Bila dah makin dewasa ni seronok betul pergi sales gallery dan tengok model rumah baru yang bakal dibina. Suka sangat tengok lepas tu berangan nak ada rumah cantik macam tu. Mesti ramai macam Yaya juga kan? Semoga kita semua dapat memiliki rumah idaman untuk didiami. Yaya percaya dengan istilah “Rumahku Syurgaku”. Bagi Yaya, ketenangan hati dalam kehidupan sangat penting untuk meningkatkan kualiti hidup dari segi rohani dan jasmani. Kebetulan, Yaya berkesempatan untuk hadir pada Sambutan Ulang Tahun ke-7 Myra tempoh hari.
Dalam menyambut ulang tahun Myra yang ke-7, Myra menganjurkan acara rumah terbuka untuk diraikan bersama komuniti dan juga bakal pemilik rumah Myra. Sambutan selama sehari itu menampilkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti aktiviti untuk kanak-kanak, persembahan muzik secara langsung dan juga demonstrasi memasak oleh cef selebriti terkenal Maria Tunku Sabri. Para hadirin berpeluang menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat seperti kambing golek, sate, cendol dan banyak lagi.
Rakan kongsi jenama Myra yang dihormati seperti Creme De Le Creme dan Cosmic Cookware turut menawarkan diskaun ekslusif dan hadiah menarik kepada warga Myra. Para perserta juga berpeluang memenangi hadiah yang ditaja oleh Siti Khadijah, Cosmic Cookware, serta menikmati penginapan percuma di The Chow Kit dan The Den by Ormond Hotels. Yaya memang sangat teruja dengan kemeriahan pada hari kejadian. Ramai yang hadir sebagai tanda sokongan dan melihat sendiri kesungguhan Myra dalam menggalakkan pembeli terutamanya pembeli rumah pertama untuk memilih Myra sebagai pilihan rumah pertama mereka.
Sekitar suasana ketika Sambutan Ulang Tahun ke-7 Myra. Memang terbaiklah team Myra! Semuanya very helpful and sporting!
Siap ada photobooth dan juga mini rabbit petting zoo hee
Sepanjang tujuh tahun yang lalu, daya penggerak utama di belakang Myra adalah untuk mencabar tanggapan yang sering disalahfahamkan tentang 'rumah mampu milik.' Objektif ini telah dicapai dengan mewujudkan penanda aras baharu dalam segmen kediaman, menawarkan pengalaman pemilikan rumah yang lancar dan tanpa tekanan untuk pembeli kali pertama. Inisiatif ini adalah pemangkin kepada pencapaian penting bagi Myra untuk kepuasan pelanggan mereka.
Myra secara konsisten berusaha untuk meringankan beban pemilik rumah kali pertama, seperti yang ditunjukkan oleh kejayaan pelancaran Myra Putra dan Putri di Putrajaya, Irina dan Alea Residence di Bandar Puncak Alam termasuk penambahan Myra Impian di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini. Kebanyakan pemilik rumah baharu ini adalah pasangan muda atau orang bujang dewasa berumur antara 26 hingga 35 tahun yang mencari kediaman sesuai dengan kemampuan, keperluan dan kemudahann semasa yang diperlukan. Pastinya Myra menawarkan kesemuanya dengan harga yang paling berbaloi. Yaya pun excited bila dapat tahu yang kediaman Myra Putri cuma mengambil masa 5 minit sahaja untuk ke Putrajaya! Memang Yaya terus bagitahu kawan-kawan ofis di Putrajaya untuk ke sales gallery mereka ^_^
Antara lakaran grafik Myra Putri yang mungkin bakal menjadi kediaman yang paling berbaloi untuk dimiliki oleh kalian
Hasrat Myra selama ini adalah untuk mewujudkan rasa minat bagi mereka yang sedang mencari rumah pertama dan bagi meredakan kebimbangan kenaikan harga rumah serta kenaikan kadar inflasi yang memberi kesan kepada ramai rakyat Malaysia. Tumpuan dan kesedaran ini penting kerana isu yang dimomok boleh membantutkan minat seseorang individu untuk memiliki rumah pertama mereka.
