Showing posts with label Buffet best. Show all posts
Showing posts with label Buffet best. Show all posts

May 23, 2015

Buffet Ramadhan Best : Eastin Hotel Petaling Jaya

Assalamualaikum semua 


Sajian Ramadhan Ibunda. Memang terasa macam masakan ibunda sungguh bila bersantap disini. Hehe. Yaya dan Fatin Bella antara yang paling awal datang masa ni. Sebenarnya kami yang terdatang awal. Teruja nak tengok hidangan menu yang disediakan di Hotel Eastin Petaling Jaya.


Deko yang sangat cantik! Kreatif sungguh ^_^


Antara yang istimewa di Buffet Ramadhan di Hotel Eastin ialah Ayam Bertebu, Daging salai, Ikan Masak Asam, Puyuh Goreng Sambal Hijau, Kambing Golek dan banyak lagi yang sangat sedap okay!





Seksi sungguh beriani kambing atas dulang ni. Daging yang sungguh empuk dan enak. Nyums!







Cuba teka apa atas ni? Haa ni ialah kek durian. Macam durian betul dah tau. Sedap pula tu. Kat bahagian dessert ditempatkan semua jenis dessert yang berasaskan durian. Memang sedap dan memang terbaikk! Teringat ingat yaya rasa durian yang telah dijadikan bentuk pastri ni. 








Semuanya durian! Heaven nyaaa~


Pelbagai jenis buah buahan di dalam satu gelas. Marvelous! 


Eksklusif untuk Ramadhan Early Bird Vouchers, mulai 12hb Jun 2015 harga buffet cuma RM91 untuk seorang. Dan yang bestnya baucer ini boleh digunakan dari 18hb - 22hb Jun 2015. 


Dan jika tidak mempunyai early bird vouchers, dari 18hb - 22hb Jun 2015 harga bagi seorang dewasa ialah RM 115 dan RM 58 untuk kanak-kanak.


Dari tarikh 23hb - 16hb Julai 2015 pula harga bagi dewasa ialah RM138 dan RM69 untuk kanak kanak. 


Jadi jangan lepaskan peluang untuk membuat tempahan awal mulai 12hb Jun dan mendapatkan Early Bird Vouchers yang cuma bernilai RM91! Memang berbaloi baloi! ^_^



Untuk maklumat lanjut dan ingin membuat tempahan, sila hubungi Marketing Communications Department Eastin Hotel, Petaling Jaya di talian 03-7665 1111




Terima kasih sudi baca  


May 22, 2015

Buffet Ramadhan Best : Cafe@PICC, Putrajaya

Assalamualaikum semua 

Buffet Ramadhan 2105 yang bertemakan "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" dari Cafe@PICC kini memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 300 hidangan yang menampilkan juadah tradisi dan warisan Melayu sebagai tarikan,



Bufet Ramadhan Cafe@PICC ini menampilkan sajian dihidangkan mengikut tema seperti “Pembuka Selera”, “Kecur Liur, “Pemanis Mulut”, “Manisan Periuk Tanah Liat”, “Gerai Utama  PICC”, “Kawah Warisan”, “Aneka Panggang”, “Kebun Buah Pak Rusmie”, “Aneka Keropok” dan “Jeruk Pak Ali”. Nyummy! ^_^











Memang bermacam macam lah menu special yang disediakan sampai tak terkira nak senaraikan. Maklumlah ada 300 menu tu! Antaranya ialah Sup Ekor Berempah, Kerabu Betik Muda (Som Tam) Buah Pauh Daging Salai, Nasi Ulam Utara, Kerang Bakar Bersambal, Shawarma Ayam dan Daging, Satar Terengganu, Rendang Kambing, Gulai Daging Pisang Muda, Pajeri Jantung Pisang, dan lain-lain lagi hidangan yang berkonsepkan tradisi dan warisan Melayu.



Pakej berbuka puasa ini akan bermula pada 20 Jun sehingga 15 Julai 2015 dengan kadar bayaran sebanyak RM 88.00 untuk dewasa dan RM 44.00 untuk kanak-kanak. Bagi kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, masuk adalah percuma. Bufet akan bermula dari jam 6.30 petang hingga 10.30 malam. Cafe@PICC dapat memuatkan 1000 orang pada satu masa. Selain daripada menu yang tradisi yang mengikut tema, Cafe@PICC juga menyediakan menu makanan barat seperti pasta iaitu Spaghetti, Fettuccine, Penne dan Linguine berserta Sos Blognese, Napolitana dan Carbonara yang sedap gila. 



    Sambil menjamu selera, pengunjung berpeluang memenangi “Cabutan Bertuah” dengan hadiah utama “Duit Raya Tunai” sebanyak RM 3,000.00 disamping hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih RM10,000.00. Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu kedua bulan Syawal di laman Facebook PICC. Sambil menjamu selera, hadirin juga akan dihiburkan dengan persembahan dari Rosma AF. Memang lunak merdu suara dia dari dulu.




Untuk tempahan Buffet Ramadhan, hubungi 03-88876162 atau secara online di www.ticketonline.my/picc


PICC turut menawarkan pakej berbuka puasa korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis berbuka puasa bersama kakitangan mereka. Untuk tempahan dan mendapatkan maklumat korporat, hubungi Cik Kumari Nahu di talian 03-88876000 atau email ke kumari.nahu@picc.com.my

Terima kasih sudi baca