Showing posts with label Bufet Ramadan Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Bufet Ramadan Putrajaya. Show all posts

Apr 10, 2022

Bufet Ramadan 2022 | #Bismillah Dorsett Putrajaya

 

Hai korang! Macam mana perjalanan puasa setakat hari ini? Yaya harini terlepas nak sahur awak kita sedar-sedar dah pukul 6 lebih T_T . Mujurlah hari minggu tak adalah terkejar sangat. Walaupun letih buat kerja rumah tapi happy la juga masih dapat bertahan sehingga ke petang hihi. So bila hari cuti memang malas la wak kita nak masak. Sekali sekala berbuka di luar bersama orang tersayang apa salahnya kan? Kalau korang duduk area Putrajaya dan berdekatan dengannya, dan tengah plan untuk cari tempat berbuka yang best, sila ke Dorsett Putrajaya! 


Berkat bulan ramadan dan negara kita yang sedang melalui peralihan fasa endemik, kini bufet ramadan juga kembali mewarnai bulan Ramadan. Mesti ramai yang teruja untuk berbuka puasa dengan pelbagai menu menarik yang menepati citarasa kan? Walaupun selepas 2 tahun, bufet ramadan Putrajaya tetap memikat hati Yaya dengan menu hidangan yang sangat sedap seperti selalu.


Oh by the way sebelum bulan puasa haritu, Yaya dan kawan ofis sempat menikmati makan tengahari disini. Memang seronok dapat makan beramai-ramai. Makanan dan menu tengahari mereka pun masyaAllah sedap betul! Memang berbaloi sangat pergi sambil meraikan rakan sejawatan yang akan berpindah ke tempat baharu :')

Bersama ketua seksyen kami Cik Siti ^_^

Untuk bufet ramadan kali ini bertemakan #Bismillah yang mula berlangsung pada 6 April sehingga 1 Mei 2022 dengan kadar bayaran RM138 bagi dewasa dan RM78 (Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun)

Keistimewaan disini pastinya pemandangan indah masjid besi Putrajaya. Bila malam lagi cantik tau. Lepas berbuka puasa disini, nak terus menunaikan solat terawaih di masjid besi pun boleh.

Pilihan aneka jenis mi berkuah

Steamboat yang boleh buat sendiri dan makan panas-panas!

Boleh feeling hari raya awal bagi mommies yang sedang menunggu hari bersalin di bulan ramadan. Kawan Yaya ada sorang yang berbuka puasa disini sebab risau tak dapat makan makanan raya nanti hihi


Persembahan memukau dari artis jemputan ketika tetamu berbuka puasa






Seronok nak makan dan cuba semua menu! Ambil sikit-sikit tapi puas hati dapat rasa semua yang penting memang sedap la korang wajib try tau!


Paling favourite udang dia besar! :D






Pilihan aneka makanan laut yang segar untuk tetamu yang hadir di bufet ramadan di Dorsett Putrajaya




So fresh and nyummy!


Chili crab nyumss



Kari kepala ikan yang sangat pekat dan power!



Pelbagai menu sampingan yang tak kurang hebatnya. Roti John pun ada!



Wajib cuba!


Rendang disini memang win. Feeling makan rendang di kampung. Rendang ayam dan rendang daging kedua-duanya ada di bufet ramadan Dorsett Putrajaya


Pilihan kerabu yang sangat sedap


Yaya paling suka mac & cheese kat sini. Langsung tak muak and sedap!




Sudut buah-buahan segar



Menarik lagi disini, pilihan dessert yang ada memang sedap dan bukan sekadar cantik di rupa tetapi sungguh la sedap and premium ye. Yaya memang suka desset Dorsett Putrajaya. Memang terbaik



Jom bawa orang tersayang berbuka puasa di Dorsett Putrajaya. Alhamdulillah Yaya berkesempatan berbuka puasa disini pada tahun 2018 dan 2019 juga. Yaya memang suka makan di sini. Pernah diorang buat event Mother's day dulu Yaya bawa ibu kesini juga dan ibu pun seronok dan happy dengan menu mereka yang sedap :)


Jangan lupa datang tau ^_^


Harga Buffet Ramadhan 2022 Hotel Dorsett Putrajaya

RM138 nett (Dewasa) 
RM78 nett (Warga emas dan kanak-kanak)

Tarikh buffet ramadhan : 6 April - 1 Mei 2022 

Alamat : 
Lot 3 (Lot 3C5) ,
Precinct 3 Wilayah Persekutuan Bandar,
 62000 Putrajaya

Untuk tempahan boleh hubungi : 03-8892 8388 atau email fnb.putrajaya@dorsetthotels.com

Facebook : 

Website: 

Instagram :


Terima kasih sudi baca