Myra, pemaju hartanah yang dipercayai sejak 2016, amat berbangga dengan rekod prestasinya yang menggagumkan dalam menyediakan lebih 2,593 rumah mampu milik bernilai lebih RM 1.388 bilion kepada pembeli rumah kali pertama. Dan hari ini, Myra berpegang teguh pada komitmen ini untuk menyediakan pilihan perumahan berkualiti kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.
Mengambil Myra Putri sebagai bukti komitmen yang terbaharu, pembangunan Myra Putri menawarkan permulaan yang berkualiti pada titik harga yang berpatutan. Dengan unit bermula dari RM 380,000, Myra Putri menyediakan ruang berkeluasan 904 kaki persegi yang terdiri daripada 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Pilihan kos efektif ini memberikan nilai yang luar dari kebiasaan, memastikan pembeli rumah dapat menikmati pengalaman hidup yang berkualiti. Myra percaya yang bakal pembeli pasti sukar untuk menemui projek lain dalam julat harga yang sama ditawarkan oleh Myra yang menawarkan tahap mutu kerja dan kemudahan yang sama. Ramai pemilik Myra berkongsi pengalaman yang mereka sangat berpuas hati dengan kediaman yang mereka miliki. Best kan info ni? Hihi
Myra kini mempunyai enam perbandaran di bawah kendaliannya iaitu Myra Saujana di Dengkil, Myra Meranti di Puchong, Myra Alam di Puncak Alam, Myra Putra di Desa Pinggiran Putra, Myra Vista di Bandar Baru Salak Tinggi dan Myra Gardens di Kundang. Coming soon lebih banyak projek menarik termasuklah Irina di Puncak Alam.
Komitmen Myra terhadap kebajikan masyarakat juga tidak kurang hebatnya. Ia dapat dilihat melalui "Myra Cares," program charity mereka. Bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS), mereka telah berinisiatif membentuk komuniti kitar semula dan menyokong Pusat Warisan Suci, sebuah rumah angkat yang menyediakan perkhidmatan kepada anak-anak kecil. Myra terus memberi nilai kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan melalui usaha amal yang berterusan.
Terima kasih sudi baca
Betul lah Yaya. Seronok plak melawat rumah contoh dan review kemudahan yang disediakan. Nie, lebih 900 kaki persegi kira ok la kan untuk newly weds and young family kan. Eh. Rawlins pun boleh tambah nie
ReplyDeletePersekitaran yang sungguh selesa dan fasiliti yang disediakan juga agak lengkap.
ReplyDeleteEee, bestnya event macam ni. Dapat gathering, pastu tengok progress rumah baru tu kan.
ReplyDeleteHappy Anniversary to Myra and yeah their prices are really affordable
ReplyDeleteAM pun memang planning nak beli rumah pertama tahun ini. nak check out pegi rumah contoh kat area Bandar Puncak Alam la..
ReplyDeleteWah seronok tengok rumah contoh kan! Saya pun tengah cari rumah baru , bolehlah consider kawasan ni. :)
ReplyDeleteComel je nama Myra. Nampak lapang kawasan yang mereka plan tu. Sesuai untuk new family dan yang mencari rumah pertama. Selamat Ulang Tahun Myra!
ReplyDeleteSo nice to gather together & viewing the house progress kan. It's really nice to own a unit here as personally I love the surrounding environment, comfy loving to live in. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDelete
ReplyDeleteBetul tu, Yaya! Memang seronok sangat apabila kita dapat melawat rumah contoh dan meninjau semua kemudahan yang disediakan. Terutama sekali, rumah yang lebih daripada 900 kaki persegi seperti Myra ni, memang sangat sesuai untuk pasangan baru berkahwin dan keluarga muda. Ia memberi ruang yang mencukupi untuk kita hidup selesa dan mengembangkan keluarga kecil yang bahagia. Dah boleh bayangkan betapa seronoknya menjalani kehidupan dalam rumah yang selesa dan sesuai dengan keperluan keluarga ni! By the way, for many more happy years to come for Myra Putra and Myra Putri!