Macma tak percaya kita dah hampir menuju ke bulan Ramadhan yang mulia. Macam mana persediaan bulan Ramadhan nanti? Dah habis ganti puasa ke belum? Hihi. Mesti ramai yang teruja untuk berbuka puasa diluar bersama yang tersayang. Maklumlah setahun lepas tidak dibenarkan aktiviti makan di kedai termasuklah buffet Ramadhan kerana PKP. InsyaAllah jika tiada aral melintang, tahun ini kita semua dah boleh berbuka puasa di luar asalkan mengikut SOP dan peraturan yang telah ditetapkan.
Kalau anda tengah-tengah mencari tempat makan best untuk berbuka puasa, apa kata korang bersama keluarga dan rakan-rakan berbuka puasa di Lugar De La Boda @ Puchong. Apakah juadah berbuka puasa yang disediakan oleh Buffet Ramadhan Selangor, Lugar De La Boda @ Puchong kali ini?
Untuk pengetahuan korang, dewan perkahwinan Lugar De La Boda diuruskan oleh Hanana Group Sdn. Bhd. Bufet ramadhan tahun ini, mereka menyediakan lebih dari 60 jenis hidangan dan 10 stall dimana ia disediakan di dalam dan juga luar dewan. Kesemua hidangan yang disediakan lengkap dari pembuka selera sehingga pencuci mulut.
Untuk menu utama, Lugar De La Boda @ Puchong menhidangkan nasi yang boleh dimakan bersama lauk pauk seperti 'Ayam Masak Merah', 'Ayam Goreng Berempah', 'Daging Gulai Kawah', 'Daging Masak Hitam', Ikan Goreng Cili Padi', 'Ikan Masin Masak Lemak Cili Padi Bersama Nenas', 'Kupang Goreng Pedas', 'Lala Halia', 'Sambal Sotong', 'Sambal Kerang', 'Sayur Goreng Campur' dan 'Sayur Masak Lemak Pucuk + Suhun + Ubi Kentang'. Selain itu, anda bakal menikmati 'Nasi Beriani' yang dihidangkan bersama 'Ayam Mediterranean (Braised Chicken with Tomato Herbs)', 'Daging Masak Beriani', 'Daging Masak Hitam', 'Dalca Sayur', 'Pajeri Nenas' dan 'Acar Buah'.
Tidak lengkap kalau makan tanpa pencuci mulut. Disini terdapat banyak pencuci mulut seperti 'Kuih Kuih Melayu', 'Pelbagai Perisa Jelly', 'Seri Muka', 'Pelbagai Perisa Dadih', 'Pelbagai Perisa Dadih dan Jelly', kek, koktail dan buah buahan tempatan. Untuk pilihan bubur, akan dihidangkan 2 jenis setiap hari termasuk 'Bubur Jagung + Sagu', 'Pengat Pisang' dan 'Bubur Kacang Hijau + Bubur Pulut Hitam'. Pastinya melengkapkan menu berbuka puasa anda nanti.
Pada tahun ini, Bufet Ramadhan 2021 di Lugar De La Boda @ Puchong akan bermula sepanjang bulan Ramadhan 2021 iaitu dari 16 April 2021 hingga 9 Mei 2021 dari 6.30 petang hingga 10.30 malam. Harga Bufet Ramadhan Lugar De La Boda @ Puchong adalah seperti berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM79
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM59
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM59
Special Offer!
Kalau ada yang nak pergi beramai-ramai bersama keluarga tersayang ataupun bersama kawan-kawan office, Lugar De La Boda @ Puchong turut menawarkan harga untuk satu meja (8 pax) dengan harga istimewa seperti berikut :
- 1 Meja (8 Pax) - RM632
Ada lagi harga istimewa untuk Early Bird Offer!
Nak harga yang lagi murah? Mestilah ada. Korang boleh dapatkan voucher buffet ramadhan di Lugar De La Boda dengan harga istimewa ini sebelum 12 April 2021 dengan harga berikut :
- Dewasa (Seorang) - RM59
- Kanak-Kanak (6-12 Tahun) - RM30
- Warga Emas (60 Tahun Ke Atas) - RM30
- 1 Meja (8 Pax) - RM450
Untuk maklumat lanjut dan tempahan mengenai Bufet Ramadhan Selangor Di Lugar De La Boda @ Puchong, sila layari link berikut :
- Tempahan dan pertanyaan : https://linktr.ee/buffetramadhanselangor
- Laman web Hanana Group : https://www.hananagroup.com/iftar-lugar/
#ramadhan2021 #buffetramadhanselangor #buffetramadhanpuchong #buffetmurah #buffet #buffetramadhanpuchong2021 #buffetramadhanexclusive #iftarramadhan #buffetpuchong #berbukapuasa #buffet2021 #buffetramadhanpuchongmurah #bukapuasa #buffettermurah #buffetmurahpuchong
Terima kasih sudi baca