Showing posts with label Baby Shark. Show all posts
Showing posts with label Baby Shark. Show all posts

Dec 14, 2017

Fenomena Pinkfong dan Baby Shark | Jangan lupa sertai Baby Shark Challenge!





Mukadimah dia nah silakan tatap bakal besan Yaya. Cantik kan nama dia aidasue muahaha! Finally dapat jumpakan dua ketoi cinonet Dahlia dan juga Aayiz hihi. Excited sungguh lahai nak jumpa Pinkfong haritu pagi-pagi dah bersiap dan menanti Pinkfong di One Utama. Dahlia pun Yaya dah siap bagi makan bubur pagi-pagi tu bagi dia senang hati nak jumpa Pinkfong.


Siapa tak kenal Pinkfong weii kami ni laki bini nak bagi anak leka laju je buka video lagu Baby Shark doo doo doo. Memang Dahlia suka sangat laa Pinkfong punya lagu Baby Shark tu. Mana taknya bila lalu je iklan Pinkfong kat tv, terus dia fokus je tengok iklan dari Astro Circle tu. Tapi sebenarnya ibu dia ni yang terlebih excited. Comel ok Pinkfong tu sebab warna dia pink! :p



Masa Yaya sampai dalam pukul 10 pagi tu awal lagi sempat Yaya snap gambar ni dari tingkat atas. Tuddiaa ramai gila orang walaupun event masih belum start. Masa ni semua orang dah ambil space masing-masing. Kat tingkat atas ni pun semua mak ayah dah cop space untuk berdiri nak tengok Pinkfong punya pasal. Hebat sungguh penangan Pinkfong dan Baby Shark ni.


Selain dari menanti kedatangan Pinkfong dan Baby Shark, kanak-kanak yang hadir turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai aktiviti yang diadakan di booth yang disediakan. Macam-macam aktiviti yang ada! Memang best la sebab boleh menang pelbagai hadiah. Beratur panjang pun takpe asalkan boleh join games dan aktiviti yang disediakan ^_^




Disini turut terdapat booth untuk pre order barangan Pinkfong. Aduhai Yaya geram sangat tengok plushies semua tu comel-comel! Geram tengok bantal Pinkfong yang besar tu. Rasa nak belikan Dahlia nanti :)




Antara aktiviti lain yang turut diadakan. Memang seronok! 




*Malu malu kucing*


Masa ni semua kanak-kanak termasuk Yaya dah ambil tempat dan bersedia menunggu Pinkfong nak keluar. Tak sabar nak joget lagu Baby Shark la tu hihi


Ya ampun comelnyaaaaa


Pinkfong bersama orang kuat Astro ketika sesi bergambar.


*opss I termasuk TV hahaha*

Lagu Baby Shark juga kini telah dialih bahasa ke Bahasa Malaysia iaitu "Bayi Yu". Mula-mula memang janggal sikit sebab dah biasa dengar lagu Baby Shark kan tapi lama-lama dah sebati pula dan sedap didengar haha.

Smartstudy bersama Pinkfong kini telah menyediakan 70 lagu terbaru termasuk lagu Bayi Yu dan juga 4 lagi buah lagu yang akan ditayangkan di Astro Best. Untuk pelanggan Astro sedia ada yang ingin membeli saluran Pinkfong, korang boleh beli dan dapatkan tontonan video muzik Pinkfong selama 5 hari dengan harga RM10 sahaja.



Nak beli lagu Pinkfong dan juga anak patung yang comel ni? Mudah je! Caranya ialah :

1. Beli saluran Pinkfong di Astro 481 untuk RM10 bersamaan 5 hari tontonan, atau lawati laman web Astro First.
2. Sambungkan PVR untuk muat turun dan tonton muzik video Pinkfong di on demand.
3. Untuk pembelian plush doll dan Pinkfong soundbook, boleh dapatkan menerusi aplikasi Go Shop atau di laman web Go Shop


Antara mommies yang hadir di Fun Escapade yang bertempat di New Wing @1utama tadi. Semangat okay nak jumpa Pinkfong yang comel gila tuπŸ˜‚πŸ’• . Kalau korang nak tahu lagu Baby Shark yang famous tu sekarang dah ada dalam Bahasa Malaysia iaitu ‘Bayi Yu’! Boleh dengar lagu baru tu bila korang slide ke kiriπŸ€— . Lepas ni korang boleh dengar lagu ‘Bayi Yu’ dan empat lagi lagu baru Pinkfong secara ekslusif di Astro Best dan On demand . Boleh juga dapatkan barangan PinkFong secara pre-order di Go Shop sekarang. Comel2 sangat tau ada plushies, sound books dan lain-lain😍✨ . Jangan lupa temujanji berjumpa Pinkfong pada Sabtu 9/12 dan Ahad 10/12 di One Utama tau! Ada banyak aktiviti menarik dan boleh menang macam2 hadiah😘✌🏻 . #BayiYu #BabyShark #SchoolsOut #BabySharkDancewithAstro #Pinkfong @astrocircle
A post shared by Malaysian Blogger (@yayanatsumi)

Nak menang hadiah dari Pinkfong? Jangan lupa join Baby Shark challenge!


Korang ada baby atau anak nak ajak berjoget lagu Baby Shark? Haa jangan lupa join okay senang je caranya!

1. Rakam video anak korang menari lagu Baby Shark
2. Upload di Instagram atau Facebook dengan hashtag #BabySharkChallenge #BayiYu #BabyShark #Schoolsout #babysharkdancewithastro 
3. Tag @astromalaysia sekali dan jangan lupa pastikan akaun IG dan FB korang tu Public okay!



Sempat Yaya berjoget dengan Dahlia masa event haritu fuhh tak senang okay nak joget dengan Baby nampak nau macam mak lagi excited hahaha. So korang boleh challenge baby kita ke? :p Jangan lupa join tau! 




Untuk maklumat lanjut :

Website : http://www.astro.com.my/
 Facebook : Astro
Instagram : @astromalaysia
Go Shop : Pinkfong



Terima kasih sudi baca