Aug 26, 2019

Eatz @ HK Kini Dibuka di The Gardens Mall, Mid Valley City




Hai semua! Pernah tak korang nak sangat sangat try masakan Chinese Style tapi nak yang sedap lepas tu Muslim friendly? Worry no more sebab Eatz @ Hong Kong kini secara rasminya telah dibuka di The Gardens Mall, Mid Valley City. Yaya memang excited nak cuba menu signature mereka! Dengar kata menu mereka memang menarik dan unik. Kalau nak tahu, disini terdapat lebih 100 menu menarik yang dihidangkan. 


Istimewanya lagi, Eatz @ HK menyajikan pelbagai menu pilihan untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga makanan ringan untuk mereka yang suka bersantai bersama orang tersayang. Bagi Yaya memang tepat sekali pembukaan mereka disini kerana The Gardens Mid Valley merupakan kawasan tumpuan tak kira hari berkerja ataupun hujung minggu.



Senang je nak cari lokasi Eatz @ HK ni, betul-betul dekat dengan eskalator hujung di Lower Ground atau area pintu masuk The Gardens Hotel. 



Bersama Ms Valerie Choo yang merupakan Managing Director of Simply Awesome Sdn Bhd. Seronok beramah mesra dengan beliau ^_^



Eatz @HK juga diterajui oleh Ketua Chef bernama Kak Noor yang sangat arif tentang makanan Malaysia banyak membantu bagi memberi rasa yang tepat untuk disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu, penasihat khas iaitu Chef Creative Johnny Wong yang berasal dari Hong Kong sangat berkerja keras dalam merealisasikan menu kegemaran ramai iaitu  Cheese-baked Chicken Cutlet with Rice, French Toast, Curry Seafood Rice and Grilled Fish Fillet with Spaghetti, dan juga citarasa klasik bagi menu Prawn Toast, Satay Beef Rice, Polo Bun with Truffle Scrambled Egg, Milk Tea (yang dihidangkan didalam bekas ais), Osmanthus Jelly dan Australian Beef Striploin serta pelbagai lagi menu unik dan menarik disini.



I suka gambar Kak Illy yang ni comel sangat sebab tu I letak sini. Hai Kak Illy! :p



With one and only, Kak Sabby Prue yang cantik gilos. Awak makan apa ni cantik sangat?! Hihi dia Beauty Blogger Malaysia uols :)



Egg Tart dan Mochi Cheese (hihi I taktau nama dia I teka je haha tapi sedappp!)

Jom kita tengok antara menu signature yang terdapat di Eatz @ HK. Kesemua menu ni adalah kegemaran dan pilihan ramai tau! Nanti kalau korang kesana korang boleh tengok dalam menu hidangan ada pilihan menu yang ada gambar Topi Chef ;)



Ms. Souffle



Swiss Sauce Chicken Wings



Satay Beef Rice



Curry Beef Rice



Fish Fillet Spaghetti



Cheese-Baked Chicken Cutlet With Rice


Polo Bun W.Ice Cream


Red Bean Punch


Red Bean Rice Pudding






Prawn Toast


Polo Bun With Truffle Scramble Egg


Smoked Duck With Pumpkin Rice


Curry Seafood Rice


Australian Beef Striploin


Mala Spicy Fishball In Dry Noodle


Pilihan sos istimewa untuk dimakan bersama


Expressive Espresso


Expressive Espresso yang telah terhasil


HK Ying Yong In Ice Bed


Ms. Souffle is my most favvvvvvvv!!!! Kalau pergi sini korang wajib cuba tau!


Bersama rakan blogger kakak cantik Kak Comel. Parents dia memang namakan dia Comel okay. Hihi


Mini love to Eatz @ HK kerana menyajikan hidangan dan menu Hong Kong yang sangat sedap!


Review Yaya : Macam tak percaya ada pelbagai menu hidangan dari Hong Kong yang Muslim Friendly dan kena dengan tekak Melayu Jawa Yaya ni hahaha. Serius sedap korang! Yaya percaya dengan sentuhan Chef yang profesional dan juga bantuan Kak Nor sebagai Ketua Chef,  mereka sangat komited dalam menyeimbangkan rasa yang tepat untuk pilihan rakyat Malaysia. Antara menu favourite Yaya dan korang pun wajib cuba ialah Ms. Souffle dan juga Cheese-Baked Chicken Cutlet With Rice.  Ms. Souffle tu pencuci mulut yang sangat soft, delicate, light, fluffy aduhai sedap sangat!! Harga pun RM 15.80 je murah okay kat sini! Memang berbaloi tunggu 20 minit sebab ianya dimasak fresh. Bagi hidangan Cheese-Baked Chicken Cutlet With Rice tu pula cuma berharga RM22.80 tapi boleh share 2-3 orang. Memang sangat sedap dan bagi Yaya ini antara 1 kekuatan menu di Eatz @ HK yang sangat unik dan istimewa sebab korang takkan dapat makan kat tempat lain. Terbaik sangat rasa dia rasa nak nangis haha. 


