Dec 17, 2014

Bloggers Day Out di Klang Parade

Assalamualaikum semua 


Tempoh hari yaya berkesempatan untuk join Bloggers Day Out di Klang Parade, Klang. So far yang yaya tahu, Klang Parade yang lama telah diubah suai dan lepas tu yaya masih tak berkesempatan nak pergi sehinggalah sabtu lepas. Hasilnya memang cantik pedepow baq ang! Fasiliti memang serba baru dan moden. Suka toilet dia. Cantik dan bersih gitchew. *haha nampak sangat kaki toilet. 



Pendaftaran bermula jam 4 petang. Lepas briefing, semua dah tak sabar nak pergi destinasi pertama. Naik je escalator, kitorang kena berhenti kejap. Ingatkan apa. Rupanya kami di'suprise'kan dengan persembahan hebat dan mantap dari Rejuvenate Dance Crew di hadapan Peanut Butter Studio. Studio ni masih sedang dinaiktaraf dan akan dibuka tak lama lagi. 





Memang comel dan lucu persembahan diorang menari. Seronok tengok!



Sampai je di Firezone Family TV, kami semua seramai 30 orang or maybe lebih, semua masuk dalam bilik yang paling besar sekali. Layanan toksah kata. Memang terbaik. Masa ni semua enjoy dan berkenalan diantara satu sama lain. Sambil kunyah fries, sambil sembang. Sambil makan nugget, sembang. Pastu goyang bahu sikit bila rakan bloggers yang lain nyanyi. Haha







Lepas karoeke, kami dipecahkan kepada group yang lebih kecil mengikut warna riben yang diberi. Masa ni seronok tau sebab dapat berkenalan dengan lebih dekat ahli dalam group. Yela selalu jumpa dalam media sosial je. Hee




Haa.. Yang ni yaya suka! Terus terkenang zaman kecil² dulu meronta ronta nak ajak ibu ayah layan kita main permainan dalam arcade macam ni. Haha. Masa ni semua diberi token dan boleh main permainan yang kita mahu. Jadi budak² habis la masa ni. Hihi




Contoh budak budak yang comel.

Bergambar dihadapan Circus Circus


Okay times up! Masa untuk Amazing Blogger Hunt! Setiap kumpulan diberi task masing² . Kumpulan riben purple kami kena buat food tasting di Spices of Penang. Mr. Richard selaku pemilik restoran menyambut mesra kedatangan kami dengan senyuman manis dan memberi penerangan sedikit sebanyak tentang restoran beliau.





Next, kami dibawa ke kedai Kasut Red Modani. Yaya yang gila kasut, buat nampak tak nampak dengan tanda SALE jualan akhir tahun yang super murah yang ditawarkan maka dengan itu haruslah kalian menerjah Red Modani hari ini juga fuhh padan muka baca satu nafas haha.






Butik pakaian Dees pula menyediakan pakaian dari setiap peringkat usia. Dari kanak² sehingga orang dewasa. Memang senang dan mudah bagi mereka yang berkeluarga dan yang nak cepat masa shopping. Semua dibawah satu bumbung. Hee






Lepas tu semua berkumpul dan makan di food court Klang Parade. Yang bestnya, makanan halal dan non-halal di asingkan dan dibahagikan kepada dua bahagian untuk memudahkan pengunjung memilih makanan tanpa was was. Hehe






Muka kenyang dan happy! Wee~


Last sekali, kami jumpa Upin & Ipin dan bergambar beramai-ramai sebelum sesi tamat. Seronok bila dapat berkumpul dan berkenalan sesama blogger. Secara tak langsung, semakin besar jaringan ukhwah diantara kami. Hihkhik. 





