Sep 29, 2017

AMI Vitamin Skincare Review | Vitamin Muka Anda



Siapa tak suka Vitamin C? Yaya yakin semua antara kita percaya dengan kebaikan Vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain Vitamin C dalam bentuk suppliment atau makanan tambahan, terdapat juga Vitamin C yang telah diolah menjadi produk penjagaan dan kecantikan. Bagi Yaya sendiri, selain dari kecantikan dalaman, sudah pasti kecantikan luaran juga harus dijaga. Bukan nak putih sangat pun sebab sedar diri kulit ala ala sawo matang gitu hihi tapi sekurang-kurangnya wajah yang bebas dari jerawat dan parut jerawat sememangnya menjadi idaman semua wanita. 


Kulit muka memang dah bersih dan tiada masalah? Yaya selalu dengar ada segelintir wanita langsung tidak menggunakan sebarang produk untuk penjagaan kulit wajah mereka. Percaya cakap Yaya, kalau langsung tidak titik beratkan penjagaan wajah, nanti muka korang akan timbul masalah jeragat sebelum umur 30an. Kenapa? Haa sebab dengan keadaan matahari dan sinar UV yang semakin nipis harini, kulit wajah kita mudah terdedah dengan masalah kulit jika tidak memakai sebarang perlindungan.


AMI Vitamin Skincare yang didatangkan khas dalam set yang comel ini terdiri daripada Cleanser, Serum dan juga Night Sticky Serum. Selain mudah dibawa kemana sahaja, ianya juga mempunyai kelebihan yang tersendiri yang mana sangat sesuai digunakan sebelum kita memakai alat solek.




1. Glutathione
  • Mencerahkan
  • Anti-Penuaan
  • Menjadikan wajah berseri



2. Vitamin E
  • Membantu merawat kulit
  • Menyembuhkan parut di wajah
  • Membantu menyembuhkan jerawat
  • Melembabkan wajah



3. Astaxanthin
  • Khasiat antioksidan
  • Perlindungan matahari secara semulajadi
  • 6000 kali lebih kuat daripada Vitamin C



4. Plus + Extra Vitamin C
  • Mengetatkan kulit muka
  • Mengurangkan kedutan
  • Mencerahkan
  • Meningkatkan pengeluaran kolagen





Qo-C Cleaser AMI Vitamin Skincare ini memang favorite Yaya! Kebetulan pencuci muka Yaya baru habis dan terus guna Cleanser ni dengan happynya. Nak tahu tak? Muka rasa lembut gila dan whitehead Yaya pun jadi lembut dan mudah dikeluarkan. Seriously memang suka cleanser ni. Sampai sekarang asyik nak pegang hidung sendiri sebab rasa lembut sangat.


Korang boleh tengok tekstur Cleancer AMI Vitamin Skincare ni. Memang sangat soft tau. Baunya juga sangat mesra dengan hidung. Yang paling penting ianya tidak meninggalkan kesan kesat pada kulit seperti kebanyakan pencuci muka. Make up dan segala kotoran pun mudah tertanggal.


Quitty-K Serum AMI Vitamin Skincare ini boleh dipakai pada waktu siang dan juga malam. Penggunaanya pula selepas mencuci muka dengan cleanser tau. Siapa yang tak amalkan serum better korang amalkan serum dalam penjagaan wajah seharian. Lagi-lagi sebelum memakai make up. Serum berfungsi melembutkan liang pori diwajah dan mengawal lebihan minyak yang menyebabkan ianya tersumbat. Yaya paling suka pakai serum muka sebab Yaya mempunyai combination kulit so serum muka memang Yaya tak tinggal.


Tekstur serum ini pula sangat lembut dan mudah meresap. Make sure apply dan ratakan keseluruhan wajah okay!


VV-2 Night Sticky Serum AMI Vitamin Skincare ini pula sesuai digunakan pada waktu malam kerana sifatnya yang agak sticky dan tidak perlu dicampur dengan penggunaan produk lain. So memang sesuai sangat sebelum tidur korang cuba serum ni. Time tidur pun kita boleh merawat wajah tau hihi. Berkesan untuk menyerikan kulit wajah yang kusam, membaiki struktur kulit dan juga anti penuaan.


Tekstur Night sticky serum yang mudah disapu dan mesra dengan kulit wajah. Sifatnya yang mudah serap juga membuatkan ianya rata dengan mudah keseluruhan kulit. Buat urutan lembut ketika sapu serum ke wajah tau supaya muka akan terasa lebih rileks dan serum rata ke seluruh wajah.



Jangan risau kerana ternyata produk AMI Vitamin Skincare ini telah lulus KKM dan selamat digunakan.

Jom tengok testimoni dari pengguna AMI Vitamin Skincare ^_^




Selepas satu minggu : Nurul Hidayu, mempunyai tona kulit yang lebih cerah + parut ternyata pudar + jerawat mengecut tanpa timbul lagi + kulit rasa fresh bermaya berbeza dari sebelumnya.


Yaya suka dengan tagline AMI Vitamin Skincare iaitu , "Vitamin Muka Anda" hihi comel je. Korang nak cuba juga? Khas untuk 5 pembaca yang ingin mencuba produk AMI Vitamin Skincare, korang layak mendapat baucer RM40 untuk pembelian produk AMI Vitamin Skincare. Cuma bagitahu nama blogger dan terus boleh redeem baucer bernilai RM40. Calit-calit vitamin je dah cantik tauu ;)



REEDEM VOUCHER CODE = "YAYANATSUMI"


Untuk maklumat lanjut :


FACEBOOK

INSTAGRAM

WEBSITE


Nak selamat? CALIT VITAMIN je dah CANTIK!

 #vitaminmukaanda #3calitcantik #luluskkm






Terima kasih sudi baca

4 comments:

  1. Wah...mcm best je skincare nih..boleh try nih

    ReplyDelete
  2. ami... duk baca aimi.. teringat kat anak ujang si aimi tu pulak hahaha

    ReplyDelete
  3. Suka serum dia , besttt

    ReplyDelete
  4. Bestnya kalau dapat 1 set ni...serum dia sure best kan

    ReplyDelete