Siapa yang tahu Yaya memang peminat air bubble, mesti selalu nampak Yaya share kat IG story. Yaya memang pencinta air bubble dari sebelum viral lagi okay. Sekarang ni bila viral aduh penat nak beratur tau hihihi tapi meriah dan seronok sebab ramai suka minum air yang sama. Yaya mengaku Yaya minum air bubble seminggu sekali (omg jauhkan diriku dari kencing manis no no no). Haritu masa short vacation kat Melaka, tak sempat nak jalan-jalan banyak tempat. Kebetulan kawan kita ajak pergi IMilky yang baru beroperasi awal Ogos haritu terus ajak my boba's hunting partner pergi ke IMilky cawangan Kota Laksamana. Mujur Shawn pun suka try dan minum air boba. Boleh dikatakan kitorang dah hampir rasa semua air boba yang viral tau ;)
Ini merupakan antara menu signature di IMilky. Tak sabar nak cuba!
Masa Yaya datang memang dah ramai orang juga sebab lunch time. Boleh tahan juga orang ramai tapi Yaya suka dengan susun atur perabot dan suasana kedai. Memang sangat cozy dan rileks je kalau nak chill minum bubble tea dengan kawan-kawan :)
Ni bahagian dalam kedai. Sederhana besar tapi sangat selesa!
Brown Sugar Bubble Milk
RM 12.90
Of course I nak cuba menu Top 1 di IMilky tak lain dan tak bukan ialah Brown Sugar Bubble Milk! This gonna be my next favourite bubble milk sebab rasanya yang sangat sangat sedap bagi citarasa tekak dan sanubariku! Mesti ramai kata ala semua bubble milk rasa sama je. Tapi IMilky menggunakan susu segar khas 0% gula dari Australia tau. Memang terasa segar susu dan manis yang just nice sahaja bila diadun bersama brown sugar. Tips nak minum bubble milk disini, korang kena goncang dulu selama 15 saat dan biarkan ianya sebati sebelum sedia diminum!
Bubble Milk Tea
RM 9.90
Bubble Milk Tea ini sesuai buat pencinta milk tea yang klasik boleh minum yang ni. Mula-mula sebelum famous variasi yang lain, menu ni yang menjadi kegilaan ramai orang hee
Grapefruit Juice & Green Tea
RM 11.90
Bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat, kalau nak cuba kelainan korang boleh try minum Grapefruit Juice & Green Tea ni. Masa mula-mula minum Yaya tak kacau sebati so memang rasa kepahitan padu la hahaha. Kena kacau betul-betul bagi seimbang baru minum! Memang rasanya sangat fresh sebab mereka blend sendiri grapefruit tau. Bukan guna pati atau kordial buah.
Strawberry Milk
RM 13.90
Strawberry Milk yang sangat cute warnanya! Untuk mereka yang suka minum air yogurt, Yaya suggest korang untuk try Strawberry Milk ni. Rasa Strawberry Milk ni tersangatlah sihat. Boleh bayangkan dia blend strawberry segar, ketulan ais dan juga susu segar tanpa gula? Yes itulah rasanya. Harganya pun sangat reasonable.
Taro Milk
RM 13.90
Yang ni merupakan favourite ramai juga! Taro Milk yang diinspirasikan dari keladi manis yang di import dari luar negara ini dikisar sebanyak 80% dan baki 20% lagi merupakan ketulan keladi yang boleh dikunyah semasa korang minum. Kalau boleh bayangkan makan bubur chacha haa camtulah rasa dia tapi ni lagi sihat sebab menggunakan susu segar. Kalau lapar dan dalam masa yang sama nak minum, boleh try Taro Milk!
Kita tengah feeling minum Brown Sugar Bubble Milk. Love ^_^
Lupa nak bagitahu, istimewanya di IMilky, mereka akan tutup dengan lapisan plastik dahulu sebelum diletakkan penutup sebenar. So tak adalah tumpah sebelum diminum. Memang sangat convenience untuk mereka yang clumsy hohoho dan juga parents yang nak in trend sambil minum bubble tea, sambil dukung anak :p
My super recommended menu mestilah Brown Sugar Bubble Milk hihi. Ada lebih 40 menu minuman yang menarik di IMilky tau so jangan lupa cuba :p
Bersama Ms. Joey yang merupakan boss lady di IMilky cawangan Kota Laksamana, Melaka. Cantik betul dia ^_^
IMilky MY
Lokasi IMilky :
No 6, Jalan KLJ 9, Tmn Kota Laksamana Jaya, 75200 Melaka
Business hour : 12pm to 1am
Contact : 011-17583668
Terima kasih sudi baca
Sedap jer tgk airnya.. Sampai sini nanti boleh singgah.. Hihihi
ReplyDeleteLama tak pergi melaka. Mungkin boleh try minum bubble tea ni. dah la buka sampai 1 pagi. boleh lepak-lepak sebelum balik tidur.
