Hai korang! Seminggu dua ni Yaya tiba-tiba suka idea dekorasi untuk hiasan rumah sendiri nanti. Maklumlah sekarang masih tinggal sebumbung dengan family Yaya jadi idea untuk menghias rumah tu terhad sikit ^^' . Tapi takpe sebab Yaya dah bayangkan hiasan rumah yang Yaya idam-idamkan. Yaya suka hiasan yang simple. tak sarat dengan barang tetapi masih selesa dan cantik. Yaya percaya ramai yang suka hiasan simple tapi tetap menarik kan?
Jom Yaya kongsikan kat korang antara idea hiasan rumah yang boleh korang semua pratikkan di rumah sendiri nanti. Hihi. Kebetulan Yaya ada join Kelab Dekorasi Rumah di Facebook dan Yaya seronok sangat tengok hiasan rumah mereka yang cantik tetapi tidak sarat. Baik rumah apartment, kondominium. kuaters dan juga rumah sebuah, pelbagai hiasan yang mereka kongsikan. Memang seronok dan sambil-sambil tu boleh buat idea hiasan rumah sendiri nanti :)
Simple sahaja tetapi cantik bagi pandangan mata. Tetamu datang bertandang pun sejuk je melihat hiasan rumah macam ni kan? Yang penting, hiasan bukan dari perabot mewah dan kebanyakannya boleh didapati dengan harga yang sangat berpatutan. Sesuai sangat untuk mereka yang baru berkahwin dan ingin hiasan rumah yang sederhana.
Idea lain untuk hiasan yang simple dan sejuk mata memandang.
Untuk bilik tidur pula, semestinya kita sentiasa nak pastikann kawasan tidur kita sentiasa kemas dan bersih. Bagi Yaya, daripada ruang tamu dan ruang lain, kebanyakan masa Yaya lebih tertumpu di dalam bilik. Sebab tu Yaya paling suka lihat hiasan di bilik tidur hihi. Jom tengok idea hiasan untuk bilik tidur yang lain. Yang penting, cantik dan simple :)
Antara contoh hiasan perabot di bilik tidur yang menggunakan warna tanah dan warna lembut. Pemilik juga bijak menyusun atur perabot dan tidak menggunakan terlalu banyak hiasan. Yaya suka bilik warna lembut macam ni. Katil dan alas cadar pun warna lembut. Hee
Untuk hiasan bilik bujang pastinya mereka suka dengan susun atur yang memudahkan mereka untuk membuat kerja pejabat mahupun assignment berdekatan dengan tempat tidur. Siap je kerja terus tidur. Hihi
Bagi mereka yang suka warna lembut dan pastel macam Yaya, boleh cuba bermain dengan warna merah jambu untuk hiasan bilik tidur. Yang penting, nampak luas dan tidak terlalu sarat dengan perabot.
Inginkan yang tampak mewah namun tetap kelihatan simple? Boleh cuba idea hiasan macam ni di bilik tidur. Yaya suka dengan permainan 2-3 warna sahaja disini. Nampak lembut dan menenangkan.
Bilik untuk si anak dara. Ala tak sabarnya nak hias bilik baby Dahlia bila dia dah besar sikit nanti. Yang penting Yaya nak guna warna pink lembut macam ni. Mesti dia suka kan?
Teringinnya Yaya nak ada ruang kerja macam gambar diatas. Senang dan semuanya di satu tempat. Ruang untuk perabot juga tidak digunakan terlalu luas dan sesuai untuk rumah yang tidak bergitu besar.
Yaya mula terfikir untuk sediakan bilik belajar dan bermain untuk baby Dahlia nanti. Biar dia sepahkan mainan di satu tempat sahaja dan juga boleh bimbing dia untuk kemas semula barang mainan selepas bermain.
Perabot dan hiasan bilik belajar dan bermain ini juga nampak ceria dan menyeronokkan. Yaya kena jadi kreatif jugalah nanti kan? Yaya percaya ibu bapa yang lain juga bijak bermain dengan warna ceria untuk hiasan bilik bermain anak mereka. Wee tak sabar nak menghias bila dirumah sendiri nanti!
