Showing posts with label AirAsia. Show all posts
Showing posts with label AirAsia. Show all posts

Dec 7, 2014

AirAsia Media Familiarization Trip To Guilin China - Part 1

Assalamualaikum semua 


Terima kasih kerana sabar menanti bagi mereka yang bertanya bila yaya nak hapdet belog tentang Guilin bila bila bila tak sabar ni grr awrr rawrr. Haha over. Saja nak biarkan keterujaan tu tak hilang dari diriku. Kumpul info and draft bagi best sikit. Bagi korang rasa excited sama bila baca pengalaman yaya di Guilin. *haha over lagi. 



First of all, thanks a bunch to AirAsia sebab bagi yaya peluang kesana bersama dengan para media yang sporting, best dan hebakk tak ingat . Media yang terlibat adalah dari Utusan, Mingguan Wanita, Glam Lelaki dan juga Portal Rakyat. Bergabung kami dari media cetak hinggalah ke media eletronik dan sama-sama seronok berkenalan dan paling best semua kepala gila. Kak Mehran yang nampak serius masa mula-mula jumpa kat Klia tu pun sebenarnya best gila aduhai comel je ketawa je bila orang buat lawak. Hehe


27th November 2014

Pukul 3.45 pagi kami dah berkumpul di Klia2. Lepas settle urusan di kaunter, Ash selaku wakil dari Air Asia yang menguruskan kami ajak breakfast dulu. Masa tu semua orang mula berkenalan. Malu malu kucen lagi time tu as kucen pun tak pernah semalu kami. 




Pagi-pagi hakak dah bekpes omputih uols. Lepas tu sedih Hot chocolate caramel ku minum separuh saja sebab dah kena masuk dah. Tapi kek caramel dia memang win betullah. AFS balik nanti nak ajak dia momom kek tu lagi. *Hashtag penggila caramel. *hashtag thank you AirAsia




Perjalanan mengambil masa kira-kira 4-5 jam. Kami sampai awal 20 minit kerana pilot kami berdedikasi dan cuaca sangat baik pagi tu. Yaya yang tersedar dari kroh kroh yang selesa terus melihat pemandangan indah diluar dan rasa sangat kagum dengan gunung ganang yang cantiknya mashaAllah.





Subhanallah cantiknya sunrise :')


Hai Guilin. ni hao ma?

-

-

-

Selamat je mendarat, sempat yaya selfie dengan abam imigresen kat sana. Hehe yaya nak selfie sorang je tetiba dia pun termasuk. Omey ja muka kaget gitu macam abam korea. Nak je cakap , hai nama saya yaya natcumi cumi. 



 Muka mamai bangun tidoq tak rasa bersalah ajak abam ni selfie.


Dihadapan Guilin Airport. *kot putih tu nak dekat 4 tahun terperap dalam almari lepas dry cleaning. Ni baru dapat pakai. hehe :')




Bersama tourist guide kami, Alex atau Ali nama Malaysia dia. Hehe. Mekasih Alex sebab sentiasa bersabar dengan kerenah kami. *konon² macam Alex baca.


Sepanjang dalam perjalanan, kami semua menikmati keindahan saujana permai yang indah amboi ayat novel sangat. Btw, memang teruja tengok cara hidup mereka disana. Alex cakap ada yang hidup sehingga 100+ tahun lebih sebab mereka makan tanaman yang mereka tanam sendiri. Sangat organik.


Akhirnya sampai ke destinasi pertama. Restoran halal yang menyediakan makanan cina. Gembira dan teruja nak makan. Masa ni memang semua dah lapar. Hehe



Endian Restaurant No.1 Chong Shan Road, Xiang Shan District, Guilin, China.

Yaya suka sangat sangat makan kat sini. Sepanjang trip, kami makan dua kali kat sini. Hari pertama dan hari keempat. Sedap sangat dan kena dengan selera tekak kampung yaya. Btw, AirAsia juga pernah shoot Najwa Latif makan kat restoran ni masa destinasi ria beliau ke Guilin.




Ada wifi jugaaaa! Fuhh macam dapat nyawa masa ni kecuali Johan. Dia pentingkan makan. Haha. Padahal dia paling kurang makan diantara kami. Journalist dari Glam Lelaki. Sangat maskulin. *promote dia dah kenapa

Blogger yang turut bersama-sama mengikuti trip ini ialah Mahamaru blogger makanan yang pemes emes. Kalau nak tahu apa yang kami makan disana, boleh terjah blog beliau [Klik Sini]



Lepas makan, kami melawat salah satu masjid di Guilin. Tak jauh pun dari restoran. Jalan kaki je. Hee




Sementara tunggu bas ambil untuk check in hotel, harus selfie sedas.





