Mar 15, 2018

Petua hilangkan batuk dan selesema bayi dengan Narinar Theraphy




Hai mommies! Ingat tak haritu Dahlia masuk hospital sampai kena tahan wad 5 hari? Sedih toksah kata la dengan risaunya menjaga baby kecil sepanjang masa. Asalnya Dahlia kena tahan wad sebab kena infection sahaja tapi bila dah bercampur dengan budak lain terus dia dapat selesema, batuk lepas tu tak buang air besar sampai 2-3 hari :(


Time tu taktau nak buat apa dah cuma mampu berdoa je Dahlia sembuh cepat. Oleh kerana salah Yaya sendiri sebab kurang arif dalam penjagaan anak, Yaya taknak ibu-ibu yang baru ada anak pun macam Yaya tau. Baru-baru ni Yaya baru tahu tentang alternatif yang kita boleh ambil untuk legakan selesema dan juga kalau baby kita susah nak buang air besar. Ya Allah dalam hati punyalah syukur sekurang-kurangnya kita dah jumpa cara untuk ubati masalah tu secara semulajadi tanpa gunakan sebarang ubat-ubatan. Alternatif awal menggunakan produk bayi organik yang bagi Yaya sangat bagus untuk semua ibu-ibu sebagai langkah berjaga-jaga :)



NARINAR adalah Terapi Selsema Bayi Pertama di Malaysia dari 100% bahan semula jadi yang eksotik seperti ekstrak Buah zaitun dari Mediterranean, lemon, lavender, pudina dan gam Arabic dari Tunisia yang berfungsi untuk melegakan selsema secara alami.

KEBAIKAN PRODUK NARINAR

100% Natural & Bebas Bahan Kimia
Pati tumbuh-tumbuhan dan bungaan segar dari Narinar menggunakan 100 peratus bahan semulajadi dengan gabungan pati tumbuh-tumbuhan dan bungaan segar asli tanpa bahan kimia. Okay ni yang paling penting sekali sebab kita nak gunakan cuma yang terbaik sahaja untuk anak kita. Lagi semulajadi, lagi bagus! :*

Wangian Aromaterapi
Bau wangi pada setiap produk juga membantu proses pemulihan. Pati tumbuh-tumbuhan dan bungaan segar mengeluarkan bau wangi yang memberi kesan positif apabila hidu dalam-dalam. Korang pernah pergi spa? Haa kebanyakan spa semuanya akan menggunakan wangian aromaterapi untuk memberi kesan rilek dan tenang semasa proses urutan dan rawatan dijalankan. Samalah dengan konsep Narinar ni hihi

Selamat Untuk Digunakan
Tiga siri ujian penyelidikan bersama UPM juga Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) telah dibuat bagi memastikan tahap keselamatannya. Kelulusan KKM juga telah diperolehi dan terbukti selamat untuk digunakan oleh bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Terpaling penting sekali bila melibatkan produk untuk kegunaan bayi dan kanak-kanak, kita kena pastikan kawalan keselamatan semuanya tip top ;)

Panduan Teknik Terapi
Teknik terapi akan diajar kepada pengguna Narinar sama ada secara terus, video atau sokongan daripada whatsapp. Teknik terapi ini akan membantu penyerapan pati tumbuhan dengan sangat cepat dan berkesan. Yaya pun sebelum ni noob gila tak tahu cara urutan yang betul dan terbaik. Nasib baik founder Narinar dah ajar :D

So korang dah tahulah kan kebaikan produk Narinar ni?

Narinar mempunyai 3 produk utama iaitu :
Narinar TT (Tummy Therapy)
Narinar ST (Sleep Therapy)
Narinar FT (Flutheraphy)



Narinar TT (Tummy Therapy)


Macam Yaya dah cerita kat atas tadi, Dahlia ada masalah nak buang air besar. Yaya tak tahu kalau baby lain pun pupu 2-3 kali sehari tapi Dahlia pernah tak pupu sampai 5 hari :O . Sumpah risau weh korang. Hari-hari Yaya tanya bs Dahlia berak tak harini bila ambil dia time balik kerja. Dahlia jarang pupu sejak dah pandai makan bubur ni. Dia pulak jenis makan banyak. Mustahil la tak membuang dalam sehari atau lebih dua hari kan? Minum susu pun okay. Tu yang Yaya risau sangat kalau dia tak buang air besar. Hmm


