Feb 10, 2026

Philips Airfryer 5000 Series Dengan SteamFry: Air Fryer + Steam Dalam Satu Peranti

Assalamualaikum & hai korang 🤍

Baru-baru ni Yaya berpeluang menghadiri majlis pelancaran rasmi Philips Airfryer 5000 Series. Kalau korang sedang mencari air fryer terbaru dengan fungsi lebih lengkap, model ini memang antara yang menarik untuk dipertimbangkan.

Berbeza dengan air fryer biasa, Philips Airfryer 5000 Series hadir dengan inovasi SteamFry iaitu gabungan fungsi mengukus dan menggoreng dalam satu peranti. Jadi bukan sekadar rangup, tapi makanan juga kekal lembap dan berjus.

Apa Itu Philips Airfryer 5000 Series Dengan Teknologi SteamFry?

Philips Airfryer 5000 Series adalah model terbaru yang menggabungkan tiga fungsi utama:

  • Mengukus
  • Menggoreng (Air Fry)
  • Mengukus + Menggoreng (SteamFry)

Peranti ini dikuasakan oleh Teknologi RapidAir™, teknologi dipatenkan Philips yang membantu memastikan masakan lebih sekata tanpa bahagian hangus.

Gabungan fungsi SteamFry ini membantu:

  • Mengekalkan kelembapan makanan
  • Memberikan tekstur luar rangup, dalam lembut
  • Mengurangkan penggunaan minyak

Sesuai untuk keluarga moden yang mahukan makanan lebih sihat dan mudah disediakan.

Sesi demo masakan turut menampilkan Personaliti Media Sosial, Hos & Demonstrator Masakan, ShafiqueCute, yang berkongsi cara menggunakan Philips Airfryer 5000 Series untuk menyediakan hidangan yang lebih sihat dan berkhasiat.



Acara turut dimeriahkan dengan pertandingan memasak dalam kalangan audiens yang hadir. Para peserta diberi peluang menggunakan Philips Airfryer 5000 Series secara hands-on, sekali gus menguji sendiri kelebihan fungsi SteamFry yang diperkenalkan.



Spesifikasi & Ciri Utama Philips Airfryer 5000 Series

Antara ciri menarik yang ditawarkan:

✔ Kapasiti besar 7.2L – sesuai untuk keluarga

✔ Teknologi RapidAir™ untuk masakan sekata

✔ Fungsi SteamFry (Kukus + Air Fry)

✔ Fungsi kukus untuk mengekalkan zat makanan

✔ Guna minyak minimum atau tanpa minyak

✔ Fungsi SteamClean untuk pembersihan lebih mudah


Dengan kapasiti 7.2L, Philips Airfryer 5000 Series boleh menyediakan hidangan lengkap untuk seisi keluarga dalam satu masa.

Fungsi SteamClean pula memudahkan proses pembersihan menggunakan wap untuk menanggalkan kesan minyak yang mana sangat praktikal untuk kegunaan harian.




Review Ringkas: Adakah Philips Airfryer 5000 Series Berbaloi?

Berdasarkan demonstrasi masakan yang Yaya lihat semasa pelancaran, fungsi SteamFry memang memberi perbezaan pada tekstur makanan. Hasilnya lebih juicy berbanding air fryer biasa yang kadang-kadang boleh jadi sedikit kering.


Untuk ibu bapa yang bekerja atau individu sibuk, Philips Airfryer 5000 Series memudahkan penyediaan makanan sihat tanpa perlu banyak peralatan dapur berasingan.


Secara keseluruhan, ini bukan sekadar air fryer tetapi peranti serba boleh untuk memasak, mengukus dan menggoreng dalam satu gajet.


Dengan kombinasi teknologi RapidAir™, fungsi SteamFry dan kapasiti besar 7.2L, Philips Airfryer 5000 Series membawa konsep “Fry-volution” ke dapur moden.

Ia sesuai untuk:

  • Keluarga
  • Ibu bapa bekerja
  • Pengguna yang mahu masakan lebih sihat
  • Mereka yang mahukan air fryer dengan fungsi tambahan


Harga Philips Airfryer 5000 Series di Malaysia

Untuk yang tertanya-tanya tentang harga, Philips Airfryer 5000 Series kini ditawarkan pada harga:

💰 RM799 (tempoh terhad)

Boleh didapati di semua cawangan Harvey Norman di Malaysia.

