
Hai semua! Pernah tak korang nak sangat sangat try masakan Chinese Style tapi nak yang sedap lepas tu Muslim friendly? Worry no more sebab Eatz @ Hong Kong kini secara rasminya telah dibuka di The Gardens Mall, Mid Valley City. Yaya memang excited nak cuba menu signature mereka! Dengar kata menu mereka memang menarik dan unik. Kalau nak tahu, disini terdapat lebih 100 menu menarik yang dihidangkan.
Istimewanya lagi, Eatz @ HK menyajikan pelbagai menu pilihan untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga makanan ringan untuk mereka yang suka bersantai bersama orang tersayang. Bagi Yaya memang tepat sekali pembukaan mereka disini kerana The Gardens Mid Valley merupakan kawasan tumpuan tak kira hari berkerja ataupun hujung minggu.

Senang je nak cari lokasi Eatz @ HK ni, betul-betul dekat dengan eskalator hujung di Lower Ground atau area pintu masuk The Gardens Hotel.

Bersama Ms Valerie Choo yang merupakan Managing Director of Simply Awesome Sdn Bhd. Seronok beramah mesra dengan beliau ^_^

Eatz @HK juga diterajui oleh Ketua Chef bernama Kak Noor yang sangat arif tentang makanan Malaysia banyak membantu bagi memberi rasa yang tepat untuk disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu, penasihat khas iaitu Chef Creative Johnny Wong yang berasal dari Hong Kong sangat berkerja keras dalam merealisasikan menu kegemaran ramai iaitu Cheese-baked Chicken Cutlet with Rice, French Toast, Curry Seafood Rice and Grilled Fish Fillet with Spaghetti, dan juga citarasa klasik bagi menu Prawn Toast, Satay Beef Rice, Polo Bun with Truffle Scrambled Egg, Milk Tea (yang dihidangkan didalam bekas ais), Osmanthus Jelly dan Australian Beef Striploin serta pelbagai lagi menu unik dan menarik disini.

With one and only, Kak Sabby Prue yang cantik gilos. Awak makan apa ni cantik sangat?! Hihi dia Beauty Blogger Malaysia uols :)

Egg Tart dan Mochi Cheese (hihi I taktau nama dia I teka je haha tapi sedappp!)
Jom kita tengok antara menu signature yang terdapat di Eatz @ HK. Kesemua menu ni adalah kegemaran dan pilihan ramai tau! Nanti kalau korang kesana korang boleh tengok dalam menu hidangan ada pilihan menu yang ada gambar Topi Chef ;)
Polo Bun W.Ice Cream
Red Bean Punch
Red Bean Rice Pudding
Prawn Toast
Polo Bun With Truffle Scramble Egg
Smoked Duck With Pumpkin Rice
Curry Seafood Rice
Australian Beef Striploin
Mala Spicy Fishball In Dry Noodle
Pilihan sos istimewa untuk dimakan bersama
Expressive Espresso
Expressive Espresso yang telah terhasil
HK Ying Yong In Ice Bed
Ms. Souffle is my most favvvvvvvv!!!! Kalau pergi sini korang wajib cuba tau!
Bersama rakan blogger kakak cantik Kak Comel. Parents dia memang namakan dia Comel okay. Hihi
Mini love to Eatz @ HK kerana menyajikan hidangan dan menu Hong Kong yang sangat sedap!
Review Yaya : Macam tak percaya ada pelbagai menu hidangan dari Hong Kong yang Muslim Friendly dan kena dengan tekak Melayu Jawa Yaya ni hahaha. Serius sedap korang! Yaya percaya dengan sentuhan Chef yang profesional dan juga bantuan Kak Nor sebagai Ketua Chef, mereka sangat komited dalam menyeimbangkan rasa yang tepat untuk pilihan rakyat Malaysia. Antara menu favourite Yaya dan korang pun wajib cuba ialah Ms. Souffle dan juga Cheese-Baked Chicken Cutlet With Rice. Ms. Souffle tu pencuci mulut yang sangat soft, delicate, light, fluffy aduhai sedap sangat!! Harga pun RM 15.80 je murah okay kat sini! Memang berbaloi tunggu 20 minit sebab ianya dimasak fresh. Bagi hidangan Cheese-Baked Chicken Cutlet With Rice tu pula cuma berharga RM22.80 tapi boleh share 2-3 orang. Memang sangat sedap dan bagi Yaya ini antara 1 kekuatan menu di Eatz @ HK yang sangat unik dan istimewa sebab korang takkan dapat makan kat tempat lain. Terbaik sangat rasa dia rasa nak nangis haha.
Untuk pengetahuan korang, semua makanan disini diproses sendiri oleh krew Eatz @ HK. Even fish ball tu pun diorang buat sendiri tau! Lagi hebat, menu Red Bean juga dimasak sendiri dari raw sehingga terhasil menjadi sempurna. Disini tiada istilah makanan dalam tin dan juga bebas MSG serta bahan pengawet. Untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat, terdapat banyak menu yang mempunyai kalori berpatutan bagi pengambilan yang sederhana contohnya menu Fish Fillet Spaghetti ;)
Jangan lupa datang bawa orang tersayang okay!
Untuk maklumat lanjut :
Alamat : LG-240, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, MidValley City
Facebook : EATZ at Hong Kong
Instagram : @eatz_hk
Twitter : @eatz_hk
Phone Number : +603 – 2201 0886
Email (Enquiry) : info@eatzhk.com.my
Website : www.eatzhk.com.my
Operating Hours : 8.30am – 10.00pm Daily
Terima kasih sudi baca



