Jumpa lagi semua! :D





Untuk info lebih lanjut :

Facebook : Klang Parade

Instagram : @klangparadeshopping 





Terima kasih sudi baca 



Dec 7, 2014

AirAsia Media Familiarization Trip To Guilin China - Part 1

Assalamualaikum semua 


Terima kasih kerana sabar menanti bagi mereka yang bertanya bila yaya nak hapdet belog tentang Guilin bila bila bila tak sabar ni grr awrr rawrr. Haha over. Saja nak biarkan keterujaan tu tak hilang dari diriku. Kumpul info and draft bagi best sikit. Bagi korang rasa excited sama bila baca pengalaman yaya di Guilin. *haha over lagi. 



First of all, thanks a bunch to AirAsia sebab bagi yaya peluang kesana bersama dengan para media yang sporting, best dan hebakk tak ingat . Media yang terlibat adalah dari Utusan, Mingguan Wanita, Glam Lelaki dan juga Portal Rakyat. Bergabung kami dari media cetak hinggalah ke media eletronik dan sama-sama seronok berkenalan dan paling best semua kepala gila. Kak Mehran yang nampak serius masa mula-mula jumpa kat Klia tu pun sebenarnya best gila aduhai comel je ketawa je bila orang buat lawak. Hehe


27th November 2014

Pukul 3.45 pagi kami dah berkumpul di Klia2. Lepas settle urusan di kaunter, Ash selaku wakil dari Air Asia yang menguruskan kami ajak breakfast dulu. Masa tu semua orang mula berkenalan. Malu malu kucen lagi time tu as kucen pun tak pernah semalu kami. 




Pagi-pagi hakak dah bekpes omputih uols. Lepas tu sedih Hot chocolate caramel ku minum separuh saja sebab dah kena masuk dah. Tapi kek caramel dia memang win betullah. AFS balik nanti nak ajak dia momom kek tu lagi. *Hashtag penggila caramel. *hashtag thank you AirAsia




Perjalanan mengambil masa kira-kira 4-5 jam. Kami sampai awal 20 minit kerana pilot kami berdedikasi dan cuaca sangat baik pagi tu. Yaya yang tersedar dari kroh kroh yang selesa terus melihat pemandangan indah diluar dan rasa sangat kagum dengan gunung ganang yang cantiknya mashaAllah.





Subhanallah cantiknya sunrise :')


Hai Guilin. ni hao ma?

-

-

-

Selamat je mendarat, sempat yaya selfie dengan abam imigresen kat sana. Hehe yaya nak selfie sorang je tetiba dia pun termasuk. Omey ja muka kaget gitu macam abam korea. Nak je cakap , hai nama saya yaya natcumi cumi. 



 Muka mamai bangun tidoq tak rasa bersalah ajak abam ni selfie.


Dihadapan Guilin Airport. *kot putih tu nak dekat 4 tahun terperap dalam almari lepas dry cleaning. Ni baru dapat pakai. hehe :')




Bersama tourist guide kami, Alex atau Ali nama Malaysia dia. Hehe. Mekasih Alex sebab sentiasa bersabar dengan kerenah kami. *konon² macam Alex baca.


Sepanjang dalam perjalanan, kami semua menikmati keindahan saujana permai yang indah amboi ayat novel sangat. Btw, memang teruja tengok cara hidup mereka disana. Alex cakap ada yang hidup sehingga 100+ tahun lebih sebab mereka makan tanaman yang mereka tanam sendiri. Sangat organik.


Akhirnya sampai ke destinasi pertama. Restoran halal yang menyediakan makanan cina. Gembira dan teruja nak makan. Masa ni memang semua dah lapar. Hehe



Endian Restaurant No.1 Chong Shan Road, Xiang Shan District, Guilin, China.

Yaya suka sangat sangat makan kat sini. Sepanjang trip, kami makan dua kali kat sini. Hari pertama dan hari keempat. Sedap sangat dan kena dengan selera tekak kampung yaya. Btw, AirAsia juga pernah shoot Najwa Latif makan kat restoran ni masa destinasi ria beliau ke Guilin.




