Mar 14, 2018

Review | Kembalikan kesihatan kulit wajah SkinValet Ampang



Hai korang! Wah lama gila Yaya tak manjakan diri lepas berhempas pulas menjaga suami dan anak anak kahkah over tau. Selalu manjakan diri dengan makanan je :p Bukan apa, Yaya pernah trauma nak buat facial sebab sebelum ni pernah buat rawatan carbon laser tanpa buat pemeriksaan kulit terlebih dahulu and turn out kulit muka Yaya jadi lebih sensitif, kering dan mengelupas. Huwaaa trauma iols! :(


Survey punya survey, finally Yaya dah jumpa satu spa yang bertempat di Ampang yang mana tak jauh dengan rumah Yaya (yeay!) dan juga dah baca pelbagai review hebat dari mereka yang dah cuba rawatan disini. Makanya sebelum makin rasa tak confident dengan diri sendiri dan berkeinginan tinggi untuk sentiasa nampak helok manis jelita di mata Shawn, Yaya terus semangat nak buat rawatan muka kat sini. Dengar cerita kat sini boleh dapatkan skin consultation dulu sebelum mereka sarankan rawatan mana yang sesuai dengan kulit wajah kita. Haa ni yang kita mahu!


Muka sekarang ni dah macam mak mak sangat dengan whitehead blackheadnya dengan eye bagnya dengan hidung besaunya >.<'


Fuhh nice juga first time sampai ke SkinValet Ampang ni. Terang lagi bersuluh korang waze saja haa pasti tak sesat.


SkinValet ini mempunyai 6 cawangan diseluruh Malaysia iaitu Ampang, Bangi, Ipoh, Langkawi, Rawang dan Johor Bahru, dan 4 lagi cawangan baru yang bakal dibuka di Damansara, Wangsa Melawati, Shah Alam dan Klang. Mereka menyediakan pelbagai terapi kecantikan untuk sesiapa yang mengalami masalah wajah seperti :
  • Jerawat
  • Pigmentasi
  • Jeragat
  • Parut
  • Kulit Kering/ Berminyak
  • Mencerahkan kulit

Termasuk menyediakan rawatan kecantikan seperti SV Aqua Peel, SV Fruit Peel, SV Acne Peel, SV Signature Blue Mask, Carbon Peel Laser, Oxycryo, Diamond Silk Peel, Skin Tightening, dan banyak lagi. 


Apa istimewanya Skin Valet?

Bagi pelanggan yang beragama Islam, Skin Valet ini adalah medispa patuh syariah, spa muslimah dan kesemua pekerjanya adalah beragama Islam.  Ahli terapi wanita ini akan mengenakan sarung tangan ketika merawat pelanggan lelaki. Rundingan kecantikan di sini diberikan oleh doktor atau Beauty Expert yang terlatih. Rawatan yang akan dicadangkan hanya berdasarkan apa yang diperlukan oleh pelanggan.  Produk yang digunakan di sini pula adalah halal dan selamat. Selain itu, bilik yang berasingan digunakan semasa merawat pelanggan lelaki dan wanita. 


Perkara yang paling penting ialah SkinValet dikendalikan oleh pakar-pakar yang mempunyai latar belakang yang mantap dalam industri perubatan, aesthetic dan farmaseutikal yang menjanjikan rawatan yang terbaik untuk para pelanggan.


Suka hiasan dalaman SkinValet ni ala ala English style. Jom ronda seround dulu sebelum tunggu turn kita dimanjai. Ada eh ayat dimanjai.



Disini terdapat beberapa bilik yang disediakan dengan kelengkapan untuk merawat pelbagai masalah wajah pelanggan yang datang. Lelaki ke perempuan ke korang boleh datang sini untuk dapatkan rawatan. Kalau nak bawa family pun boleh untuk teman korang sebab ruangan menunggu kat sini sangat super selesa siap ada ruang untuk kanak-kanak tau. Tapi pesan kat anak jangan bising-bising tau takut mengganggu pelanggan lain hee :*





Yang bestnya, mini cafe turut disediakan disini. Lepas rawatan, boleh minum hot tea dengan biskut sedap hihi.


Acah acah feeling sangat tau.


Selesa sangatlah ruang menunggu depa! ^_^



Ok turn dah sampai. Sebelum analisa wajah dimulakan, kita kena bersihkan segala solekan di muka dan pastikan tiada kesan make up langsung bagi memudahkan analisa dilakukan dan secara tak langsung kita pun boleh dapat result yang tepat untuk masalah kulit wajah kita ;)


Bila kita dah 'yakin' bersih, letakkan seluruh kawasan wajah kita di mesin analisa wajah. Haa kau ni baru betul sebelum kita nak ambil apa-apa treatment berkaitan wajah kita WAJIB kenalpasti masalah kulit wajah kita dahulu barulah tak tersalah ambil rawatan.