Lepas baca tentang kegunaan Narinar TT ni terus Yaya excited tak sabar nak cuba sebab ianya memang khas untuk bayi yang mempunyai masalah perut yang tak selesa. Dahlia ni walaupun dia tak pupu, dia tetap aktif sihat bergelak ketawa -.-'


Bau dia memang wangi semulajadi sangat dengan aroma serai wangi yang mana baik untuk melegakan sistem pencernaan bayi di samping sesuai digunakan untuk melindungi kulit dari gigitan serangga. Selain tu ada juga khasiat aloevera yang baik untuk melembutkan kulit dan juga kaya dengan antioksida yang mampu melegakan sembelit. Nice!


Cara penggunaan :
  1. Sakit perut / kembung : Titiskan 2-4 titis Narinar TT di perut. Urut lembut.
  2. Sembelit : Titiskan 2-4 titis Narinar TT dan urut lembut perut membulat pusingan arah jam.
  3. Cirit-birit : Titiskan 2-4 titis Narinar TT dan urut lembut pertu membulat pusingan lawan arah jam
  4. Lakukan teknik pusingan sun & moon untuk kelegaan perut yang cepat. 
Teknik urutan atau cara urut baby kembung perut ni Kak Erin selaku founder ada ajar tau kalau korang nak tengok boleh tonton di Youtube ya! Serius teknik urutan ni sangat berkesan untuk bayi dan juga orang dewasa pun boleh haha. Make sure korang urutan pusingan arah jam kerana ianya merangkumi bentuk dan perjalanan usus kita. So urutan ni memang bagus dan sesuai sangat untuk melegakan perut bayi yang tak selesa lagi-lagi kalau susah pupu macam Dahlia. Dahlia pun syok gila bila Yaya urut perut di sambil nyanyi lagu I love You hihi.


Percaya tak lepas Yaya urut perut Dahlia, dia kentut macam peluru hahahah! Aduhai lega gila Yaya atleast kalau dia tak buang air besar pun Yaya lega sebab kita tahu perut dia memang okay sebab dia dah kentut dan masalah kembung semua memang tak ada la. Esoknya bila dia dah pupu macam biasa lagilah Yaya, ayah dia, atok nenek semua lega. Fuhh punyalah semua orang risau kalau Dahlia tak berak wakaka


Narinar ST (Sleep Therapy)


Antara favorite Yaya! Dahlia ni sejak dia dah pandai merangkak dari dalam bilik ke ruang tamu, dengan Yaya sekali letih weh koranggg >.< Banyak betul tenaga baby ni kadang-kadang kan? Bayangkan dia boleh tahan mata dia sampai pukul 12 malam nak ajak kita main dengan dia. Yaya ni dengan penat kerja lagi dok fikir nak bangun awal esoknya lagi, memang tak terlayan la nak main dengan dia. Jenuh dok bagi dia ngempeng dengan kita tapi mata dia segar je sambil mengempeng tu aduhai anak...


So untuk Narinar ST ini khas untuk baby yang sukar tidur atau sebagai "sleep theraphy" untuk baby. Aroma Narinar ST yang sangat menenangkan ni memang bagus untuk memberi kesan calm kepada Dahlia. Yaya perasan dia diam dan suka je kalau Yaya urut kening dia guna Narinar ST ni. Sampai terpejam-pejam mata. Wow sangat! Lepas tu Yaya urut juga kaki dia guna teknik yang Kak Erin ajar tu. Yaya perasan Dahlia tidur lebih lama dan tak terjaga malam. Maknanya Dahlia dah dapat tidur yang berkualiti dan secara tak langsung Yaya pun dapat tidur yang berkualiti jugalah kan? :p

Cara penggunaan :
  1. Titiskan 2-4 titis Narinar ST di tapak tangan dan ratakan
  2. Sapukan di titik nadi pergelangan tangan bayi dan juga pada tengkuk serta di belakang telinga
  3. Urut tapak kaki bayi dengan Narinar ST menggunakan teknik Vitaflex
MasyaAllah syok gila bendalah ni tak pasal-pasal Dahlia nampak lebih tenang dan susah sangat nak menangis. Dia macam boleh bersabar kalau Yaya on the way nak susukan dia. Kalau tak asyik tak sabar je menjerit nak susu cepat ^^' 

