Jun 19, 2023

Myra Putri | Kediaman Mampu Milik Untuk Pembelian Rumah Pertama

 

Bila dah makin dewasa ni seronok betul pergi sales gallery dan tengok model rumah baru yang bakal  dibina. Suka sangat tengok lepas tu berangan nak ada rumah cantik macam tu. Mesti ramai macam  Yaya juga kan? Semoga kita semua dapat memiliki rumah idaman untuk didiami. Yaya percaya dengan  istilah “Rumahku Syurgaku”. Bagi Yaya, ketenangan hati dalam kehidupan sangat penting untuk  meningkatkan kualiti hidup dari segi rohani dan jasmani. Kebetulan, Yaya berkesempatan untuk hadir  pada Sambutan Ulang Tahun ke-7 Myra tempoh hari. 


Dalam menyambut ulang tahun Myra yang ke-7, Myra menganjurkan acara rumah terbuka untuk  diraikan bersama komuniti dan juga bakal pemilik rumah Myra. Sambutan selama sehari itu  menampilkan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan seperti aktiviti untuk kanak-kanak, persembahan  muzik secara langsung dan juga demonstrasi memasak oleh cef selebriti terkenal Maria Tunku Sabri.  Para hadirin berpeluang menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat seperti kambing golek, sate,  cendol dan banyak lagi. 


Rakan kongsi jenama Myra yang dihormati seperti Creme De Le Creme dan Cosmic Cookware turut  menawarkan diskaun ekslusif dan hadiah menarik kepada warga Myra. Para perserta juga berpeluang  memenangi hadiah yang ditaja oleh Siti Khadijah, Cosmic Cookware, serta menikmati penginapan  percuma di The Chow Kit dan The Den by Ormond Hotels. Yaya memang sangat teruja dengan  kemeriahan pada hari kejadian. Ramai yang hadir sebagai tanda sokongan dan melihat sendiri  kesungguhan Myra dalam menggalakkan pembeli terutamanya pembeli rumah pertama untuk  memilih Myra sebagai pilihan rumah pertama mereka.

Sekitar suasana ketika Sambutan Ulang Tahun ke-7 Myra. Memang terbaiklah team Myra! Semuanya very helpful and sporting!

Siap ada photobooth dan juga mini rabbit petting zoo hee

Sepanjang tujuh tahun yang lalu, daya penggerak utama di belakang Myra adalah untuk mencabar  tanggapan yang sering disalahfahamkan tentang 'rumah mampu milik.' Objektif ini telah dicapai  dengan mewujudkan penanda aras baharu dalam segmen kediaman, menawarkan pengalaman  pemilikan rumah yang lancar dan tanpa tekanan untuk pembeli kali pertama. Inisiatif ini adalah  pemangkin kepada pencapaian penting bagi Myra untuk kepuasan pelanggan mereka. 


Myra secara konsisten berusaha untuk meringankan beban pemilik rumah kali pertama, seperti yang  ditunjukkan oleh kejayaan pelancaran Myra Putra dan Putri di Putrajaya, Irina dan Alea Residence di  Bandar Puncak Alam termasuk penambahan Myra Impian di Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini.  Kebanyakan pemilik rumah baharu ini adalah pasangan muda atau orang bujang dewasa berumur  antara 26 hingga 35 tahun yang mencari kediaman sesuai dengan kemampuan, keperluan dan  kemudahann semasa yang diperlukan. Pastinya Myra menawarkan kesemuanya dengan harga yang  paling berbaloi. Yaya pun excited bila dapat tahu yang kediaman Myra Putri cuma mengambil masa 5  minit sahaja untuk ke Putrajaya! Memang Yaya terus bagitahu kawan-kawan ofis di Putrajaya untuk  ke sales gallery mereka ^_^ 


Antara lakaran grafik Myra Putri yang mungkin bakal menjadi kediaman yang paling berbaloi untuk  dimiliki oleh kalian



Hasrat Myra selama ini adalah untuk mewujudkan rasa minat bagi mereka yang sedang mencari  rumah pertama dan bagi meredakan kebimbangan kenaikan harga rumah serta kenaikan kadar inflasi  yang memberi kesan kepada ramai rakyat Malaysia. Tumpuan dan kesedaran ini penting kerana isu  yang dimomok boleh membantutkan minat seseorang individu untuk memiliki rumah pertama  mereka. 