Ada 3 jenis gambar wajah yang telah diambil di bawah tiga jenis lampu yang berbeza. Kulit wajah dari penglihatan mata kasar, penglihatan kamera dan juga dalaman kulit wajah. Kanan sekali tu dah macam alien Yaya tengok wakaka!


Pakar kita sedang menganalisis kulit wajah Yaya dan Yaya terksesima tengok wajah bulat umpama tembikai itu. Setelah melalui proses analisa wajah lebih kurang 10-15minit, terbukti masalah kulit Yaya iaitu kering dibahagian U dan berminyak di bahagian Zon T. Maknanya Yaya mempunyai jenis kulit 'skin combination'. Tak kira lagi berapa banyak whitehead dan blackhead tersembunyi di sebalik wajah ini wuwuwu. Terus pakar kita list kan rawatan yang bersesuaian dengan kulit muka Yaya.


Bersedia untuk ke bilik rawatan yang sangat selesa.




Maaf anak rambut terlampau banyak hahaha


Rawatan dimulakan dengan cucian kali kedua oleh beautician kita untuk pastikan muka kita betul-betul bersih dari segala kotoran sebelum wajah kita diwapkan selama 10-15minit untuk membuka liang pori wajah sebelum rawatan dan memudahkan whitehead dan blackhead dibuang. Fuhh memang feel wakk time dia bersihkan ni. 


Okay ni paling Yaya excited! Untuk mereka yang pertama kali datang ke SkinValet, Yaya sangat recommed untuk korang buat rawatan SV Aqua Peel! Sumpah best gila taktau nak habaq.


1.       SV Aqua Peel
  • Membersihkan liang pori pada kulit wajah
  • Membuang segala whitehead dan blackhead di wajah
  • Membuang sel kulit mati
  • Menyediakan kulit wajah untuk rawatan yang seterusnya

Yaya memang paling suka rawatan SV Aqua Peel ni. Sumpah best gila korang! Beautician akan pastikan tiada sisa apapun tertinggal pada kulit wajah korang. Semua disedut seperti vacuum! Lepas habis rawatan ni korang boleh tengok hasil kotoran wajah korang juga :O Memang tersangat best laaa wajib wajib wajib buat! Haa kau banyak tanda seru hahaha. SV Aqua Peel ini menggunakan mesin canggih yang akan menyedut segala kekotoran di muka dan dalam masa yang sama akan melembutkan liang pori tadi dengan cecair yang dikhaskan. Untuk rawatan SV Aqual Peel ini, ianya cuma berharga RM250 untuk servis rawatan yang tersangat tip top selama 45 minit.


Hasilnya? Sangat kebabom! Muka jadi lembut gila selembut punggung baby! Terlalu lembut tau korang best sangat bila segala kotoran dan sel kulit mati dah tiada. SANGAT RECOMMENDED.


Untuk rawatan seterusnya, Yaya nak cuba rawatan Topical Oxygen Mask seperti yang disarankan semasa analisa wajah.


2. Topical Oxygen Therapy 
  • Menenangkan kulit
  • Meremajakan kulit
  • Sel stem digunakan untuk meningkatkan kualiti kulit menjadi lebih baik 

Time muka Yaya disapu dengan gel sejuk tu fuhh lagi la lega sangat muka rasa selesa gila (korang boleh tengok video yang Yaya share kat FB dan IG ya semasa buat rawatan Topical Oxygen Therapy ni). 

Seterusnya, topeng oksigen diletakkan di bahagian muka kita untuk meningkatkan lagi penyerapan khasiat gel tadi. Best gila wak bila dapat pakai topeng oksigen ni. Ibaratnya finally dapat belanja kulit wajah yang selalunya terdedah kepada persekitaran yang tak berapa nak bersih kepada 100% oksigen nah hamekaw sila nikmati dengan tenang. Serius best sangat rasa nak tertidur. Memang muka rasa fresh gila lepas rawatan Topical Oxygen Therapy. Untuk mereka yang mempunyai skin combination, silalah buat treatment ni okay! RM250 sahaja untuk 45 minit memang besttttt


Untuk rawatan terakhir bagi melengkapkan susulan masalah wajah Yaya, Yaya disarankan untuk buat SV Signature Blue Mask. Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit yang kering dan mengelupas, memang sesuai sangat untuk rawatan ini. 

