Hai korang! Nak cerita power mata Yaya dah naik T_T . Patutlah bila tengok tempat jauh sikit rasa macam jelas tak jelas. Kebetulan hari tu Shawn pun ajak buat spec mata baru. Memang terus ajak dia pergi kedai spec mata favourite Yaya kat Sungei Wang. Mana lagi kalau buka Eye Pro Vision. Kali ni Yaya nak cari frame yang tahan lasak. Maklumlah bila dah jadi mak anak 2 ni memang kena hati-hati dengan kelasakan anak yang kian membesar. Teringat anak-anak rilek je pijak spec mata favourite ku. Terus senget frame tu bila Yaya pakai hahaha memang menangis!
Dah lama Yaya tak tukar spec mata baru so memang rambang mata sangat bila tengok banyak sangat design baru yang cantik-cantik! Yang penting sesuai untuk mereka yang berwajah kecil dan bertudung seperti Yaya. Muka pun tak nampak kembang bila pakai frame dari Eye Pro Vision ni. Lagi best, staf yang bertugas sedia membantu jika kita perlukan apa-apa pertolongan. Dari dulu sampai sekarang memang terbaik servis mereka ni ^_^
Masa ni dah start pening nak pilih frame yang mana sebab semua cute!
Tiba-tiba macam cantik pula frame yang ni kan? Ala-ala cat eyes gitu hee
Jom tengok antara design frame terkini dan trending yang ada di Eye Pro Vision!
Ni pun cantik jugak! Ah peninggg~
(susah ye jadi perempuan ni. Shawn pilih sekali dua terus dah dapat >.< )
Pemeriksaan mata awal boleh dibuat secara percuma untuk tahu perkembangan terkini keadaan mata uols!
Bila dah confirm pilih frame, korang akan diminta untuk menjalani pemeriksaan mata dengan lebih mendalam dan lebih tepat lagi.
Happy faces!
My turn! Seronok dapat results yang tepat barulah cerah mata nak menjalani kehidupan seharian hihi
Lagi bertuah kalau time korang pergi tu ada Oppa William hihi seronok dapat berbual dan dapatkan khidmat nasihat dari beliau dalam pemilihan frame dan juga penjagaan mata yang lebih optimum!
Korang pernah dengar tentang lens Alpha Blue? Apa tu?
LENS ALPHA BLUE 420 IS THE BEST!
Yaya sendiri memang terpukau dengan fungsi Alpha Blue 420 ni. Buat mereka yang selalu silau tak kira waktu siang atau malam hari, please please pakai lens jenis ni. Tapi sebelum tu, jangan terpedaya dengan sesetengah kedai spec yang cakap diorang punya lens jenis alpha blue tau. Make sure korang check sendiri dengan menggunakan kaedah laser tengok betul-betul samada tembus atau tidak.
Macam Yaya sendiri, memang Yaya cuma percaya lens Alpha Blue 420 dari Eye Pro Vision sahaja kerana mereka merupakan satu-satunya kedai spec mata di Sungei Wang yang ada lens Alpha Blue 420 ini.
Apa fungsi lens Alpha Blue 420 ni? Kalau nak tahu, lens ini boleh menangkis cahaya yang terlalu terang dari menembusi mata korang. Siapa yang kerjanya selalu menghadap skrin komputer atau gajet, selalu drive malam, please install lens Alpha Blue untuk spec korang okay!
Yang bestnya, lepas guna lens Alpha Blue 420 ni, mata Yaya tak silau pun even Yaya merenung lampu kereta orang lain! Lens ini juga akan block segala sinaran dari terkena mata kita secara direct, termasuk pancaran dari lampu led, cahaya dari smart phone, laptop, komputer dan sebagainya. Magic sangat sebab ianya 100% menghalang sinar UV dari menembusi mata korang tau. Best ke best? ;)
Tak percaya? Jom tengok contoh perbezaan spek menggunakan lens biasa dan juga lens Alpha Blue 420 yang disuluh dengan cahaya laser :
Yang sebelah kiri adalah lens biasa dan sebelah kanan adalah lens Alpha Blue. Tak tembus langsung ya cahaya laser tu!
My spec mata yang superb and flexible! Pastinya pilihan mak mak seperti Yaya hee. Tak mudah patah tau! Memang berkualiti sangat ^_^
Lepas dah confirm, korang cuma perlu tunggu lebih kurang sejam sahaja sebelum spec mata siap. Sambil-sambil menunggu tu boleh la pergi makan, dating sekejap and cuci mata jalan-jalan dalam mall. Dah banyak perubahan Sungei Wang ni. Dulu Yaya selalu jalan-jalan sini lepas balik tuisyen hahaha kecik lagi time tu form 3 ye. Shhh jangan bagitahu ibu Yaya :p
HARGA?
Untuk Lens Alpha Blue 420 ni korang hanya perlu tambah RM60 je selepas dah pilih cermin mata yang berkenan dihati RM65 (bingkai + cermin multicoated), so total perlu bayar cuma RM125 sahaja dari harga asal RM250 , jimat banyak dah tu sebab kat luar memang tak dapat la harga macam ni dengan lens Alpha Blue 420 lagi.
Kalau nak tahu, lens Alpha Blue 420 ni telah berdaftar dibawah company Eye Pro Vision tau. Hanya di kedai Eye Pro Vision sahaja ada servis Alpa Blue 420 di dalam Sungei Wang. So memang sangat berbaloi kalau korang terus beli cermin mata yang ada fungsi Alpha Blue 420 ni untuk kesejahteraan mata korang. Ianya juga kalis air, tahan calar, mudah di cuci walaupun diuji dengan permanent marker sebab cermin di kedai ni memang berkualiti. Tak perlu tunggu lama pun dalam masa kurang 1 jam dah siap dah cermin mata baru korang tau ^_^
Yang datang buat spec mata kat sini pun bukan kalang-kalang orangnya. Menteri, artis dan mereka yang berkerjaya profesional pun ramai datang ke Eye Pro Vision. Mereka juga mempunyai pelanggan tetap dari luar negara seperti Singapore yang selalu singgah bila datang ke Malaysia. Semoga terus maju jaya!
Boss oppa William ni baik sangat sporting je layan kita ajak bergambar!
Korang jangan lupa datang buat spec mata baru kat sini okay! Ajak family dan kawan-kawan datang sekali baru meriah hee
Lokasi :
EYE PRO VISION
Lot G1111, Ground Floor, Sungei Wang Plaza
Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur
Terima kasih sudi baca
Saya pernah dengar kedai Eye Pro Vision. Tapi x pernah pergi. Cousin saya pun buat spek dekat sinie juga. Hehehe ^_^
ReplyDeleteOh.. Kedai ni kat Sg Wang. Dekat. Banyak pilihan yang modern. Nanti boleh saya pergi usha-usha.
ReplyDeletegood job of Eye Pro Vision. can try to make my glasses there next
ReplyDeleteOk. Minggu nie nak gi, nak yang super flexible dan tak patah tu. Sebab mine selalu terpatah bila terbawa tidur.
ReplyDeleteyang nak buat spek tu boleh la try nanti. manager pun nampak friendly.
ReplyDeleteThanks for sharing this kedai eye pro vision, gonna drop by SG Wang to make a pair of my glasses. Cheers SiennyLovesDrawing
ReplyDeleteHarga sgt berpatutan kat sini kan! Plus Nell sgt puas hati with the service here plus my cermin sesuai with my lifestyle yang spend most of the time on the screen!
ReplyDeleteI pun baru jer did not spec at their shop too, memang bagus and service pun cepat
ReplyDelete