Jika korang sedang survey air fryer terbaik 2026 atau mahu upgrade ke model dengan fungsi kukus dan SteamFry, ini antara pilihan premium yang boleh dipertimbangkan.



Terima kasih sudi baca   

Feb 1, 2026

Bangi Golf Resort Bufet Ramadan 2026

 



Raikan Ramadan 2026 dengan Iftar Harmoni di Bangi Golf Resort

Ramadan kembali lagi dengan penuh keberkatan. Jika korang sedang mencari lokasi berbuka puasa yang lengkap, selesa dan menawarkan pelbagai pilihan hidangan, Bufet Ramadan Iftar Harmoni di Bangi Golf Resort (BGR) pastinya antara pilihan terbaik tahun ini.

Bermula 20 Februari hingga 19 Mac 2026, BGR menjemput para tetamu untuk menikmati pengalaman berbuka puasa yang menggabungkan keenakan sajian tradisional, citarasa antarabangsa serta sentuhan moden yang kreatif.


Assalamualaikum loves 🤍🌙

Ramadan memang bulan yang paling Yaya rasa sayang sangat… sebab waktu inilah kita dapat berkumpul dengan family, berbuka sama-sama sambil berbuka bersama. Momen simple macam ni lah yang buat hati rasa penuh.


Setiap tahun bila datang Bufet Ramadan di Bangi Golf Resort, ada satu benda yang Yaya memang confirm akan aim dulu sebelum ambil makanan lain… SUP KAMBING dia 😭🤍 Serious cakap, sup kambing kat sini memang lain macam. Kuah dia pekat, cukup rasa, tak hanyir langsung dan daging dia lembut sangat. Memang dari dulu sampai sekarang, itulah comfort food Yaya setiap kali berbuka kat sini.


Tahun ni bila dapat datang lagi untuk Iftar Harmoni, rasa macam throwback moment tau. Tengok buffet line penuh dengan pilihan makanan memang rambang mata, tapi tetap langkah kaki ni automatik pergi cari sup kambing dulu😂


So untuk korang yang tengah cari tempat berbuka puasa yang selesa, banyak pilihan dan sesuai untuk bawa family besar, jom Yaya share details dan gambar makanan yang Yaya sempat ambil dekat bawah okay🤍✨


Sup kambing my love


Kambing bakar pun ada tau!

Lebih 100 Pilihan Hidangan Menyelerakan

Bufet Ramadan kali ini menampilkan lebih daripada 100 pilihan hidangan istimewa hasil sentuhan pasukan kulinari BGR. Setiap sajian disediakan dengan penekanan terhadap kualiti, rasa dan kepuasan pelanggan.

🌟 Antara Hidangan Utama Menarik:

  • Kambing Golek dipanggang sempurna
  • Sup Kambing Mamak
  • Satay Ayam resipi istimewa
  • Nasi Kerabu
  • Ayam Masala Indian & Ayam Gulai Pedas
  • Opor Ayam
  • Spaghetti Asam Tomyam & Makaroni Keju
  • Dim Sum & Sup Cendawan bersama Roti Bulat
  • Ramen Ayam Tradisional & Ramen Dumpling Udang
  • Gyoza Dumpling & Telur Sous Vide bersama Cendawan Espuma
  • Turut ditampilkan sajian India Selatan seperti:
  • Ayam Pallipalayam
  • Mutton Ghee Roast
  • Sayur Kurma
  • Sambar
  • Telur Podimas
  • Gobi Manchurian

Pilihan menu yang luas ini menjadikan bufet ini sesuai untuk semua peringkat umur dan selera.

















Syurga Pencuci Mulut & Kuih Tradisional

Tak lengkap berbuka tanpa pencuci mulut! Di BGR, korang boleh menikmati pelbagai pilihan manisan klasik dan moden.

🍰 Pencuci Mulut Barat & Moden:
  • Kek Keju Onde-Onde
  • Kek Teh Hijau
  • Bertih Jagung Karamel
  • Kek Lamington
  • Churros ‘Live’ bersama sos coklat
  • Ais Krim Lembut
  • Aneka Puding & Jeli

🍮 Kuih Tempatan & Tradisional:
  • Kuih Seri Muka
  • Kuih Lapis Pelangi
  • Pulut Putih bersama Serawa Durian
  • Pulut Kuning & Serunding
  • Talang Cendol, Talang Sago Dinda & Talang Durian
  • Lemang & Rendang Daging

🥣 Bubur Tradisi:
  • Bubur Lambuk
  • Bubur Kacang Merah
  • Bubur Pulut Hitam
  • Minuman & Hidangan Ringan

Untuk melengkapkan juadah berbuka:

Minuman:
  • Teh Tarik
  • Nescafe Tarik
  • Air Mata Kucing
  • Air Tebu
  • Air Bandung

Hidangan Ringan:
  • Keropok Lekor
  • Samosa Keladi
  • Popia Pisang

Kanak-kanak juga tidak dilupakan dengan pilihan seperti mac & cheese, kentang goreng berperisa, gula-gula kapas dan ais krim. Pendek kata, memang puas hati dengan pelbagai pilihan menu berbua puasa yang ada!





