Showing posts with label Afyat Baby Food. Show all posts
Showing posts with label Afyat Baby Food. Show all posts

May 22, 2018

Puree Penuh Khasiat dari Afyat Baby Food



Ibu mana yang tak excited bila anak mereka nak mencecah usia 6 bulan kan? Habis segala info dia google untuk pastikan semua perkakasan membuat puree dan bahan mentah sentiasa segar dan dalam keadaan baik. Yaya sendiri serius excited gila masa Dahlia nak masuk 6 bulan. Awal-awal lagi dah buat persiapan beli apa yang perlu walaupun masa tu Dahlia baru 3 bulan hahaha. Seingat Yaya Dahlia dah cuba makan masa sebelum 6 bulan lagi. Masa tu kami bercuti ke Cameron Highlands dan dia tengok je kami makan strawberry. Allahu kesiannya muka dia nak sangat rasa apa yang kami makan. Terus Yaya calitkan strawberry kat mulut dia. Fuhh dia punya happy sampai kita kena marah kalau tak letak strawberry tu kat mulut dia ^^'. Tapi masa tu Dahlia memang tengah counting days nak masuk 6 bulan :)


Balik tu memang semangat gila cari resepi mudah dan cepat untuk buat puree baby. Masa mula-mula memang disiplin buat puree tapi bila dah start kerja dan ada aktiviti yang menyebabkan Yaya tak sempat nak sediakan puree, terpaksa bagi dia makanan baby dari jenama antarabangsa. Sampailah diperkenalkan dengan puree yang mempunyai perisa lain dari yang lain iaitu Afyat Baby Food.


Bestnya bila tengok botol-botol comel ni sampai ke rumah. Memang tak sabar sangat nak bagi Dahlia makan tau. Dahlia sememangnya seorang baby yang suka makan. Jarang dia menolak sesuatu menu baru melainkan betul-betul tak kena dengan tekak dia. Mula-mula risau juga kalau dia tak suka but suprisingly dia makan dengan penuh selera! Yaya pun try rasa sikit puree Afyat Baby Food ni ternyata sedap sangat hihi!


See nak makan sendiri! Tak sabar-sabar kalau suap lambat. Aduhai anak... Yang penting bagi Yaya puree dari Afyat Baby Food ni penuh khasiat semulajadi, tiada campuran gula dan tanpa menggunakan sebarang bahan pewarna mahupun bahan pengawet.


Berikut adalah perisa terkini yang super sedap dari Afyat Baby Food


Pomegranate, Dates & Beetroot


Apple, Pear & Wolfberry


Dates & Pear


Carrot & Apple


Avacado & Banana


Perisa favorite Dahlia? Haruslah Avacado & Banana! Dahlia ni apa-apa sahaja yang mempunyai pisang memang paling dia suka! Licin satu jar dalam sekali makan. ^_^

Cara penyediaan puree AFYAT BABYFOOD :

Defrost Pada Suhu Bilik
Keluarkan AFYAT BABYFOOD 1 jam lebih awal sebelum makan dan letakkan di tempat selamat pada suhu bilik; ATAU

Defrost Microwave
Keluarkan AFYAT BABYFOOD dari peti sejuk beku dan defrost menggunakan microwave dalam tempoh masa 2 sehingga 3 minit. Terus boleh dimakan; ATAU

Defrost Double-Boil
Tuangkan 1/3 air dalam periuk, kemudian masukkan AFYAT BABYFOOD di atas satu bekas besar  dan letakkan bekas di atas periuk. Masakkan air sehingga mendidih atau kelihatan puree sudah lembut.

Khas terutamanya untuk ibu yang berkerjaya dan juga mereka yang suka travel dan berjalan jauh, Yaya memang sarankan ibu-ibu untuk standby Afyat Baby Food tak kira kemana pun kalian pergi. Selain dari enak dan berkhasiat, baby juga akan sentiasa dalam mood ceria sebab senang hati perut kenyang. Boleh juga dijadikan sebagai penyelamat ibu-ibu untuk hari raya nanti hihi. Yang penting penuh dengan khasiat, vitamin dan nutrien yang diperlukan si comel untuk proses tumbesaran mereka.
Memang berbaloi beli dengan harga value pack! Murah, mudah dan berkhasiat!


Dahlia pun suka. Baby awak mestilah lagi suka ;) 


Jom tengok perkongsian dari ibu-ibu mengenai Afyat Baby Food :)


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Afyat Baby Food

Instagram : @afyatbabyfood




Terima kasih sudi baca