Aug 28, 2019

Obsess Cosmetics [Review] : 3 Produk Obsess Cosmetic Favourite Yaya



Hai korang! Haritu Yaya berkesempatan pergi ke Obsess Cosmetics Makeup Party yang diadakan di Lightbox, Sg. Buloh. Memang excited sangat bila tengok dekorasi parti yang sangat comel dengan gabungan warna putih, pink dan purple. Tetamu yang hadir pulak semuanya cantik-cantik sangat. Yaya sampai segan la nak masuk sebab rasa diri tak secantik diorang. Nasib baik ada beberapa kawan-kawan blogger kat sini so boleh la chill sikit :p


Obsess Cosmetics Makeup Party ini sebenarnya bagi meraikan kejayaan Puan Hafizatul Atikah Mohd Fauzi yang merupakan founder Obsess Cosmetics kerana berjaya membawa jenama Obsess Cosmetics sehingga ke Indonesia dan juga Brunei selepas mendapat sambutan yang amat menggalakkan di Malaysia. Selain itu, ini juga merupakan pertemuan ulung diantara agent Obsess Cosmetics yang lain. Memang meriah!


Cantik sangat Obsess Cosmetics Makeup Party ni! Tahniah buat penganjur hee


Ketika majlis pelancaran packaging baru Treatment Cushion Foundation oleh founder Obsess Cosmetics. Puan Hafizatul Atikah Mohd Fauzi ni baru berusia 29 tahun tau. Memang bangga sangat bila tengok anak muda mampu berjaya sehingga ke tahap ini.



Makanan kat party ni pun semua sedap dan comel sampai sayang nak makan :p


Ada booth makeup untuk semua gadis eccewah 


Ketika sesi games makeup menggunakan produk Obsess Cosmetics bersama tetamu. Memang lucu dan meriah hihi 


Apa dah jadi dengan muka akak ni :D


Beauty Box Obsess Cosmetics yang super best! < 3

Obsess Cosmetics Makeup Box Set ni merangkumi 6 jenis produk Obsess Cosmetics iaitu :
  1. Bite My Cushion Foundation
  2. Matte Lipstick 
  3. Brow Definer
  4. Loose Powder 
  5. Mascara
  6. Makeup Melt Away - Makeup Remover


Bite My Cushion Foundation (RM59.00)
Ingredients - Aqua, Cyclopentasiloxane, Titanium Dioxide, Propylene Glycol, Diisostearyl Malate, Talc, Isononyl Isononanoate, Caprylic / Capric Triglyceride, Glycerin, Polyglyceryl-4-Isostearate, Iron Oxides, Squalane (Olive), Dipentaerythrityl Tri-Polyhydroxystearate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Cetyl PEG/PPG-10/1 Dimethicone, Hexyl Laurate, Polyglyceryl-2 Dipolyhydroxystreate, Polyglyceryl-3 Diisostearate, Hydrogen Dimethicone, Stearic Acid, Alumina, Phenoxyethanol, Fragrance, Disteardimonium Hectorite, Aluminum Hydroxide, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Propylene Carbonate, Arctostaphylos Uva Ursi (Bearberry) Leaf Extract, Geranium Maculatum (Geranium) Oil, Ethylhexyl Glycerin.

Kini Treatment Cushion Foundation dah berwajah baru. Memang cantik, elegan dan nampak ekslusif sangat! Ada 3 pilihan warna iaitu Light, Medium dan juga Dark. Kalau nak tahu, Cushion Foundation ni antara produk Obsess Cosmetics yang paling laris tau.


Wajib ada dalam beg :p 


Review dari Yaya : Yaya suka dengan teksturnya yang sangat soft dan mudah mesra dengan kulit. Yaya punya ni warna Light. Memang dap dap 2-3 kali terus dapat cover parut jerawat tau. Bau dia macam aiskrim vanilla hee rasa nak makan je :p . Ianya juga berfungsi untuk cover dan menutup liang pori di muka. Bila pakai pun muka rasa ringan dan tak melekit. Paling penting, tahan lama dan tak mudah bercapuk. Yeayy!


