Sep 6, 2014

Cabaran30Hari : Hari 6 : Apa yang yaya makan dan minum hari ini

Assalamualaikum semua 


Salam Hari Ke - 6 #Cabaran30Hari.



Mukadimah dimulakan dengan pertunjukan gambar kabur seorang gadis sedang berlagak dengan air yang paling sedap di alam semesta. Air ini dikatakan sedang berleluasa dijual dengan harga yang paling murah ketika ini di Halal Fiesta yang berlangsung di Mines, Seri Kembangan. Harga promosi 3 botol Rm10 ini boleh didapati disana. Sila pergi cepat sementara stok masih ada. 




Gadis berlagak yang dikatakan tadi disamping Air Mangga Jus Pran. 
Letak ais banyak banyak untuk merasai pengalaman berharga rasa manis buah mangga tersebut.


-

-

-

Ya ampun maafkanlah perilaku di atas. Haha. By the way, Untuk meneruskan cabaran 30 hari ni, tiada apa yang special dariku melainkan menu kampung orang dulu dulu. Ubi kayu kampung yang sangat sangat manis diambil dari kebun pakcik yaya di Melaka. Kenakan pulak dengan sambal tumis ikan bilis. Memang pedepow! Yaya makan banyak hari ni. Tapi menu Lejen ini juga yaya nak tunjuk bagi korang terliuq (kalau korang tekak kampung macam yaya lah). Minum Air Mangga Jus Pran dan makan ubi kayu kampung yang manis bersama sambal tumis sambil tengok cerita hindustan. *mata bercahaya




2 ketul cuma sekadar hiasan. Kalau letak 5-8 ketul nanti kantoi la korang tahu yaya raksasa pemakan.



#Cabaran30Hari





Terima kasih sudi baca  


13 comments:

  1. sedap juga.. tapi cam pedas jer.. heheh

    salam Perkenalan dari mamamyja. Jemput singgah, komen and follow yer


    CABARAN HARI KE-6

    ReplyDelete
  2. Waaa.. Lama xlayan ubi rebus ni.. Sambal tumis ikan bilis lg..

    ReplyDelete
  3. kak irra tak pernah tengok lagi org makan ubi kayu ngan sambal tumis ikan bilis. macam sedap jerr irrayyan.com

    ReplyDelete
  4. Nice! Rare.... Yummy

    ReplyDelete
  5. KALAU yaya tak letak 5-8 ketul pon saya dah tau yaya raksasa pemakan..haahaahaaa..anyway,sodapnyaaaaaaa!

    ReplyDelete
  6. wah sedapnyer! terliuq dah!!

    ReplyDelete
  7. Ubi makan masa hujan sedap oo

    ReplyDelete
  8. okeh jelessss...bukan air jus mangga pran tu,tuuuu ubi tu grrrrrr

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:17 AM

    Tue dia maskot jus pran.. ha ah

    ReplyDelete
  10. Uishhhh sedap tuuuuuu.. suka makan ubi kayu dengan sambal.. aauuummmmm

    ReplyDelete
  11. ubi kayu dengan sambal... macam best je.. tapi oarang negeri akak bila makan ubi kayu.. pasti dengan kelapa parut, letak gula dan garam sikit.. lain negeri lain hudangannya.. betul tak.. salam perkenalan dari akak.. seronok lak tengok ramai yang sahut cabaran.. akak baru ari ni ada masa buka blog n fb..

    ReplyDelete
  12. xpernah mkn dgn smbal ikan bilis lg...

    ReplyDelete
  13. Waduh..sedap tu ubi kayu.....lame x makan..lapo plak pepagi bute ni...

    ReplyDelete