Ada wifi jugaaaa! Fuhh macam dapat nyawa masa ni kecuali Johan. Dia pentingkan makan. Haha. Padahal dia paling kurang makan diantara kami. Journalist dari Glam Lelaki. Sangat maskulin. *promote dia dah kenapa

Blogger yang turut bersama-sama mengikuti trip ini ialah Mahamaru blogger makanan yang pemes emes. Kalau nak tahu apa yang kami makan disana, boleh terjah blog beliau [Klik Sini]



Lepas makan, kami melawat salah satu masjid di Guilin. Tak jauh pun dari restoran. Jalan kaki je. Hee




Sementara tunggu bas ambil untuk check in hotel, harus selfie sedas.





Yaya tinggal kat hotel mana? Best ke tidak? Tunggu next part. Nak luruskan pinggang sat.




Stay tuned. Xoxo.




Terima kasih sudi baca 



Kebaikan Cosmoderm SkinCare Set yang setanding dengan jenama antarabangsa

Assalamualaikum semua 

Wahh tajuk je dah gah gitu. Seriously bukan nak tipu ke apa tapi sememangnya produk Cosmoderm banyak membantu yaya menghadapi cuaca sejuk dan dingin ketika di Guilin, China. 




Kadet Cosmoderm yang sedang berbaris.


Dari kiri,

1 - Pencuci muka Gentle Cleansing Milk

-Bertindak sebagai sabun yang sangat ajaib.
Membersih lembut kulit muka kita dan langsung tidak menyakitkan seperti pencuci muka lain yang mempunyai kandungan asid yang tinggi. Bau susu yang sangat lembut lepas cuci akan rasa muka macam baby. Hee. Ianya juga bebas sabun dan larut air. Mampu membersihkan kotoran persekitaran serta kesan solekan dari kulit muka dengan sempurna tanpa meninggalkan saki-baki solekan. Wuiyo best kan!



2- Vitamin E Cream 3,000 I.U with rosehip oil

-Bertindak sebagai anti-oksidan dan pelembap. Memberi penghidratan intensif untuk kulit muka yang sihat.
Yaya's favorite! Tekstur yang sangat lembut dan mudah meresap kedalam kulit tanpa rasa lekit. Yaya akan apply krim ni sebelum pakai foundation dan sebagainya. Hasilnya, cik jerawat takut² nak muncul. Hehe. Selain tu, ianya boleh memudarkan parut jerawat atau parut pembedahan, strecth marks, pre-mature aging, meratakan warna kulit dan mengelakkan kulit muka kita kering dari selaran matahari.


3- Advance Moisture Therapy Cream

-Bertindak sebagai pembantu yaya yang paling rapat ketika di Guilin. Oleh kerana yaya banyak berjalan sampai betis keras, kaki cramp, yaya akan pastikan sebelum tidur yaya akan sapu kat kaki dan juga sebelum keluar dari hotel yaya akan sapu sungguh² sebelum pakai stoking. Hee. Rasa nyaman dan tidak memanaskan pun jangan risau. Sangat light dan sangat membantu mengurangkan kesakitan otot yaya. Alhamdulillah.


4- Magic Body Lotion High Function Multi Purpose

-Bertindak sebagai agen rawatan semulajadi untuk kulit bermasalah seperti jerawat badan, ruam, jangkitan kulat dan bakteria serta selar matahari. Mecegah bau badan agar nyaman sepanjang hari. Losyen ini juga diperkaya dengan daun lidah buaya, Vitamin B5 dan E untuk kelembapan semulajadi. 