Ruang makan yang selesa dan berhawa dingin, parking kereta yang banyak dan juga surau untuk lelaki dan perempuan juga turut disediakan jika anda berbuka puasa di BGR.

Harga Bufet Ramadan 2026

🎟 Harga Tempahan Awal

(1 Januari – 19 Februari 2026)

RM60.00 seorang dewasa

RM30.00 seorang kanak-kanak


🚶 Harga Walk-in

RM88.00 seorang dewasa

RM44.00 seorang kanak-kanak

*Semua harga adalah tertakluk kepada SST 6%.

Tempahan berkumpulan turut ditawarkan dengan kadar istimewa. Disarankan untuk membuat tempahan awal bagi mengelakkan kekecewaan.


Terima kasih sudi baca   

Sep 13, 2024

Tingkatkan Imuniti dan Kualiti Tidur dengan Produk GKB Z-Well & Tiger Milk Mushroom

Pertambahan usia kadang-kala membuatkan seseorang menjadi kurang daya tahan badan atau imuniti semakin menurun. Lagi-lagi lepas Yaya kena Influenza sebelum ini, rasa macam mudah penat, rasa tak dapat tidur yang berkualiti, melalui fasa brain-fog, senang batuk dan alahan serta selesema. Semua masalah diatas ni pastinya merisaukan disamping Yaya perlu sentiasa fokus dan aktif disamping menjaga keluarga dan anak-anak.


Bila ada yang kongsi kebaikan produk GKB iaitu GKB Z-Well & GKB Tiger Milk Mushroom, Yaya memang teruja nak amalkan sebagai suplemen tambahan dalam kehidupan seharian. Kita sedar kadang kala diri sendiri pun culas nak jaga diet pemakanan yang seimbang. Jadi, dengan pengambilan suplemen tambahan ini, sedikit sebanyak dapat mencukupi zat dan keperluan yang tubuh badan kita perlukan. Jom Yaya share kelebihan GKB Z-Well & GKB Tiger Milk Mushroom ini kepada korang.

GKB Z-Well

Bahan utama : Fungi Armillariella Mellea 300mg, Fructus Lycium Barbarum (Wolfberry) Extract 50mg, Fructus Schisandrae Chinensis Extract 30mg dan Fructus Ziziphus Jujube Extract 20mg

GKB Z-Well yang didatangkan bersama vegecap ini secara tradisional berupaya untuk membantu mereka yang mempunyai masalah sukar untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Semestinya tidur yang berkualiti sangat penting untuk setiap manusia menjalani kehidupan dan aktiviti seharian. Selain itu, GKB Z-Well juga membantu untuk menghilangkan pening-pening ringan, masalah berpeluh dan mengatasi masalah mereka yang sukar tidur dan melegakan mata yang selalu kelihatan penat.


Insomnia atau sukar tidur adalah satu penyakit dan pastinya berbahaya untuk kesihatan dalam jangka masa panjang. Dengan mengamalkan Z-WELL setiap hari, ianya mampu meningkatkan kadar tidur yang lebih berkualiti, melegakan mata yang penat dan pastinya memberi ketenangan dalam menjalani aktiviti seharian dengan baik.


Produk GKB Z-Well ini telah mendapat sijil Halal JAKIM dan juga sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran MAL11115036T. Pastinya selamat untuk diamalkan tanpa was-was.




GKB Tiger Milk Mushroom

Bahan utama : Lignosus rhinocerus mycelium 490mg

Terbaik dalam meningkatkan imunisasi badan dan juga memberikan daya ketahanan kepada tubuh badan untuk melawan virus yang berada disekeliling kita. Yaya ingat lagi masa zaman Covid, Tiger Milk Mushroom ni sangat popular dan dapat membantu melegakan simptom Covid.