ReplyDeleteI have not tried this brand yet… The Taro Milk looks so delicious, will definitely give it a try since I am a taro fans hehe…
ReplyDeleteKalau pegi melaka nanti boleh masukkan bucket list ni. Nak try boba kat sini plak
ReplyDeleteWahh! Cikza hantu boba, wajib terjah ni kalau kesana. Terutama brown sugar boba
ReplyDeletehaha best nya video youtube!
ReplyDeleterindu nakkk brown sugar bubble milk dia! ahhaha strawberry milk sangat recommended!
Oh tak pernah tahu pasal tempat ni. Pergi Melaka tu dah selalu juga haha. Nanti pergi Melaka lagi nak try lah
ReplyDeleteFara dah rasa.. mmg sedap air kat sini taw...ramai gila gila org dtg beli...
ReplyDeleteNampak sedap. Saya tk pernah try lgi boba tea ni. In shaa Allah bulan 10 ni saya pgi melaka bolehlah singgah sini. Terima kasih share ya.
ReplyDeletemasa pergi melaka jun 2019, tak bersua pulak dengan menda ni. duk sibuk cari xi fu tang and the alley. huhu
ReplyDeleteWahhh beruntungnya dapat rasa semua air boba. Sis pun minat gak..tapi tu lah kan..bila dh viral mmg kena beratoq pjg lak. Insaallah kalau ke Melaka sis singgah sini
ReplyDeleteIa still dalam mood viral lagi. Dari segi kesihatan banyak doc nasihat tidak mengambil terlalu banyak kerana banyak kandungan gula paras tinggi. dari segi agama Islam banyak tidak ada sijil halal. :)
ReplyDeleteSana sini orang cerita pasal bubble ni. Kita belum ada kesempatan nak cuba mana-man bubble.. Tunggu bila dah reda baru beli. Pergi sekarang penat nak beratur heheh. Next time jalan kat Melaka boleh try nanti
ReplyDeletetengok gambar kak yaya minum bubble milk serius buat kita rasa teringin hehe
ReplyDeleteyeayyy kita nak pergi melaka tak lama lagi! Nak singgah tapi bukan try pearl milk tea, tapi nak try peach n green tea tu. hehe kita tak suka too much sweet drinks. Sekali sekala boleh lah!
ReplyDeleteRindunya Melaka.. Huhuhuhu.. Nanti nk kena ajak husband pi la jugak cita dia ni
ReplyDeleteMinuman anak muda zaman kini....ini kalo bawak anak buah yg 3 org tu mesti suka dpt minum air boba ni...kalo p melaka boleh singgah dh ni...
ReplyDeleteBestnya dapat minum BoBa lak lepas tu dapat keluar video Makan Apa tu hehehe glamor Yaya bila nak ajak kita pula wakakaka.. Tapi tempat ni jauh sangat kalau dekat boleh pergi selalu huhuhuhu...
ReplyDeleteKita pun suka air boba ni..suka sangt tau..wah ade dekat melaka ya..kalau jalan-jalan dekat melaka bolehla cuba ni..nampak menarik air dia..ade yogurt semua tu..
ReplyDeleteLia pun peminat Boba Milk Tea tapi belum cuma jenama IMilky ni lagi. Harap ada cawangan di Penang juga 1 day. Boleh lah cuba tak payah pergi sampai KL & Melaka tu.
ReplyDeleteOh nti blk kpg melaka blh singgah tpt dia. selalu dgr org cite bubble2 ni.. Bdk2 sukalah cuma kak xbrp sgt sbb manis
ReplyDeleteSedapnyaaa Yaya! Nanti kalau pegi Melaka kakfiza nak cari kedai ni
ReplyDelete👍👍🙌
ReplyDeleteNampak menarik gila semua air tu!
ReplyDeleteuntungla minum manis2 tapi body maintain
ReplyDeletedapnyeee! nak pergi lahh
ReplyDeleteNampak sedap, when i go to Melaka I will dropby this outlet. Thanks for introducing
ReplyDeletejenuh scroll laju2. haha. sebab semua nampak menyelerakan. dah la perut ngah lapar. hahaha
ReplyDeletebila gi Melaka, mesti nak try Straberry Milk. yum,yum, nampak sedap sungguh
ReplyDelete