Apr 19, 2018

Prudential Relationship Index 2017 | Apakah Skor Anda?



Sedangkan lidah lagi tergigit. Apa pula suami isteri. Kikiki biasa kan dengar ayat tu? Dalam cerita Masam-masam manis ada lagu ni. Sampai sekarang boleh nyanyi wakaka. Jarang nak tepek gambar Shawn kat blog sebab dia bukan baca pun *huh* tapi entri ni nak paksa dia baca nanti :p . Back to the song, hmm Yaya jarang bergaduh dengan Shawn (gigit dia selalu la hihi geram betul sejak lengan dia dah tembam). Sebab mostly kalau tahu salah masing-masing lepas tu mesti si pesalah akan buat baik cepat-cepat lepas tu yang tidak bersalah kena ampun dan maafkan cepat-cepat jugak! Hahaha


Selalu bergaduh pasal apa?
Hmm takleh nak recall la sebab musababnya sekarang sebab memang susahhh nak bermasam muka. Tapi Yaya paling ingat time lepas kahwin yang mana Yaya berhenti kerja sebab ikut Shawn habiskan housemanship dia di Hospital Temerloh. Masa ni memang Yaya tak ada pendapatan tetap dan hanya mengharapkan income dari review sahaja (dah pindah Temerloh jarang turun event LOL). Tapi Alhamdulillah bagi Yaya tetap memadai sebab bila duduk rumah tak memerlukan kos nak isi minyak ke topup touch n go dan lain-lain. So duit itu tersimpan la juga melainkan Yaya shopping online hihi.


Tapi yang tak bestnya sebab Yaya tetap rasa rendah diri dengan Shawn sebab.. yelah.. doktor dengan.. hmm suri rumah. Korang mesti faham perasaan Yaya kan bila orang mesti expect doktor mesti kahwin dengan doktor. Haa camtulah. Kalau pergi kenduri kahwin kawan-kawan dia mesti parents diorang yang kenal Shawn ingat Yaya doktor gak. Mesti nak tanya kerja kat hospital mana. Maunya tak drop self esteem Yaya ni! >.<


Tapi Alhamdulillah dapat seorang suami yang sangat memahami dan selalu backup isteri (thank you sayang :') ) Maka dengan itu, Yaya menjadi isteri yang sangat berhemah dalam berbelanja (rasanya la ^^') Sebab sebulan lepas kahwin, rezeki anak dah datang. Fuhh time ni mesti lagi berdebar okay ke nanti. Macam mana perbelanjaan kami akan datang bila ada anak. Start dari itu, Yaya mula survey cari kerja even masa tu tengah pregnant. 


So apa kena mengena dengan Prudential Relationship Index (PRI) ni?
Tahun lepas Yaya ada buat PRI ini tapi mengenai Perhubungan Rakyat Malaysia dengan Rakan Baik. Boleh baca disini. So yaya tertarik nak cuba Prudential Relationship Index bagi tahun ini pula iaitu mengenai perancangan kewangan dan juga teknologi pula tahun ni bagi menyumbang skor untuk Malaysia hihi. Rasanya semua tahu masalah kewangan merupakan salah satu punca hubungan suami isteri retak (nauzubillah). So bagi Yaya skor bagi survey ini penting bagi mengenalpasti tahap peratusan untuk keadaan hubungan di negara Malaysia. 


Indeks ini juga bertujuan untuk memahami keadaan hubungan di seluruh Asia iaitu bagi negara yang terlibat iaitu Kemboja, China, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam dan Malaysia. Indeks Hubungan Prudential 2017 iaitu bagi tahun lepas, negara kita Malaysia telah menduduki tempat ke-6 daripada 9 buah negara dengan skor sebanyak 68/100. Maknanya, hubungan asas manusia memenuhi 68% daripada keperluan yang mereka ingini. Kita telah turun 3 mata daripada jumlah (71/100) pada tahun 2016. Makin ramai ke mereka yang mempunyai masalah dalam hubungan mereka? Hmm


Kemana hilangnya 32% lagi? Yaya harap lepas ni skor Indeks Hubungan Prudential bagi tahun 2018 akan meningkat dan kualiti hubungan bersama orang tersayang juga akan meningkat.