Myra, pemaju hartanah yang dipercayai sejak 2016, amat berbangga dengan rekod prestasinya yang  menggagumkan dalam menyediakan lebih 2,593 rumah mampu milik bernilai lebih RM 1.388 bilion  kepada pembeli rumah kali pertama. Dan hari ini, Myra berpegang teguh pada komitmen ini untuk  menyediakan pilihan perumahan berkualiti kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. 


Mengambil Myra Putri sebagai bukti komitmen yang terbaharu, pembangunan Myra Putri  menawarkan permulaan yang berkualiti pada titik harga yang berpatutan. Dengan unit bermula dari  RM 380,000, Myra Putri menyediakan ruang berkeluasan 904 kaki persegi yang terdiri daripada 3 bilik  tidur dan 2 bilik air. Pilihan kos efektif ini memberikan nilai yang luar dari kebiasaan, memastikan  pembeli rumah dapat menikmati pengalaman hidup yang berkualiti. Myra percaya yang bakal pembeli  pasti sukar untuk menemui projek lain dalam julat harga yang sama ditawarkan oleh Myra yang  menawarkan tahap mutu kerja dan kemudahan yang sama. Ramai pemilik Myra berkongsi  pengalaman yang mereka sangat berpuas hati dengan kediaman yang mereka miliki. Best kan info ni?  Hihi


Akil Hassan, Ketua Penjenamaan & Budaya, dan Chef Selebriti Maria Tunku Sabri merakamkan momen bersama di model skala Myra Putri.


Lokasi strategik Myra Putri


Pelan lantai Myra Putri

Antara fasiliti yang bakal dinikmati oleh penghuni Myra Putri  :

1. Mini Kastil Putri 

2. Bakar & Grill

3. The Laman

4. Pavillion Putri 

5. Kids Playground

6. Multipurpose Hall

7. Management Office

8. Surau

9. Padang Futsal

10. Trampoline Park

11. Zone Fitness

12. Hammock Gardens

13. Refleksologi 

14. Gunung Putri


Bagi Yaya, memang berbaloi sangat untuk memiliki sebuah unit Myra Putri sebagai rumah pertama. Bagi mereka yang tak suka kawasan yang crowded, Myra Putri menawarkan kepadatan penduduk yang rendah demi memberi keselesaan kepada pemiliknya. Yaya suka dengan fungsi keselamatan 24 hour guard house yang disediakan, fasiliti yang sangat banyak untuk kegunaan penghuni termasuk surau dan juga padang futsal. Bagi mereka yang suka bermain futsal, mesti seronok bila ada kawasan lapang yang disediakan untuk mereka.

Myra kini mempunyai enam perbandaran di bawah kendaliannya iaitu Myra Saujana di Dengkil, Myra Meranti di Puchong, Myra Alam di Puncak Alam, Myra Putra di Desa Pinggiran Putra, Myra Vista di Bandar Baru Salak Tinggi dan Myra Gardens di Kundang. Coming soon lebih banyak projek menarik termasuklah Irina di Puncak Alam.

Komitmen Myra terhadap kebajikan masyarakat juga tidak kurang hebatnya. Ia dapat dilihat melalui "Myra Cares," program charity mereka. Bekerjasama dengan Pertubuhan Amal Seri Sinar (PASS), mereka telah berinisiatif membentuk komuniti kitar semula dan menyokong Pusat Warisan Suci, sebuah rumah angkat yang menyediakan perkhidmatan kepada anak-anak kecil. Myra terus memberi nilai kehidupan yang lebih baik kepada mereka yang memerlukan melalui usaha amal yang berterusan.



