Jun 2, 2023

5 Idea Hadiah Hari Bapa Buat Insan Teristimewa | JOVI

 

Hari Ibu sudah pun berlalu. Coming soon nanti Hari Bapa pula. Setiap tahun pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, seluruh dunia akan menyambut "Hari Bapa" untuk menghormati kaum bapa dan peranan mereka dalam keluarga dan masyarakat. Tanpa susuk tubuh seorang ayah sebagai ketua keluarga, tidak lengkap rasanya ikatan kasih sebuah kekeluargaan.


Yaya sendiri sangat menggagumi ayah Yaya yang tanpa lelah mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Suka Yaya gambarkan ayah Yaya seorang yang tegas dan baik hati, selalu berusaha memenuhi setiap kehendak dan keperluan anak-anak dan sentiasa ada ketika kami memerlukan. Sehingga kini walaupun Yaya dah berkahwin, ayah masih manjakan kami termasuk cucu-cucu beliau hihi 🥰


Dahlia yang berumur 6 tahun pun dah faham penghargaan untuk ibu dan ayah. Haritu Dahlia sweet sangat buat frame gambar family dengan ucapan, "Happy Mother's Day". Untungnya, Dahlia ada seorang ayah yang kreatif nak tolong dia buat seni kraftangan tempoh hari 😋


Mesti ramai yang tercari-cari idea hadiah untuk insan teristimewa mereka kan? Idea hadiah bertemakan Hari Bapa pada tahun ini Yaya khaskan untuk bapa yang berkerjaya pula. Jom scroll!


1. Wallet

Yaya dah terfikir awal dan berpakat dengan Dahlia untuk hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk Shawn sempena Hari Bapa nanti. Dahlia nak sangat belikan ayah dia wallet baru sebab wallet yang ayah pakai dah lama sangat. Lebih tua dari umur Nuha 😂 So yeay terus order dekat website JOVI sebelum stok habis. Tapi rupanya banyak pilihan warna yang cantik so no worries 😇

Kenapa Yaya jatuh hati dengan JOVI BENN Wallet?

Suami kita ni jenis simple je wak. Bukan jenis yang suka wallet nampak bulky. So hadiah kali ni Yaya pilihkan design yang simple, moden and sleek untuk ayah Dahlia dan Nuha. Kebetulan masa short getaway kami haritu, Yaya terus suruh Dahlia surprisekan ayah dia. Yela nanti risau kalau kat rumah dia ternampak hadiah ni haa bagi awal terus senang 😘

Shawn memang terkejut and happy la hihi Alhamdulillah this little surprise works!

Untuk luxury gift packaging macam ni, cuma tambah RM10 je! Harga yang dibayar merangkumi gift box yang sangat cantik dan juga wish card tau! So special yet feeling so exclusive.

JOVI kini telah memasuki tahun keenam dalam industri ini. Kebanyakan produk mereka menggunakan 💯 genuine leather dan mereka turut menyediakan 369 hari warranty untuk kepuasan pelanggan setia mereka. Hebat kan? 💖



JOVI BENN Wallet

100% Genuine Cow Leather (anti-scratch) ✅
RFID anti-theft feature ✅
5 card slots, 1 cash slot and 1 magnetic coin slot. Can fit up to 10 cards ✅


Fuhh memang cantik dan puas hati sangat bila tengok depan mata. Confirm team quality check depa ni jenis orang yang teliti. Tiada cacat cela dan sempurna di mata Yaya. Tengoklah sendiri jahitan leather yang begitu kemas tu. Memang smart betul sesuai dengan citarasa husband kita yang smart juga haha lah tiberr


Ruang duit kertas


Ruang ic dan kad bank



Gambar atas dan bawah ini ruang slot untuk beberapa keping syiling. Jangan risau duit tak tercicir sebab ada strong magnetic disitu. Tapi Yaya pesan kat Shawn takyah la letak syiling biar wallet dia maintain simple nampak nipis dan smart ❤️‍🔥



Yaya paling suka sebab mereka boleh engrave nama orang tersayang kita di produk mereka! Memang lagi feeling double special and double exclusive la kan! Shawn terkejut ada nama dia dalam wallet. Sampai bilik hotel tak sempat2 dia nak transfer kad bank dan ic dia dalam wallet baru ni aduhaiii


Yaya pilih warna ni sebab Shawn banyak baju scrub warna ni. Konon-konon boleh matcy matchy la walaupun wallet berada di dalam poket hihi. Tak hairanlah produk JOVI ni ramai betul yang suka, beli, dan hadiahkan untuk orang tersayang. Yang bestnya produk mereka tidak terhad untuk lelaki sahaja. Untuk perempuan pun ada tau! Rambang betul mata Yaya tengok barangan perempuan masa sibuk memilih hadiah untuk suamiku.