Untuk pengetahuan korang, semua makanan disini diproses sendiri oleh krew Eatz @ HK. Even fish ball tu pun diorang buat sendiri tau! Lagi hebat, menu Red Bean juga dimasak sendiri dari raw sehingga terhasil menjadi sempurna. Disini tiada istilah makanan dalam tin dan juga bebas MSG serta bahan pengawet. Untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat, terdapat banyak menu yang mempunyai kalori berpatutan bagi pengambilan yang sederhana contohnya menu Fish Fillet Spaghetti ;)


Jangan lupa datang bawa orang tersayang okay! 

Untuk maklumat lanjut :

Alamat : LG-240, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, MidValley City
Facebook : EATZ at Hong Kong 
Instagram : @eatz_hk 
Twitter : @eatz_hk 
Phone Number : +603 – 2201 0886
Email (Enquiry) : info@eatzhk.com.my
Website : www.eatzhk.com.my
Operating Hours : 8.30am – 10.00pm Daily 


Terima kasih sudi baca

20 comments:

  1. perghhhh...seriously nampak menyelerakan dan sedap ! hurmmm kena try jugakla pegi untuk rasa sendiri ... hehehe

    ReplyDelete
  2. makanan dekat hong kong lebih kurang je dengan makanan kita lah. Macam nak try pulak rice pudding dia tu, nampak comel! Lepasni singgah mid valley dah tahu mana nak makan

    ReplyDelete
  3. Wah. Nampak berselera je tengok yaya makan. Nampak unik makana hongkong eatz ni. Tak pernah cuba lagi. Next time peegi midvalley, boleh la singgah. Sebut nama yaya dpt discount tak 😅😅

    ReplyDelete
  4. Rasa macam makan ala-ala kt hong kong plak kan..paling suka tart telur tue..boleh masuk dlm list port makan nad..thanks sharing..

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kita dah lama tak pernah makan makanan Hong Kong bila tengok kat sini menarik dan tertarik lak nak mencuba hehehe tengok semua menyelerakan lak tu...

    ReplyDelete
  6. Banyaknya menu kat Eatz @HK ni Yaya, sampai 100 menu!

    Jadi rambang mata nak pilih,yang mana untuk dimakan.

    Ruby terliur kat Egg tart dengan Mochi Cheese tu ha.

    Bagus betul, fish ball pun mereka buat sendiri.

    ReplyDelete
  7. Wuishhhh nampak sedap betul nie yaya. Ms soufle tu mcm sedap je. Teringin pulak jadinya. Haishhh silap lah baca entri makanan time2 mcm nie. Kat gardens mall yer, okay nanti kita nak pergilah.

    ReplyDelete
  8. Ermmmm sedapnyaaa tengok gambar. Nur terliur sangat! Tapi tula, paling special yg nur tengok HK Ying Yong In Ice Bed. Ice tu memang dia letak keliling utk kasi air sejuk atau kita boleh adjust sendiri bawa masuk dalam cawan? Menarikkk

    ReplyDelete
  9. wow. semua menu yg yaya share to sgt cantik plating nyer.
    wajib gi ni if ternaik ke KL.
    lain dari yg lain. bukan biasa-biasa.
    menarik lah. tq for sharing.
    at least aida tahu pot makan seterusnya di KL.

    ReplyDelete
  10. gambar dia menyelerakan! nanti nak pergi sana! nak makan semuaaaaaaa. hehehe

    ReplyDelete
  11. wah...membangkitkan selera nie..wajib cuba...lokasi pun senang sangat nak pergi :))

    ReplyDelete
  12. sedapnya tgk makanan tu semua... eh.. rika datang sini jalan-jalan sambil follow blog ni...

    ReplyDelete
  13. Sedapnya tengok makanan dia semua yaya. Jelez tengok korang semua kumpul makan happy-happy macam ni. Next time nak join jugak. Hehe

    ReplyDelete
  14. Sedspnya tgk hidangan dia, medt sedap..

    ReplyDelete
  15. Sedap nampak nya...boleh bawak family utk pegi makan kt sana...mesti anak BC suka dpt makan makanan chienese...banyak menu yg boleh di pilih...

    ReplyDelete
  16. tengok gambar-gambar makanan pun dah rasa kena dengan selera. terus lapar sangat-sangat. macam sedap je. uisshh tak boleh jadi ni mmg nak kena pergi.. tengok moshi cheese, ms shouffle dan chicken wings tu mmg menduga la.. dietttt ke laut la nampaknya..

    ReplyDelete
  17. Alalalala~
    Nampak menyelerakan sungguh la yaya..
    Mesti sedap semua menu tu kan..
    Setakat ni kita berjalan tak pernah lagi masuk tempat makan macam ni..
    Sebab tak tahu anak-anak like ke tidak..Harga Okay ke yaya kat situ?

    ReplyDelete
  18. Prawn Toast tu nampak sedap.. heeee.. banyak betul menu-menu dia yea.. kalau pi Mid Valley boleh lah singgah.. tapi nak tahu status dia halal ke Yaya?

    ReplyDelete
  19. Aduhai sedapnya semua makanan kat sini. Kalau pergi Kl memang nak singgah.

    ReplyDelete