Apr 20, 2018

Ramadhan Buffet @ Bangi Golf Resort



Aduhai korang dah habis ganti puasa belum? Yaya ada 12 hari lagi daripada 34 hari hahaha rasa macam nak redha je ni biarlah balance tu bawa tahun depan wakaka. 1 Ramadhan nanti genaplah usia Dahlia setahun. Serius la kejap gila :')


Oleh kerana Ramadhan tinggal tak berapa lama lagi, maka bermulalah jemputan ke preview buffet ramadhan. So preview buffet ramadhan pertama pada tahun ini haruslah di Bangi Golf Resort. Setiap tahun wajib bagi Yaya untuk mencuba pelbagai menu menarik yang disajikan disini. Yang bestnya, terdapat lebih 200 hidangan ala melayu, barat dan juga timur yang disediakan sempena buffet ramadhan di Bangi Golf Resort ini tau!


Dengan harga yang bermula dari serendah RM59 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak-kanak, Yaya pasti ramai yang mampu untuk pergi kesini bersama keluarga tersayang nanti ;)


Paling Yaya suka sebab tempatnya yang selesa dan yang penting sejukkk hahaha penting tau kalau bawa baby. Memang selesa sangat dengan keluasannya tak payah nak berebut tempat duduk okay insyaAllah pasti ada tempat yang penting kena buat tempahan dulu ;)


Restoran Bangi Golf Resort pada tahun ini menyajikan pelbagai hidangan menarik (Signature Buffet Ramadhan) yang bermula pada 19 Mei 2018 hingga 13 June 2018. Paling penting korang janagn risau ye sebab BGR telah disahkan halal oleh JAKIM dan juga telah diiktiraf sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor pada 2017.


Jom kita tengok antara menu yang disajikan di BGR Ramadhan Buffet.
























Selain daripada itu, terdapat pelbagai pilihan pencuci mulut baru yang dihidangkan pada tahun ini antaranya ialah Salted Caramel Brownies, Bandung Lychee Cheese Cake, Pandan Gula Melaka Mousse dan banyak lagi!






Haa terliur ke tidakkk... Aduh Yaya yang menaip untuk entri ni pun teringat-ingat lagi keenakan makanan di BGR Buffet Ramadhan ni. Paling best bagi Yaya haruslah kambing bakar dan juga Carbonara yang super awesome dan tersangatlah sedap! Korang kena cuba tau nanti ;)


Selain itu turut diadakan pertunjukan dan persembahan untuk kanak-kanak. Takdelah diorang boring masa tunggu ahli keluarga berbuka puasa hihi


Persembahan muzik dari live band juga turut diadakan dari pukul 6.30 petang sehingga 9.30 malam bagi memeriahkan suasana. Memang lunak nyanyian dan alunan dari band ni. Rasa syok sangat wakk. Paling suka bila mereka melagukan irama tradisional hihi.

Antara lain yang menarik ialah :
  • Ruang solat yang luas dan selesa untuk tetamu
  • Lebih 800 ruang parkir disediakan
  • 1% dari keuntungan akan disumbangkan kepada Islamic Relief Malaysia untuk memperkasakan komunti dan memberi bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik.
  • Berkerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan lebihan makanan kepada mereka yang memerlukan.


Dengan harga Buffet Ramadhan yang sangat berpatutan dari Restoran Bangi Golf Resort, boleh sangat kalau korang nak bawa kesemua ahli keluarga berbuka puasa disini nanti. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan! ^_^

Harga :
Dewasa : RM59.00
Kanak-kanak : RM29.50 

Maklumat lanjut / Tempahan :
1700 81 8557

Email :

Website :

Facebook :

Instagram :

Alamat :
No1, Persiaran Bandar, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor


Terima kasih sudi baca

No comments:

Post a Comment