37% pasangan Malaysia berkata mereka paling banyak bertengkar mengenai wang. Bagi Yaya ini sememangnya betul dengan kegawatan ekonomi sekarang, kita kena lebih berhati-hati dalam berbelanja dan dahulukan barangan keperluan daripada kehendak. Bagi Yaya sendiri, Yaya mengaku Yaya juga mempunyai keinginan sendiri untuk berbelanja tanpa mengharapkan duit suami. Alhamdulillah lepas Dahlia genap 6 bulan, ada rezeki bagi Yaya untuk berkerja sebagai pegawai di salah sebuah kementerian. Bagi Yaya ini memang rezeki anak sebab sebelum tu dok fikir siapalah nak ambil kita berkerja huhuhu kuasa tuhan. Sebab 8 orang yang terpilih dari 50 orang tu semuanya single dan belum ada anak wakk. Memang sebaklah. Sekurang-kurangnya Yaya dapat bantu membeli barangan keperluan keluarga dan juga boleh shopping guna duit sendiri :') Bagi Yaya setiap orang ada rezeki masing-masing dan Yaya tetap hormati mereka yang menjadi suri rumah. Perkerjaan paling mulia! 


Salah satu contoh pasangan yang juga sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain bagi mengukuhkan lagi kewangan keluarga. 


Ketawa penawar paling mujarab. Yaya setuju dengan statement ni. PRI mendedahkan ketawa adalah kunci untuk membina hubungan yang lebih baik, dengan 63% rakyat Malaysia bersetuju bahawa keupayaan untuk membuatkan seseorang ketawa atau tersenyum adalah antara ciri-ciri yang paling penting bagi seseorang pasangan. 52% rakyat Malaysia ketawa bersama pasangan mereka sekurang-kurangnya sehari sekali, manakala 40% mahukan pasangan mereka menjadi lebih lucu.


Mujurlah suami Yaya walaupun nampak pendiam, tapi setiap punchline yang dia bagi memang buat Yaya ketawa. Taktau la mana datang idea dia melawak bagai tu hihi. Shawn juga seorang yang morning person. Baru bangun tidur pun dah boleh buat lawak dan paling buat Yaya terharu walaupun balik kerja malam (buat part time kat klinik swasta) dia tetap menceriakan. 



Pertumbuhan Teknologi = Perancangan kewangan yang lebih baik. 83% rakyat Malaysia bersetuju pertumbuhan teknologi telah menjadikan perancangan kewangan mereka lebih mudah dan lebih baik. Yaya setuju dan mungkin tergolong dalam 83% ini juga hihi. Bila teknologi di negara kita semakin pesat membangun ni, sememangnya perancangan kewangan juga semakin bertambah baik. Contoh paling dekat ialah boleh transfer duit dengan mudah sahaja melalui online banking. Bila dapat je gaji, terus asingkan duit simpanan, duit kutu, insurance, bil, loan study dan sebagainya terus ke tempat yang sepatutnya. Dalam masa yang sama ianya juga menjimatkan masa ;)


56% percaya waktu yang dihabiskan di telefon bimbit memberi kesan negatif terhadap hubungan sesama keluarga. 62% lelaki dan 50% wanita berkata mereka lebih banyak menghabiskan waktu daripada pasangan mereka untuk melihat telefon. 84% rakyat Malaysia bersetuju keluarga menghabiskan terlalu banyak masa di telefon berbanding berbual sesama sendiri Allahu. Risaunya dengan semua skor ini! :'O


Yaya paling risau kalau kami banyak terleka dengan telefon masing-masing dihadapan anak :'(
Tapi apa yang Yaya boleh kata sememangnya telefon sememangnya alat komunikasi yang paling cepat dan pantas bagi mereka yang berkerjaya. Shawn sendiri terpaksa berkepit dengan telefon beliau 24jam jika waktu dan haritu itu beliau on call. Tiada pilihan lain dan tidur juga di sebelah telefon. Yaya sendiri kebanyakan masa lebih suka membalas email melalui telefon kerana ianya mudah dan cepat. Jadi macam mana kami cuba menyesuaikan diri dengan keadaan ini tanpa mengabaikan anak?