Jom miliki Myra Putri sekarang! Ada lebih kurang 150 unit sahaja yang tinggal semasa Yaya hadir ke sales gallery mereka tempoh hari.


Bersama rakan-rakan yang turut hadir ke majlis rumah terbuka dan sambutan ulang tahun Myra yang ke-7 ^_^


Untuk maklumat lajut, layari https://www.myra.com.my/


Terima kasih sudi baca   

Jun 2, 2023

5 Idea Hadiah Hari Bapa Buat Insan Teristimewa | JOVI

 

Hari Ibu sudah pun berlalu. Coming soon nanti Hari Bapa pula. Setiap tahun pada hari Ahad ketiga dalam bulan Jun, seluruh dunia akan menyambut "Hari Bapa" untuk menghormati kaum bapa dan peranan mereka dalam keluarga dan masyarakat. Tanpa susuk tubuh seorang ayah sebagai ketua keluarga, tidak lengkap rasanya ikatan kasih sebuah kekeluargaan.


Yaya sendiri sangat menggagumi ayah Yaya yang tanpa lelah mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Suka Yaya gambarkan ayah Yaya seorang yang tegas dan baik hati, selalu berusaha memenuhi setiap kehendak dan keperluan anak-anak dan sentiasa ada ketika kami memerlukan. Sehingga kini walaupun Yaya dah berkahwin, ayah masih manjakan kami termasuk cucu-cucu beliau hihi ðŸ¥°


Dahlia yang berumur 6 tahun pun dah faham penghargaan untuk ibu dan ayah. Haritu Dahlia sweet sangat buat frame gambar family dengan ucapan, "Happy Mother's Day". Untungnya, Dahlia ada seorang ayah yang kreatif nak tolong dia buat seni kraftangan tempoh hari ðŸ˜‹


Mesti ramai yang tercari-cari idea hadiah untuk insan teristimewa mereka kan? Idea hadiah bertemakan Hari Bapa pada tahun ini Yaya khaskan untuk bapa yang berkerjaya pula. Jom scroll!


1. Wallet

Yaya dah terfikir awal dan berpakat dengan Dahlia untuk hadiahkan sesuatu yang istimewa untuk Shawn sempena Hari Bapa nanti. Dahlia nak sangat belikan ayah dia wallet baru sebab wallet yang ayah pakai dah lama sangat. Lebih tua dari umur Nuha ðŸ˜‚ So yeay terus order dekat website JOVI sebelum stok habis. Tapi rupanya banyak pilihan warna yang cantik so no worries ðŸ˜‡

Kenapa Yaya jatuh hati dengan JOVI BENN Wallet?

Suami kita ni jenis simple je wak. Bukan jenis yang suka wallet nampak bulky. So hadiah kali ni Yaya pilihkan design yang simple, moden and sleek untuk ayah Dahlia dan Nuha. Kebetulan masa short getaway kami haritu, Yaya terus suruh Dahlia surprisekan ayah dia. Yela nanti risau kalau kat rumah dia ternampak hadiah ni haa bagi awal terus senang ðŸ˜˜

Shawn memang terkejut and happy la hihi Alhamdulillah this little surprise works!

Untuk luxury gift packaging macam ni, cuma tambah RM10 je! Harga yang dibayar merangkumi gift box yang sangat cantik dan juga wish card tau! So special yet feeling so exclusive.