Selain dari mudah untuk dibawa kemana-mana, ianya juga mempunyai kebaikan merawat kulit wajah dari dalam. Antara kandungan utama Bite My Cushion Foundation ini ialah serum Argan Oil, Geranium, Bearberry dan juga Vitamin E. Lagi best ianya juga mengandungi SPF 50. Kalau terlupa pakai sunscreen tak payah risau sebab function dia macam All in One ;)


Mudah meresap, tak berminyak dan tak melekit! Approved untuk semua mak-mak yang nak mudah makeup dan bersiap ;)


Brow Definer Triangular Brow Pencil (RM39)
Ingredients : Isopropyl Isostearate, Synthetic Beeswax, Copernicia Cerifera (Carnauba) Wax, Ceresin, Magnesium Aluminum Silicate, Tocotrienols (Vitamin E), Ascorbyl Palmitate, Mica, CI 77400, CI 77480, CI 77499

Apa yang Yaya suka sampai ketap gigi ialah sebab produk Obsess Cosnetics ni semua comel warna comel packaging comel ee geramm! Brow Pencil ni nampak macam lollipop kan? Hee ^_^


Review dari Yaya : Yaya paling suka fungsi 2 in 1 Brow Pencil macam ni. Senang tak bersepah dan hilang merata bila dia twin macam ni. Warna Brow Definer Triangular Brow Pencil dari Obsess Cosmetics ni pula just nice dan kena dengan warna kening Yaya. Yaya terus terang cakap Yaya memang tak pandai lukis kening. Tapi dengan adanya Brow Definer Triangular Brow Pencil ni rasa mudah sangat dan kening senang dibentuk. Tak adalah nampak sendu sangat kening tu hoho


Style Yaya lepas sikat kening tu Yaya lukis sikit je kat kening.


Kemudian rata dan sikat kemas kening sehingga puas hati (sendiri) :p


Mattely In Liquid Lipstick - Bunga (RM40)
Ingredients : Cyclopentasiloxane, Trimethylsiloxysilicate, Dimethicone, Isododecane, Polymethylsilsesquioxane, Diisostearyl Malate, Ethylhexyl Methoxycinnamate, Talc, Silica Dimethyl Silylate, Cera Alba (Bees Wax), Butyrospermum Parkii (Shea Butter), Flavor, Tocopheryl Acetate (Vitamin E), Macadamia Integrifolia (Macadamia) Seed Oil, Argania Spinosa (Argan) Kernel Oil May Contain +/- Titanium Dioxide (CI 77891), D&C Red No 28 (CI 45410) D&C Red No 6 (CI 15850), D&C Red No 7 (CI 15850), Iron Oxide Red (CI 77491), Iron Oxide Yellow (CI 77492), Iron Oxide Black (CI 77499)

Ada 7 warna Mattely In Liquid Lipstick dari Obsess Cosmetics ni iaitu Bandung, Ribena, Bunga, Katira, Carrot, Sirap dan Dodol.


Selalunya Yaya memang tak sesuai pakai mattely lipstick sebab bibir Yaya memang jenis kering (tak kira minum air berapa gelen atau pakai lip balm nanti sekejap dah pecah huhu). So Yaya memang hati-hati nak pilih dan pakai mattely lipstick. Tapi mattely lipstick dari Obsess Cosmetics ni nampak smooth dan cantik sangat!




Review dari Yaya : Memang cantik sangat koleksi warna Mattely In Liquid Lipstick dari Obsess Cosmetics ni. Bagi bibir kering macam Yaya, Yaya memang sapukan dahulu Vaseline Lips Therapy sebagai alas sebelum pakai Mattely Lipstick. Tekstur Mattely In Liquid Lipstick dari Obsess Cosmetics ni pun ringan dan tak melekit. Ianya juga senang dicuci dan mesra wuduk. So walla!


