Sep 27, 2017

Charity Zumba With Baby for Breast Cancer by FURBY MOMS



Hai korang! Korang suka zumba tak? Yaya suka gilaaa~! Ingat lagi masa sebelum kahwin dulu selalu juga pergi zumba tak kiralah kat gym atau masa senaman pagi di event. Tapi lepas bersalin, memang langsung tak join dah aktiviti sihat macam berzumba serius rindu gila. Taulah bila dah ada anak kecil ni pergerakan agak terbatas.


Kebetulan Yaya ternampak poster Charity Zumba - Zumba Dance With Baby Wrap ni. Dalam hati macam eh macam mana tu nak zumba dengan baby sekali ke boleh ke nak kendong sambil buat langkah zumba yang boleh tahan aktif. Lagi excited bila nampak Izzat Zin sebagai Special Guest. Yaya minat gila dia wehh step zumba dia serius unik dan kreatif dan boleh diikut. Yaya selalu tengok video zumba Izzat Zin kat Instagram sebenarnya hihi. Btw, Yaya tak sabar nak tengok Zin Nurin selaku Dance Instructor dan para ibu bermenari zumba nanti! :D


Kalau nak tahu, FURBY MOMS menganjurkan aktiviti Charity Zumba with BABY yang julung kali diadakan bagi tujuan kutipan dana sempena bulan Kesedaran Kanser Payudara. Semua hasil kutipan dana akan didermakan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA).

Majlis Kanser Nasional atau lebih dikenali sebagai MAKNA merupakan sebuah pertubuhan sosial bukan berasaskan keuntungan terutamanya ditugaskan untuk mengumpulkan dan menggunakan setiap usaha, kepakaran dan kebajikan dari setiap lapisan masyarakat untuk melawan kanser dan mengurangkan kesakitan, penderitaan dan morbiditi yang pesakit kanser sering alami. Ia bertujuan untuk menyediakan penjagaan rawatan, penjagaan pencegahan, penyelidikan dan perkhidmatan sokongan kanser untuk pesakit kanser dan keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi dan orang awam di Malaysia dan seluruh dunia. Bersama-sama dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, MAKNA berharap untuk memberi inspirasi kepada perubahan luar biasa dan memberi orang yang terlibat dengan kanser diperbaharui harapan dalam kehidupan.


MAKNA berdaftar di bawah Daftar Pertubuhan Malaysia pada 10 November 1994 dan dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac 1995. Ia diasaskan oleh Dato' Mohd Farid Ariffin di Kuala Lumpur, Malaysia. Organisasi ini dinamakan selepas perkataan bahasa Melayu bagi 'makna' dan slogannya adalah "Mengingati Makna Kehidupan" (A Meaning to Life).



Tema bagi Charity Zumba with Baby ini semestinya warna merah jambu atau pink dan setiap orang dikehendaki memakai baju pink semasa acara tarian zumba nanti bagi meraikan bulan kesedaran kanser payudara :) 


Boleh rujuk carta saiz baju sebelum membuat pembelian tiket ketika mendaftar di www.furbymoms.com ya! *Terhad untuk 50 orang yang terawal sahaja*


Cara mendaftar :

1. Layari www.furbymoms.com

2. Taip "Charity Zumba" di bahagian Search

3. Pilih jumlah pembelian tiket untuk Charity Zumba dan buat tempahan

4. Checkout dan ready untuk menari zumba pada 22 Oktober 2017 nanti! 

Bonus untuk setiap peserta yang menyertai Charity Zumba With Baby ini, mereka akan mendapat :

1) Sijil
2) Voucher bernilai RM15
3) Goodies Bag
Dan berpeluang memenangi hadiah dari segmen cabutan bertuah bernilai lebih RM3000!

Menariknya, selain dari Charity Zumba with Baby, setiap ibu dan wanita yang hadir boleh menjalani pemeriksaan kesihatan payudara secara percuma yang mana ianya boleh digunakan di pusat penjagaan dan kesihatan yang terpilih. Haa time ni la kita nak kenal pasti tahap kesihatan payudara kita kan. Maklumlah barah atau kanser payudara ni musuh wanita nombor 1. Mudah-mudahan kita semua sentiasa dalam keadaan sihat walfiat dan bebas dari sebarang penyakit. Aamiin. Jom tengok gambaran Charity Zumba with Baby yang akan diadakan nanti :D


Best kan? Hihi comel sangat! Jumpa korang kat sana nanti okay! ^_^

Date: 22 October 2017
Time: 8.30 AM - 11.30 AM
Place: The Venue Shah Alam
Special Guest: Izzat Zain (Zumba Instructor)
Ticket Price: RM 40.00 include Charity Donation
Early Bird Promo: RM 35.00

Untuk maklumat lanjut :

Website : www.furbymoms.com

No tel untuk dihubungi : 013- 861 4402 (Mdm Anis)
03- 5545 2677 (Office)




Terima kasih sudi baca

2 comments:

  1. Lisa pun sekarang dah malas hahaa aduh mcm mne nk kembalikan mood itu eh .

    ReplyDelete
  2. Akak dalam proses nak turunkan berat badan so balik kerja zumba dalam bilik pasang youtube..hehehehe

    ReplyDelete