Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Aug 4, 2015

Garsa Kitchen : The Best Sandwich in Town

Assalamualaikum semua 


Hai korang! Rasanya mesti ada yang perasan yaya post gambar sandwich kat IG dan FB haritu kan? Ramai tanya Yaya sedap ke sandwich tu nampak macam sedap je. Memang sedaplah uols. So ni full review untuk Garsa Kitchen Sandwich. Jemput terliuq! 


Yaya suka dengan kotak dia! Tah kenapa rasa ekslusif okay. Sandwich dalam kotak macam pizza. Siap boleh nampak dari luar lagi. 


Mine is Fiesta! Fiesta cuma ada dalam saiz L (24 pcs). Dalam ni semua perisa ada. Campur campur. So kalau uols pertama kali nak cuba macam Yaya, Yaya suggest untuk ambil menu ini okay!


Khas untuk mereka yang berada di sekitar KL, Cyberjaya, Putrajaya atau boleh cuba cuba nasib kot delivery boleh sampai ke area Lembah Klang. Memang sesuai sangat untuk bersantai, berkelah, mesyuarat, majlis hari jadi dan apa apalah hihi. Mesti semua happy bila dapat makan sandwich ni. Delivery pun sangat efisyen. Order tengah hari, petang dah dapat. Nak order 2 jam sebelum pun boleh. Memang terbaik!


Next, jemput tengok kegebuan, kelembutan dan kepadatan sandwich dari Garsa Kitchen. Masa makan ni memang sel sel yaya semua rasa happy. Sedap sangat la aduhai.






Macam mana? Nampak sedap tak? Teringin nak cuba tak? Hihi. Semua sedap! Dan Yaya paling suka tuna! Nyum nyum! Tuna sedapnyaaa~


Jom Tengok Senarai Harga Sandwich di Garsa Kitchen

BEEFTASTIC
Bread, Lettuce, Tomato, Mayonnaise, Cheese, Black Pepper, Relish, Onion & Beef slice 
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

EGGSTACY
Bread, Mayonnaise, Egg, Lettuce, Tomato & Black Pepper 
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs) 

TUNA TURNER
 Bread, Tuna, Mayonnaise, Shallots, Lettuce, Tomato, Black Pepper & Salt
L RM35 (24pcs)
M RM22 (12pcs)

CHICKSTER
 Bread, Chicken slice, Mayonnaise, Cheese, Onion, Lettuce, Tomato, Salt & Black Pepper
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

EGGXTRA-ORDINARY CHICKEN
Bread, Chicken slice, Egg mayo, Lettuce, Tomato, Cheese, Salt & Black Pepper 
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

FIESTA 
Mixed sandwiches
L RM45

TUNA ON FIRE
Tuna chunks, shallots, birds eyes chili in oil, mayonnaise, lettuce & tomato
L RM35 (24pcs)
M RM25 (12pcs)

CHICKEN IN A BIKINI
Grilled chicken, sliced olives, shallots & dressings 
L RM45 (24pcs)
M RM25 (12pcs)



"Jemput makan saya!" - Pesanan dari para Sandwich yang fresh dan sedap.


So apa tunggu lagi? Jom cuba Sandwich sedap ni bersama tersayang! Hihi.
Garsa Kitchen membuat penghantaran di sekitar KL setiap hari tau. Sebelum membuat penghantaran, delivery boy akan call dahulu untuk pengesahan. Uols cuma perlu tunggu di depan pintu sahaja. Yang specialnya, Pre-order boleh dibuat pada bila bila masa. Paling lewat 2 jam tau! Admin mereka yang sangat baik dan peramah akan sentiasa ada untuk ambil order pelanggan. Yeayy!


Cuma perlu whatsapp : NAMA , HP , TIME , DATE , ADDRESS , ORDER 

Whatsapp/Call : 011-3291 6119

Ikuti laman IG Garsa Kitchen untuk alert dengan promosi yang mereka buat dan booth yang mereka akan buka di lokasi tertentu. Yang bestnya, ada waktu istimewa yang mereka akan bagi pelanggan mereka FREE potato salad semasa penghantaran ke rumah. Sentiasa alert dengan aktiviti mereka di instagram dan jangan lupa gunakan hashtag #GarsaKitchen bila bergambar bersama sandwich uols! Hee. 
Selamat mencuba! ^_^

Instagram: Garsa Kithcen



Terima kasih sudi baca  

May 22, 2015

Buffet Ramadhan Best : Cafe@PICC, Putrajaya

Assalamualaikum semua 

Buffet Ramadhan 2105 yang bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" dari Cafe@PICC kini memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan,



Bufet Ramadhan Cafe@PICC ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti “Pembuka Selera”, “Kecur Liur, “Pemanis Mulut”, “Manisan Periuk Tanah Liat”, “Gerai Utama  PICC”, “Kawah Warisan”, “Aneka Panggang”, “Kebun Buah Pak Rusmie”, “Aneka Keropok” dan “Jeruk Pak Ali”. Nyummy! ^_^











Memang bermacam macam lah menu special yang disediakan sampai tak terkira nak senaraikan. Maklumlah ada 300 menu tu! Antaranya ialah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal, Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang, dan lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.



Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Cafe@PICC dapat memuatkan 1000 orang pada satu masa. Selain daripada menu yang tradisi yang mengikut tema, Cafe@PICC juga menyediakan menu makanan barat seperti pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine berserta Sos Blognese, Napolitana dan Carbonara yang sedap gila. 



    Sambil menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC. Sambil menjamu selera, hadirin juga akan dihiburkan dengan persembahan dari Rosma AF. Memang lunak merdu suara dia dari dulu.




Untuk tempahan Buffet Ramadhan, hubungi 03-88876162 atau secara online di www.ticketonline.my/picc


PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka. Untuk tempahan dan mendapatkan maklumat korporat, hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-88876000 atau email ke kumari.nahu@picc.com.my

Terima kasih sudi baca  

Sep 25, 2014

Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya

Assalamualaikum semua 


Balik dari kerja, vedevoom buat drift ke PICC Putrajaya untuk jumpa makhluk tuhan yang masyaAllah baik baik semuanya. Sayang gila kat diorang. *sila faham entri ini dibuat pada sekitar 2 pagi maka nilai sentimental dalam diriku berpisah tiada.


Masuk masuk tengok chef chef ni tengah bergambar. Pergh rasa nak culik sorang lepas tu suruh dia ajar macam mana nak masak sedap sampai camtu. Sebelum ni Buffet Ramadhan mereka juga antara orang terkuat yang menjayakannya di dapur. Tahniah chef chef semua!  




Lepas letak barang dekat seat, yaya tawaf dulu semua area makanan sambil fikir fikir nak makan apa. Akhirnyaaaa... yaya nampak carbonara yang paling sedap di alam semesta. Sebelum ni pernah makan kat situ juga memang sedap sangat sampai teringat ingat bila balik rumah. Terus yaya belasah carbonara + cheese powder banyak gila. Ya ampun puas sangat. Haha 




Hello saya Carbonara yang digilai.

Lepas dah habis carbonaraku, gigih bangun semula cari makanan lain. Memang dasar raksasa pemakan.



Terdapat banyak stesen yang disediakan oleh pihak PICC@Cafe untuk para pelanggan mereka. Setiap stesen ini memberi keselesaan kepada para pelanggan dimana pelanggan tidak perlu berebut untuk mengambil steamboat kerana mereka menyediakan 3 ke 4 stesen yang menghidangkan jenis steamboat yang sama. So tak payah berebut kalau stesen 1 ada orang tengah pilih makanan, anda boleh terus ke stesen sebelah. Hehe



Selain pelbagai jenis steamboat, makanan lain seperti spaghetti, nasi goreng, mee goreng, dessert yang beraneka juga disajikan seperti putu piring, ABC, aiskrim dan lain lain. Siap boleh deko lagi nak aiskrim macam mana dengan menggunakan buah buahan segar yang disediakan. Best kan best kan. Hee




Eh eh macam kenal.



Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan mantap dari band jemputan. 




Hasil tangkapan pusingan pertama. Pusingan seterusnya terlalu ekstrem untuk dipaparkan. Maka ini sahaja untuk tatapan kalian. Takut menggangu puasa ganti kalian.Hehe





Fruit is my favorite forever. 






Udang demok debab. Bila nak makan lagi ni sedapnya.



Omonommonummonummonom


Hai gegirls! Semua muka habis excited bab makan. Plus bukan selalu nak dapat berkumpul dengan ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain. :'D




"Pakat mai kat hangpa semua datang ke cafe kami. Mulai dari 25 Sept - 31 Dis 2014, para pelanggan  akan diberi 20% diskaun yang mana jumlah akhir cuma RM28 bagi dewasa dan RM14 bagi kanak-kanak."

 Woww bestnyaa!




Terima kasih kepada pihak PICC yang sudi menjemput dan menjamu kami dengan makanan yang sangat enak dan bertaraf bintang.






Rawrrr!! Nak lagi!


Bagi membuat tempahan untuk Steamboat Dinner Cafe@PICC Putrajaya , sila hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-8887 6000 atau email kumari.nahu@picc.com.my
PICC Diuruskan oleh :
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang, Presint 5
62000 Putrajaya
Tel : 03-8887 6000
Faks : 03-8887 6499
Website : www.picc.com.my
Twitter : @piccmalaysia




Terima kasih sudi baca