Yaya memang sapu losyen ni lepas mandi. Rasa nyaman je tau! hee


-

-

-


TAHNIAH kadet semua! Saya berpuashati dengan servis yang diberikan! Muahciked! Haha



Sememangnya produk dari Cosmoderm sangat mesra pengguna. Tak kira dalam cuaca sejuk, dingin, panas atau anda berkulit sensitif, Cosmoderm sangat sesuai untuk memenuhi keperluan kulit kita. Bangga ada produk yang sebegini hebat dalam pasaran Malaysia kita. Sokong buatan Malaysia. Dan yang paling penting, produk Cosmoderm sememangnya Halal dan mendapat pengiktirafan dari badan-badan berkanun yang sah. Gunakan tanpa was-was! :)











Nak travel? Jangan lupa bawa Cosmoderm Winter SkinCare Set bersama anda! Negara sejuk, panas, khatulistiwa atau apa pun cuaca, produk Cosmoderm memang terbaik dan universal!




Mana nak dapatkan barisan kadet hebat ini?


Boleh terus ke www.cosmoderm.com

atau

FacebookCosmoderm www.facebook.com/Cosmoderm

Terima kasih sudi baca 



Dec 3, 2014

Drama siri SELUDUP di Astro Prima mulai 4 Disember 2014

Assalamualaikum semua 


Finally nak bagi tahu yang Drama siri Seludup 13 episod akan menemui penonton pada setiap hari Khamis mulai 4 Disember 2014 , jam 9.30 malam. So lepas ni boleh set dalam kalendar masing-masing naa. Hehe




Antara barisan artis yang menjayakan Drama Bersiri SELUDUP ini ialah Jehan Miskin, Pekin Ibrahim, Tiz Zaqyah, Syafie Naswip, Nam Ron dan Raja Ilya. Hebat-hebat belaka kan? Haa kebetulan semua barisan pelakon ni semua pelakon favorite yaya. Hee


Sinopsis : SELUDUP mengisahkan tentang Amran (Pekin) yang merupakan seorang nelayan dan mengetahui tentang gejala penyeludupan seperti rokok dan arak yang diketuai oleh Tam (Nam ron) dan dibantu oleh adiknya, Rina (Raja Ilya) . Amran bertekad untuk menyelamatkan penduduk kampung dan rakan-rakannya dari terus menjadi mangsa biarpun tindakannya itu berisiko untuk mengancam keselamatan keluarga dan teman wanitanya, Yasmin ( Tiz Zaqyah).



Jehan Miskin selaku produser, pengarah dan pelakon.





Drama SELUDUP memberikan mesej kesedaran kepada masyarakat tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatif terhadap individu , keluarga dan masyarakat Malaysia.


Jangan lupa saksikan drama SELUDUP pada setiap hari Khamis , jam 9.30 malam di Astro Prima mulai 4 Disember ini dan Maya HD pada setiap sabtu jam 6.00 petang bermula 6 Disember 2014.


Dapatkan maklumat lebih lanjut di : 

FB Seludup : fb.com/seludup
Instagram Seludup : @seludup

Terima kasih sudi baca 


Nov 14, 2014

Botox muka tanpa suntikan? Inovasi baru dari MZ Secret Botox Cream

Assalamualaikum semua 



Nak kongsi kat korang produk terbaru keluaran MZ Secret. Sebelum tu, untuk pengetahuan korang, MZ Secret sememangnya dah established lama dalam pasaran Malaysia. Kalau sebelum ni MZ Secret dikenali dengan produk pencuci muka dan pelangsingan badan, sekarang ni MZ Secret lahir dengan produk baru iaitu MZ Botox Cream!




Pengalaman yaya menggunakan sendiri Botox Cream ni, memang awesome habis. Masa hari pertama pakai, bangun pagi tu muka rasa lembut gila macam kulit baby.