Selain dari ruang tamu, bilik tidur, ruang berkerja dan juga bilik belajar dan bermain, Yaya juga suka tengok hiasa rumah di bahagian balkoni. Maklumlah bila hidup di KL ni susah nak ada rumah landed kan jadi pilihan yang ada cuma aparrment sahaja buat masa sekarang sesuai dengan keadaan ekonomi semasa :p . Walaupun apartment, kita masih boleh ber-eksperimen dalam menghias rumah tau ;)
Cantik dan simple kan perabot yang digunakan untuk hiasan rumah di bahagian balkoni? Seronoknya boleh mengambil angin petang sambil hilangkan stress dan penat berkerja.
Inilah pula antara hiasan balkoni yang menarik minat Yaya juga. Romantik kan bila wantu malam? Boleh kita feeling-feeling candle light dinner bersama yang tersayang. Yang penting hiasan rumah yang Yaya kongsikan semuanya cantik, simple, tidak memerlukan kos yang mahal tetapi tetap sedap mata memandang. Korang suka hiasan rumah macam mana? :)
Terima kasih sudi baca
bestnya kalau dapat deco rumah macamni. tapi kena tunggu ada rumah sendiri hehe
ReplyDeleteCun..kita pun suka sep gmbar2 deko kt dlm fon sebgai inspirasi
ReplyDeleteCantiknya kita nak plan juga untuk rumah tahun depan hehehe tengah cari idea ni boleh lah cuba yang dicadangkan ni...
ReplyDeleteBestnya tengok2 gambar2 ni. Memang mengidam nak deko yang simple dan minimalist je kalau ada rumah suatu hari nanti. InsyaAllah... Tq for sharing this, sis!
ReplyDeleteCantik2 semua decoration kat atas tu..betul tu yaya...bila dh ada anak..dh ada rumah sendiri kita lebih cenderung pada dekorasi rumah...satu kepuasan kalau ianya menepati citarasa kita sendiri..
ReplyDeleteAkak suka deko rumah. Cuma perlukan cik abang drill dinding untuk gantung frame dan gambar. hahaha. Lepas tu beli barang deko mesti senyap-senyap. Miahahaha.
ReplyDeleteCantik, smeua cantikk..Nona suka yang pastel..ehehe~
ReplyDeleteSebab kaler pink tu comel..huhu~ Nampak tenang je kaler pastel, kan
idea yg simple dan cantik. Akak suke sgt. Lepas ni boleh jd rujukan utk deco dirumah 😊
ReplyDeletexpe kak yaya mula2 kawin memng biasa org duk rumah family dlu jadi kita survey2 la dlu dekorasi rumah. siyes semua lawa, cantik n nampak simple je. tapi cuba bagi time kita nk buat tu..... keluat rasanya huhu kecuali klau guna designer
ReplyDeleteAkak suka rustic feel, shabby chic giiitu
ReplyDeleteCantiknya kalau dapat buat deco gini tapi free..hehehe. Baru ni mengecat rumah pun dah makan ribu riban..huhuhu kalau nak deco seluruh rumah berapa lah pulak gamaknya kan..:D
ReplyDeleteSinggah cuci mata kat sini... cantik2 nya deco tu
ReplyDeleteOnie teringin la deko deko bagai ni yaya, tapi tak boleh... rumah ni kalau deko leklok....selang sejam bersepah,kah!
ReplyDeleteteringin nak deko rumah sendiri... dok tgu gak bila owner rumah sekarang nie nak jual rumah dia
ReplyDeleteLawanya...
ReplyDeletememang trend sekarang.. scandi.. hee~ kakak tak terkejar kalau nak diikutkan trend..
ReplyDeleteberbakat ni, cantik
ReplyDeletecantik semua ruangan yg dihias. kalau nak cari lebih barang hiasan dalaman rumah boleh ke https://bazaraya.my/home-living banyak pilihan untuk anda
ReplyDeleteHi Admin! Tumpang iklan jap ya. KUALITI YANG MEMUKAU MATA ANDA DARI Al Aqsa Carpets. Boleh klik link bawah untuk lihat perbezaan Tikar Getah Al Aqsa yang susah koyak dan tahan lasak dengan yang adaa di pasaran.
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=gIebXZiZ3NA
Info yang menarik bagi mereka di luar sana yang cari idea dekorasi untuk hiasan dalaman rumah kediaman.
ReplyDeletePlaster Siling Selangor