Kabaikan GKB Tiger Milk Mushroom:

  • Menaikkan fungsi paru-paru dan bertindak sebagai agen menentang asma, tekanan oksidatif, virus dan pelbagai masalah mengenai saluran pernafasan. 
  • Menjadi agen yang terbaik bagi masalah respiratori dan baik untuk sistem penghadaman
  • Melegakan simptom-simptom alahan yang di alami.
  • Sesuai untuk individu yang merokok, mempunyai masalah batuk kronik, pesakit asma, individu yang mengalami masalah pernafasan.

Dengan memperkuat sistem imun dan meningkatkan fungsi sistem pernafasan, GKB Tiger Milk Mushroom dapat membantu mencegah penyakit pernafasan seperti selesema dan bronkitis, serta meningkatkan daya tahan tubuh.


Produk GKB Tiger Milk Mushroom ini juga telah mendapat sijil Halal JAKIM dan juga sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor pendaftaran MAL17117005T. 


Jom amalkan kedua-duanya! Yaya memang happy sangat dengan kebaikan dan manfaat GKB Z-Well dan GKB Tiger Milk Mushroom ni. Sesuai sangat untuk mak-mak macam iols yang sentiasa kena dapatkan tidur yang berkualiti dan sentiasa kekal sihat dan bertenaga untuk menjaga keluarga tersayang insyaAllah. Kalau korang ada masalah sama seperti diatas, jom amalkan kedua-dua produk ini ^_^


Boleh dapatkan di semua cawangan Farmasi besar di Malaysia seperti :

Whole Malaysia: Alpro Pharmacy, Watsons
Central: M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
Melaka: Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
Penang: MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss
Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
Perak: HTM Pharmacy
East Coast: Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
Southern: The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
Sabah: LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
Sarawak: Nutrisense Pharmacy, Sing Lee Pharmacy, Kingdom Pharmacy



Untuk maklumat lanjut :
小红书 ID : 1318211221 (GKB 集康宝)



Terima kasih sudi baca   

Sep 2, 2024

TuJu Residences | Kediaman Mesra Semua Generasi

  

Kunjungan ke Galeri Jualan TuJu minggu lalu memberikan Yaya pengalaman yang mendalam apabila melihat sendiri showroom dan model unit serta persekitaran TuJu Residences. Unit kediaman di TuJu ini bukan sekadar tempat tinggal, tetapi sebuah ruang hidup yang dirancang dengan teliti untuk memenuhi keperluan setiap generasi, dengan kemudahan mesra yang mengutamakan keselesaan warga emas dan keselamatan kanak-kanak.


Mengambil inspirasi daripada perkataan Melayu 'arah,' TuJu melambangkan usaha mencipta ruang hidup yang berfungsi dan penuh makna, membantu penghuninya meningkatkan kualiti kehidupan. Komitmen ini bertujuan memupuk komuniti berbilang generasi yang saling terhubung dan prihatin, memastikan setiap penduduk merasakan sokongan, kebersamaan, dan keberdayaan.


Yaya paling suka dengan konsep Kemewahan Lestari yang ditonjolkan dari hasil seni bina disini. Seni bina bahagian hadapan TuJu menggabungkan pendekatan pragmatik terhadap kelestarian. Belebas balkoni disatukan dengan dinding struktur, membentuk pendekatan elegan yang akan menambah daya tarikan luar bangunan, sekaligus menyumbang kepada pengurusan haba yang baik melalui saluran pengudaraan pasif. 


Ia merangkumi beberapa inisiatif yang mengurangkan kesan kepada alam sekitar dan menggalakkan kehidupan bandar yang lestari termasuk penggunaan saluran pengudaraan silang semula jadi yang mesra alam, landskap hijau yang terbentang luas, kawasan tadahan air, serta teknologi solar dan pengumpulan air hujan canggih


Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) RM750 juta, TuJu Residences dimajukan di atas tanah berkeluasan 4.52 ekar dan terdiri daripada 932 unit kediaman luas dan 38 unit kedai. Pembangunan dengan kepadatan rendah ini terdiri daripada dua blok iaitu Blok A dan Blok B, dengan setiap satu menawarkan 466 unit kediaman.



Lokasi yang Strategik

TuJu Residences yang bertempat di Jalan Kuching dan berdekatan dengan MITEC, KL Metropolis, Publika, Solaris, Mont Kiara, Hartamas, KL Midtown, MRT Titiwangsa dan pastinya mempunyai akses ke KLCC, lebuhraya DUKE, SPRINT, Penchala Link, Kerinchi Link, NKVE dan juga LDP. Memang sangat strategik untuk mereka yang ingin mempunyai kediaman baharu dengan pelbagai akses yang mudah untuk kemana-mana.