Kami berdua akan cuba curi masa untuk pergi bercuti ataupun keluar bersama meluangkan masa bersama Dahlia pada hujung minggu. Time ni memang tak rasa nak tengok telefon langsung! Melainkan nak ambil gambar Dahlia time dia tengah buat bijak tapi most of the time memang tak pegang telefon hihi. Sebab tu media sosial Yaya jarang berupdate pada waktu weekend. Family time! :)



Yaya juga harap Yaya tak tergolong dalam 58% yang mengakui perhatian mereka akan teralih kepada notifikasi di telefon mereka walaupun ketika mereka sedang berbual dengan orang lain. Kadang-kadang mungkin kita teralpa. Mudah-mudahan lepas ni lebih beringat dan lebih menumpukan masa pada manusia kecil yang kami sayangi ini :')


Nak tahu result Prudential Relationship Index Yaya? Haa lepas dah lihat result tahun lepas, Yaya pun cuba jawab kuiz yang disediakan untuk melibatkan diri dalam statistik tahun ni :p. Nak tahu juga skor sendiri kan hihi. 

Jawapannya ialah,,,

Amboi hashtag Kemanisan gituuu. Semoga kekal untuk 20 30 40 tahun lagi. Aamiin < 3 Korang pun jawab la juga Prudential Relationship Index Quiz ni. Mana tahu lagi Manis dari Yaya kan aagituu


Nak tahu juga skor Prudential Relationship Index korang? Klik link dibawah dan jawab kuiz yang disediakan okay! Jom sama-sama menyumbang skor Prudential Relationship Index untuk tahun ini. Senang je wakk!  ;)



#PrudentialMY 
#PrudentialRelationshipIndex




Terima kasih sudi baca

20 comments:

  1. Sorry Yaya nak komen satu je. Hubby awak hensem sgt. Aum

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Gembira lihat kebahagiaan rumah tangga Yaya. Moga sentiasa dilimpahkan rahmat dan kebahagiaan dunia akhirat ya! Apapun, dengan macam-macam masalah rumah tangga sekarang, dengan ekonominya, dengan kecanggihan teknologi sekarang, ada juga timbul rasa was-was untuk membina perhubungan. Moga-moga semua kita sentiasa dilindungi-Nya. Amin...

    ReplyDelete
  3. amboi sweet nya dia ngan suami..wah bestnya boleh tahu result Prudential Relationship Index heheheh...at least dgn kuiz macam ni kita blh tahu pengawalan kewangan kan... :-)

    ReplyDelete
  4. Bila baca bab 24h berkepit dengan hp, macam dah jadi trend sekarang ni.kesannya sesuatu hubungan jadi renggang.dekat india sampai suami bunuh isteri sebab kes 24h dengan hp ni lah.
    Bab lucu dan kelakar? Memang perlu ada. Walau tak kena punchline, boleh jadi kelakar juga kan. Nak try lah kuiz tu nanti.

    ReplyDelete
  5. Siap ada kuiz Prudential untuk mengukur relationship lagi haa....alahhh orang luar ni selalu la nak bercakap-cakap. Sibuk la nak ambik tahu hal orang. Kalau membantu takpe gak.

    ReplyDelete
  6. Good to have such a supportive husband. The insurance looks good for couple too. Shall discuss with my husband to get 1 too.

    ReplyDelete
  7. Alaaa...caner nak score ni..pasangan pun takde..akak setuju ngan Yaya..kena usaha untuk menjadikan perkahwinan tu kekal selamanya kan..persefahaman , tolak ansur dan jangan rasa rendah diri..bab handphone tu please la..campak la hp tu jauh2 kalau sedang dengan orang tersayang..kena respect...

