May 22, 2018

Puree Penuh Khasiat dari Afyat Baby Food



Ibu mana yang tak excited bila anak mereka nak mencecah usia 6 bulan kan? Habis segala info dia google untuk pastikan semua perkakasan membuat puree dan bahan mentah sentiasa segar dan dalam keadaan baik. Yaya sendiri serius excited gila masa Dahlia nak masuk 6 bulan. Awal-awal lagi dah buat persiapan beli apa yang perlu walaupun masa tu Dahlia baru 3 bulan hahaha. Seingat Yaya Dahlia dah cuba makan masa sebelum 6 bulan lagi. Masa tu kami bercuti ke Cameron Highlands dan dia tengok je kami makan strawberry. Allahu kesiannya muka dia nak sangat rasa apa yang kami makan. Terus Yaya calitkan strawberry kat mulut dia. Fuhh dia punya happy sampai kita kena marah kalau tak letak strawberry tu kat mulut dia ^^'. Tapi masa tu Dahlia memang tengah counting days nak masuk 6 bulan :)


Balik tu memang semangat gila cari resepi mudah dan cepat untuk buat puree baby. Masa mula-mula memang disiplin buat puree tapi bila dah start kerja dan ada aktiviti yang menyebabkan Yaya tak sempat nak sediakan puree, terpaksa bagi dia makanan baby dari jenama antarabangsa. Sampailah diperkenalkan dengan puree yang mempunyai perisa lain dari yang lain iaitu Afyat Baby Food.


Bestnya bila tengok botol-botol comel ni sampai ke rumah. Memang tak sabar sangat nak bagi Dahlia makan tau. Dahlia sememangnya seorang baby yang suka makan. Jarang dia menolak sesuatu menu baru melainkan betul-betul tak kena dengan tekak dia. Mula-mula risau juga kalau dia tak suka but suprisingly dia makan dengan penuh selera! Yaya pun try rasa sikit puree Afyat Baby Food ni ternyata sedap sangat hihi!


See nak makan sendiri! Tak sabar-sabar kalau suap lambat. Aduhai anak... Yang penting bagi Yaya puree dari Afyat Baby Food ni penuh khasiat semulajadi, tiada campuran gula dan tanpa menggunakan sebarang bahan pewarna mahupun bahan pengawet.


Berikut adalah perisa terkini yang super sedap dari Afyat Baby Food


Pomegranate, Dates & Beetroot


Apple, Pear & Wolfberry


Dates & Pear


Carrot & Apple


Avacado & Banana


Perisa favorite Dahlia? Haruslah Avacado & Banana! Dahlia ni apa-apa sahaja yang mempunyai pisang memang paling dia suka! Licin satu jar dalam sekali makan. ^_^

Cara penyediaan puree AFYAT BABYFOOD :

Defrost Pada Suhu Bilik
Keluarkan AFYAT BABYFOOD 1 jam lebih awal sebelum makan dan letakkan di tempat selamat pada suhu bilik; ATAU

Defrost Microwave
Keluarkan AFYAT BABYFOOD dari peti sejuk beku dan defrost menggunakan microwave dalam tempoh masa 2 sehingga 3 minit. Terus boleh dimakan; ATAU

Defrost Double-Boil
Tuangkan 1/3 air dalam periuk, kemudian masukkan AFYAT BABYFOOD di atas satu bekas besar  dan letakkan bekas di atas periuk. Masakkan air sehingga mendidih atau kelihatan puree sudah lembut.

Khas terutamanya untuk ibu yang berkerjaya dan juga mereka yang suka travel dan berjalan jauh, Yaya memang sarankan ibu-ibu untuk standby Afyat Baby Food tak kira kemana pun kalian pergi. Selain dari enak dan berkhasiat, baby juga akan sentiasa dalam mood ceria sebab senang hati perut kenyang. Boleh juga dijadikan sebagai penyelamat ibu-ibu untuk hari raya nanti hihi. Yang penting penuh dengan khasiat, vitamin dan nutrien yang diperlukan si comel untuk proses tumbesaran mereka.
Memang berbaloi beli dengan harga value pack! Murah, mudah dan berkhasiat!


Dahlia pun suka. Baby awak mestilah lagi suka ;) 


Jom tengok perkongsian dari ibu-ibu mengenai Afyat Baby Food :)


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Afyat Baby Food

Instagram : @afyatbabyfood




Terima kasih sudi baca

21 comments:

  1. wah..senangkan sekarang..dah ada puree siap..:)

    ReplyDelete
  2. Bestnya dah ada puree keluaran malaysia.
    Senang nak bawak travel nanti.

    ReplyDelete
  3. Afyat Baby Food looks really delicious to me and I am an adult! LOL With this tasty puree, parents will no longer face issues with feeding baby, I believe.