Tekstur krim yang ringan dan berwarna lutsinar ni sangat best bila kita apply kat muka. Cepat je krim ni meresap dan langsung tak melekit. Yang pasti, ianya wangi dan korang akan rasa muka jadi sejuk je tanpa meninggalkan kesan pedih macam krim muka bahaya yang lain. Lepas apply botox cream, korang boleh pakai make up atau foundation macam biasa. Make up akan jadi lebih smooth dan rata. Yeayy! Hee





Fakta Mz Secret Botox Cream :

•Berkesan seawal 14 hari
•Dijamin halal tanpa kesan negatif
•Tidak perlu berpantang larang ketika menggunakannya
•Ada tiga komponen utama untuk kulit iaitu kologen, elastin dan hidroprotein


Kelebihan Mz Secret Botox Cream :

•Memperbaharui sel kulit muka
•Menghilangkan garis halus
•Memudar dan menghilangkan parut jerawat
•Meneutralkan kembali kulit yang rosak akibat sinaran UV
•Melambatkan proses penuaan
•Mengecilkan liang pori dan meratakan tekstur kulit
•Menegang dan menganjalkan kulit muka




Masa tengah baca paper haritu tetiba terbuka halaman ni. Haa masuk paper dah tau. Bukan calang calang produk.




Ramai juga artis yang dah pakai botox cream ni. Boleh rujuk instagram Mz Secret di www.instagram.com/mzsecretmalaysia



Untuk maklumat lanjut, terus ke instagram seperti link diatas atau :


Laman web : Mz Secret Malaysia 
No pejabat : 06-7621842





Kalau boleh makan, nak makan dah Botox Cream ni. Omnomnom!


Terima kasih sudi baca 



Oct 5, 2014

Lava Grill Burger : Burger Bakar : Sri Serdang

Assalamualaikum semua 


Yaya mengaku yaya bukanlah peminat burger bakar selepas pernah makan sebelum ni adalah dekat area tempat yaya belajar dulu. Tapi persepsi yaya terhadap burger bakar telah berubah setelah mencuba sendiri burger bakar di Lava Grill Burger di Sri Serdang. Ni bukan entri sponsor or bodek ye. Semalam kitorang makan semua bayar sendiri tau. Kena betulkan nanti orang salah faham. Tak pasal pasal orang lain disalahkan nanti. :')


Lepas maghrib, bertolak dengan Uzu dari IUKL tempat dia study. Yaya ni memang jenis tak ingat jalan dan penakut nak drive kalau tempat tak pernah pergi dan sorang pula. So ikut jela belakang montot kereta Uzu sampai ke destinasi. Hikhik






Masa sampai memang kami berdua je sampai dulu. Ciskek je yang lain lain. Diorang taktau ke kami hampir kena halau sebab pekerja dia ingat kami nak conquer 8-9 meja reserved sebaris tu dua orang. Malu tahu. Haha. 





Yeah. Mine is Blackpepper Grilled Lamb Chop camtu la nama dia kot. Sedap gilos. Kuah blackpepper masak sendiri ni bukan yang instant tu.



Omnomnom


Harap kalian cukup terliur dengan keseksian cheese yang dipamerkan.


Seterusnya cuma aktiviti bergambar dari kami. 
Keep calm dan terus bertenang dengan paparan emosi hyper gembira dari kami.



Kabur.


Hai. Lets debabkan gambar. Haha






Hello powerbank kesayangan. Terima kasih. Sangat membantu. Walaupun cuma pinjam. Hikhik



I just love each one of member #KelabBloggerBenAshaari. Kami bukan sekadar blogger. Tapi dah macam family. Senyum dan terus seyum bila orang (...... buat ayat sendiri......) kami. And we still unite Alhamdulillah :'D



Dan. Selfie satu kalayy muka sememeh balik kerja tak mandi and last mandi pagi. Kantoikan diri kepada korang je tau! Shhh 




Selamat Hari Raya Aidil Adha dari saya Yaya Natcumi cumi
Maaf ampun silap dari kita yang tak sempurna ini kepada sesiapa yang mungkin pernah berkecil hati dengan kita. Semoga kita sama sama mendapat keberkatan dan keredhaan Allah

Aamiin ya rabb :')




Terima kasih sudi baca