Makeup Melt Away - Makeup Remover (RM25)

Jarang jumpa makeup remover yang comel dan pratikal macam ni. Senang nak bawa kemana-mana terutama sekali nak pergi travel. Untuk perempuan yang solat time jalan-jalan kat luar, jangan lupa pastikan muka tu dah betul-betul bersih dari makeup sebelum ambil wuduk tau ;)



Senang dan mudah bila ada Makeup Melt Away - Makeup Remover dari Obsess Cosmetics ni. Senang je makeup nak tanggal even waterproof makeup. Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana kandungan oil dan micellar water yang mudah mesra dan menanggalkan kesan kotoran pada permukaan kulit.


Terdapat 2 lagi produk Obsess Cosmetics iaitu Too Smooth Too Resist Loose Powder (RM59) dan juga Chocolate Paste Insanely Long Mascara (RM40) yang boleh dibeli di Website Obsess Cosmetics atau agent sah mereka di seluruh Malaysia. 





Paling penting jangan lupa beli dan cuba sendiri Bite My Cushion Foundation yang best ni okay! Yaya nak belikan ibu pulak lepas ni. Sedap dia pakai kita punya haha 


Obsess Cosmetics New Travel Kit baharu ini cuma berharga RM99.00 sahaja. Untuk mereka yang suka travel, boleh miliki kit yang ekslusif ini untuk sentiasa kekal cantik setiap masa kemana juga aagituu. 

4 in 1 Set ini mengandungi :

-Treatment Cushion Foundation (5mg)
-Loose Powder (10mg)
-2 x Liquid Matte Lipstick (Travel Kit Edition)


Untuk maklumat lanjut :
Instagram : @obsess.cosmetics



Terima kasih sudi baca

Aug 26, 2019

Eatz @ HK Kini Dibuka di The Gardens Mall, Mid Valley City




Hai semua! Pernah tak korang nak sangat sangat try masakan Chinese Style tapi nak yang sedap lepas tu Muslim friendly? Worry no more sebab Eatz @ Hong Kong kini secara rasminya telah dibuka di The Gardens Mall, Mid Valley City. Yaya memang excited nak cuba menu signature mereka! Dengar kata menu mereka memang menarik dan unik. Kalau nak tahu, disini terdapat lebih 100 menu menarik yang dihidangkan. 


Istimewanya lagi, Eatz @ HK menyajikan pelbagai menu pilihan untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang, makan malam dan juga makanan ringan untuk mereka yang suka bersantai bersama orang tersayang. Bagi Yaya memang tepat sekali pembukaan mereka disini kerana The Gardens Mid Valley merupakan kawasan tumpuan tak kira hari berkerja ataupun hujung minggu.



Senang je nak cari lokasi Eatz @ HK ni, betul-betul dekat dengan eskalator hujung di Lower Ground atau area pintu masuk The Gardens Hotel. 



Bersama Ms Valerie Choo yang merupakan Managing Director of Simply Awesome Sdn Bhd. Seronok beramah mesra dengan beliau ^_^



Eatz @HK juga diterajui oleh Ketua Chef bernama Kak Noor yang sangat arif tentang makanan Malaysia banyak membantu bagi memberi rasa yang tepat untuk disesuaikan dengan citarasa rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Selain itu, penasihat khas iaitu Chef Creative Johnny Wong yang berasal dari Hong Kong sangat berkerja keras dalam merealisasikan menu kegemaran ramai iaitu  Cheese-baked Chicken Cutlet with Rice, French Toast, Curry Seafood Rice and Grilled Fish Fillet with Spaghetti, dan juga citarasa klasik bagi menu Prawn Toast, Satay Beef Rice, Polo Bun with Truffle Scrambled Egg, Milk Tea (yang dihidangkan didalam bekas ais), Osmanthus Jelly dan Australian Beef Striploin serta pelbagai lagi menu unik dan menarik disini.