    ReplyDelete
  4. brand ni..oo, k.fiezz penah nmpk yaya maembong pun bagi puree yg sama kat anak dia..kalau tak silap la..senang ada puree ready made cam ni..mudah untuk ibu2 yang berkerjaya la..kalau yang duduk kat rumah mgkn tak ada masalah nak buat sendiri..tapi mak2 yang berkerja ni, mmg membantu sangat..ni nak bawak travel pun senang...

    ReplyDelete
  5. brand ni..oo, k.fiezz penah nmpk yaya maembong pun bagi puree yg sama kat anak dia..kalau tak silap la..senang ada puree ready made cam ni..mudah untuk ibu2 yang berkerjaya la..kalau yang duduk kat rumah mgkn tak ada masalah nak buat sendiri..tapi mak2 yang berkerja ni, mmg membantu sangat..ni nak bawak travel pun senang...

    ReplyDelete
  6. Bagus ada solusi instant gini. Senang kalau nak gi travel atau nanti pi jalan beraya kann. .. Idok ler risau nanti baby nak makan apa. Lagi best, banyak lak tuuu pelbagai rasa. Kak nina lak rasa macam nak rasa sikit. HAhaa

    ReplyDelete
  7. wahh makin memudahkan lah sekarang
    harga pun tak mahal
    pilihan yang bagus

    ReplyDelete
  8. Sekarang Puree pun dah ada yang ready made kan so ibu bekerja tak payah susah- suah dah..beli jer yang pelbagai perisa dan for sure anak- anak suka..

    ReplyDelete
  9. awloloo comelnya dahlia. dah makin besar dah dia. ikut muka shawn pun ada haaa . semoga membesar jadi anak yanfg solehah

    ReplyDelete
  10. Banyak pilihan ni. Nak travel senang bawa Puree ni je. Yang penting tanpa ada gula, bahan pewarna dan pengawet. Kalau saya baby lah saya mungkin pilih perisa apple, pear, wolfberry tu. HEHE...

    ReplyDelete
  11. Memang bagus ada makanan sebegini - memudahkan famili yang bekerja dan tetap tidak melupakan si bayi yang sedang membesar. Dengar kata, yang dewasa pun teringin nak makan. Hahaha

    ReplyDelete
  12. Interesting.. Harga pun berpatutan, especially value pack tu. Since ada banyak choice, banyak juga la khasiat dan nutrients utk anak kecil. Anyways, dah besar sihat dah Dahlia Yaya ni hehe..

    ReplyDelete
  13. harga nyer berpatutan.
    tgk perisa dan bahan nyer pun, bagus.
    terkenang dulu kala, time anak-anak aida kecik, tak byk produk gini.
    asyik la beli yg omputeh punyer tu kat famili store bila nak travel.
    heinz ke apa ke nama nyer. lupa dah :) hi hi hi

    ReplyDelete
  14. Sungguh, setiap ibu pasti mahukan yg terbaik buat anak mereka. Kelihatan Dahlia suka betul yer puree nie. Cara penyediaan pon mudah.

    ReplyDelete
  15. first of all..tengok puree nih saya pulak yang terliur nak rasa. boleh tak? haha..tapi kan seriously senan untuk working mom sebab kadang2 penat kan nak sediakan food untuk baby..dengan adanya puree nih senang la.

    ReplyDelete
  16. Anak buah emi dulu kalau bagi puree yang dah siap dalam botol macam ni dia tak nak. Nak bubur dan yang lain2, yang fresh baru lepas masak. mengada, haha. Ni adik dia yg dlam perut tu x tau la cane. Klu terima je puree, blh suggest.

    ReplyDelete
  17. A healthy puree from Afyat baby food. It safe to consume by baby as it use natural ingredients. Will share with other mummy as they looking for healthy and natural puree for their kids.

    ReplyDelete
  18. Comelnya anak Yaya . Ibu sentiasa nak Yang terbaik untuk anak2 dia kan . Makanan yang terbaik boleh meningkatkan tumbesaran bayi . Harga pun murah .

    ReplyDelete
  19. This baby food is very convenient and nutritious for the baby, especially when you travel you can prepare all the food.

    ReplyDelete
  20. Wah Dahlia omey dah start makan ye. Semoga cepat membesar dengan sihat.

    Bagus betul produk macam ni. At least dalat membantu ibu yang berkerjaya untuk hidangkan menu berkhasiat untuk bayi mereka

    ReplyDelete
  21. Murah jugak tu 5 for RM35...
    Bila ada ank..lagi2 anak 1st memang excited dia lain maciam skit..siap gugel mcm2 lagi kan

    ReplyDelete