Hai korang! Macam mana perjalanan puasa setakat hari ini? Yaya harini terlepas nak sahur awak kita sedar-sedar dah pukul 6 lebih T_T . Mujurlah hari minggu tak adalah terkejar sangat. Walaupun letih buat kerja rumah tapi happy la juga masih dapat bertahan sehingga ke petang hihi. So bila hari cuti memang malas la wak kita nak masak. Sekali sekala berbuka di luar bersama orang tersayang apa salahnya kan? Kalau korang duduk area Putrajaya dan berdekatan dengannya, dan tengah plan untuk cari tempat berbuka yang best, sila ke Dorsett Putrajaya!
Berkat bulan ramadan dan negara kita yang sedang melalui peralihan fasa endemik, kini bufet ramadan juga kembali mewarnai bulan Ramadan. Mesti ramai yang teruja untuk berbuka puasa dengan pelbagai menu menarik yang menepati citarasa kan? Walaupun selepas 2 tahun, bufet ramadan Putrajaya tetap memikat hati Yaya dengan menu hidangan yang sangat sedap seperti selalu.
Oh by the way sebelum bulan puasa haritu, Yaya dan kawan ofis sempat menikmati makan tengahari disini. Memang seronok dapat makan beramai-ramai. Makanan dan menu tengahari mereka pun masyaAllah sedap betul! Memang berbaloi sangat pergi sambil meraikan rakan sejawatan yang akan berpindah ke tempat baharu :')
Bersama ketua seksyen kami Cik Siti ^_^
Untuk bufet ramadan kali ini bertemakan #Bismillah yang mula berlangsung pada 6 April sehingga 1 Mei 2022 dengan kadar bayaran RM138 bagi dewasa dan RM78 (Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun)
Keistimewaan disini pastinya pemandangan indah masjid besi Putrajaya. Bila malam lagi cantik tau. Lepas berbuka puasa disini, nak terus menunaikan solat terawaih di masjid besi pun boleh.
Pilihan aneka jenis mi berkuah
Steamboat yang boleh buat sendiri dan makan panas-panas!
Boleh feeling hari raya awal bagi mommies yang sedang menunggu hari bersalin di bulan ramadan. Kawan Yaya ada sorang yang berbuka puasa disini sebab risau tak dapat makan makanan raya nanti hihi
Terima kasih sudi baca
Nampak tempatnya selesa je kalau nak berbuka puasa. Kalau nak berterawih di Masjid boleh le ke Masjid Besi berdekatan ajer.
ReplyDeleteKalau fafa g makan buffet ni. No 1 memang tengok dessert. Ya Allahhh kat dorset pon semua sedap haaaa
ReplyDeleteMeriahkan berbuka puasa kat Dorsett Putrajaya ni! Teruja tengok menu2 yang ada! Aritue dah berbuka kat Dorsett Subang! Nak try ni pulak la!
ReplyDeleteNampak sedap pulak Bismillah Dorsett Putrajaya ni. Tempat pun simple je dan nampak nice. Kepada yang dekat tu, boleh la cuba.
ReplyDeleteseronok berbuka di sini macam2 hidangan menarik ada plg penting semuanya nampak sedap
ReplyDeleteWah besar betulla udang-udang dia.. memang terliur tengok. Overall nampak pilihan makanan pun banyak memang berbaloi buka di sini
ReplyDeleteWah best nyer their ramadan buffet spread, i memang suka seafood yang fresh dan banyak pilihan.
ReplyDeleteThis place seriously serves up an amazing and beautiful ramadan spread! cannot wait to give it a try this week!
ReplyDeleteMeriah gak juadah nya. Yang nie Rawlins tak pergi lagi, teringin nak pergi then terus solat terawih kat masjid
ReplyDelete