Jun 15, 2017

Street Churros | Pelbagai Menu Menarik yang Harus Dicuba di Street Churros



Siapa kat sini penggemar churros? Jujur kata sebelum ni Yaya ada pengalaman tak best dengan churros. Pernah Yaya cuba makan di salah satu restoran yang berkonsepkan butik. Weh seriously masa tu masa pertama kali cuba churros langsung tak sedap bagi Yaya. Berminyak dalam mulut bila makan aduh memang spoil la. Dah la first time cuba. So lepas tu memang tak suka churros dah sampailah pada suatu hari Yaya terdetik nak cuba Street Churros yang berasal dari Korea dan merupakan satu-satunya rangkaian cafe churros yang terbesar di serantau dengan menunya yang pelbagai.


Korang tahu kan Ikea Cheras tu? Haa kalau nak tahu MyTown Cheras bersebelahan Ikea Cheras tu dah beroperasi sepenuhnya tau. Memang best la tempat dia. Tak puas jalan kat sana lagi time ni tapi sempat ke level basement 1 sebab teruja nak rasa Street Churros kat sini. Dengar kata ada menu baharu lepas tu churros kat sini bukan macam churros biasa tu tau. Street Churros ada macam-macam pilihan perisa. Menarik kan? ^_^


Street Churros
Diolah dengan 3 perisa utama iaitu Cinnamon, Chocolate dan juga Cheese. Menariknya, korang boleh pilih sos pencicah tau! Ada perisa chocolate, cream cheese, blueberry dan juga butterscotch. Pilhan Yaya haruslah butterscotch! Sumpah sedapppppp~  Kena pula dimakan panas-panas. Oh untuk pengetahuan semua, churros disini hanya akan dibuat setelah korang order tau. So kualiti churros disini memang tip top sebab dapat makan panas-panas rangup diluar lembut di dalam. Gitchew.


Filling Chu
Nak cuba yang ada filling di dalam churros? Haa korang boleh cuba menu Filling Chu. Terdapat perisa chocolate cream, cream cheese, dan juga custard. Nak makan pun senang sebab dia panjang siap filling dah. Bagi Yaya, perisa custard memang the best! :')


Tak nampak filling dia? Haa ni haa gambar dari posisi lain hehe


Ah Chu
Gabungan antara Churros dan Ice cream ini adalah antara menu yang unik di Street Churros. Didatangkan dengan perisa Choco-choco, Choco-Berry dan juga Mango, serius memang gembira semua sel-sel Yaya bila dapat makan churros panas bersama ais krim yang sangat lembut dengan rasa susu yang sangat sedap. Pilihan Yaya untuk menu ni ialah Ah Chu Mango. Nyum nyum!


Di Street Churros, bukan menu Churros sahaja yang dihidangkan tetapi terdapat juga pelbagai menu minuman yang menarik dan juga tidak kalah dalam rasanya.


O'My Mango dan O'My Coconut
Bagi penggemar minuman jenis Shake, wajib cuba kedua-dua ni okay! 


Bagi menu Fruit Ade, terdapat 3 jenis menu iaitu Passion Fruit, Lemon Juice dan Korean Citron.


Bagi penggemar coffee, korang boleh cuba Caramel Macchiato dan bagi mereka yang lebih berminat kepada minuman yang tidak berasaskan coffee, korang boleh cuba menu minuman Chocolate, Green Tea Latte dan juga Milk Tea. Bagi Yaya, Green Tea mereka memang sedap sangat! Siapa yang hantu green tea, boleh cuba menu ni nanti okay :)


Street Churros juga telah melancarkan dua menu baharu iaitu Stick Churros dan juga Churros Fries.


Stick Churros
Dengan pilihan perisa Choco, Cinnamon dan Cheese. Sama seperti Churros cuma dalam bentuk yang lebih kecil dan diletakkan di dalam cawan kertas. Layan juga ni senang nak pegang dan makan. Hihi


Churros Fries
Macam fries tapi ianya ialah savoury churros. Ada pilihan seasoning seperti Sour cream, Tomato dan juga Seaweed. Sedap okay!


