Dec 17, 2014

Bloggers Day Out di Klang Parade

Assalamualaikum semua 


Tempoh hari yaya berkesempatan untuk join Bloggers Day Out di Klang Parade, Klang. So far yang yaya tahu, Klang Parade yang lama telah diubah suai dan lepas tu yaya masih tak berkesempatan nak pergi sehinggalah sabtu lepas. Hasilnya memang cantik pedepow baq ang! Fasiliti memang serba baru dan moden. Suka toilet dia. Cantik dan bersih gitchew. *haha nampak sangat kaki toilet. 



Pendaftaran bermula jam 4 petang. Lepas briefing, semua dah tak sabar nak pergi destinasi pertama. Naik je escalator, kitorang kena berhenti kejap. Ingatkan apa. Rupanya kami di'suprise'kan dengan persembahan hebat dan mantap dari Rejuvenate Dance Crew di hadapan Peanut Butter Studio. Studio ni masih sedang dinaiktaraf dan akan dibuka tak lama lagi. 





Memang comel dan lucu persembahan diorang menari. Seronok tengok!



Sampai je di Firezone Family TV, kami semua seramai 30 orang or maybe lebih, semua masuk dalam bilik yang paling besar sekali. Layanan toksah kata. Memang terbaik. Masa ni semua enjoy dan berkenalan diantara satu sama lain. Sambil kunyah fries, sambil sembang. Sambil makan nugget, sembang. Pastu goyang bahu sikit bila rakan bloggers yang lain nyanyi. Haha







Lepas karoeke, kami dipecahkan kepada group yang lebih kecil mengikut warna riben yang diberi. Masa ni seronok tau sebab dapat berkenalan dengan lebih dekat ahli dalam group. Yela selalu jumpa dalam media sosial je. Hee




Haa.. Yang ni yaya suka! Terus terkenang zaman kecil² dulu meronta ronta nak ajak ibu ayah layan kita main permainan dalam arcade macam ni. Haha. Masa ni semua diberi token dan boleh main permainan yang kita mahu. Jadi budak² habis la masa ni. Hihi




Contoh budak budak yang comel.

Bergambar dihadapan Circus Circus


Okay times up! Masa untuk Amazing Blogger Hunt! Setiap kumpulan diberi task masing² . Kumpulan riben purple kami kena buat food tasting di Spices of Penang. Mr. Richard selaku pemilik restoran menyambut mesra kedatangan kami dengan senyuman manis dan memberi penerangan sedikit sebanyak tentang restoran beliau.





Next, kami dibawa ke kedai Kasut Red Modani. Yaya yang gila kasut, buat nampak tak nampak dengan tanda SALE jualan akhir tahun yang super murah yang ditawarkan maka dengan itu haruslah kalian menerjah Red Modani hari ini juga fuhh padan muka baca satu nafas haha.






Butik pakaian Dees pula menyediakan pakaian dari setiap peringkat usia. Dari kanak² sehingga orang dewasa. Memang senang dan mudah bagi mereka yang berkeluarga dan yang nak cepat masa shopping. Semua dibawah satu bumbung. Hee






Lepas tu semua berkumpul dan makan di food court Klang Parade. Yang bestnya, makanan halal dan non-halal di asingkan dan dibahagikan kepada dua bahagian untuk memudahkan pengunjung memilih makanan tanpa was was. Hehe






Muka kenyang dan happy! Wee~


Last sekali, kami jumpa Upin & Ipin dan bergambar beramai-ramai sebelum sesi tamat. Seronok bila dapat berkumpul dan berkenalan sesama blogger. Secara tak langsung, semakin besar jaringan ukhwah diantara kami. Hihkhik. 





Jumpa lagi semua! :D





Untuk info lebih lanjut :

Facebook : Klang Parade

Instagram : @klangparadeshopping 





Terima kasih sudi baca 



10 comments:

  1. klang parad ememang banyak berubah

    ReplyDelete
  2. ok ..haha bajet budak² comel main game circus circus, semua hepi n enjoyed.

    ReplyDelete
  3. syoknya dapat lepak reramai... heee

    ReplyDelete
  4. salams yaya,

    meriah dan seronok tgk:)

    ReplyDelete
  5. Bestnya korang.. huhuu..

    ReplyDelete
  6. Bestnya..macam mana nak dapat invited event macam ni?

    ReplyDelete