Yaya tinggal kat hotel mana? Best ke tidak? Tunggu next part. Nak luruskan pinggang sat.




Stay tuned. Xoxo.




Terima kasih sudi baca 



Kebaikan Cosmoderm SkinCare Set yang setanding dengan jenama antarabangsa

Assalamualaikum semua 

Wahh tajuk je dah gah gitu. Seriously bukan nak tipu ke apa tapi sememangnya produk Cosmoderm banyak membantu yaya menghadapi cuaca sejuk dan dingin ketika di Guilin, China. 




Kadet Cosmoderm yang sedang berbaris.


Dari kiri,

1 - Pencuci muka Gentle Cleansing Milk

-Bertindak sebagai sabun yang sangat ajaib.
Membersih lembut kulit muka kita dan langsung tidak menyakitkan seperti pencuci muka lain yang mempunyai kandungan asid yang tinggi. Bau susu yang sangat lembut lepas cuci akan rasa muka macam baby. Hee. Ianya juga bebas sabun dan larut air. Mampu membersihkan kotoran persekitaran serta kesan solekan dari kulit muka dengan sempurna tanpa meninggalkan saki-baki solekan. Wuiyo best kan!



2- Vitamin E Cream 3,000 I.U with rosehip oil

-Bertindak sebagai anti-oksidan dan pelembap. Memberi penghidratan intensif untuk kulit muka yang sihat.
Yaya's favorite! Tekstur yang sangat lembut dan mudah meresap kedalam kulit tanpa rasa lekit. Yaya akan apply krim ni sebelum pakai foundation dan sebagainya. Hasilnya, cik jerawat takut² nak muncul. Hehe. Selain tu, ianya boleh memudarkan parut jerawat atau parut pembedahan, strecth marks, pre-mature aging, meratakan warna kulit dan mengelakkan kulit muka kita kering dari selaran matahari.


3- Advance Moisture Therapy Cream

-Bertindak sebagai pembantu yaya yang paling rapat ketika di Guilin. Oleh kerana yaya banyak berjalan sampai betis keras, kaki cramp, yaya akan pastikan sebelum tidur yaya akan sapu kat kaki dan juga sebelum keluar dari hotel yaya akan sapu sungguh² sebelum pakai stoking. Hee. Rasa nyaman dan tidak memanaskan pun jangan risau. Sangat light dan sangat membantu mengurangkan kesakitan otot yaya. Alhamdulillah.


4- Magic Body Lotion High Function Multi Purpose

-Bertindak sebagai agen rawatan semulajadi untuk kulit bermasalah seperti jerawat badan, ruam, jangkitan kulat dan bakteria serta selar matahari. Mecegah bau badan agar nyaman sepanjang hari. Losyen ini juga diperkaya dengan daun lidah buaya, Vitamin B5 dan E untuk kelembapan semulajadi. 

Yaya memang sapu losyen ni lepas mandi. Rasa nyaman je tau! hee


-

-

-


TAHNIAH kadet semua! Saya berpuashati dengan servis yang diberikan! Muahciked! Haha



Sememangnya produk dari Cosmoderm sangat mesra pengguna. Tak kira dalam cuaca sejuk, dingin, panas atau anda berkulit sensitif, Cosmoderm sangat sesuai untuk memenuhi keperluan kulit kita. Bangga ada produk yang sebegini hebat dalam pasaran Malaysia kita. Sokong buatan Malaysia. Dan yang paling penting, produk Cosmoderm sememangnya Halal dan mendapat pengiktirafan dari badan-badan berkanun yang sah. Gunakan tanpa was-was! :)











Nak travel? Jangan lupa bawa Cosmoderm Winter SkinCare Set bersama anda! Negara sejuk, panas, khatulistiwa atau apa pun cuaca, produk Cosmoderm memang terbaik dan universal!




Mana nak dapatkan barisan kadet hebat ini?


Boleh terus ke www.cosmoderm.com

atau

FacebookCosmoderm www.facebook.com/Cosmoderm

Terima kasih sudi baca