May 26, 2018

Buffet Ramadhan 2018 | Iftar @ Funtasia, Hotel Bangi Putrajaya



Dah beberapa hari Ramadhan berlalu Alhamdulillah semoga kesihatan kita semua dalam keadaan baik sehingga habis Ramadhan. Mesti ramai yang tak lepaskan kesempatan untuk berbuka puasa diluar bersama yang tersayang kan? Bagi mereka yang berdekatan dengan area Bangi dan Putrajaya, Yaya nak recommend kat korang salah satu buffet ramadhan favourite Yaya. Masuk kali ni dah kali kedua Yaya berkesempatan menikmati buffet ramadhan mereka. 


Tema untuk kali ini ialah Iftar @ Funtasia. Menariknya kali ni mereka menyajikan lebih 200 jenis makanan termasuk timur dan juga barat. Sebelum tu bagi mereka yang tak pernah kesana, korang jangan risau kalau datang secara berkumpulan sebab ruang sangat luas dan selesa :)



Walaupun ramai orang dalam satu masa, semuanya masih terkawal dan selesa. Selain tu paling Yaya puji sebab sentiasa ada perkerja yang membantu untuk mengemaskan meja kita setiap kali selesai menjamu hidangan dan nak letakkan hidangan lain pula di atas meja. Terbaikkk! 


Sudut minuman yang luas dan tak perlu berhimpit nak mengambil air.


Seorang Yaya ni biasalah kan. First datang tempat makan suka tengok desserts dulu! Haha taktau kenapa habit macam ni. Suka desserts cantik comel lepas tu snap gambar. Silalah tengok :p






Tak lupa juga sudut sajian kuih muih tradisional. Menariknya disini, terdapat kuih-muih rare yang jarang kita lihat atau dijual di luar. Memang special dan pelbagai! 









Suka makan salad? Nah syurga hidangan salad untuk uols. Kerabu pun ada hihi



Bagi menu masakan barat, Yaya suka style buffet disini kerana pasta yang dimasak adalah fresh dan dimasak baru oleh chef. Pilih nak pasta apa, lepas tu nak pilihan carbonara atau bolognese, pedepow terus chef masak! Yaya paling suka carbonara dia hee. Dahlia pun suka! ;)



Pizza panas pun ada. Memang sedap sangat pizza disini. Kalau pergi nanti jangan lupa ambil pizza tau.


Kambing golek yang semestinya menjadi salah satu menu utama dan penarik untuk buffet ramadhan. Sangat lembut daging kambing ni dan sememangnya sedapppp!



Selain tu, tak lupa juga menu hidangan lauk pauk dan nasi putih untuk orang yang takleh tinggal nasi dan perut kampung macam Yaya. Gigil oo kalau buka puasa tak makan nasi. Hahaha









Paling win win win dah tentu butter prawn dia. Dari dulu Yaya paling suka hidangan ni kat sini. Sebelum datang tempoh hari, Yaya harap sangat ada menu ni macam tahun sebelumnya sebab memang sedap sangat. Syukur menu butter prawn masih ada hihi.


Pelbagai pilihan sambal untuk penggemar sambal dan ulam-ulaman.


Nasi Ayam dan Nasi Itik pun ada tau. Rare kan? Hee


Nasi goreng juga turut dibuat fresh-from-kitchen. Nyums!




Pilihan mee/mihun sup dengan sup power mereka. Aduh kecur air liur teringat.


Nak rojak pasembor? Takyah susah-susah pi penang. Kat buffet ramadhan Hotel Bangi Putrajaya pun ada ;p



Jeruk pun ada. Adudu favourite husband Yaya ni haha!


Aiskrim gelato yang sangat soft dan sedap!


Ramai orang kata serawa durian ni sedap gila gila gila. Yaya ralat pula tak dapat rasa sebab dah kenyang sangat time ni. Hopefully boleh rasa tahun depan :')


Kenyang tak sempat makan serawa durian sebab perut dah full habiskan buah-buahan kat sini haha. Memang favourite Yaya la makan buah. Dahlia pun suka buah juga so senang hati kalau bawa anak sebab diorang boleh makan juga kan :)


Untuk tempahan awal dalam masa 24 jam, harga buffet ramadhan disini cuma berharga RM90 untuk dewasa dan RM45 untuk kanak-kanak. Jom bawa orang tersayang! 

Untuk tempahan : 03-82102222 atau 


Terima kasih sudi baca

1 comment:

  1. tu dia.

    banyak benar makanannnya.

    tak tahu mana nak mula dulu nih.

    ReplyDelete