I suka gambar Kak Illy yang ni comel sangat sebab tu I letak sini. Hai Kak Illy! :p



With one and only, Kak Sabby Prue yang cantik gilos. Awak makan apa ni cantik sangat?! Hihi dia Beauty Blogger Malaysia uols :)



Egg Tart dan Mochi Cheese (hihi I taktau nama dia I teka je haha tapi sedappp!)

Jom kita tengok antara menu signature yang terdapat di Eatz @ HK. Kesemua menu ni adalah kegemaran dan pilihan ramai tau! Nanti kalau korang kesana korang boleh tengok dalam menu hidangan ada pilihan menu yang ada gambar Topi Chef ;)



Ms. Souffle



Swiss Sauce Chicken Wings



Satay Beef Rice



Curry Beef Rice



Fish Fillet Spaghetti



Cheese-Baked Chicken Cutlet With Rice


Polo Bun W.Ice Cream


Red Bean Punch


Red Bean Rice Pudding






Prawn Toast


Polo Bun With Truffle Scramble Egg


Smoked Duck With Pumpkin Rice


Curry Seafood Rice


Australian Beef Striploin


Mala Spicy Fishball In Dry Noodle


Pilihan sos istimewa untuk dimakan bersama


Expressive Espresso


Expressive Espresso yang telah terhasil


HK Ying Yong In Ice Bed


Ms. Souffle is my most favvvvvvvv!!!! Kalau pergi sini korang wajib cuba tau!


Bersama rakan blogger kakak cantik Kak Comel. Parents dia memang namakan dia Comel okay. Hihi


Mini love to Eatz @ HK kerana menyajikan hidangan dan menu Hong Kong yang sangat sedap!


Review Yaya : Macam tak percaya ada pelbagai menu hidangan dari Hong Kong yang Muslim Friendly dan kena dengan tekak Melayu Jawa Yaya ni hahaha. Serius sedap korang! Yaya percaya dengan sentuhan Chef yang profesional dan juga bantuan Kak Nor sebagai Ketua Chef,  mereka sangat komited dalam menyeimbangkan rasa yang tepat untuk pilihan rakyat Malaysia. Antara menu favourite Yaya dan korang pun wajib cuba ialah Ms. Souffle dan juga Cheese-Baked Chicken Cutlet With Rice.  Ms. Souffle tu pencuci mulut yang sangat soft, delicate, light, fluffy aduhai sedap sangat!! Harga pun RM 15.80 je murah okay kat sini! Memang berbaloi tunggu 20 minit sebab ianya dimasak fresh. Bagi hidangan Cheese-Baked Chicken Cutlet With Rice tu pula cuma berharga RM22.80 tapi boleh share 2-3 orang. Memang sangat sedap dan bagi Yaya ini antara 1 kekuatan menu di Eatz @ HK yang sangat unik dan istimewa sebab korang takkan dapat makan kat tempat lain. Terbaik sangat rasa dia rasa nak nangis haha. 


Untuk pengetahuan korang, semua makanan disini diproses sendiri oleh krew Eatz @ HK. Even fish ball tu pun diorang buat sendiri tau! Lagi hebat, menu Red Bean juga dimasak sendiri dari raw sehingga terhasil menjadi sempurna. Disini tiada istilah makanan dalam tin dan juga bebas MSG serta bahan pengawet. Untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat, terdapat banyak menu yang mempunyai kalori berpatutan bagi pengambilan yang sederhana contohnya menu Fish Fillet Spaghetti ;)


Jangan lupa datang bawa orang tersayang okay! 

Untuk maklumat lanjut :

Alamat : LG-240, Lower Ground Floor, The Gardens Mall, MidValley City
Facebook : EATZ at Hong Kong 
Instagram : @eatz_hk 
Twitter : @eatz_hk 
Phone Number : +603 – 2201 0886
Email (Enquiry) : info@eatzhk.com.my
Website : www.eatzhk.com.my
Operating Hours : 8.30am – 10.00pm Daily 


Terima kasih sudi baca