Sebenarnya Yaya dengan Shawn pun pakai juga Narinar ST ni sebab kami suka sangat dengan bau dan kesan tenang aroma epal hijau dan juga pati minyak bidara tu. Yaya kalau dah titiskan dalam 2 titis camtu kat tapak tangan, Yaya terus hirup bau dia dalam-dalam fuhh dari nak marah terus tenang weh seriusss semua mak mak kena ada sebotol Narinar ST ni. Untuk perempuan yang kalau tengah emo datang bulan pun boleh sapu Narinar ST ni. Memang bagus untuk menyeimbangkan emosi kita bila tak stabil.


Narinar FT (Flutheraphy)

Yang ketiga ni orang kata paling legend diantara semua kerana ianya merupakan produk sulung Narinar dan telah berjaya membantu lebih 25,000 orang ibubapa di Malaysia pada tahun 2017 wow kebabom sangat! Khas untuk bayi yang dijangkiti selesema atau kalau ibu rasa macam baby tak sedap badan nak demam, boleh gunakan Narinar FT sebagai langkah awal untuk melegakan selesema dan demam bayi.


Antara khasiat Narinar FT ini ialah gabungan pati minyak gam arab, pudina, lavender dan juga lemon yang diadun dengan minyak zaitun asli. Jarang dengar pati minyak gam arab kan? Yaya pun macam pertama kali baca sebenarnya. Kalau nak tahu, kehebatan gam arab yang terkandung dalam Narinar FT bantu melonggarkan kahak di samping meningkatkan imun sistem badan jika digunakan secara berterusan. 


Narinar FT juga membantu untuk melegakan selsema dan batuk terutama bagi bayi dan kanak-kanak yang tidak mampu mengeluarkan lebihan lendir sendiri. Tidak cukup dengan itu, lemon yang kaya dengan Vitamin C, juga bantu melegakan ketidakselesaan pernafasan. Yaya memang setuju sangat dengan statement ni. Kita pun tahu baby tak reti nak hembus hingus sendiri. Kesian tau kadang-kadang sampai meleleh air mata dia batuk Allahu sedihnya tengok tak sampai hati :(


Cara penggunaan :
  1. Titiskan 2-4 titis Narinar FT di tapak kaki menggunakan teknik Vitaflex, dada dan belakang badan. Calit nipis di hidung jika tersumbat.
  2. Lakukan teknik urutan Vitaflex di tapak kaki dan fokuskan pada point sinus dan paru-paru. Lakukan teknik tepukan Percussion/Cupping untuk melonggarkan kahak dan lendir.
  3. Ulang setiap 15 hingga 30 minit untuk 2 jam. Selepas selesema atau batuk berkurang, boleh jarakkan kekerapan. Narinar FT perlu disapu dengan kerap kerana ianya diperbuat dari pati tumbuh-tumbuhan yang mudah diserap oleh tubuh. 
  4. Boleh juga disapu di pelipat kaki/tangan dan di sepanjang tulang belakang.


Lepas amalkan Narinar FT ni untuk Dahlia, Yaya memang lega sangat selesema dia cepat je reda lepas tu dah kurang batuk! Yaya titiskan 2-4 titis kat tapak tangan dan ratakan kemudian urut di bahagian muka dia di kawasan hidung dan juga tulang pipi. Yaya tahu ramai ibu kat luar sana tahu teknik urutan cara hilangkan batuk dan selesema bayi ni. Kalau nak lebih jelas  boleh tonton video teknik urutan dari Kak Erin di Youtube ya!

Jom kita tengok testimoni dari pengguna lain







Bagi Yaya sendiri, Yaya memang puas hati sangat dengan ketiga-tiga produk Narinar ni. Masing-masing mempunyai kelebihan dan manfaat yang tersendiri. Susah nak cakap yang mana paling best sebab Yaya suka semua! Hihi ^_^


Harga sebotol Narinar (10ml) cuma RM59.00 sahaja. Kalau korang beli 3 botol Narinar T-Series, ianya cuma berharga RM159.00. Lagi jimat dan berbaloi dan pastinya mempunyai lulusan KKM dan juga HALAL. Semua ibu wajib ada waima sebotol Narinar essential oil ini untuk kebaikan seisi keluarga ;)


Untuk maklumat lanjut :
Website : www.narinar.com
Instagram : @narinar.malaysia

NARINAR HQ
Alamat: No.2A-2, Jalan Puteri 2A/3, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Selangor

No. Telefon: 017-717 1848





Terima kasih sudi baca

21 comments:

  1. Uhh bagus juga produk ni ekk. Hmmm alhamdulillah baby saya ok, kalau ada batuk selsema .. emaknya memang dah ada ubatnya sendiri, almaklumlah emaknya orang KKM.