    ReplyDelete
  8. Moga yaya bahagia hingga ke Jannah.
    Stay happy and understanding :-)
    Aida, this year, bakal sambut anniversary ke 15.
    Mcm2 peringkat da lalu. Now da stabil Dari segi duit, harta. Tapi ada lagi silibus baru dtg.
    Another level of life as a wife and mother :-)

    ReplyDelete
  9. Pernah dgr dah dr agent kak nora prudential.
    dia ada explain tapi kita masuk kanan keluar kiri..
    anyways good to share.. memang bagus ambil tahu
    benda ni coz skeg ramai abaikan pwekara yg dianggap remeh
    tapi sebenarnya sgt2 membantu pd hubungan

    ReplyDelete
  10. Tahniah masih lagi dalam stage kemanisan moga berkekalan la hendaknya. Betul walaupun seorang suri rumah bukan tiket untuk bergantung sepenuhnya kepada suami. Kena bijak cari peluang untuk jana pendapatan sendiri. Nanti nak cuba juga jawab kuiz tu.

    ReplyDelete
  11. Betul tu. Masalah kewangan boleh menyebabkan kita marah dan boleh membuat kita hilang
    pertimbangan dan kurang keyakinan diri sendiri. Huhuhu.

    ReplyDelete
  12. Seronok tengok kabahagian Yaya dan suami serta kehadiran puteri pertama mereka moga terus bahagia hingga ke Jannah...

    ReplyDelete
  13. Bagus ambik insurance dari kecil. Sekrang penyakit sangat banyak, kira menabung la ni dari kecil. Ika pun tengah fikir nk try prudential.

    ReplyDelete
  14. fuh.. kena buat perancangan dari awal.. sebab kita tahu apa yg bakal berlaku pd masa depan

    ReplyDelete
  15. Kadang bila tengok statistik baru la nampak apa yang setiap manusia ni utamakan dan inginkan. Sebab kita boleh nak bg semua rasa kasih sayang, tanggungjawab dan harap hubungan sentiasa okay. Gaduh manja tu biasa la. Asalkan tolak ansur dan Kurang masalah kewangan. InsyaAllah sampai ke akhir hayat Yaya dan Shawn. Amin

    ReplyDelete
  16. Wa.. 1st time baca wntry cmni.. ada kuiz cmni.. tkt btoi.. ketawa mmg dpr rapatkan hubungan suami isteri..stress pon blh reda.. boleh la jd guideline pada pasangan2 yg ada skrg ni

    ReplyDelete
  17. Nape comel sangat Dahlia nie? eh. Sebab parents dia pun lawa gak kan. Eh. Dah komen pasal Dahlia dan bukannya pasal relationship plak hahaha. But yes, sedih apabila kita nampak pasangan di luar yang lebih mementingkan telefon daripada berkomunikasi.

    ReplyDelete
  18. owhhhh jadinya prudential nie krianya macam mengatur kehidupan as husband and wife agar lebih gembira dan saling menyayangi, gituee ? bagus juga ya. sebabnya, yelah, kadang ebnda remeh pon jadi isu. Haishhh. Semoga terus berbahagia !

    ReplyDelete
  19. Bab duit ni bukan lah perkara utama tapi semua benda perlukan duit. Kak irra dari mula kahwin tak bekerja sebab suami nak mommy jaga anak-anak sendiri. So kena tolerate lah. Kita akan fikir aku nak, tapi kesian suami susah payah kerja. Tengok kawan-kawan yang kerja semua rumah besar. Tapi tapi tapi cuba fikir balik masa-masa kat rumah tu kita habiskan bersama anak-anak. Esok besar, mereka dah tinggalkan kita, takde dah nak telek belek anak lagi. Jadi apa pon kita tetap ada cabaran. Cabaran hebat dengan teknologi sekarang. Tengah makan pon tengok handphone, tengah drive pon tengok handphone. Ada masa nanti mommy check skor PRI

    ReplyDelete
  20. TB belum ambil apa-apa insurans lagi Yaya.. terfikir gak bila nak ambil.. bagus jugak dapat baca info tentang ni dekat entri Yaya ni.. thanks for sharing ye..

    ReplyDelete