LIKE Facebook Amante Wellness Beauty
2. LIKE Yaya Natsumi FB Page
3. SHARE post di FB berserta hashtag #AmanteYayaNatsumi
4. TAG 2 orang kawan di bahagian komen bersama jawapan bagi soalan :
Amante Signature Warm Oil Therapy adalah kombinasi _______ dan _______ .
a. rubber, aromatherapy essential oil
b. hot stone, aromatherapy essential oil
c. lymphatic tool, aromatherapy essential oil
d. hot stone, massage oil
Nota tambahan :
*Semua peserta haruslah memastikan Facebook mereka di set secara umum / Public bagi mengesahkan penglibatan mereka
* Semua peserta perlu berusia 21 tahun dan ke atas.
* Pemenang akan diberitahu melalui Facebook Yaya dalam tempoh 2 minggu
* Pihak Amante akan memilih secara rawak 10 Pemenang Bertuah yang bakal memenangi baucer rawatan Amante Wellness Beauty bernilai RM236
Jangan lupa join tau! Semoga korang terpilih untuk menang nanti dan reward diri untuk manjakan badan sebab caranya mudah sangat la! Best woo dapat buat rawatan spa secara percuma ;)
Terima kasih sudi baca




