TuJu Residences mempunyai 2 ruang pandangan indah mengikut citarasa masing-masing. Pembeli boleh memilih untuk pemandangan kotaraya indah permai ataupun pemandangan saujana hijau berbukit-bukau termasuk Batu Caves.


Kemudahan yang Pelbagai di TuJu Residences


Pembangunan ini menawarkan pelbagai kemudahan di tiga aras, termasuk kolam renang infinity 50m, bilik permainan, ruang makan terbuka, ruang teater, ruang komputer, ruang bacaan, dan lain-lain. Selain itu, terdapat kolam renang khas untuk kanak-kanak, memastikan keselamatan mereka semasa berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan.


Blok Annexe juga menyediakan kemudahan seperti tingkat senaman, gelanggang bola keranjang, gelanggang badminton, dan dewan serba guna untuk penghuni berkumpul dan mengadakan majlis istimewa.



Gimnasium dan workout studio yang luas disamping ruang istirehat bersebelahan kolam renang


Gelanggang bola keranjang dan gelanggang badminton turut disediakan untuk bakal pemilik TuJu Residences.


Nak tahu apa lagi best? Pemilik boleh merasai pengalaman berkhemah dan BBQ bersama orang tersayang dan anak-anak. Jangan risau, khemah juga disediakan jika anda tidak mempunyai khemah sendiri. Ruang BBQ yang selesa pastinya memberikan pengalaman manis dan menyeronokkan untuk bersantai dan menikmati momen indah bersama keluarga.


Untuk mereka yang menyukai ketenangan dan kedamaian, pastinya suasana dan pemandangan seperti ini dapat mengurangkan ketegangan selepas seharian penat bekerja.


Ruang santai yang begitu selesa untuk bakal penghuni TuJu Residences dan ahli keluarga dan orang tersayang berkumpul.


Pemandangan dari atas bangunan yang begitu indah dan istimewa buat bakal pemilik TuJu Residences nanti ^_^


Selain untuk pelan kehidupan jangka masa panjang di hari tua, ramai juga individu yang tertarik dengan TuJu Residences ini yang memberi pelbagai pilihan kemudahan seperti pelan lantai yang boleh diubahsuai dan fleksibel. Setiap pemilik boleh membuat penyesuaian ruang bagi memenuhi keperluan yang sentiasa berubah demi keselesaan keluarga dari semasa ke semasa.


TuJu Residences menawarkan pelbagai konfigurasi untuk unit yang ditawarkan bagi memenuhi keperluan individu bujang, keluarga, dan warga emas secara menyeluruh. Dengan 10 reka bentuk berbeza, unit individu ditawarkan dengan keluasan 710 hingga 1,442 kaki persegi merangkumi tawaran satu hingga empat bilik tidur bermula dari RM440,000. 


Dibawah adalah contoh show unit bagi Type D1a dengan keluasan 1270 kaki persegi. Untuk mereka yang inginkan ruang luas untuk keluarga, pastinya unit ini akan menambat hati anda. Turut terdapat ruang kerja untuk mereka yang masih menjalani pekerjaan secara Work From Home, ruang ini pastinya memberi keselesaan untuk bekerja dengan tenang.


Ruang tamu dan ruang santai untuk keluarga


Ruang kerja yang selesa dan luas


Bilik tidur utama


Bilik tidur 2


Bilik tidur 3 yang boleh menempatkan katil bujang dan juga meja belajar untuk anak-anak

Cantik kan ruang dalaman unit diatas? Rumah ini lengkap dengan 3 bilik, 2 bilik air, ruang kerja, ruang tamu, ruang makan, ruang dobi dan juga dapur untuk keselesaan seisi keluarga. Sangat sesuai untuk keluarga yang bersederhana besar.




Show unit dibawah adalah bagi Type A1a dengan keluasan 893 kaki persegi. 

Yaya difahamkan dari pegawai di sales gallery, pembeli juga boleh memilih unit yang bersebelahan dengan ahli keluarga terutama ibu bapa tersayang. Jadi, kalau pembeli ingin membeli Type D1a seperti show unit di atas dan sebelum ini, mereka turut boleh membeli unit Type A1a jika ingin bersebelahan dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Kedengaran menarik bukan? Anak-anak turut dapat memberi perhatian kepada ibu bapa mereka disamping mengingini kehidupan berkeluarga sendiri yang privasi.