    ReplyDelete
  2. pakaging nampak menarik. sangat tertarik. Bagus juga produk ini untuk kanak-kanak. thanks for info #done follow sis blog
    by me http://cakapsinilah.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Suka produk yg semulajadi -EO. Selamat utk anak2. Lagi2 kalau ada sijil KKM dan halal. Botol pun comel senang nak bawa ke mana.

    ReplyDelete
  4. Banyak juga benefit produk Dari botol sekecil itu. I love this kind of therapy even for myself to release stress kerja.

    ReplyDelete
  5. Wahh banyak juga fungsinya. Kalau famili yang mahu travel dengan anak kecil pun mesti membantu sangat sebab packagingnya pun memang nampak convenient. Boleh suggest nanti kat member2 atau sepupu sepapat yg ada bayi.

    ReplyDelete
  6. Marsha suka bau lemongrass (serai). Elok betul untuk baby...Marsha nak cubalah untuk Baihaqi. Boleh buat first aid jika kecemasan.

    ReplyDelete
  7. Aromatherapy memang bagus untuk anak-anak kecil..ibu ibu kena simpan ni kat rumah sebagai persediaan ubtuk elakkan anak-anak dari terus terkena selsema kan..bila sapu anak senang tido dan selesa

    ReplyDelete
  8. Bagus ni utk anak, yaya. Instead of bagi ubat spital Aida always prefer alternatif gini. Alami. Natural. Biar la kekadang lambat baik. Tapi akan baik terus!

    ReplyDelete
  9. Makin famous narinar ni.. pernah cuba bau kawan liez punya.. mmg sedap baunya dan macam therapy oil jugak..

    ReplyDelete
  10. Kita tak pernah jumpa anak Yaya hehehe dan Yaya sendiri pun dah lama tak jumpa dah besar. Bagus kena ada produk macam ni kat semua keluarga yang ada anak kecil senang emergency...

    ReplyDelete
  11. Wah! Bestla ada produk macam ni. Sebab bila ada anak kecik. Boleh sapu tanpa masalah.

    Lagipun bau-bau menenangkan macam ni boleh menenangkan bebudak dan pastikan tidur diorang lebih lena.

    ReplyDelete
  12. Bagus produk macam ni membantu ibu bapa. Teringat zaman dulu, nenek saya akan sedut hingus adik masa selsema.

    ReplyDelete
  13. KESIAnnya baby kalau ada masalah macam tu.airah kena stadby la oil macam ni untuk baby nanti

    ReplyDelete
  14. syok nya baby dapat massage... sambil boleh hilangkan batuk dan selsema? Ni produk yang sangat bagus lah....

    ReplyDelete
  15. Ah it seems a safe products that can apply on kids. I need it too as I have difficulties in sleeping. As long the scent is not strong, is acceptable for me.

    ReplyDelete
  16. comelnya baby..memang produk yg bagus dan sesuai utk baby

    ReplyDelete
  17. Urut depa guna eo blended mmg best...lepas urut tu kompem tdoq lena woo...kita pun kalau calit2 skit eo lavender pun sedap je lena

    ReplyDelete
  18. baby suke kalau bab2 massage nih cepat dorang tidur tambah2 ada produk macam nih dengan aroma lagi la cepat tidur.

    ReplyDelete
  19. Pakai essential oil yang betul juga boleh meringankan sakit tekak dan batuk juga.

    ReplyDelete
  20. wooi.. this seems so good and for sure need to buy some for my best friend as anak dia mmg hard to sleep due to cough and nose discomfort. let's see this can help or not

    ReplyDelete
  21. narinar ni sejenis minyak angin eh ... ke minyak therapy ?

    ReplyDelete