Terima kasih kerana sabar menanti bagi mereka yang bertanya bila yaya nak hapdet belog tentang Guilin bila bila bila tak sabar ni grr awrr rawrr. Haha over. Saja nak biarkan keterujaan tu tak hilang dari diriku. Kumpul info and draft bagi best sikit. Bagi korang rasa excited sama bila baca pengalaman yaya di Guilin. *haha over lagi.
First of all, thanks a bunch to AirAsia sebab bagi yaya peluang kesana bersama dengan para media yang sporting, best dan hebakk tak ingat . Media yang terlibat adalah dari Utusan, Mingguan Wanita, Glam Lelaki dan juga Portal Rakyat. Bergabung kami dari media cetak hinggalah ke media eletronik dan sama-sama seronok berkenalan dan paling best semua kepala gila. Kak Mehran yang nampak serius masa mula-mula jumpa kat Klia tu pun sebenarnya best gila aduhai comel je ketawa je bila orang buat lawak. Hehe
Pukul 3.45 pagi kami dah berkumpul di Klia2. Lepas settle urusan di kaunter, Ash selaku wakil dari Air Asia yang menguruskan kami ajak breakfast dulu. Masa tu semua orang mula berkenalan. Malu malu kucen lagi time tu as kucen pun tak pernah semalu kami.
Pagi-pagi hakak dah bekpes omputih uols. Lepas tu sedih Hot chocolate caramel ku minum separuh saja sebab dah kena masuk dah. Tapi kek caramel dia memang win betullah. AFS balik nanti nak ajak dia momom kek tu lagi. *Hashtag penggila caramel. *hashtag thank you AirAsia
Perjalanan mengambil masa kira-kira 4-5 jam. Kami sampai awal 20 minit kerana pilot kami berdedikasi dan cuaca sangat baik pagi tu. Yaya yang tersedar dari kroh kroh yang selesa terus melihat pemandangan indah diluar dan rasa sangat kagum dengan gunung ganang yang cantiknya mashaAllah.
Subhanallah cantiknya sunrise :')
Hai Guilin. ni hao ma?
-
-
-
Selamat je mendarat, sempat yaya selfie dengan abam imigresen kat sana. Hehe yaya nak selfie sorang je tetiba dia pun termasuk. Omey ja muka kaget gitu macam abam korea. Nak je cakap , hai nama saya yaya natcumi cumi.
Muka mamai bangun tidoq tak rasa bersalah ajak abam ni selfie.
Dihadapan Guilin Airport. *kot putih tu nak dekat 4 tahun terperap dalam almari lepas dry cleaning. Ni baru dapat pakai. hehe :')
Bersama tourist guide kami, Alex atau Ali nama Malaysia dia. Hehe. Mekasih Alex sebab sentiasa bersabar dengan kerenah kami. *konon² macam Alex baca.
Sepanjang dalam perjalanan, kami semua menikmati keindahan saujana permai yang indah amboi ayat novel sangat. Btw, memang teruja tengok cara hidup mereka disana. Alex cakap ada yang hidup sehingga 100+ tahun lebih sebab mereka makan tanaman yang mereka tanam sendiri. Sangat organik.
Akhirnya sampai ke destinasi pertama. Restoran halal yang menyediakan makanan cina. Gembira dan teruja nak makan. Masa ni memang semua dah lapar. Hehe
Endian Restaurant No.1 Chong Shan Road, Xiang Shan District, Guilin, China.
Yaya suka sangat sangat makan kat sini. Sepanjang trip, kami makan dua kali kat sini. Hari pertama dan hari keempat. Sedap sangat dan kena dengan selera tekak kampung yaya. Btw, AirAsia juga pernah shoot Najwa Latif makan kat restoran ni masa destinasi ria beliau ke Guilin.
Ada wifi jugaaaa! Fuhh macam dapat nyawa masa ni kecuali Johan. Dia pentingkan makan. Haha. Padahal dia paling kurang makan diantara kami. Journalist dari Glam Lelaki. Sangat maskulin. *promote dia dah kenapa
Blogger yang turut bersama-sama mengikuti trip ini ialah Mahamaru blogger makanan yang pemes emes. Kalau nak tahu apa yang kami makan disana, boleh terjah blog beliau [Klik Sini]
Blogger yang turut bersama-sama mengikuti trip ini ialah Mahamaru blogger makanan yang pemes emes. Kalau nak tahu apa yang kami makan disana, boleh terjah blog beliau [Klik Sini]
Lepas makan, kami melawat salah satu masjid di Guilin. Tak jauh pun dari restoran. Jalan kaki je. Hee
Sementara tunggu bas ambil untuk check in hotel, harus selfie sedas.
Yaya tinggal kat hotel mana? Best ke tidak? Tunggu next part. Nak luruskan pinggang sat.
Stay tuned. Xoxo.
Terima kasih sudi baca
waaaaahhh.... kemain selfie dengan imigresen..
ReplyDeletemahamahu tu anti sosial gak eh main hp je.. ekekekke
Subhanallah. Bila la agaknya peluang adii plak nk jalan jauh2 huhu. Apapon tahniah yaya
ReplyDeleteabam imigresen tu tak senyum pun.. yang depan tu pulak dok senyum sensorang.. kih3..
ReplyDeleteYeeee akhirnya gambar kita kuar dalam blog paling popular ni hehehe kita pun belum buat lagi mcm mano...
ReplyDeleteTak hajakkkkk
ReplyDeleteAwrrrr
ReplyDeleteTumpang excited baca entry yaya ni :-)
ReplyDeleteSelfie terbaik! Selalunya imigresen ni xleh tgkp pic... hihi next yaya~
ReplyDeleteseronoknyaaa...
ReplyDelete