Untuk makluman, di TuJu Residences terdapat unit mesra warga emas iaitu unit A1/ A1a dengan kemudahan dan ciri-ciri keselamatan khusus seperti bilik mandi yang mudah diakses dengan kerusi roda dan juga butang kecemasan yang diletakkan secara strategik di ruang umum serta tempat letak kereta bagi memastikan tahap keselamatan yang lebih terjamin buat mereka.


Ruang dapur yang mudah diakses oleh warga emas menjadikan unit ini sangat selesa untuk ibu bapa yang tinggal berdua. Lebih baik lagi, jika anak membeli rumah bersebelahan, mereka dapat menjaga ibu bapa dengan baik sambil memastikan privasi terjaga.


Inilah dia bilik air khusus yang penuh dengan ciri keselamatan yang diperlukan oleh ibu bapa warga emas mahupun buat mereka yang berkerusi roda. Fasiliti yang lengkap dan luas ini pastinya memenuhi keperluan bagi golongan ini.


Bilik yang cukup luas dan selesa untuk ibu bapa beristirehat.


Ruang tamu untuk ibu bapa bersantai dan menonton tv

Bagi mereka yang tinggal di bandar dan ingin memastikan ibu bapa sentiasa dalam penjagaan, unit ini menawarkan banyak manfaat. Dengan konsep ini, TuJu Residences memudahkan keluarga menjaga orang tersayang sambil memastikan mereka sentiasa dekat. Sesuai dengan perumpamaan, 'Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Kekal Selamanya'.



Show unit dibawah adalah jenis Type B

Bagi mereka yang inginkan unit untuk keluarga kecil, pastinya ada unit menanti anda! Jom tengok unit yang mempunyai 2 bilik tetapi serba lengkap ini ^_^


Ruang tamu dan keluarga


Ruang dapur yang luas dan selesa. Yang penting, bincang dengan kontraktor nak buat dapur macam ni tau hihi Yaya suka la ada island table macam ni memang loveee. Bilik tidur pun sesuai sangat untuk keluarga kecil and paling penting, senang nak kemas ;)


Bilik tidur 1


Bilik tidur 2

Paling penting, Yaya memang suka sangat dengan dekorasi moden di semua unit ruang dalaman di showhouse TuJu Residences ni. Bagi Yaya, memang berbaloi untuk memiliki salah satu unit kediaman di sini dengan pelbagai kemudahan fasiliti yang ada.


Untuk pengetahuan semua, pembangunan ini turut menyediakan tempat letak kereta yang mesra kereta elektrik (EV), dan pemilik boleh memohon pengecas kotak dinding EV mereka sendiri, tertakluk kepada terma dan kelulusan.


Alang-alang dah hadir ke sales gallery, jangan lupa untuk ambil peluang dan sertai Pengalaman seni TuJu iaitu Peraduan Snap & Win yang menampilkan "Chit-Chat," pemasangan seni lentikular oleh Hong Creative Space, untuk meraikan gaya hidup bertenaga di TuJu dan berpeluang untuk menang hadiah sehingga RM10,000. Peraduan berakhir 30 September 2024.


Caranya mudah sahaja:

1. Ikuti/Follow TuJu di Facebook & Instagram, dan share peraduan ini
2. Hantar/Post gambar dan video pendek (berdurasi 10-15 saat) di laman sosial media anda
3. Buat ayat 20 patah perkataan atau kurang, "Apa yang membuatkan rumah tangga menjadi bahagia?" untuk anda! ^_^
4. Gunakan hashtags #TuJuResidences & #SpreadJoywithTuju
5. Jangan lupa TAG TuJu dihantaran/post anda 

#TuJuResidences #SpreadJoywithTuJu #IlluminateYourHome #SnapandWinContest


Cantik sangat ye TuJu art ni!!

Pengalaman yang sungguh indah di sales gallery TuJu Residences ni. Suka sangat dengan staf mereka yang helpful dan sentiasa sabar memberi penerangan kepada mereka yang hadir. Muka sentiasa manis dengan senyuman dan menjawab segala soalan dengan baik dan tenang. Korang yang mana nak pergi boleh terus waze je pasti jumpa ^_^

 
Untuk maklumat lanjut :



Instagram : @tujuresidences



Google Map : TuJu Sales Gallery

No tel : 012 7288 916


Terima kasih sudi baca