Rimas kan tengok keychain bergantung di kunci kereta suamimu? Pulak tu keychain penyu entah zaman bila punya. Haa boleh dah tukar dengan keyring jenis leather yang serius smart ni! Siap boleh engrave nama lagi memang special betul. Yaya tengok je leather keyring ni terus Yaya masukkan dalam wishlist nak beli untuk Shawn! Maklumlah dia suka tiba-tiba tersilap letak kunci kereta. Kalau ada leather keyring ni mesti tak sampai hati nak letak kunci kereta merata hehe 😊

3. Sling bag


Mata Yaya ni suka betul warna Navy Blue. Ternampak pulak sling bag warna ni adudu cairnya hatiku. Cantik betul! Paling penting material sling bag ni tahan lasak. Bagus juga hadiahkan sling bag sempena hari bapa ni takdelah diorang nak tumpang handphone, wallet, powerbank dalam handbag kita mak mak yang sedia berat ni 😂

4. Clutch

Kalau suami dan ayah korang tak suka jenis sling bag, apa kata hadiahkan jenis clutch! Senang kalau nak pergi meeting dengan client, nampak yakin dan berkaliber bila bergaya dengan cluth macam ni.  Cantik pulak Yaya tengok corak monogram ni. Unik dan elegan!

5. Lanyard


Cantik dan ekslusif betul bila tengok lanyard dengan design yang sleek macam ni. Kalau nak tahu, lanyard juga memainkan peranan penting buat imej si pemakai. Memang auto hensem la kalau pakai!

JOVI turut dijual di marketplace Shopee! Banyak review 5 star ⭐⭐⭐⭐⭐ tau! Antaranya :






Ada banyak lagi positive feedback tentang JOVI di account Shopee mereka!


Seorang bapa sedang flex wallet baru beliau


Jom hadiahkan bapa, suami atau orang tersayang sempena hari bapa ni! Mesti diorang happy dan rasa dihargai 


Korang rajin-rajin buka page mereka tau sebab JOVI selalu buat promosi bila founder tengah baik hati. Kat Facebook mereka pun selalu update pelbagai info, design dan produk terbaharu untuk korang rambang mata!



Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @jovi.leather
Walk in di showroom : Maxim Citylight, Sentul



Terima kasih sudi baca   

12 comments:

  1. cantiknya semua barang kat atas..memang idea bagus hadiah untuk lelaki

    ReplyDelete
  2. Wahhh kita berkenan sangat dengan keyring ia tu..

    ReplyDelete
  3. Terpikat plak diri ini dengan clutch tu. Dompet pun cantik gak. Jahitan nampak kemas dan memang sesuai sebagai hadiah.

    ReplyDelete
  4. terima kasih berkongsi idea. memang menarik. packaging pun exclusive.

    ReplyDelete
  5. Cantiknya! Yaya macam tahu je kite tengah cari wallet baru. Boleh bagi ni je.

    ReplyDelete
  6. Saya suka design dompet tu. Siap ada personalized name printed.

    ReplyDelete
  7. Wah so many gifts ideas, i like their wallet design and color too

    ReplyDelete
  8. memang best dan menarik idea ni, terima kasih

    ReplyDelete
  9. cantiknya wallet tu.. siap boleh engrave lagi.. ada nilai sentimental di situ.

    ReplyDelete
  10. Ohh wowo... absolutely good gift ideas here as each are useful to our lovely papa kan. Thanks for sharing this good list here. Cheers SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  11. Nice ya go with this gift to surprise our hero during Father’s Day! Can get one too bah kan and customised it!

    ReplyDelete
  12. Hadiah wallet ni memang idea sepanjang zaman kan. Sebab selalu guna dan ia akan jadi istimewa apabila selalu tengok. Hehehe.

    ReplyDelete