JOVI kini telah memasuki tahun keenam dalam industri ini. Kebanyakan produk mereka menggunakan 💯 genuine leather dan mereka turut menyediakan 369 hari warranty untuk kepuasan pelanggan setia mereka. Hebat kan? ðŸ’–



JOVI BENN Wallet

100% Genuine Cow Leather (anti-scratch) ✅
RFID anti-theft feature ✅
5 card slots, 1 cash slot and 1 magnetic coin slot. Can fit up to 10 cards ✅


Fuhh memang cantik dan puas hati sangat bila tengok depan mata. Confirm team quality check depa ni jenis orang yang teliti. Tiada cacat cela dan sempurna di mata Yaya. Tengoklah sendiri jahitan leather yang begitu kemas tu. Memang smart betul sesuai dengan citarasa husband kita yang smart juga haha lah tiberr


Ruang duit kertas


Ruang ic dan kad bank



Gambar atas dan bawah ini ruang slot untuk beberapa keping syiling. Jangan risau duit tak tercicir sebab ada strong magnetic disitu. Tapi Yaya pesan kat Shawn takyah la letak syiling biar wallet dia maintain simple nampak nipis dan smart ❤️‍🔥



Yaya paling suka sebab mereka boleh engrave nama orang tersayang kita di produk mereka! Memang lagi feeling double special and double exclusive la kan! Shawn terkejut ada nama dia dalam wallet. Sampai bilik hotel tak sempat2 dia nak transfer kad bank dan ic dia dalam wallet baru ni aduhaiii


Yaya pilih warna ni sebab Shawn banyak baju scrub warna ni. Konon-konon boleh matcy matchy la walaupun wallet berada di dalam poket hihi. Tak hairanlah produk JOVI ni ramai betul yang suka, beli, dan hadiahkan untuk orang tersayang. Yang bestnya produk mereka tidak terhad untuk lelaki sahaja. Untuk perempuan pun ada tau! Rambang betul mata Yaya tengok barangan perempuan masa sibuk memilih hadiah untuk suamiku.


Rimas kan tengok keychain bergantung di kunci kereta suamimu? Pulak tu keychain penyu entah zaman bila punya. Haa boleh dah tukar dengan keyring jenis leather yang serius smart ni! Siap boleh engrave nama lagi memang special betul. Yaya tengok je leather keyring ni terus Yaya masukkan dalam wishlist nak beli untuk Shawn! Maklumlah dia suka tiba-tiba tersilap letak kunci kereta. Kalau ada leather keyring ni mesti tak sampai hati nak letak kunci kereta merata hehe ðŸ˜Š

3. Sling bag


Mata Yaya ni suka betul warna Navy Blue. Ternampak pulak sling bag warna ni adudu cairnya hatiku. Cantik betul! Paling penting material sling bag ni tahan lasak. Bagus juga hadiahkan sling bag sempena hari bapa ni takdelah diorang nak tumpang handphone, wallet, powerbank dalam handbag kita mak mak yang sedia berat ni ðŸ˜‚

4. Clutch

Kalau suami dan ayah korang tak suka jenis sling bag, apa kata hadiahkan jenis clutch! Senang kalau nak pergi meeting dengan client, nampak yakin dan berkaliber bila bergaya dengan cluth macam ni.  Cantik pulak Yaya tengok corak monogram ni. Unik dan elegan!

5. Lanyard


Cantik dan ekslusif betul bila tengok lanyard dengan design yang sleek macam ni. Kalau nak tahu, lanyard juga memainkan peranan penting buat imej si pemakai. Memang auto hensem la kalau pakai!

JOVI turut dijual di marketplace Shopee! Banyak review 5 star ⭐⭐⭐⭐⭐ tau! Antaranya :






Ada banyak lagi positive feedback tentang JOVI di account Shopee mereka!


Seorang bapa sedang flex wallet baru beliau


Jom hadiahkan bapa, suami atau orang tersayang sempena hari bapa ni! Mesti diorang happy dan rasa dihargai 


Korang rajin-rajin buka page mereka tau sebab JOVI selalu buat promosi bila founder tengah baik hati. Kat Facebook mereka pun selalu update pelbagai info, design dan produk terbaharu untuk korang rambang mata!



Untuk maklumat lanjut :

Instagram : @jovi.leather
Walk in di showroom : Maxim Citylight, Sentul



Terima kasih sudi baca