Menariknya, korang juga boleh membeli hidangan kombo yang menggabungkan menu hidangan churros bersama iced latte. Boleh Pilih Set A untuk Street Churros + Latte, Set B untuk Filling Churros + Latte atau Set C untuk Stick Churros + Latte



Bagi korang yang dah terliur baca entri ni macam Yaya juga yang sedang menaip ni, jangan lupa singgah ke outlet Street Churros berdekatan dan cuba menu mereka okay! Yaya tak sabar nak habis pantang lepas tu pergi ke Street Churros lagi. Hihi :p


Untuk maklumat lanjut :

Website :

Facebook :

Instagram :

One Utama Mall
Lot LG319A Lower Ground Floor, 
1 Utama Shopping Centre 1,
Lebuh Bandar Utama, 
Bandar Utama City Centre, 
Bandar Utama, 
47800 PJ
Contact : 03-89592110

IOI City Mall
LG-66A Lower Ground Floor IOI City Mall, 
62500 IOI Resort City, 
Putrajaya. 
Contact : 03-76810710

Sky Avenue
Lot No. T2-12, Level T2, Sky Avenue, 
Genting Highland Resorts, 
69000 Genting Highland, 
Pahang Darul Makmur. 
Contact : 03-61013110

Berjaya Times Square
Lot LG-36, Lower Ground Floor,
Berjaya Times Square, 
No. 1 Jalan Imbi, 
55100 Kuala Lumpur. 
Contact : 03-21106210

MyTown (bersebelahan Ikea Cheras)
Lot No. B1.046, Basement 1 Floor,
MyTown Shopping Centre 6,
Jalan Cochrane, Seksyen 90,
Taman Maluri, Cheras, 
55100 Kuala Lumpur. 
Contact : 03-92011099




Terima kasih sudi baca

Jun 13, 2017

Photoshoot Raya Murah dan Best di White Studio Malaysia 2017 Sambil Menderma

 ‼ PHOTOSHOOT RAYA SAMBIL MENDERMA ‼

📣 Cuma RM49/family.. Tak Tipu

⚠ PROMOSI untuk 50 yang terawal sahaja.

Atas permintaan ramai, Creative Visual Studio & White Studio Malaysia mengadakan promosi photoshoot hari raya dengan harga yang sangat berpatutan. TAPI, Kali ni mereka buat lain sikit. Photoshoot Raya sambil menderma.

📍Sempena bulan ramadan yang mulia ini, mereka ada mengadakan Photoshoot Amal Raya. mereka juga bakal menyumbangkan 15% dari hasil jualan photoshoot hari raya sepanjang bulan Ramadan & Aidilfitri kepada Pusat Pengajian Al-Quran An-Nur Ar-Raudah (fb.com/tahfizannurarraudah)

📞 WHATSAPP / SMS SEKARANG! 0166664034

Alamat :
No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor 


💖RM49
- 15 min white studio
- 10 edited pictures + Max 4 person
- Soft copies (15 photos)

💖RM69
- 30 min white studio
- 15 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (25 photos)

💖RM99
- 60 min white studio
- 20 edited pictures + Max 4 orang
- Soft copies (30 photos)

Tambahan :
Tambahan masa : RM50/sejam
Tambahan gambar (semua gambar) : RM50
Tambahan orang : RM20/seorang . (Bayi adalah percuma)

Untuk tempahan :
1) WhatsApp ke 0166664034 detail Nama, Pakej, Tarikh & Masa.
2) Bank in full payment ke Maybank (Muhammad Firdaus Bin Hasmuni) 155108743529 (jika slot yang di pilih masih ada kekosongan).
3) Setelah mereka menerima bayaran penuh maka mereka akan lock masa / slot.

#CvsRaya2017 #CVSproduction


Serba sedikit tentang anak syarikat CVS Production iaitu Creative Visual Studio, mereka merupakan sebuah syarikat photography studio yang telah berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang photoshoot dan video production komersial dan tidak komersial. Hasil kerja mereka boleh dilihat di cvsmalaysia.comfb.com/cvsmalaysia ataupun instagram.com/cvsmalaysia. Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat photoshoot korporat ataupun profile, boleh la contact mereka juga.



Kalau korang pernah dengar tentang White Studio MalaysiaWhite Studio Malaysia merupakan sebuah anak syarikat CVS Production yang menyediakan khidmat sewa studio yang telah beroperasi lebih dari 4 tahun. Mereka adalah yang pertama di Malaysia yang menyediakan khidmat sewa studio 24 jam dan mempunyai 2 cawangan iaitu di Cheras dan di Petaling Jaya. Inshallah kami akan membuka satu lagi cawangan di Johor Bharu pada tahun 2018.

Mengapa anda perlu menyewa White Studio Malaysia?
Mereka menawarkan studio berpatutan dan paling lengkap untuk di sewa serendah RM50 / jam termasuk peralatan studio tanpa caj tambahan.

Contact:
0166664034 (WhatsApp) | ask@WhiteStudio.my

Alamat studio:
Petaling Jaya : A-3&M-2, Blok 1, Pusat Komersial Parklane, No.21, Jalan SS7/26, 47301 Kelana Jaya, Selangor
Cheras : No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor

Suitable for :
• Photography
• Video production
• Dance / Theatre practice
• Make-Up / Zumba class & training
#WhiteStudioMalaysia #WhiteStudioMY