3. SV Signature Blue Mask
  • Mencerahkan wajah dan memberi efek glowing dengan segera
  • Menyegarkan kulit wajah
  • Proses penghidratan dan penyembuhan
  • Sesuai untuk kulit kering


Beautician akan ratakan blue mask ni ke seluruh wajah kecuali dibahagian lubang hidung hihi. Time ni korang boleh tidur sementara nak tunggu blue mask kering okay. Sejuk dap dap sangat muka bila treatment blue mask ini dijalankan. Iols yang memang mengantuk mengambil masa untuk tidur sekejap :p


                  

Gambar dari IG story haritu hahaha. Video pun ada nanti korang boleh tengok ok video Yaya di IG dan FB semasa kesemua rawatan ini dijalankan. Haritu time Yaya buat IG story penuh DM dok tanya best ke tak best ke tak. Haruslah best! Cuma RM50 sahaja untuk rawatan Blue Mask ni uols! Untuk mereka yang ontheway nak kahwin ke tengah prepare untuk majlis dan hari bahagia dan nak nampak muka sihat berseri korang memang wajib buat rawatan di SkinValet Ampang ni okay ;)



Tak tahan nak selfie bila kita rasa sendiri kulit wajah kita jadi semakin sihat dan berseri lepas dapatkan rawatan wajah di SkinValet Ampang ni. Semoga seorang Yaya lebih istiqomah menjaga kecantikan wajah dan semoga Shawn semakin sayang ewahh lepas ni nak suruh Shawn lanje pulak untuk next treatment hihi. Tapi walau pemalas nak make up sekalipun jangan lupa basic skincare kita iaitu Cleanser, Moisturizer dan juga Sunscreen/sunblock tau!


Refreshment selepas rawatan sebelum kita balik. Cookies dan hot tea yang sangat sedappp :)

Bersama beautician di SkinValet Ampang yang cantik-cantik semuanya buat iols feeling insecure tapi seronok dapat jumpa orang-orang cantik ^_^ . Sempat Yaya belanja diri sendiri sunscreen yang power gila semoga lepas ni rajin pakai sunscreen/sunblock untuk kesejahteraan kulit sendiri. 


SkinValet menyediakan pakej rawatan untuk 5 sesi dengan hanya berharga RM1000 (RM200/1 sesi) dan 10 sesi dengan harga pakej RM1800 (RM180/1 sesi). Yeayy lagi jimat dan berbaloi baloi :D


Selepas seminggu Yaya dapatkan rawatan di sini, Alhamdulillah masalah kulit wajah Yaya semakin baik dan Yaya pun tak tinggalkan basic routine skincare yang sangat penting bagi wanita. Rugilah lepas buat facial lepas tu tak jaga muka sesungguhnya. Babap nak?


Terima kasih atas layanan kelas pertama bak puteri yang diberikan disini. InsyaAllah ada rezeki nak datang lagi nak cuba treatment yang lain pula. Untuk korang yang dah lama nak cari tempat facial yang best, terbaik dan sangat memuaskan hati, ayuh hadiahkan diri korang dengan rawatan dari Medispa SkinValet Ampang. Jom #lawagembira ;)


Untuk maklumat lanjut :

Official Website: http://www.skinvalet.com.my/

Facebook : Skin Valet Ampang




Terima kasih sudi baca


8 comments:

  1. hai ain datang singgah sini dan follow awak. salam perkenalan :)
    sincerely , farahain zfa

    ReplyDelete
  2. Sedikit seram lak tgk gambar-gambar tu .. hahaha ..
    Hmm saya pun dah lama tak buat rawatan kulit wajah ni. Last buat dengn wife kat satu spa ni.
    Best memang best, lagi2 sebab amoi cantik .. kah kah.

    Tapi lepas tu dah tak buat dah. Nak cari lelaki yang operate, susah betul di tempat saya ni.

    ReplyDelete
  3. syok la tgk blue mask tu...bila dh penat urus ank and suami sesekali dpt me time mcm ni syok...tp akak fobia juga kalo melibatkan muka ni sbb riso kot tk sesuai...akak slalunya pegi mcm massage la bg ilangkan stress hehe

    ReplyDelete
  4. lelaki boleh datang kan? macam best dapat manjakan muka kat sini.

    ReplyDelete
  5. Bila lah SkinValet ni nak buka cawangan di Pulau Pinang. Boleh lah kita pergi. Bestnya treatment kat sini. Kulit wajah pun kena ambik berat dan dirawat dengan rapi kan.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  6. Sesekali dapat manjakan diri macam ni, best! Eh Kak Rose tertarik dengan blue mask tu. Macam nak try jugak!

    ReplyDelete
  7. wow. patutla muka yaya makin berseri. tapi posedur dia ada macam2 kan...seram jugak tengok tapi nampak macam nearik

    ReplyDelete
  8. Bestnya buat facial treatment. Tempat ni nampak eksklusif. Mgkin boleh cuba nanti. Tq yaya for sharing

    ReplyDelete